........... Perkasa - Kenyataan Peribadi, Irwan Belum Matang | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perkasa - Kenyataan Peribadi, Irwan Belum Matang

Saturday, August 31, 201313comments

Di bawah saya copypaste sepenuhnya dari Perkasaonline kenyataan dari Dr. Zubir Harun, selaku naib Presiden Perkasa berkaitan isu kenyataan keras dari Ketua Wiranya saudara Irwan yang sebelum ini menggesa Najib supaya meletak jawatan.

( Highlight adalah kerja saya )

Irwan masih dalam proses matang kepimpinan

1. Saya telah mendapat penjelasan dari saudara Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa mengakui bahawa kenyataan beliau yang menggesa YAB Dato Seri Mohd. Najib adalah kenyataan peribadinya dan tidak mewakili Perkasa.

2. Irwan anak muda yang masih dalam proses kematangan kepimpinan dan pastinya ada kala membuat kenyataan tanpa cukup kefahaman dalam skop lebih besar. Maka keterlanjuran emosi ketika membuat keputusan.

3. Saya telah memperjelaskan kepada beliau mengapa kami dalam Ahli Tertinggi tidak dpt bersetuju atas desakan beliau tersebut.

4. Saya yakin beliau akan berhati2 apabila membuat sebarang kenyataan atau desak2kan tertentu selepas ini. Ini adalah dikatakan proses kematangan kepimpinan.

5. Perkasa menghormati YAB Dato Seri Mohd. Najib kerana beliau adalah ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi bukan naik secara rampasan kuasa. Jadi beliau adalah Perdana Menteri yang sah dan semua pihak perlu memberi kerjasama kpd beliau untuk memastikan negara maju, aman dan sejahtera.

6. Perkasa pula perlu ada perhubungan yg baik dgn PM dan kerajaan yg memerintah bagi memastikan apa yang dipejuangkan oleh Perkasa demi kepentingan orang Melayu dan kaum Bumiputera yg lain dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

7. Perkasa boleh menjerit menuntut berbagai perkara kepentingan orang Melayu dan Bumiputera tetapi jika tiada perhubungan yang baik dengan kepimpinan negara bagaimana kita boleh sampaikan tuntutan itu dengan baik. PM dan kerajaan tidak akan melayani sebarang tuntutan yg dibuat secara tidak sihat.

8. PRU13 baru sahaja berlalu. Pastinya sudah ada perancangan yang sudah difikirkan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Najib berpandukan keputusan PRU itu.

9. Kita beri PM masa. Saya percaya akan ada perubahan yang ketara demi membantu orang Melayu dan Bumiputera. Pengumuman yg dibuat oleh Dato Seri Najib semalam yg disiarkan dlm akhbar utama hari ini sebanyak RM4.2b projek untuk bumiputera adalah satu tindakan telah dirancangkan lebih awal.

10. Saya percaya dan yakin PM akan lebih peka dgn ambil peduli suara orang Malayu dan Bumiputera.
 
DR. ZUBIR HARUN
NAIB PRESIDEN PERKASA

                            *************************

PS - Saya masih menanti kenyataan dari empunya badan saudara Irwan sendiri yang SENYAP sejak kenyataannya menjadi panas. 

PS2 - Seorang lagi Naib Presiden Perkasa, YB Zul turut menulis artikel semalam berkaitan isu ini - KLiK,


Itu adalah pendirian peribadi saudara Irwan yang tidak ada kena mengena dengan Perkasa.


Saya juga ingin menegur saudara Irwan Fahmi supaya tidak membuat sebarang kenyataan polisi atau dasar membabitkan Perkasa kecuali sebagaimana yang dipersetujui oleh Dewan Tertinggi Perkasa.


Saya menasihatkan saudara Irwan Fahmi supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Presiden serta kepimpinan Perkasa.


- Apa yang ingin saya tegaskan ialah soal meminta Dato Sri Najib meletakkan jawatan tidak pernah menjadi dasar atau pilihan bagi kepimpinan Perkasa buat masa ini.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 5:43 PM

Projek 4.2 bilion tu, untuk melayu bawahan atau melayu kelas atasan? Mengapa "wang besar" ni diumumkan ketika nak menjelang PAU 2013 dan bukannya diumumkan dalam tenpoh 5 tahun yang lepas?

Aku sebenarnya tak kesah sama ada kenyaan peribadi atau kenyataan perkasa. Yang penting, saudara Irwan telah memulakan sesuatu yang dah lama ahli umno akar umbi pendamkan. 5 tahun memendam rasa. 5 tahun bersabar dengan karenah Ah Jib Gor. 5 tahun mengharapkan agar Ah Jib Gor berubah. 5 tahun menunggu "durian runtuh" dari Ah Jib Gor. Malangnya selepas 5 tahun, barulah Ah Jib Gor sebut pasal melayu. Sudah terlambat wahai Ah Jib Gor. Melayu Marhean telah kecewa dan sudah tidak boleh dipujuk lagi. Selamat tinggal Ah Jib Gor untuk PAU 2013 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 5:48 PM

Kenapa perkasa masih terhegeh-hegeh nak bermesra dengan umno sedangkan ketua pemudanya sendiri telah memperlekehkan perkasa. Mendabik dada, kononnya umno lebih terkehadapan daripada perkasa dalam membela nasib orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 5:52 PM

Perhatikan no.6 ....

hmmm .... apakah itu juga pendirian Dong Zong ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 7:50 PM

Itu Irwan, tapi kalau kami yang diluar nih mendesak, apa kah juga dikatakan dalam proses kematangan? Ada diantara saya jamin telah pun beranak bercucu yang konsisten mendesak Najib meletakkan jawata; ada kah kami juga sedang menjalani pruses yang sama? Kami yang kebanyakanya mengharapkan PERKASA untuk membela nasib dan masa depan kami, tetapi PERKASA cuba pulak kelandasa proses membodek Najib. Apa ni?

Sememangnya betul, kami juga menghormati Najib tetapi bukan kerana sikapnya yang memperlekehkan hak keistimewaan orang Melayu. Hormat kami kerana Najib PM, tetapi kalau bukan PM tidak mungkin aku hormat. (Maaf terpaksa gunakan AKU dan bukan KAMI lagi).

Ohhhhhhh!!!! PERKASA “PERLU” perhubugnan baik dengan PM dan oleh kerana itu TERPAKSA menjaga kepentingan PM yer? Agama, bangsa dan Raja Raja Melayu telah diseret sebegitu jauh, PERKARA mengatakan “PERLU”kan perhubungan baik? Ada kah itu dinamakan kepentingan orang Melayu dan kaum Bumiputera yg lain dapat dilaksanakan oleh kerajaan?

Bagaimana pulak dengan DongZhong, ada kah juga ada perhubungan baik dengan PM? Ohhhhhh!!!! Patutlah DongZhong dilayani dengan permintaan sekolah dan pelbagai bantuan. Patutlah bangsa Cina menjadi bangsa penting dalam Negara ini dan dilayan dengan baik, hingga PM turun teramat rendah kebawah hingga sanggup memukul gendang Cina. Ada hubungan baik rupanya. PERKASA selama ini menjaga perhubungan itu apa yang orang Melayu dah dapat berbanding dengan kaum Cina? Patutlah orang Cina sokong Najib hingga menterjemahkanya di PRU13. PERKASA dapat apa dan saperti kata KJ, Presidenya pun kalah bertanding.

Aku rasa bukan Irwan yang belum matang, tetapi PERKASA keseluruhanya yang belum matang. PERKASA usahlah membodek kerana PERKASA sudah kelihatan lemah dan tidak saperti baru baru ditubuhkan dengan membawa semangat MELAYU yang aku pun terpengaruh menjadi ahlinya.

Pada pendapat aku, lebih banyak masa diberikan, lebih rosaklah institusi MELAYU. PERKASA kena ingat, sekali terlepas dari tangan MELAYU, tidak mungkin akan dapat dikembalikan. Bukan masa yang penting, tetapi tindakan yang sepatutnya PERKASA fikirkan demi maruah agama, bangsa dan Raja Raja.

PERKASA usahlah tertipu dengan bayang sendiri dan janganlah fikir bahawa PERKASA dipandang relevan memperjuangkan bangsa. Apa dah jadi disekeliling kita sepatutnya PERKASAlah kehadapan. Dimana kah PERKASA semasa cikgu ahPoh menghina bangsa, dimana kah PERKASA semasa DongZhong membuat tuntutan, dimana kah PERKASA dalam kemelut kalimah ALLAH, dimana kah PERKASA semasa agama dihina dan banyak lagi. Kalau hanya nak menjaga perhubugan baik dengan PM, tak payahlah jadi PERKASA.

Aku perlu ingatkan supaya PERKASA tidak menjadi PERKAKAS disuatu hari nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 8:09 PM

Bagi masa byk mana lagi dekat najib?

Dh lama kita bwrputih mata. Cina jgk yg dijilatnya. Saya sokong irwan. Xkan bila dh diliberalkan semuanya baru nk senada dgn irwan.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 8:43 PM

perkasa pun dh jd lembik...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 31, 2013 at 10:19 PM

1)Kenyataan PERIBADI: Kpd PERKASA, kenyataan bro Irwan BUKAN kenyataan peribadi. Kami (penyokong UMNO) sms PRU13 lalu juga berfikiran SEBIJIK mcm bro Irwan.....anggaplah kenyataan dia tu sbg "kenyataan KECEWA MAJORITI penyokong UMNO"

2)Keterlanjuran Emosi: Penyebabnya adlh keterlanjuran PM memberi SEGALA KEISTIMEWAAN pd pembangkang & Cinabeng

3)DSN PM Mas: Dulu masa desakan utk Tun Abdullah bagaimana?

4)Hubungan baik: Ohhhhhh....rupa2nya Cinabeng biaDAPigs & pembangkang ada hubungan istimewa yg org Melayu/Bumi tak tahu. Hubungan ONGKOS bwh meja ke?

5)X layan tuntutan X sihat:Ohhhhhh rupa2nya GULING ats jalan, berkelakuan spt binatang dlm perhimpunan HARAM adlh menyatakan tuntutan scr berADAB & berTAMADUN....ohhhh, baru tau

6)beri PM masa:Ok, yg ni scr peribadi aku ble terima.....tp ingat keyakinan ni makin lama makin TIPISsss (aku x tau org lain).....skrg ni aku cuba anggap tindakan/kenyataan NAJIS dr mana2 Menteri/org keliling termasuklah yg PM lantik sendiri (walau ditentang) sbg utk memBURUKkan UMNO/PM....x tau brapa lg aku ble bertahan

7)PM peka/peduli org Melayu: YE LA TUUUUU....harap aku ni & PERKASA tak bermimpi di siang hari....LAST CHANCE PM.....LAST CHANCE from me

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 11:00 PM

kalau aku jadi IRWAN, tak aku kesah nak mohon maaf. kalau pembangkang desak mintak Najib letak jawatan takper sebab parti lawan. kalau macam tuh tak payah nak jadi kawan. jadi lawan lagi baik. bila Najib nak buat kawan, macam macam dia nanti kasi. dengan Najib buat macan Cina baru untung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 11:09 PM

Aku ingatkan perkasa ni garang macam singa. Tapi bila ngan najib boleh pulak bertukar menjadi kucing. Kucing yang manja-manja gitu. Senang cerita perkasa dah kira layak jadi kucing kesayangan najib.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 11:30 PM

@AnonymousEntah kenapa .... hati saya mengatakan isu Irwan-Perkasa ini BELUM SELESAI.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 11:32 PM

@Otak geligaKomen saudara dengan anon 7:50 hampir sama :)

Saya percaya , begitu juga dengan ramai pembaca lain !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 12:14 AM

Perkasa is fully of shite and so are you.

You fucking Melayus are a joke.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 12:24 AM

@Anonymousyeah-yeah .... thank you very much, see u tomorrow !

Post a Comment