........... PENTING - Dinturtle Perlukan Sokongan Anda ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PENTING - Dinturtle Perlukan Sokongan Anda !

Tuesday, August 6, 201333comments

Adoiyaaaaii ..... Kena buang link lagi ! Saya baru perasan benda ni bila saya cuba cari jawapan kenapa bilangan pembaca menurun sehari dua ni. Rupanya ada TOP blogger yang sebelum ini menyumbangkan banyak hit melalui Bloglist mereka telah BUANG LINK Dinturtle.

Aduuuuhhh ... Korang ni macam budak2 la, tak kena gaya langsung dengan status TOP BLOGGER atau BLOGGER ELIT yang korang tepek kat dahi kalau jenis main buang2 link macam ni !

Tak silap ni dah kali ketiga dinturtle kena SABO macam ni. Mula2 dulu kes NFC, lepas tu kes ROSMAH .... sekarang ni kes apa pulak ? 

KES NAJIB KE ?


Sebab saya tak BODEK Najib maka saya kena buang link ? 

Saya bukannya kisah sangat ranking tuh... sebab saya bukannya cari makan melalui ranking. Kebetulan je kot saya nombor 11 dalam ranking terbaru, saya sendiri terkejut sampai jatuh kerusi semalam ! Biar betuuul dinturtle no 11 .......

TAPI ramai pemimpin2 Umno yang BLUR cum BENGAP dengan dunia blog yang menjadikan ranking ini sebagai indikasi akan pengaruh dan populariti satu2 blog, makanya blogger2 yang suka POWpemimpin2 sebegini begitu HARDUP dengan hit/ranking.

Apakah kerana ini maka anda cuba SABOTAJ dinturtle ? Kalau boleh transfer ranking tu, aku dah pass lah kat korang.

Tapi saya TERKILAN ..... Mana dia yang dikatakan sebagai BROTHERHOOD itu ? Korang juga yang duk sebut2 Brotherhood la, Blogger Kena Bersatu la .... alih2 korang yang suka main buang link.... apa cerita ?


Kepada PLAYMAKER dan balaci2nya yang berada dibelakang tabir tu saya nak sampaikan pesan - Tolong jangan anggap atau layan saya seperti MUSUH. Be Professional la. 

Kita Blogger, medan kita adalah dalam blog. Apa-apa pun kita boleh sampaikan melalui penulisan kita. Tak perlulah nak cantas mencantas ni. 

Saya sedar saya nobody dan saya juga tidak tahu, tidak pandai dan tidak mahu pandai dalam selok belok politik blogger. Yang saya tahu hanyalah menulis demi kepentingan bangsa dan agama.

Saya tak sehebat korang. Korang pun dah kenal saya jenis orang yang macamana. Very simple dan very straighforward. Belit-belit saya tak pandai. Dan saya amat pentingkan KEJUJURAN. Tikam menikam belakang adalah benda yang saya paling benci.

TAPI JANGANLAH KERANA SAYA TAK IKUT NASIHAT ANDA SUPAYA BANTU DAN BODEK NAJIB MAKA SAYA KINI DIANGGAP SEBAGAI MUSUH ? ?

Kepada para bloggers yang masih terus menyokong, saya amat2 berterimakasih dan hargai sokongan anda !

                                              *************************

Kepada para pembaca yang saya hormati sekelian, sokongan anda semua selama ini amat2 saya hargai - TERIMAKASIH ! Tapi kali ini saya terpaksa menagih sekali lagi sokongan yang tidak berbelah bahagi itu.

Saya mohon anda supaya dapat promosikan blog dinturtle ini dan tolong sebarkan SETIAP ARTIKEL yang keluar kepada seberapa ramai rakan2. 

Red Bean Army versi Najib sudah mula menampakkan belang mereka dan dinturtle sudah di mark sebagai sasaran kerana saya pilih untuk terus kekal dengan cara saya.

Mereka very powerful baik dalam dunia blog maupun didunia nyata dengan segala kabel yang mereka ada. Nak hapuskan dinturtle adalah kacang je buat mereka ini, dan saya tidak akan mampu berbuat apa2.

Tapi anda selaku pembaca mampu mengubahnya !

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 5:46 PM

Salam,
terus berusaha dan berjuang krn allah swt demi agama, bangsa dan negara. tak bodek bkn bererti benci, tapi memberi pandangan dr sudut yg berbeza. Tapi biasa la, kalu tak dpt nak jwp, buang link la. Mudah. Cakap byk putar alam. Nak praktik susah. So, sy harap dinturtle terus bercakap dsn luahkan perasaan ikut apa yg anda fikirkan. Tak setuju, sy.diam, no komen.

blogger yg buang link tu mungkin nak mudahkan tugas. Kalu ada yg hantam dan kritik, susah la nak buat artikel yg angkat selalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 5:48 PM

Setau aku blog yang dah declare sokong Ah Jib Gor ialah House PK. Blog GAP, MIK, TFK dan TheUnspinners setakat ini masih bebas memberi pandangan. RBA versi Najib aku nampak semakin bertambah terutamanya kat ruangan komen. Mereka menggunakan pelbagai nickname bagi memperlihatkan seolah-olah bilangan mereka lebih ramai.

Din, aku rasa baik engko berhati-hati, lebih-lebih lagi bila PAU dah semakin dekat. Diaorang boleh guna apa jua cara untuk attack termasuklah menggunakan DDOS dan Spam.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 5:55 PM

Salam Ramadhan Bro Din,
Kekalkan & teruskan cara penulisan Bro yang tersendiri insyaAllah, pembaca2 setia blog dinturtle seperti saya sentiasa akan mengunjungi blog ini. Saya pun perasan juga ada juga diantara rakan2 blogger telah membuang link blog saya yang tak seberapa tu walhal dulu, ada gak diantara mereka (tak semua) yang mohon pautan link pada saya.
Takpe ler, bagi saya rangking hanya bonus, tapi minat, konsistensi, pengisian & mesej yang hendak disampaikan (seperti yang dilakukan oleh Bro) itu yang teramat penting sekali!
Okaylah Bro, Teruskan perjuangan, Selamat Hari Raya. kalo makan lomang tu jangan luper member2 kat Sarawak ni! Kekeke!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 7:06 PM

Jangan risau din,,depa nak hack ke nak apa ke,Aku boleh buat 100 lagi Blog din turtle,pasal spam memang dah ada yang kena kan din dah berapa kali aku buang,cuma permintaan ,din kena buat lagi satu akaun google dan serahkan pada aku untuk buat blog bakup.

Soal orang buang link dipautan jangan takut din,blog aku sendiripun lebih kurang 5 blog sahaja yang paut ,tapi bukanya mendatangkan back link yang tinggi,peratusan besar datangnya dari serp google.berusahalah belajar SEO agar blog kita mesra GOOGLE dan tak usahlah berharap sangat dengan pautan link orang lain.Tak usahlah nak kejar ranking,,dunia blogger bukan untuk ranking,kalau din nak ranking aku boleh tolong,tapi yang aku tahu din bukanya manusia cari ranking untuk blognya dan begitu juga aku,aku tak peduli pasal ranking.yang aku mahu hanyalah kedudukan SEO.Apabila SEO bagus,blog kita akan berada dipuncak dalam carian Google.

Untuk berkongsi maklumat,gambar tidak mengandungi meta tag,maknanya robot(google bot) tidak mudah untuk index kelaman google,untuk itu kita boleh atasinya,kerana setiap gambar ada nama kod file,oleh itu sebelum masukkan kedalam blog sila namakan gambar itu dengan nama blog kita,contohnya gambar blog din turtle dan sebagainya.InsyaAllah blog akan cepat berada diatas senarai google.Kalau blog saya,jika taip nama penuh Media Shah Alam ia berada di di no 1 kekadang no 2 di senarai google,kalau taip Shah Alam pula berada di no 4 dan memang cukup ok,manakala kedudukan SEO pula blog saya berada ditahap terbaik buat masa sekarang iaitu 100% kekadang turun ketahap 90%,jika mahu menilai tahap SEO BLOG,rakan-rakan boleh ke link ini,,http://chkme.com/,,kekadang aku lihat blog popular SEO nya hanya 14, 25, 45, 57% sahaja,itu bermakna dia berharap kepada rakan blog lain pautkan blognya...belajarlah SEO jangan harap sangat pautan link pada blog lain.Adios

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 7:50 PM

Kenapa bila bukak blog ko...blog media shah alam bertepek kat atas?

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 8:18 PM

ubah laaa sikit penampilan....kadangkala jika sempoi sangat, pakai selipar, seluar jean koyak, t shirt selekeh, cara tak langsung 'persepsi' nya sudah jadi kurang baik.

kita mesti perkemaskan pemakaian kita.....semoga berjaya demi bangsa, agama dan negara.

Salam Ramadahan dan Aidilfitri.

....................
Reply To This Comment ...................
Farah
August 6, 2013 at 8:53 PM

Salam Din,

Perangai cantas-mencantas ghoper gini laa yg menjahanamkan Melayu, bermula drpd kejatuhan empayar Kesultanan Melaka sampai laa ke tsunami cina PRU lepas.

Bloggers yg bro maksudkan tu memg tak professional, tak tau bezakan antara politicians dan perjuangan. Sendiri mau ingat, politicians come and go but principles and struggles remain.

Tapi tak memeranjatkan, sebab the rot starts from the head. Kalau lah Ah Jib Gor pun jenis kesahkan undi, populariti dan menjaga ass-nya saja tanpa memedulikan prinsip, maka tak hairanlah kalau bloggers macainya juga berfe'el begitu.

Bro dah listkan blog ni ke The Mole (Rocky Bru?). Saya tengok coveragenya agak balanced througout the spectrum, daripada jenis2 kaki ampu Najib sampai la ke blog2 kelolaan beruk2 rusuhan kuning. Rasanya blog nasionalis mcm Din Turtle ni boleh mendapat manfaat daripada listing di situ.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 9:30 PM

Tak payah nak jadi penagih Din... Apa yang kamu buat dah betul. Aku perhati dari kedudukan ratusan sekarang dah jadi belasan, apa lagi yang kamu ndak. Tadi dah cakap tak kisah pasal ranking, sekarang nak merayu2 plak, apa hal!!!

Kalau teringinkan fulus asyuk, rajin2lah mengampu, tapi kalau rasa lebih selesa duduk atas ponggong sendiri, teruskan saja dengan apa yang kamu buat. Bagi aku lebih mudah mengutuk dengan ikhlas dari memuji sesuka hati.

Apa pun tahniah dengan ranking terbaru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 10:25 PM

hahhahahah aku setuju bro..BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH..dedahkn lg dn lg sikap2 manusia tamak haloba ni..

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 10:47 PM

Walaun dinturtle tak link blog aku, aku tak ambik hari Dan terus kunjungi Dan komen kalau perlu. Blog yg declare sokong najib pun aku dah balun dlm tulisan aku 'umno hantar pm yg lekeh.......', link tak link dng blog aku bukan isu besar.

Tulis tetapi akan tulis samada seorang pembaca atau tidak Ada langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 11:21 PM

Selamat Hari Raya, Din. Teruskan perjuangan. Jangan patah semangat. I'm with you 100%.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 12:03 AM

Dah nama pun melayu beb..sabo aje la, teruskan buat keje, pelan2 kayuh.

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:20 AM

@Media Shah AlamSiapa lagi aku nak cari kalau ada apa2 hal dgn blog ni :))

TerimaKasih bro !

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:21 AM

@Anonymousya ke ? takperlah...brader tu umpama jaga kepada dinturtle :)

Sesiapa ada masalah boleh hubungi dia

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:26 AM

@QalamQabutSaya merayu pembaca supaya dapat sebarkan artikel2 saya... supaya tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah untuk promosi.

Saya bukan kejar hit atau ranking tapi saya kejar pembaca.

Umpama pasar tani yang diwujudkan supaya dapat dikecilkan peranan orang tengah. Jadi saya tidak perlu bergantung sangat kepada link2 blog lain

Ramai yang tak akan perasan jika satu2 blog telah dibuang link. Selepas beberapa waktu baru mereka perasan. Jadi saya rasa rugi artikel2 yang say tulisjika tidak mendapat hebahan semaksimum mungkin.

Sebab saya tulis ada tujuan/motif demi bangsa ....lebih2 lagi PAU semakin dekat. Mesej kena disebarkan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 12:33 AM

Salam bro, it's take a thief to identify athief. It's take guts to be in your shoes. Be vigilante to whatever u do. i support all the way... Nansha

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:41 AM

@dinturtleooops bukan jaga tapi yang memerhati dan menjaga keamanan DT :))

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:51 AM

@kluangmanAda eeeeh ..... lama dah saya linkkan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 12:52 AM

Kepada semua bloggers dan pembaca - TERIMAKASIH diatas sokongan anda.

Oya, ada satu lagi tujuan artikel ini saya tulis - supaya orang semua tahu Najib juga ada RBA nya sendiri !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 12:53 AM

saya peminat tulisan anda bro.teruskan menulis:
kakak skudai~

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 2:06 AM

isu perlantikan azeez rahim sbg pengerusi tabung haji nampak macam dah sejuk, sini aku nak panaskan balik, org ni mmg x layak jadi pengerusi tabung haji, kalau bab degree palsu tu boleh maaf lagi, kalau dah masuk bab akhlak pun hancusss mmg tak boleh jalan, depan org bermuka muka tunjuk baik, tapi kaki 'sapu' duit jugak ni, tak boleh biar lama2 mamat ni, liabiliti pada najib. wakin azeez disingkir dari tabung haji

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 2:33 AM

Saya peminat anda bro, saya tau bro digajikan oleh wan hisham si bekas adun Ladang. Banyak ke dia bayar bro? Dia suruh lu hentam mat said dan pm sebab bos lu tak terpilih jadi calon. Tolong la bro, takut dengan Allah bila lu berdusta kata berjuang demi bangsa dan negara. Wa pemi ta lu bro. Sebab itu wa tau wan Hisham payung lu baik punya. Nak aku bukak lagi cerita bro? Kalau lu jantan lepas la komen wa ni. Nanti wa update lagi...

Hik hik hik berjuang demi bangsa dan negara konon. Bertaubatlah la saudara....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 5:09 AM

Mungkin balasan kepada din kerana buang blog yg tlh din listkan blog tersebut sblm ni,sdgkn blog tersebut masih listkan blog din pada blognya..perasaan yg din rasa ni, mcmtula juga admin blog yg di unlist dr dinturtle rasa..patut kalo nk unliskn sstu blog,elok kita bgtau admin blog tu pasal apa kita unliskn mereka..ni tak buang senyap2je .. admin tu rasa mcm tertipu la...skrg rasakan la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 5:42 AM

Tdm pernah kata, kalu blogger tulis hampas, lama nanti pembaca akan lari. Kalu dok bodek saja, org akan jemu. Macam akhbarla . Dah kurang org baca dan terima beritanya krn byk sangat membodek sampai sakit kapla. Tu yg ramai beli sinar krn persepsi macam tak berpihak. La ni org nak tengok baik buruk. Kalu buruk, sila betulkan. Org terima kesalahan, tapi kalu memang sengaja buat, tu tak ada maaf la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 5:42 AM

Din,
Sejak sebulan aku pindah ke gong badak duduk rumah depan stadium runtuh tu, at least 3 kali sehari aku jengok blog nko. Mana la tau nko ada cerita pasal stadium tu.
Anyway, teruskan penulisan gaya nko. Tak perlulah bodek najib. Bukan dia yg buat keputusan le ni. Dia tu just proxy sahaja...

Zack

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 5:44 AM

@AnonymousHahahaha sekor lagi yang cuba nak lempar fitnah .... kalau ada bukti ceritalah, saya akan siarkan sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 5:46 AM

@Anonymousada ke? Kalau ada pun sebab saya tukar template, bukan sengaja, Ni yang saya sebut ni SENGAJA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 8:07 AM

ranking tinggi penting ke bg blogger? kalau ranking tinggi tapi top postING gambar lurah dendam pompuan pun tk guna. Blog PAPAGOMO, RBF, GAP, DOUBLE Y, MYMASSA, APA, ROCKYBRU dan BIGDOG antara yg aku sering lawat sebab mampu menulis kupasAN isu dan pendedahan original. Blog DT bg aku spesial sebab membawa suara org bawahan. Teruskan bentuk penulisan begini. Saya support blogger yang berpendirian! Selamat hari raya bro DIN TURTLE.

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 11:49 AM

@dinturtle

Sekali lagi aku cakap... apa yang kamu buat dah betul... Jangan risau le kalau orang tak baca, dema tak kenal lagi. Yang dah baca takkan ke mana.

Yang paling mustahak tulisan ngko kena maintain kelas dan relevan. Tegur mana dan siapa yang tak betul. Sebagai blogger aku cadangkan berhemah sedikit, tak boleh nak kutuk rapat seperti komentor macam aku ni.

Aku tau link mustahak, tapi kalau tulisan ngko mantap selalu, pembaca akan terus buat bookmark blog ngko. Dan pastinya blog lain mau link tanpa nak merayu dayu.

Kan ngko dah femes! Apa lagi mau?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 10:21 PM

din ... aku tengok blog house pk ...
kalau dulu komen sampai beratus ...
iaitu semasa dia isytihar perang dengan omar ong dan anak menantu pak lah ...
tetapi selepas dia declare dia adalah penyokong tegar ah jib gong ... ranking dia pun menurun jugak ...

dan penulisan dia pun dah tak menyegat dah ...
macam mana nak menyegat hati kata lain ... fikiran kata lain ...
tetapi kena tulis benda lain ...

perjuangan menyingkirkan ah jib gong tidak semudah menyingkirkan pak lah ...
walaupun kerosakan yang dilakukan oleh ah jib gong lebih parah dari yang dilakukan oleh pak lah ...

apabila dekat dengan PAU ... PM tidor pun buleh jaga dan tulis buku ... untuk kempen anak menantu ...
ingatlah disamping melawan ah jib gong ..
engkau juga melawan KJ ... Nah Zhe Li Ah Jis ...
Omar Ong and the gang ...
serta ramai lagi pengampu Ah Jib Gong ...
seperti PM tido ...

Ah Jib Gong tidak akan menyerah kalah ...
kerana dia rasa adalah tidak salah untuk dia mengguna nama Ah Jib Gong dan bekerja sebagai pemalu gong cina ...
kerana dia rasa tidak salah dia buang ISA dan Ordinan Darurat ...
bahkan dia berbangga ... walaupun setahu aku KPN dah jumpa dan memberi pandangan yang kedua2 undang2 pengcegahan itu mesti kekal ...
tetapi ah jib gong memang gong ... dan dia tidak peduli ...
Dia rasa tidak bersalah untuk tandatangan TPPA ...
Dia rasa tidak bersalah untuk mendakap Dong Zhong dan memeluk HINDRAF ...
sebab itu ZAM pernah menyindir Ah Jib Gong ...
Kalau MCA dan Gerakan dah tak relevan kenapa UMNO tidak menjadikan DAP sebagai kawan ...


....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 11:17 PM

@AnonymousTerimaKasih diatas sokongan berterusan anda semua :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 4:50 AM

kau tak suruh puak kau tobat.. atau kau nasihat pm tobat.. atau kau suruh punahsihat najib tobat... byk nak kena tobat ni... opppssss TAUBAT... patutla tak bertaubat... tobat rupanya..

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2013 at 11:55 PM

@dinturtlesaya masih menunggu bukti tuduhan saudara itu ? Siapa yang jantan dan siapa yang betina sekarang ?

Ni penfitnah tegar mana datang ni ?

Post a Comment