........... Pemilihan Umno 2013 - Jangan Lupa Kata2 Hikmat Pengundi BN Pasca PRU13 ... apa dia ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemilihan Umno 2013 - Jangan Lupa Kata2 Hikmat Pengundi BN Pasca PRU13 ... apa dia ?

Tuesday, August 6, 20134comments


Kamilah The Three Musketeers ! Kami memang hebat maka kekalkanlah kami !

"Sebagai naib presiden, dari dulu lagi, dan tiap-tiap tahun kerjasama antara saya dengan (Datuk Seri) Zahid dan (Datuk Seri) Shafie memang merupakan satu kerjasama yang rapat.

"Dan kalau itu merupakan satu kekuatan dan kelebihan dan itu membantu parti, saya kata ia boleh diteruskan,"
tegas Hishammuddin.


Tapi .... "Jangan cuba kaitkan hubungan itu hanya dalam konteks pertandingan, kerana hubungan kami bertiga itu melebihi (satu) pakatan (atau) kerjasama untuk mengejar jawatan. Itu bukan cara kita.

"Kita tak ada satu pasukan. Pasukan kita, satu saja (iaitu) Umno,"
- Mkini.


Tiga serangkai yang Hishammuddin dakwa boleh diteruskan TAPI jangan dianggap sebagai satu pasukan dalam Pemilihan.

Dan anggaplah timing kenyataan beliau itu sebagai satu KEBETULAN dan tidak ada kena mengena dengan Pemilihan yang sudah semakin hampir.

Hmmmm ... selagi belum isi borang pencalonan, tidak ada apa yang pasti lagi. 

Kenyataan Hisham diatas buat saya teringat artikel blogger KNKB - Terharu Melihat Comradeship Para Pemimpin Umno !!

- Pendek kata semua pemegang-pemegang jawatan ini saling bantu-membantu dan sokong menyokong di antara satu sama lain untuk menyelamatkan jawatan "kawan-kawan masing-masing" atau pimpinan atasan masing-masing.

- Tapi sayang, "bijak bistari dan comradeship" para pemimpin incumbent ini hilang dan lenyap entah ke mana dalam bab mempertahankan kepentingan agama Islam, kepentingan melayu dan kepentingan tanah air.

Alahai Umno .... Umno .... serius cakap ni, sedih bila memikirkan karenah pemimpin2 Melayu kita ni. Berebut2 nak kan kuasa atau nak mempertahankan kuasa. Bila time nak berkempen, berapi2 bila bercakap tentang hak Melayu tentang perjuangan Melayu .....

Tapi bila kuasa dah dalam tangan, semua jadi poliTIKUS.

Yang sebenar-benarnya, apakah kriteria untuk dipilih sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya menjadi JUARA MELAYU ?

Memiliki sifat2 JUARA KAMPUNG yang hanya gah dalam kampung sendiri tapi bila dicabar musuh dari luar, semua bertukar PONDAN ?

Memiliki sifat2 LIBERAL 1Malaysia supaya dapat mencairkan apasaja keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu untuk dikongsikan dengan bangsa lain demi kelangsungan politik Umno ? Selepas habis semuanya diKONGSIkan, apakah Melayu masih ada kelebihan atau waktu itu semua pemimpin2 Melayu akan berebut2 pula untuk menjadi BALACI kepada kaum lain ?


Memiliki sifat APOLOGETIK tahap tertinggi supaya dapat meminta maaf dengan segera setiap kali kaum lain bersin ?

Yang paling penting saya mahu tanya adalah - Apakah kehendak pengundi2 Melayu Pribumi yang telah membantu Umno kekal berkuasa semasa PRU13 akan menjadi pertimbangan ahli2 Umno dalam memilih pemimpin2 mereka ?


Sebab orang Umno kena ingat, siapa juga anda pilih semasa PAU kali ini berkemungkinan besar akan terus kekal sehingga PRU14. Jika mahu melihat Umno berjaya pada PRU14, jangan lupa kata-kata hikmat Pasca PRU13 iaitu -

Orang2 Melayu Pribumi memilih Umno/BN bukan kerana itu pilihan mereka tapi kerana tidak ada pilihan yang lebih baik.

Jika team yang sama juga dipilih oleh orang Umno, ini bermakna anda mencabar pengundi2 Melayu Pribumi supaya membuat keputusan yang sama pada PRU14. Persoalannya - Apakah pengundi2 Melayu Pribumi akan beri peluang yang SAMA kepada Umno nanti ?

Anda sanggup ambil risiko itu ?


Akhirkata, pesanan ini bukan saja kepada orang Umno yang bakal memilih pemimpin2 negara tapi juga kepada pemimpin2 Umno yang mahukan perubahan dalam halatuju parti. Bersuaralah dan Sahutlah Cabaran Terbesar Dalam Sejarah Umno ini ..... kerana pilihan anda ketika PAU nanti akan menentukan nasib bangsa Melayu dimasa hadapan.

Hint - Cuba tanya pengundi2 Melayu Pribumi yang telah menolong Umno PRU13 baru ni - Apakah mereka akan sokong team Umno yang ada sekarang ini ATAU mereka mahukan perubahan ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 5:53 AM

Wind Of Change sudah melanda dalam PAU 2013. Sebagai ahli UMNO, kita boleh mengundi pemimpin yang memenuhi aspirasi orang Melayu. Cuma, jika tiada sesiapa pun yang berani mencabar Ah Jib Gor, beliau sudah pastinya dijangka akan menang tanpa bertanding. Kita perlukan lebih ramai pemimpin UMNO yang berani ke depan untuk memberi persaingan sengit. Sekaligus tidak memberi laluan mudah kepada penyandang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 6:06 AM

Salam,

maksudnya satu pakatam pemimpin yg auwwwww.
bila auwwwwwww memang teringat akan pencium keris yg meminta maaf krn cium keris. Kalu ahli umno pilih dia ni, memang ahli umno auwwwwww. Tu yg tak bertelur bila berjuang utk melayu. Tak ada bunyi, diam menikus bila org sergah melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 10:42 AM

semua tak ada telor , semua mau play safe,orang melayu apa bole kasi , cinabeng bole sponcer, itu yang dalam PAU tak berani kutuk cina tu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 4:56 PM

PEGI JAHANAM HISHAM AMARAN
BOLEH BLAH MAT PONDAN NI

TUMBANGKAN 3 STOOGES NI
NAJIB TONGONG HISHAM AMARAN BOLOH NAZRI KITUL

Post a Comment