Nazri - Pengkritik Saya Berotak Tahi Lembu dan Pendengki ! Hahahaha ....

Monday, August 19, 201314comments


Kepada mereka yang mengkritik Nazri atas isu perlantikan anak lelakinya, Nedim sebagai Pegawai Khas bagi Parlimen Padang Rengas walaupun setelah tindakannya disokong oleh Najib, terimalah tempelak dari beliau -

Mereka ini berotak TAHI LEMBU !
These people have cow dung for their brains.

Mereka ini DENGKI, tak boleh tengok orang lain senang.
Nazri said the bloggers who continued to attack him were displaying "typical Malay envy (dengki) of not being able to see others happy". - TMI dan TMI Omputeh.

Hahahaha ..... Nazri masih nak menegakkan benang basah ? Kemudian ada hati nak cuba SPIN fakta....

SEKARANG baru Nazri nak kata yang Nedim adalah pegawai khas untuk Parlimen Padang Rengas ....

Cuba ingat apa respon Nazri masa mula jawab isu ini - MalayMail -

"I had to give him some kind of designation so that the boys and girls would listen to him so I named him 'special officer' in my portfolio.But he is not a salaried worker," Nazri explained.


....in my portfolio ?

Cuba ingat kembali screenshot Staff Directory MOTAC ketika mula jadi isu minggu lepas -


Siapapun, saya ulang - SIAPAPUN yang baca akan menerima sebagai fakta bahawa Nedim, anak lelaki Menteri MOTAC ( waktu itu saya tertanya2 juga apakebendanya MOTAC tu hehehe ) adalah pekerja yang berjawatan Pegawai Khas di MOTAC.

Hanya yang berotak tahi lembu saja yang selepas baca ini -


diportal MOTAC akan menerima sebagai fakta yang Nedim adalah Pegawai Khas Nazri untuk Parlimen Padang Rengas yang gajinya dibayar oleh ayahnya.

Sebab itulah orang bising ! Perkaranya memang mempunyai unsur NEPOTISMA.

Cara terbaik untuk menangani isu ini adalah MINTA MAAF dan beritahu ia adalah salah faham, dan keluarkan nama Nedim dari portal MOTAC. Senang kan ?

Tapi apa reaksi Nazri ? Rasanya tak perlulah saya ulang sebut disini, semua dah tahu. Kenyataan yang sarat dengan intonasi BODOH SOMBONG DAN BONGKAK.

Kemudian bila orang kritik kenyataannya yang berunsur bodoh sombong dan bongkak itu, apa reaksi Nazri ?

Mereka yang kritik itu berotak tahi lembu dan jenis dengki melihat orang lain senang ?

Apakah begini jenis pemimpin yang Najib kata mendengar denyut nadi rakyat ? 

Apakah dengan ahli kabinet sebegini Najib mahu dakwa - era kerajaan lebih tahu sudah berlalu ?

Entahlah ..... tak reti dah saya dengan citarasa Najib ni....

PS - Kemudian Nazri tuduh kritikan para bloggers sebagai satu cubaan untuk POW duitnya ....tak tahulah kot2 ada mana2 blogger yang cuba menangguk di air keruh yang menghubungi beliau dan cuba dapatkan kontrek untuk bersihkan namanya.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 19, 2013 at 9:00 PM

nasib baik bloggers je kena LENJAN dgn Nazri, pengomen blog kira otaknya ok la kan?.....hahaha

kihkihkih....bertepek2 tahi lembu kena muka dia & si Nedim...dah tak bleh nak bersihkan, akhirnya "RELA DLM PAKSA" tunduk juga dgn "otak2 tahi lembu" ni.....muaaahahaha

cuma yg peliknya, apa kejadahnya pegawai khas ahli parlimen PADANG RENGAS duduk dlm Kementerian Pelancongan???....ni nak dikira OTAK LEMBU ke apa ni?.....muaaahahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 9:22 PM

Otak dia ada 5kali DHA, hehe.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 9:34 PM

Loya ni dah hangat ponggong, nak libas sesapa saja. Dan tunjukkan lagi kehebatan Mulut Cenonotnya.

Elok sangat kalau Najib terajang dia ni keluar dari kabinet. Merosakkan budaya Melayu saja setiap kali buka mulut. Ini pertama kali aku jumpa menteri yang angkuh dan bongkak sehebat ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 9:34 PM

Posting yang baik dari kamu Din Turtle. Yang berotak tahi lembu ialah Nazri sendiri kerana membuat kerja tidak berhemah. Sombong dan bongkak. Beliau menang di Pandang Rengas pun atas tiket UMNO. Kalau bertanding bebas mungkin hilang deposit.

Isunya Nadem masih menggunakan kemudahan MOTAC seperti e-mail dan fixed phone line. Boleh Nazri terangkan bagaimana MOTAC charge semua kos ini kepada beliau. Saya percaya akhirnya rakyat yang akan tanggung perbelanjaannya.

Kalau benar Nadem ni sebagai penghubung kepada Gen-Y tak ada pula facebook/Padang Rengas yang ada Kemas Padang Rengas. Ini adalah fb makcik2 bukan Gen-Y. Yang bersepah dalam internet ialah gambar2 Nadem ni berpoya-poya dengan gadis2 dan mak janda. Inikah yang Nazri mahu promosikan kepada Gen-Y.

Orang bukan dengki dengan kekayaan kamu yg dikumpul atas tiket UMNO tapi perangai kamu anak beranak yang sombong dan bongkak hanya kerana kamu menang PRU13 dengan majority 2k. Yang dapat majoriti 50k pun tak berlagak macam kamu.

Jika kamu masih fikir orang menyokong kamu sila letak jawatan MP dan bertanding bebas. Jika kamu menang barulah kami semua minta maaf. Ada berani!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 9:43 PM

Menteri anggoh dan sombong,kerana nak buat anak dia seorang HAPPY biar lah rakyat jelata bising yang mustahak keluarga mereka dapat buat apa mereka suka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 9:54 PM

Komen2 memaki hamun Najib saya padamkan, walaupun saya sendiri tak berapa sokong beliau tapi agak over dan lari dari isu OK.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 9:55 PM

@AnonymousAda blog Umno Padang Rengas tapi posting terbaru bertarikh 11/3/2010

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 10:35 PM

aku masih ingat masa dia kutuk pegawai sprm yang nak siasat dia dulu.kamu saper nak siasat menteri.....angkuh sungguh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 11:21 PM

Dia sangat angkuh dengan ilmu law yang dia belajar. Dia gunakan ilmu law untuk belitkan fakta untuk kepentingan sendiri walaupun katanya not against Malaysian law.

Walaupun dari sego moral amat tindakan dia amat memalukan sebagai Menteri.

Aku pun Certified Accountant. Selama ni company aku bayar profit taxes dengan jujur tanpa gagal. Sebab ikut etika bisnis.

Tapi kalau jelas perangai Pak Menteri di Malaysia tamak menghabiskan duit rakyat aku pun bole bertindak sama.

Aku pun bole adjust company profit & lost annual report. Biar minimum untung atau rugi. Semua orang akaun tahu games ni.

Main dengan figure aja. Kalau Pak Menteri bole belitkan fakta aku pun bole belitkan figure profit.

Akhirnya siapa rugi. Kalau semua orang yang ada ilmu akaun buat cara macam ni kerajaan ada revenue?

Mungkin gaji Pak Menteri pun kena potong!

Aku nak ingatkan aja. Jangan le pikir rakyat bisa bodoh. Jangan angkuh. Buruk padahnya bila rakyat pun berindak sendiri.

HUNTER!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 11:40 PM

Hahaha...nie la contoh org yg rasa diri dia tuh bgss sgtt..jgn ko fikir apa yg ko lakukan semua btul org lain salah..menteri paling angkuh yg penah aku jumpa..sedang kn TUN M pn dia brani kutuk ini kn pula blogger...aku nk tgk sgt saat2 kejatuhan ko nnt...ptuiiii..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2013 at 12:01 AM

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Nabi2 dari zaman terdahulu hingga sekarang telah membawa sesama satu peringatan iaitu: 'Kalau kamu tidak ada perasaan malu dalam dirimu kamu akan buat sesuka nafsumu."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2013 at 1:17 AM

Orang yang angkuh sebagai menteri pelancongan tidak boleh dibiarkan campurtangan dalam kerja-kerja imigresen. Zahid menteri KDN mesti tegas melawan menteri angkuh.

Lambakan GRO dan penjenayah asing adalah antara hasil campurtangan ke atas imigresen atas alasan meningkatkan pelancong datang ke Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2013 at 1:19 AM

Buat malu org Perak je dia ni. SPRM sila ambil perhatian dan pantau PAU 2013. Kalau dia ni menang lagi kerusi MT, UMNO memang nak MaTi cepat jawabnya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2013 at 2:11 AM

@Anonymous 11:40

Jom kita hangatkan ponggong Menteri Mulut Cenonot ni sampai dia lari balik ke Padang Rengas.

Aku rasa aku boleh sabar lagi dengan menteri lembab atau menteri bodoh. Tapi dengan menteri yang kurang ajar, angkuh, sombong dan bongkak ni, kalau di depan aku memang dah kena selipar.

Jom tunjuk dekat Najib betapa bencinya kita dengan Menteri Mulut Cenonot ni! Biar Najib sedar si malaun ni tak akan boleh buat kerja kalau rakyat benci dekat dia. Biar jadi biawak gabok yang bawa mudarat kalau disimpan. Biar Teresa Cock nak ambik dia sebagai Ketua DAP Perak pun takpe, senang nak sumbu dia sampai mampos.

Malu aku ada anak Perak yang buat perangai buruk macam ni. Melayu keturunan apa kejadah ntah!

Post a Comment