........... Nazri Amal Nepotisma ? MANA ADAAAAAaaaaaaaa ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nazri Amal Nepotisma ? MANA ADAAAAAaaaaaaaa !

Thursday, August 15, 201326comments


Gambar Pegawai Khas Kementerian Pelancungan Bersama Ayahnya Menteri Pelancungan.

Nama anak Menteri Pelancungan tersenarai sebagai seorang Pegawai Khas di Kementeriannya ... adakah ini satu contoh klasik amalan NEPOTISMA ?

Semak - MOTAC

Mana ada ! Pelantikan Nedim sebagai pegawai khas adalah TIDAK RESMI. Namanya yang disenaraikan dalam portal Kementerian Pelancungan sebagai Pegawai Khas juga adalah dalam bentuk TIDAK RESMI.


Saya terpaksa berinya satu jawatan supaya orang muda akan dengar cakapnya jadi saya namakannya sebagai Pegawai Khas dalam Kementerian saya ...tapi beliau bukannya pekerja yang dibayar gaji..... begitulah terjemahannya dari MalayMail -


"I had to give him some kind of designation so that the boys and girls would listen to him so I named him 'special officer' in my portfolio.But he is not a salaried worker," Nazri explained.

Anak saya tidak dibayar gaji oleh kerajaan .... malah saya boleh saja berikan jawatan sebagai budak pejabat, no problem .... budak pejabat yang memandu kereta Ferrarri .... 

"My son does not even get paid by the government ... In fact, I could even rename him my office boy, no problem.... an office boy who drives a Ferrarri," the minister said, jokingly.


Nah .... contoh pemimpin kesayangan PM Najib. 

Amat berhemah dalam perbelanjaan kerajaan dan seorang yang amat RENDAH DIRI.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 2:45 AM

Betul jugak dia cakap, alasan yang logik, biar bbudak laki dan puang dgr cakap, akn datang dh bole amek tok nenek moyang pulak biar makbapak budak pulak dengar cakap.
Yg ferari tu dia joke ja, dia nak sebut DATSUN tp tersebut ferari.
EXCUSE EXCEPTED..hehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 3:23 AM

Mcm mana ada pegawai khas tak rasmi? Apalagi bawah Menteri dan JPA! Dan kalau anaknya ini begitu Kebaratan melampau, masakan boleh menjadi contoh kpd. jenerasi muda Islam/Melayu, yg. makin hanyut dgn tamadun Barat-Zionis yg. makin ganas? Dahlah umat Islam/Melayu makin MERANA dgn segala jenis kekejaman CINA SAMSENG RASIS DAPigs/PKR dan masih ramai dlm kemiskinan.

Oleh kerana MUSUH Islam semakin rakus menyerang Islam/umatnya di bumi pusaka kita ini, maka Menteri/pemimipin Islam/Melayu serta keluarga mereka, kena berakhlak tinggi. Barulah jenerasi muda menghormati pemimipin Islam/Melayu itu.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi keenakan masakan KAMPUNG Melayu kita, nasi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering!)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 3:32 AM

Apa lagi yang dalam portal kementerian yang tak rasmi yang dia anak beranak buat sesuka hati! Kalau dia tak bergaji makna dia bukan berkerja di situ dan tak layak pakai jawatan itu.

Kalau ya pun anak dia office boy,ini office boy polis takut tangkap atau buat lapuran.

Kalau macam tu saya pun nak buat business card PM Malaysia tapi tak ada gaji,amacam boleh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 4:31 AM

lantak kau la nazri. sementara boleh, buatlah dan lantiklah sapa2 yg kau nak sebagai balaci kau. kitorang tengah syok tengok ni. dunia...dunia, macam2 ada...hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 4:42 AM

Pada pandangan sayalah, kalau dah tersenarai dalam laman resmi Kementerian sebagai Pegawai Khas, mamat tu dah dianggap sebagai PEKERJA.

Bukan soal gaji saja ... bagaimana dengan isu Salahguna Kuasa ? Bukankah mamat tu kalau keluar 'bekerja' dan memperkenalkan diri sebagai Pegawai Khas Kementerian Pelancongan, dia sudah dianggap sebagai mewakili kerajaan.

Tidakkah beliau tertakluk kepada apa saja yang mengikat mana2 pegawai kerajaan ?

Ada orang dambakan duit, ada yang dambakan Jawatan ( Pengaruh )...

Entahlah ... orang kata kalau nak menilai seseorang itu, kita lihat 'crowd'nya. Jadi nilaikanlah NAJIB !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 7:44 AM

Apa nak jadi ngan Malaysia ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 7:54 AM

Siapa tak mahu jadi Pegawai Khas beb??

Lesen besar minta maklumat tender, perolehan, budget dan sebagainya. Boleh lagi selit-selit letterhead syarikat kroni lepas tengok harga orang masuk proposal.

Budak kaki kelab malam nak tolong bapa jaga kawasan? Biar betul Nazri!! Kalau nak jaga kawasan, kena jadi pegawai khas ahli parlimen, bukan jadi pegawai khas menteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 8:24 AM

Kenapa anak dia... dah takda org lain ker yg bagus...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 8:39 AM

Apa kata Anwar, LKS, LGE, Rafizi dll? tak bersuara? kalau mereka senyap, bermakna atas dua sebab... pertama mereka merestui dan sekepala dgn mamat liberal ni (yakni Nazri ni org PR yang sedang beraksi didlm kerajaan) atau sebab kedua ialah mereka simpan isu ini sebagai peluru hidup untuk ditembak kpd umno menjelang PRU14.
Bagi saya, isu ini merupakan contoh terbesar bagaimana menteri umno boleh berbuat apa saja dan membuat apa2 keputusan tanpa merujuk kpd PM. Dari sini, apakah pelik kalau mereka merembat beberapa juta untuk masuk kocek? secara sembunyi, ada siapa nak halang?... sedangkan secara terang pun mereka tanpa segan dan malu untuk perbuat kementerian sebagai harta pusaka...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 8:52 AM

Betul pandangan anda, sebab tindakan En. Nazri akan memperlecehkan tata-tertib pentadbiran kementerian. Halnya ialah apakah tanggungjawab dan hak2 yang patut pada anaknya dalam urusan pejabat rasmi. Lagipun contoh ini bukannya boleh di tiru oleh sesiapa pun orang lain, ke atau ianya akan menjadi budaya baru menteri2 dan pegawai2 kerajaan untuk membawa pembelaan keluarga masuk ke pejabat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 9:03 AM

Syarat tambahan kelayakan pegawai Kementerian Pelancungan- Mesti pandai togok beer & hebat bersoSIAL. Lagi pun nadim sekarang tak da kerja tetap. Takan nak suruh dia jadi hamba cinabeng macam anak2 melayu yang lain?!!

So, apa nak heran?

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 9:07 AM

Assalam Bro

Kem. Pelancungan ni kalau buat projek mega2 Bro... Belanja besar... siapa dapat tender bole jadi kaya-raya Bro... Saja bagi contohlah Bro... Seorang peg. dia bekerja di pejabat luar negara... katalah gaji peg ni kat Malaysia baru RM 2500.00... ada rumah sebijik loan dengan kerajaan... Bila diluar negara dapat elaun sara hidup katalah US2500.00 sebulan... Duduklah 3 tahun... bila balik Malaysia bole bawah kereta 2 bijik... (kereta mewahlah Bro..)Sebelum balik ke Malaysia siap dah beli sebiji lagi rumah... Kalau bijak kira sendirilah... Projek promosi belanja besar Bro....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 9:15 AM

bro din... punah abih dah kita.... puak umpon dah tahu pru14 akan melingkup gamaknya tu yang pakat bolot segala apa yang ada...yang tak dapat apa apa kita yang bernama melayu ni jugak la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 9:26 AM

Inilah amalan terpesong dan bersuka-suka dari pegawai kerajaan yang merugikan kita orang Melayu .... dan pasti turunkan imej kita di sisi khalayak orang bukan Melayu negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 10:34 AM

Itu yg kita nampak... kecik je

Matlamat adalah untuk push anaknya ke dalam politik sekurang-kurangnya exco pemuda di pau nanti.

Inilah link nazri-kj-zahid-najib yg pernah diperkatakan sebelum ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 10:47 AM

apa lagi najib mau... nasib baik najib tak ambik bini dia jadik TPM.... kih3..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 11:21 AM

Dia memang pelik, pergi kenduri, pergi raya, ramai betul peniring yg wajah serta penampilannya pelik,macam cerita zaman duludulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 11:24 AM

apa skop kerja atau desk job yang telah diamanahkan oleh nah zhe li ah jis kepada anaknya itu ...

tetapi setahu aku tugas pegawai khas ini biasanya akan mengiringi menteri ke mana dia pergi ... persoalannya adakah bini nah zhe li ah jis dah tak percaya kat nah zhe li ah jis maka bininya dah arahkan nah zhe li ah jis melantik anaknya menjadi pegawai khas ...

setahu aku antara lain tugas pegawai khas ini biasanya seperti setiausaha ... dia akan memberitahu menteri tentang jadual mesyuarat, jadual lawatan, jadual temujanji dan lain-lain perkara agar menteri sentiasa alert tentang perkara yang perlu dilakukannya dan perkembangan isu-isu semasa supaya menteri dapat melakukan semua perkara dengan tepat dan mengikut jadual. apakah bini nah zhe li ah jis sedang berusaha mahu mengetahui jadual tugas dan pergerakan nah zhe li ah jis.

nampaknya di zamah ah jib gong ni bini menteri lebih berkuasa dari menteri ... kalau rosmah dengan NKRA nya (Najib Kerja Rosmah Arah) manakala nah Zhe Li Ah Jis dikontrol oleh bininya melalui pegawai khas ... lawak-lawak.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 12:26 PM

@Anonymousnasib dia tak bawa nenek dia masuk :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 12:28 PM

Salam,
mula tu pegawai khas, macam yb kj menteri kbs. Peg khas pm. Lepas tu tanding ketua pemuda, eh blm lagi, dptkan dahulu saham dgn pinjaman mudah kawan. Beli syarikat kerajaaan yg besar. Baru tanding kp umno. Kp sekarang mungkin berminat dgn naib presiden.

semua tu perancangan. Mungkin dlm pej pm ada peg khas juga. Cuba tengok kot ada ah nak jib gor. Peg khas utk cakap bahasa kebangsaan yg baru.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 12:28 PM

@ajai62Inilah jadinya bila seorang pemimpin itu tidak menganggap jawatannya sebagai tugas yang diamanahkan oleh rakyat dan beliau perlu bertanggungjawab.

Kena bawa balik slogan Kepimpinan Melalui Teladan !

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 12:29 PM

@AnonymousBini dia punya angkara ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 12:38 PM

Saya menunggu seseorang untuk komen -

Nasib baik Nazri tak jawab , sekurang2nya dia tak buka pejabat PALaM atau Pejabat Anak Lelaki Menteri !

Bini Najib boleh wujudkan FLOM, apalah sangat Pegawai Khas hahahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 12:59 PM

Takpela Nazri, engko buatlah apa engko suka. Janji lepas PAU nanti, aku tak nak dah tengok muka engko dalam pimpinan UMNO. Engko tak layak jadi pemimpin UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 1:29 PM

Benarlah anak Nazri bukan kakitangan kerajaan, tetapi dia boleh guna posisi sebagai pegawai khas ini untuk menyalahguna kuasa dan harta kerajaan dan menggunakannya untuk keuntungan peribadi. Tak payahlah saya nak perincikan, pembaca boleh buat andaian sendiri. Kakitangan di kementerian juga akan terdedah kepada tekanan sekiranya tidak mengikut satu-satu arahan yang tidak ada kaitan dengan pentadbiran kerajaan.

Sabbas - Ipoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 7:43 PM

Tersungkur umno akhirnye pru14 6t,mse tu kalau xtmbul sorg pmmpn yg btul2 sygkn ngra agama bgsa wujudkn 1 parti bru,xtau la nsb Islam mlayu lpas ni,umno dah punah,slmt tinggal smuanya,anda sudah xlyak mwakili bmptra dcni - kurojon

Post a Comment