........... Najib PEMIMPIN MELAYU TERAKHIR ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib PEMIMPIN MELAYU TERAKHIR ! ? ?

Monday, August 5, 20138comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa jua perubahan yang dimahukan rakyat, ia perlulah berlandaskan perubahan yang terancang, tersusun dan rapi. 

Perdana menteri berkata tindakan meruntuh atau merudumkan apa yang sedang dinikmati, semata-mata mahukan perubahan, pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

"Jika kita buat keputusan meruntuhkan apa yang dibina, ia belum tahu adakah lebih baik seperti apa yang dinikmati ketika ini,"

"Jika mahukan perubahan, perubahan yang terancang, tersusun dan rapi adalah lebih terjamin berbanding dengan meruntuhkan apa yang dibina sebelum ini,"- SINAR.

Terancang, tersusun dan rapi ya ..... hmmm ......

Macam waktu Najib memperkenalkan MEB dulu ? 

Macam waktu Najib memperkenalkan 1Malaysia ?

Macam waktu Najib menghapuskan segala akta2 yang telah menjamin keamanan negara selama ini seperti ISA, Akta Hasutan dan AUKU..... dan macam2 lagi dasar baru yang diperkenal ?

Terancang, tersusun dan rapi untuk SIAPA ?

Untuk persediaan kepada KEBANGKITAN ERA MELAYU LIBERAL UMNO ?

Sudah timbul suara2 yang memuji2 Najib, semakin hampir PAU semakin kuat. Kata mereka Najiblah yang terbaik buat bangsa Melayu ketika ini, kata mereka apa yang Najib buat selama ini adalah untuk orang Melayu khasnya, mereka kata orang Melayu kena terus berikan sokongan kepada Najib  ... DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU !

Mereka kata Najib telah mengangkat maruah bangsa Melayu, Najib telah membela orang Melayu dengan cara yang terbaik ... pendekata mereka kata Najib adalah PEMIMPIN MELAYU TERAKHIR ! 

Anda setuju ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 7:24 PM

bro din , ajib gor ni kepala dah tak berapa betul , apa yang dia cakap pun dia dah tak berapa ingat , adakah manghapuskan ISA , ordinant dahrurat dan bermacam2 lagi perubahan yang dia perkenalkan membawa kapada kehidupan yang lebih aman di malaysia ni.. semoga ALLAH melindungi tanahair ini daripada pemimpin yng macam ajib gor ni dan yang sekepala dengan nya . ajib must GO, hisamkeris,najeli dan KJ mesti tendang dari memimpin UMNO..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 8:01 PM

Pemimpin Melayu Terakhir sebelum cina ambil-alih?...selisih malaikat 44

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 9:33 PM

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.Pada pemimpin tertinggi negara.Sekiranya ada tersalah bahasa dlm komen yg menguris hati dlm artikel2 paneh miang,harap dapat di ampun salah silap sekira ada.Medan perjuangan orang lelaki,di sinilah tempat.Segala teguran yg bermanafaat, adalah utk survival politik melayu islam yg berterusan.Bak kata kawan,sebarang komen di dlm kumpulan utk kepentingan melayu tidak salah, kecuali bersuara lantang di landasan pembangkang,itu adalah satu pengkhianatan .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 9:58 PM

Kalo ikut teori RAHMAN, memang betullah tu bahawa Najib ialah PM Melayu terakhir.

Aku akan sokong Najib dengan syarat

1. Kembalikan DEB
2. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
3. Hapuskan meritokrasi terutamanya dalam pemberian biasiswa ke luar negara dan agihan tender kerajaan.
4. Perkukuhkan bantuan kewangan untuk IKS bumiputera seperti AIM, Tekun dan MARA.
5. Menghapuskan Sekolah Vernakular
6. Mewajibkan Bahasa Melayu di semua peringkat, dari sekolah rendah hingga ke alam pekerjaan
7. Peruntukan lebih besar diberikan kepada Sekolah Kebangsaan terutamanya sekolah yang dhaif di luar bandar dan kawasan pedalaman Sabah Sarawak
8. Perkukuhkan taraf ekonomi penduduk kampung tradisional Melayu melalui bantuan Felcra dan Risda
9. Mewajibkan setiap pasaraya besar memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% ruang niaga dan pameran produk IKS milik bumiputera
10. Memberi pilihan tambahan bahasa kepada pelajar melayu seperti bahasa mandarin, bahasa tamil, bahasa jepun, bahasa korea atau bahasa perancis selain bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab
11. Mengembalikan ISA dan Ordinan Darurat kepada PDRM
12. Mengurangkan jumlah siswazah Melayu yang menganggur melalui Skim Usahawan Siswazah secara Apprentis atau menyerapkan mereka ke dalam GLC
13. Memastikan CEO, Ahli Lembaga Pengarah dan jawatankuasa tertinggi GLC dimonopoli oleh Melayu 100%

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2013 at 12:45 AM

Jangan cakap macam tu Din, kecik hati kawan kita sorang ni. Kita kena bagi chance jugak dekat Anuwar capaikan cita2 gilanya, walaupun setakat sebulan bermastautin di Putrajaya.

Habis sebulan dia diusung ke Hospital Bahagia akibat berpidato sorang2 di depan istana. Then only Ling Guang Eng ambil alih Presiden Malaysia. So, Anuwar lah Pemimpin Melayu Terakhir!

Haji Hadi? Sorrrrriiiiiiilah... Terkais ke tepi bagaikan sampah bila sudah tak diperlukan lagi. Islam tak ketahuan hala seperti PAS tu memang tak ngam sangat dengan Cina Kristian Evangelista DAP, 'berkawan' pun setakat untuk pecahkan undi Melayu. Itu saja kepakaran yang PAS ada, merosakkan agama dan menghancurkan bangsa.

Satu bulan selepas PRU14, Republik Malaysia pun menjelma dan Melayu dilupuskan sedikit demi sedikit seperti yang berlaku di Singapura sekarang ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 5:56 AM

Salam,
dgn terancang ah jib gor menjadi presiden umno, parti org melayu. Dgn terancang ah jib gor jadikan melayu dlm dilema dan lemah, dgn terancang ah jib gor utamakan cina, dgn terancang ah jib gor jual melayu nak beli undi cina.

bab sebut nama ah jib gor, memang tak ada penyokong najib yg bersuara mempertahankannya. Nama ah jib gor pun dah lemahkan penyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 9:49 AM

Seingat aku punya ramai blogger kasi hantam ini ajib gor terutama blogger prime time alih2 depa buat u turn overnight da..

Apakah.... Isi lah sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 5:02 PM

takyah sokong ah jib gir ni

Post a Comment