........... Najib Iktiraf NEPOTISMA - DiMana Suara Bloggers Pembela Kebenaran ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Iktiraf NEPOTISMA - DiMana Suara Bloggers Pembela Kebenaran ?

Saturday, August 17, 20138comments


Semua pasti masih ingat lagi kita duk balun pembangkang dengan gelaran NEPOTISMA semasa kempen PRU13 baru ni kan ...


Ni apa barang ? Kalau pemimpin Umno buat perkara yang sama kemudian disokong pula oleh PM Najib, kenapa ramai yang diam ? Adakah pengecualian diberikan kalau yang terlibat kepala botak ?

Dari Wikipedia -

Nepotisme dan kronisme menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh pendapatan dan kuasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan kesan jangka pendek serta jangka panjang terhadap masyarakat, bergantung kepada sejauh mana amalan tersebut dilaksanakan serta penerimaan masyarakat.

Antara tempat di mana nepotisme dipercayai memberikan kesan buruk termasuklah di sektor perkhidmatan awam serta berkaitan hubungan dalam dan luar kerajaan seperti duta-duta serta badan penguatkuasa.


Adakah GAJI dan ELAUN saja menjadi penentu apakah wujud kes Nepotisma ?

Kata Najib -

"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," KLiK artikel sebelum ini.

Kalau pemimpin pembangkang yang sebut kenyataan itu pasti dah kena BANGANG! dek blogger pro Umno tapi sebab Najib yang sebut ..... maka ramai buat tak tahu jer....

Kalau benar seperti kata Nazri yang beliau boleh saja berikan jawatan PEON atau Budak Pejabat kepada anaknya - BUKTIKAN ! 

Buktikan yang anak bangsawan banyak duit seperti Nedim tidak kisah kalau diberikan jawatan PEON. Bukankah yang penting disini adalah khidmat sukarelanya ? Taraf Jawatan tak penting kan ?

Salahkah kalau saya katakan yang Najib telah merestui amalan NEPOTISMA melalui kenyataannya dibawah -


Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apapun definasi anda, tolong hadkan kepada kes Nazri-Nedim sebab Najib merujuk kepada mereka semasa beri komen.


PS - Saya jadi nostalgia kepada era Bloggers menjadi Pemerhati Pemimpin dulu.......  waktu itu jelas Prinsip yang diperjuangkan. Pemimpin2 pun jadi respek kepada komuniti bloggers, semua takut tembelang mereka pecah dan mereka jadi berhati2 dalam bertindak. 

Tapi kini secara perlahan2 persepsi itu sudah mula berubah. Sebab apa ? Sebab bloggers juga sudah mula bermain GAME, walhal politikus lebih arif dalam GAME yang baru diceburi oleh bloggers.

Nah - ini salah satu buktinya. 

Yang salah sudah tidak mampu diberi teguran lagi malah bloggers pula yang diajar bahawa yang salah boleh jadi benar !

YES BOSS ! OK BOSS !

PS 2 - Baca juga Husin Lempoyang 
dan artikel terbaru dari Outsidethebox

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2013 at 3:42 PM

aduhai..

apalah ahjib gor..

lu pun kuar statement bodoh gak ke?

nyesal aku pangkah BN kalu perangai pak menteri macam sial!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2013 at 3:55 PM

Kerana PM backup Nazri, BN akan rugi pada masa akan datang.. Rakyat perhati gelagat Menteri2 mereka... Nepotism is bad for the country especially when the one in power abuses their position... it is also a bad in any organization when the sibling also abuses their authority in turn... orang bawahan takkan berani tegur dan juga meluat...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 17, 2013 at 4:00 PM

hahaha....bukan x da blogger bising bro DT, cuma tak la seGALAK sptmana kisah nepo & kroni pembangkang

kita nak ckp lebih2, kita ni bukan anak menteri yg KAYA RAYA, asal dr gol aristokrat, duit berkoyan2, naik ferrari, slalu makan hotel mewah sampaikan lupa nak TGK KAKI BERPIJAK DI MANA, maklumlah KEPALA TERDONGAK SENTIASA

kita ni cuma ada UNDI je....itupun 5 tahun sekali.....nak harap masa pemilihan nnt, rasanya mcm MUSTAHIL je "org2 yg berkenaan" dinyahkan dr UMNO. Kesian UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2013 at 4:02 PM

Lepas ni, najib boleh lantik 3-4 org anaknya jadi pembantu khas, boleh lantik adik beradiknya, nenek keturunnya semua dlm kerajaan tanpa gaji. Persoalannya gaji mana dorang ni nak makan? gaji dari projek2 kerajaan? gaji dari komisen projek2? gaji mana nazri??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2013 at 4:16 PM

TUMBANGKAN PEMIMPIN BANGSAWAN DEWA DEWAAN TAK SEDAR DIRI NI KHIANAT BANGSA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2013 at 5:58 PM

Knape pembangkang ni tak kutuk diri sendiri sbb pemimpin pembangkang jelas2 amalkan kronisme dan nepotisme? Baik jaga dalam kain sendiri yg dah koyak rabak tu. Isteri presiden, suami penasihat, anak timbalan presiden...dasat woo. Bleh mesorat dlm rumah jer. Lg satu klu ostad azhar idrus mandu ferari komen penyokong tegar..elok la org melayu dah kaya apa salahnye.. Tp entah2 cinabeng yg sponsor? Klu pemimpin umno yg kaya..komen pembangkang..woit..mane bleh org melayu kaya kita kena tumbangkan kekayaan melayu nie..Hipokrit tahap gaban..huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2013 at 10:39 PM

sekrng leh la ckp x byr gaji guna duit k'jaan . masa dpn sape tahu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2013 at 12:47 AM

Lagi satu yang perlu diberi perhatian. Saya ada saudara kerja imigresen. Sebelum ni menteri pelancongan (sebelum Nazri Aziz) selalu kacau kerja imigresen. Kalau berlaku orang asing ditahan oleh imigresen, menteri ni minta lepaskan atas alasan pelancong. Tu yang jadinya dulu zaman Pak Lah 200 ribu lebih warga China hilang tak balik lepas masuk Malaysia.

Saya tak kali ni zaman Nazri Aziz menteri pelancongan lagi teruk disebabkan sikapnya yang angkuh dan ikut suka dia. Saya mahukan ketegasan menteri KDN Zahid Hamidi supaya Nazri Aziz tidak boleh suka-suka masuk campur kerja imigresen atas alasan pelancongan.

Kalau tak, sudahnya kegiatan jenayah dan persundalan tak mustahil boleh meningkat.

Post a Comment