........... MOTAC Sediakan Khidmat Senaraikan Nama Pegawai2 Khas Wakil Rakyat Di Portalnya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MOTAC Sediakan Khidmat Senaraikan Nama Pegawai2 Khas Wakil Rakyat Di Portalnya

Monday, August 19, 20138comments

Khabarnya Nazri akhirnya akur dengan desakan rakyat yang mempertikaikan jawatan Pegawai Khas anaknya di Kementerian Pelancongan.

Saya baru cek jam 1:30am tadi dan nama Nedim masih tercatat dilaman web Kementerian Pelancungan -


Apa barang Pegawai Khas Padang Rengas duduk dalam list Staff Directory MOTAC ? ?

Padam jelah nama tu, nak control macho apa lagi ?

Mungkin Nazri akan jawab - Ikut suka sayalah nak letak nama pegawai dari manapun dalam senarai staf Kementerian saya ! Nama jer ... bukannya dia bekerja disini. I don't please anybody but myself.

Tapi kita kena faham satu perkara ..... kalau tak letak nama anaknya disitu, nak letak mana lagi ? Ada orang kata letaklah diPortal Parlimen Padang Rengas. Kan dia kononnya AKTIF sebagai pegawai khas ayahnya disitu .....

Masalahnya .... errr ..... Portal Padang Rengas tu wujud tak ?

Saya cuba cari tapi tak jumpa lah ......tersorok kot. Yang ada pun cuma Umno Padang Rengas, itu pun entry terakhir adalah pada 11 Mac 2010 !

Generasi Y Padang Rengas tak main lah blog atau portal  !

Makanya buat sementara menumpanglah nama Pegawai Khas Padang Rengas di portal MOTAC.

Mana2 pegawai khas Menteri atau wakil rakyat lain yang belum ada portal kawasan yang diwakili bolehlah berikan nama kepada MOTAC untuk disenaraikan dalam portal resmi MOTAC.

Rasanya free kot ...

Akhirkata saya nak ucapkan TAHNIAH kepada semua BLOGGERS Pro Umno yang telah berjaya membetulkan keadaan dan eeerrr.....  mengajar sesuatu kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang begitu sombong bila berkata -

" I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."

Yalah tuuuuu .....

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 2:19 AM

LEPAS NI MANA MANA PEKERJA GOMEN YG KERJA BANYAK BOLEHLAH BAWAK ANAK BINI DATANG OFFICE TOLONG KORANG SIAPKAN KERJE PASAL AH JIB GOR CAKAP JANJI GOMEN TAK BAYAR GAJI

KALAU ADA MINAH SPARE PART MISTRESS KE BOLEH GAK SURUH DIAORANG DATANG TOLONG SIAPKAN KEJE HAA INILAH MAKSUD NAZRI N AH JIB GOR

AH JIB LANTIK BINI JADI FLOM NAZRI PULAK LANTIK ANAK BOHJAN YG PENTING AH JIB CAKAP GOMEN TAKYAH BAYAR GAJI KASI SEBAT KOMISEN 10PCT PROJECT JE SUDAH LAH SEBAGAI GAJI

HANCUS UMNO HAIYOO GUA INGAT "N" NI MEMANG NAMA MALAPETAKA LAA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 2:54 AM

Iktibar juga kepada kita..sekali kita di atas, kena juga tunduk ke bawah..kalau berjalan tengok2 kan akar di kaki takut tersadung. Biasalah tu pemimpin mana2 pn ego kena tinggi biarpun dia rasa perkara yg salah itu betul..alahai..dah jatuh pandai la bangun sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
August 19, 2013 at 10:36 AM

Din, blog hang dah top ten, tahniah. Bolehlah bagi ruang pd Iklan utk tampung kos.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 10:41 AM

Pak menteri ini bersilat dalam gelanggang melayu untuk apa? Kemudian dengan lagak sombong. Siapa ingin berguru ? Jika bersilat di gelanggang luar, sudah tentu manfaat besar akan di contohi oleh para pelajar pesilat yang sudah ada gelanggang. Malah mereka semua akan bersatu dan berjuang penuh dedikasi ! Satu hati.

Sudah bertahun dalam silat politik, kedekut ilmu, tidak ajar dan didik anak-anak melayu supaya menjadi pesilat yang cekap. Pandai bertarung, bertepis, bijak memain langkah, pasang kekuda (bukan tari kuda psy), menjergah dan seterus nya mengunci pihak lawan tersembam lalu untuk di pukul mati....

Kepada Elit Umno. Kata ingin menjadikan melayu golongan AL Bab. Ini lah masa nya. Semoga golongan professional muda melayu di bentuk, di didik dan seterus nya di dedahkan dengan persaingan dan pertarungan sebenar di luar sana dengan penuh kesedaran rohani. Hidupkan Semangat Juang Melayu. Keris Umno mesti menjadi lambang kepahlawanan melayu yang semakin mencabar.

Jika DSAI bijak menawan anak-anak muda melayu dengan agenda nya, kenapa Umno yang memiliki segala-gala nya, gagal atau setengah masak ? Apa lagi yang kurang ?

Jangan lah beretorik dan menjanjikan bulan dan bintang lagi. Hadapi dunia nyata. Kita perlukan nafas baru, segar supaya Umno berjiwa semula ! Supaya anak-anak Melayu lebih jelas bersemangat dengan masa depan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
August 19, 2013 at 10:55 AM

Din, masa SPM dulu paper BM aku dapat 7, nasib baik lulus. Tajuk karangannya " Kemajuan Industri PelancunganbDi Malaysia" tapi aku tersilap jawab. Aku tulis " Kemajuan industri Pelacuran Di Malaysia".

Mungkin Nazri pun macam aku jugak terdilap baca...maafkan lah dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 11:26 AM

Kakitangan gomen je boleh pakai kabel untuk kerja kat gomen, menteri tak boleh kih kih kih, kalau ada audit kat gomen & syarikat GLC ada yang kantoi kot.......

Kenapa ramai pemuda sokong pakatan, ko janji le nak hapuskan PTPTN mesti budak2 tu suka, lepas tu mak bapak pulak muka masam sebab kena tanggung anak2 gi universiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 12:36 PM

BRO... NAMA NADIM MASIH DISANA, TAK BOLEH BUANG SERTA MERTA, TAKUT NANTI NAMPAK KALAH DGN RAKYAT @ BLOGGERS. KESOMBONGAN DAN EGO MESTI DIJAGA BRO... MAKLUMLAH MENTERI. SAYA NAK CABAR MENTERI NI PERGI TANDING DITEMPAT LAIN, EG GELANG PATAH ATAU DILUAR JOHOR... ADA BRAN? BUAT MACAM MUKHRIZ YANG BERTANDING DIKUBU PAS... ITU BARU ANAK JANTAN.
SATU LAGI, NAK MINTAK TOLONG BELIAU JGN UNGKIT MAJORITI, SEBAB KAT PDG RENGAS, KALAU LETAK BATU MEWAKILI BN PUN MUNGKIN BOLEH MENANG... HE HE HE!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2013 at 12:25 AM

@Anonymous

Kalau setakat majoriti 2K+ tu janganlah sombong.

Post a Comment