........... Mohon Pandangan Ikhlas dari Tun Mahathir ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Pandangan Ikhlas dari Tun Mahathir !

Friday, August 23, 201310comments

Pastinya ramai yang dah baca artikel terbaru Tun Mahathir yang menjawab pertuduhan dari buku Awakening Paklah yang kononnya jika Paklah teruskan segala perancangan PM sebelumnya yakni Tun Mahathir, maka negara akan bangkrap. 

KLiK - Advice That Will Bankrupt The Nation

Artikel ini bukan hendak mengulas tentang apa yang Tun tulis.

Hampir semua setuju bahawa cara Tun menulis adalah dengan penuh sindiran dan tidak harus diambil secara terus / lisan. Tun terlalu sinikal dan sering bercakap dalam cara yang berlawanan maksudnya dengan apa yang tersurat.

Anda setuju dengan ayat diatas ?

Sekarang saya nak tanya ... kenapa bila Tun komen -

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan,"


RAMAI yang dengan cepat menyambutnya dengan - Nah .... tu Tun dah cakap dia pun tak setuju diadakan pemilihan .... !

Kenapa tidak ada unsur SINIKAL atau CAKAP BERKIAS atau PUNYA MAKSUD LAIN dikaitkan dengan kenyataan itu ?

Kita sering menuduh pembangkang sebagai tidak faham cara Tun bercakap kerana mengambil interpretasi secara terus, bagaimana pula kita sendiri bila kenyataan beliau ditujukan pada kita ? 

OK point utama saya - Saya harap ada pihak yang dapat sampaikan mesej ini kepada Tun Mahathir.

Saya harap sangat Tun dapat berikan pandangan ikhlas beliau demi perjuangan dan survival bangsa Melayu apakah kita patut terus menyokong Mat Liberal Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri ?

Ya, saya akur kita perlu taat kepada pemerintah. Tapi dalam demokrasi bila tiba kesempatan untuk membuat pilihan siapa yang kita mahu pilih sebagai pemimpin, kita BEBAS untuk buat pilihan. Kita tidak terikat dengan pemimpin sedia ada.

Itu tidak harus dilihat sebagai tidak taat tapi harus dilihat sebagai mengutamakan perjuangan yang LEBIH BESAR yang memerlukan KETAATAN yang lebih jitu iaitu demi agama, bangsa dan negara.

Komitmen kepada perjuangan itu harus diutamakan berbanding komitmen kepada pemimpin.

Pilihan yang kita buat tidak harus dilihat sebagai peribadi tapi lebih kepada apa yang terbaik buat perjuangan. Nothing personal.

Tak perlu saya tulis panjang2 disini, semua faham apa maksud saya.... apalagi Tun Mahathir.

Saya tidak punya akses kepada Tun tapi saya harap permintaan saya ini sampai ke pengetahuan Tun.

Saya mohon pandangan ikhlas dari Tun !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 7:08 PM

Hmm.. dah lama benar tak komen disini, walaupun hampir hari2 baca...

Ok, berkenaan dengan perkara ni, saya boleh bagi satu rumusan mudah, tapi tidak bermakna ianya tepat..

Orang Malaysia bukan sahaja tidak faham demokrasi, tetapi ada juga yang tidak "gentlemen" bila kalah...

Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. tanpa kita tahu sehingga sampai waktunya (jika diizinkanNya kita sedar akan hikmah itu)

~ OnDaStreet.wordpress.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 7:23 PM

Kt facrbook ade group saya syg tun dr mahathir. Saya kira mereka agak rapat dgn tun m. Mungkin dpt sampaikan melalui group tu.

Saya rasa kenyataan atas tun x memerli berkenaan pertandingan dua jawatan.

Tp bukan kali pertama saya x setuju dgn tun. Saya rasa kalau dpt kita wajib tukar presiden umno. Sekarang pn sebenarnya dh lewat

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 7:24 PM

Jika itu yang terbaek untuk kita, kita harus lakukan.. the survival now in our hand.. jika kita gagal, masa depan melayu-islam juga akan tergugat... Hopefully, TDM dapat juga memberikan pandangan beliau.

kadang2 pendapat kita juga akan berlawanan dgn TDM. Pilih la yg terbaek diantara yg terbaek.. kebenaran.

-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 7:31 PM

@ondastreetAdalah dekat 1,476 artikel yang lalu sejak last saudara komen :)

Untuk bercakap mengenai hikmah, selalunya waktu yang sesuai adalah SELEPAS kita berusaha.

Sekarang adalah waktu untuk berusaha..

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 7:33 PM

@Anonymousada saya komen mengenai kenyataan Tun itu -

http://dinturtle.blogspot.com/2013/06/hantu-apakah-yang-menakutkan-pemimpin.html

dan

http://dinturtle.blogspot.com/2013/08/yang-tidak-faham-demokrasi-itu-ahli.html

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 7:36 PM

@AnonymousSaya cuma blogger di LUAR CIRCLE yang tidak punya akses kepada info2 dalaman. Dan saya juga tidak rapat dengan orang politik.

Saya adalah blogger rakyat, yang menulis mengikut kefahaman apa yang dilapurkan oleh media ...seperti kebanyakan rakyat biasa.

Tun sebagai seorang negarawan yang tahu selok belok politik dan masih dihormati ramai pastinya tahu LEBIH BANYAK dari orang seperti saya.

Makanya saya mohon pandangan Tun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 7:43 PM

siapa yang kini bersedia nak lawan najib?muhidin?

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 7:45 PM

@Anonymoushttp://dinturtle.blogspot.com/2013/08/jika-kehancuran-sudah-pasti-siapapun.html

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 9:21 PM

Saya lebih berpendapat memang Tun tidak bersetuju ada pertandingan di dua jawatan puncak tetapi itu tidak bermakna Tun tidak akan sokong jika ada calon yang sesuai dan berani menampilkan diri.

Soalnya, siapa calonnya? Ada / tiada ?
Calon mesti tampil dengan kekuatan sendiri dan bukannya menumpang pengaruh Tun.

Tiada pertandingan juga menunjukkan Tun sudah tahu bahawa UMNO sudah busuk dari kepala sampai ke ekor dan Tun tidak berminat untuk 'kotorkan tangannya' kerana UMNO memang sudah tidak boleh diselamatkan. Pertandingan hanya menjadikan yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.

Ada ura-ura anwar akan dibenarkan join UMNO dan berganding dengan paklah untuk membantu najib mempertahankan jawatan presidennya jika Mahathir menyokong mana-mana calon??

Politik itu kotor.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 10:16 PM

NAJIB ADALAH ANAK BANGSAWAN YG TIDAK FAHAM NASIB PERJUANGAN MELAYU DITAMBAH LAK BINI YG KEMARUK NAMA DAN HARTA

ADALAH WAJIB MELAYU MENUMBANGKAN MAKHLOK TAK SEDAR DIRI NI NAIK ATAS UNDI MELAYU TETAPI MELEBIHKAN CINA.. WTF LAH AH J8B GOR NI

ROSMAH IS A PENDIK CREATURE MAU CARI NAMA TAPI PAKAI DUIT RAKYAT ANYBODY KNOWS BERAPA DIA BALUN DUIT NEGARA SEBULAN UTK MEMUASKAN SIKAP GILA GLAMOR DIA

Post a Comment