........... MERDEKA ! Najib Promosikan Satu Sekolah Tanpa Beliau Sedari | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MERDEKA ! Najib Promosikan Satu Sekolah Tanpa Beliau Sedari

Saturday, August 31, 20137comments




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengariskan empat unsur bagi mengekalkan kestabilan dan perpaduan di negara ini iaitu sikap toleransi, hormat menghormati, menjaga sensitiviti dan saling mempercayai antara satu sama lain.

- Beliau berkata rakyat yang mempunyai sikap toleransi akan menjurus kepada penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum, adat serta budaya masyarakat di negara ini.

- Sikap saling menghormati antara satu sama lain pula, katanya akan memberi ruang kepada setiap kaum di negara ini mengamalkan adat dan budaya masing-masing.

- Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya menyentuh sensitiviti kaum lain sebaliknya mencari jalan atau cara sewajarnya supaya tidak menyakiti perasaan sesuatu kaum.

- Beliau berkata unsur yang terakhir ialah perlunya ada sikap untuk saling mempercayai antara satu sama lain yang membolehkan masyarakat di negara ini hidup aman dan bahagia. - SINAR.


Saya berani katakan yang Najib tidak menjiwai apa yang keluar dari mulutnya, yang beliau hanya baca saja skrip yang telah disediakan .... malah mungkin saja beliau terus lupa apa yang baru saja beliau ucapkan ?

Perasan tak yang kesemua empat unsur yang Najib sebut diatas bagi mengekalkan kestabilan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dinegara kita boleh dicapai melalui sistem pendidikan SATU SEKOLAH.

Kesemuanya memerlukan satu faktor keperluan yang SAMA iaitu - INTERAKSI.

Kalau dah dipisahkan, berjumpa pun tidak .... mana nak ada interaksi. Tanpa interaksi, tak payah ceritalah walau satu pun unsur diatas.

Diakui tidak ada gerenti Satu Sekolah mampu capai apa yang dihajati sepenuhnya tapi apa yang penting, ia mampu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mencapai matlamat itu.

Ini pastinya jauh lebih baik berbanding sistem yang diamalkan sekarang ini.

Disebalik segala laungan slogan2 retoriks seperti 1Malaysia yang mana hanya gah pada peringkat menerangkan konsep tapi dari segi pelaksanaannya hampeh, kita masih tidak nampak hasilnya. Malah apa yang nyata, slogan 1Malaysia lebih banyak dijadikan alasan untuk mencairkan apa saja yang sebelum ini menjadi hak kaum Melayu Pribumi.

Tapi dari segi mengeratkan perpaduan ? Anda sendiri boleh lihat dan nilaikan .....

Baca balik semula apa yang Najib katakan diatas ..... itulah yang tak jemu2 Najib dan pemimpin2 duk sebut atau gariskan selama ini. Itu sajalah yang mereka tahu - sebut atau gariskan.

Bagaimana nak capai dalam bentuk praktikal kehidupan seharian, takder siapa yang tahu. Sebab itu banyak slogan dikategorikan sebagai RETORIKS semata-mata.

Jadi sempena menyambut Merdeka hari ini, saya hanya mampu berharap yang Najib ikhlas dan faham apa yang beliau ucapkan... jangan sekadar gariskan saja unsur2 kearah perpaduan, tapi bertindak sama untuk merealisasikannya.

Untuk permulaan - Wujudkan SATU SEKOLAH !



Oya, gambar kiri diatas saya ambil dari kaca TV waktu perutusan Merdeka Najib semalam. Saja jer nak letak kedua2 gambar tu disini ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 3:23 AM

Aku nampak gambar kat atas tu macam gambar pemimpin cina jer. Din, betul ke tu gambar pemimpin melayu merangkap presiden umno? Ko salah letak gambar kot, Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 8:01 AM

Din, itulah gambaran yang pasti akan berlaku semasa ucapan dasar dalam PAU 2013 nanti. Bercakap dengan penuh semangat soal agenda Melayu, memajukan ekonomi Melayu...bla...bla.....bla......tapi tindakan berbentuk praktikal tiada. Selepas PAU agenda Melayu lesap entah ke mana. Melayu sekali lagi akan dipinggirkan. Sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa denyut nadi Ah Jib Gor tak sama dengan denyut nadi akar umbi. 5 tahun adalah satu jangkamasa yang lama tapi beliau tetap beliau. Kita sanggup bersabar dan mengharapkan bahawa beliau akan berubah. Tapi sebaliknya, beliau pula yang mintak kita berubah atas nama transformasi. Transformasi tu apa? Ala, lebih kurang macam reformasi lah jugak. Yang bezanya reformasi tu cuma kat jalanan jer tapi transformasi tu pulak secara official. Senang cerita, liberalisasi adalah ibarat bom jangka yang boleh menghancurkan UMNO.

Salam 1 Tanglung

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 8:07 AM

Bro Din, Yang aku nampak dah tak ada lagi pin 'endless possibilities' dikolar jaket PM kita tu.

Aku agak pelancarannya pada bulan September ini akan dibatalkan. Baguslah kalau betul. Alhamdulillah.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 10:02 AM

@Esa Adameh-eh ... betul la ! Tak perasan la pulak....

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2013 at 10:21 AM

Harap keikhlasan PM Najib kali ini benar-benar di terjemahkan. Paling utama PM dengar dengan prihatin suara-suara Melayu. Paling penting semua Melayu bersatu semula.

Kita hendak tengok perubahan tuntas untuk agenda Melayu Berniaga bakal di umum pada Sept. Nanti. Kita mahu semua anak-anak Melayu aktif berniaga dalam semua bidang kepakaran masing-masing.

Jadi, sdr Din terus fokus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 12:15 PM

Din,
Hanya melalui sistem 1sekolah, baru boleh kita hidup secara muhibbah. Mari kita perjuangkan bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 4:36 PM

Aku ingat lagi banyak sekolah lagi baik. Aku satu sekolah, kau dua sekolah, Ah Beng dua tiga sekolah; Muthusammy empat Lima sekolah. Baru endless possibilities; Perang boleh, gaduh boleh, maki hamun pun boleh, letup meletup bom pun boleh. Baru hidup di Malaysia ini gembira sikit.

Post a Comment