........... Matahari Terbit Tercantik Pernah Saya Rakam - Video | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Matahari Terbit Tercantik Pernah Saya Rakam - Video

Monday, August 5, 20136comments


Pagi ni saya berasa beruntung sangat dapat menyaksikan visual matahari terbit antara yang paling cantik saya pernah saksikan. Kepada yang dah lama ikut blog ini, pasti dah faham sangat hobi pelik saya ni hehehehe ..

Kali ni saya rakam dalam bentuk video supaya anda juga dapat bersama2 menyaksikan pergerakan 2 minit matahari ketika terbit diufuk timur Laut China Selatan. 



atau KLiK untuk ke Youtube.

oya, suara latar adalah bunyi orang mengaji dari sekolah arab berdekatan.

PS - Kepada yang berminat hendak lihat koleksi gambar2 Matahari Terbit saya boleh KLiK.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2013 at 9:04 AM

Comey bro......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 9:43 AM

malam tadi selewat jam 3 pagi suasana malamnya agak berbeza.Tiupan angin seperti mahu hujan namun tidak ada tanda-tanda mahu hujan. Suasana agak hening dan menyayukan hati. Dan pagi ini tuan merakamkan suasana yang amat indah tatkala matahari terbit.
ADAKAH malam tadi adalah malam LAILATUL KADAR... Kalau benar syangnya kera aku terlepas untuk menghayatinya sebenar-benar kerana tengkuk berada dalam keadaan kesakitan dan mata yang terlalu berat. Adakah benar ketemui malam 1000 bulan itu? Pagi ini hati rasa bening dan tenang..... Ya Allah ruginya aku jika ianya benar.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 10:58 AM

Lailatul Qadar?

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2013 at 4:31 PM

Sekadar berkongsi pengalaman....Semalam merupakan malam rahmat buat saya.

Saya sedang driving dari jam 12 mlm pulang dari KL ke KT. Sekitar jam 3.30am, ditengah jalan Jerangau-jabor yang penuh kelapa sawit kiri dan kanan, tiba2 kabel klac saya putus..

Saya tidak brek dan biarkan kereta cruise dengan momentum yang ada, sebab kalau brek pun bukan ada apa kat jalan. Gelap.

Hampir 200meter akhirnya ia berhenti sendiri .... betul2 bertentangan sebuah bengkel kereta/lori !

Kebetulan lagi, ada seorang anak muda sedang tidur disofa diluar. Dia beritahu mekanik balik kampung di Kelantan dan dia diminta jaga bengkel. Tapi dia juga pernah jadi mekanik dulu !

Kebetulan pula ada kabel klac untuk kenderaan yang sama dengan saya dalam stornya, pernah digunakan namun masih dalam keadaan baik.

Dalam masa 10 minit,kabel ditukar dan kenderaan pulih.

Saya rasa bersyukur sangat tidak ada banyak masalah dan sangat2 berterimakasih kepada anak muda itu.

Apakah kebarangkaliannya - kereta berhenti betul2 depan workshop dijalan estet, ada anak muda tidur diluar yang kebetulan pernah jadi mekanik dan ada sparepart yang ngam dengan kereta saya ?

Dan berlaku jam 3.30 pagi !










....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2013 at 5:46 PM

sama kes dengan suami saya.nak balik ke dungun dari jb.jam 1.30 pagi semasa driving tiba2 lampu kereta padam.cepat2 suami berhentikan kereta tepi jalan.tiba2 datang pemuda..mekanik juga.dia dok tak jauh dari tempat kejadian(dekat chendor).alhamdulillah berkat pertolongannya lampu kereta nyala balik.benda2 macam ni buat kita lebih dekat dgn Allah Taala.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2013 at 8:52 PM

Helen Ang nampaknya berminat ngan gambar matahari engko tu, Din.

Post a Comment