........... Mana Lebih Teruk - Sleep Apnea ATAU Wake Apnea ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mana Lebih Teruk - Sleep Apnea ATAU Wake Apnea ?

Wednesday, August 14, 20131comments

Artikel menarik dari rakan blogger Paneh yang telah mendiagnose Najib sebagai mengidap penyakit Wake Apnea.

 

Najib ada penyakit Wake Apnea

 


1. Paklah kata dia hidap penyakit "Sleep Apnea". Kata Paklah lagi, penyakitnya adalah berbahaya memandangkan pengidapnya boleh terlelap ketika memandu.

2. "Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," sambung Paklah lagi. 

3. Penyakit itu kata Paklah turut diketahui Dr. Mahathir, namun bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya. "Saya memberitahu Dr. Mahathir keadaan saya, jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," kata Paklah dalam buku "Awekening, the Abdullah years in Malaysia".

4. Dr. Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat" mengacau-bilaukan negara.

5. Lerr...den ingatkan selama ni Paklah terlelap sebab penat bekerja sebagai Perdana Menteri, rupanya ada apnea! Hmmm...patutlah masa program siaran langsung di Sarawak suatu ketika dulu, orang yang menyambut Paklah datang, buka pintu kereta...tengok-tengok Paklah baik punya lentok di tempat duduk belakang. Satu Malaysia dapat tengok Paklah 'live' tidur dalam tv. Driver lupa nak kejut dia gamaknya masa tu. Tak pun driver dah kejut, tapi Paklah tidur semula sebab apnea. Hahaha...senangnya alasan apnea. Dah tau ada apnea, masih ada hati nak jadi Perdana Menteri?!

6. Tapi apa yang Paklah tidak faham ialah Dr. Mahathir bukanlah 'menyerang'nya sebab dia suka tidur semasa jadi PM, tetapi Dr. Mahathir mengkritik polisi dan keputusan yang dibuat Paklah yang seolah dilakukan ketika tidur; atau kata mudahnya, sambil lelap pun boleh buat keputusan!!

7. Kebanyakan polisi serta keputusan penting yang merugikan negara di zaman Paklah dilakukan oleh menantu kesayangan beliau sendiri serta sahabat-sahabat ospot-nya di tingkat empat. 

8. Disebabkan Paklah ada penyakit apnea, maka sang menantu dan ospot boys berleluasa menjahanamkan harta negara hingga banyak yang tergadai ke tangan asing dan kaum pendatang. Tapi peliknya UMNO hari ini mudah lupa hingga sang menantu boleh jadi Menteri KBS dan Ketua Pemuda Pondan yang kini sedang mengintai peluang kerusi Presiden termuda?!

9. Takpelah, sekurang-kurangnya orang ambil kesempatan di zaman Paklah sebab dia ada penyakit senang tidur. Namun berbeza dengan zaman Najib yang walaupun susah nak tidur, tapi orang keliling begitu mudah pula ambil kesempatan terhadap Najib.


10. Perhatikan betapa mudahnya PEMANDU, TERAJU, segala macam makmal NKRA, Omar Ong, Idris Jala, Azeez, Hishammudin serta sekian ramai punahsihat dan konsetan etc. bahkan FLOM sendiri yang tampak mudah sangat memperlekehkan Najib untuk buat polisi dan keputusan yang banyak merugikan bangsa Melayu dan negara, tetapi menguntungkan pula kaum Cina dan parti pembangkang.

Baca seterusnya - KLiK.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2013 at 7:04 PM

din ...
cuba engkau letakan gambar ah jib gong bersama gambar2 budak2 down sindrom ... aku amat yakin mukanya amat seiras dengan budak2 down sindrom ... bahkan sukar dibezakan ...
so tak kiralah kalau dia ada penyakit wake apenia ke sleep apenia ke ... sebenarnya dia menhidap penyakit down sindrom ... lebih teruk dari dua penyakit tadi ...
budak2 down sindrom ni memang mempunyai pemikiran diluar kotak ...
orang kata jangan buang ISA dan Ordinan Darurat ... hak tu yang dia buat.
orang kata jangan jual MAS ... engkau jangan terkejut ah jib gong pasti akan jual MAS.
orang kata jangan tandatangan TPPA ... huh aku yakin 200% dia akan tandatangan TPPA tu jugak. yang rugi ialah negara ... yang menderita ialah rakyat ... lepas tu dia akan bagi RM500 setiap tahun kat rakyat ...
orang kata kalau nak kaji jenayah berat mestilah pergi ke selatan Thailand ke Mexico ka Filifina ka ... dia akan pergi kaji kes jenayah kat sweazealand ... australia dan newzealand ... pastu suruh pemandu yang kaji ... bukannya polis yang pi kaji ... lawak2
dia bentang APA pun undang2 yang tak memberi apa2 fungsi kat polis ... sekadar menjadi pemudahcara untuk para demontrasi membuat onar ...
aku rasa akta keharmonian nasional yang akan ganti akta hasutan pun kaedahnya adalah sama dengan APA ... memang roh akta hasutan ada tetapi kaedah pengendalian kes adalah mengikut APA ... di mana polis dan penguatkuasa yang lain akan dikurangkan fungsinya ... hanya menjadi faslitator sahaja ... lepas itu hukumannya adalah cukup minima dan penuh budibahasa dan budibicara ...
selagi ah jib gong adalah presiden umno merangkap perdana menteri ..kita kena sabar menunggu bencana yang akan dibuatnya lagi ...
aku harap ahli umno tidak menghidap penyakit yang sama dalam PAU nanti ...
harap2 ajalah ...
dalam umno ni pun bukan boleh kira sangat ... runtuh RM maka beralihlah arah perjuangan ...

Post a Comment