........... MAIDAM Terengganu PUN Takder Duit ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MAIDAM Terengganu PUN Takder Duit ! ? ?

Wednesday, August 21, 20139comments


Memanglah tajuk gempak tapi itulah persepsi saya bila saya terbaca keluhan seorang bapa yang kecewa bila MAIDAM secara tiba-tiba menamatkan perjanjian biasiswa pembelajaran anaknya yang menuntut di Jordan.

Dari Sinar - Kecewa biasiswa anak ditamat

- Seorang bapa kecewa apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) secara tiba-tiba menamatkan perjanjian biasiswa pembelajaran anak perempuannya yang kini menuntut di Jordan.

- Menurutnya, berdasarkan surat yang diterima, penamatan perjanjian itu adalah disebabkan Maidam telah menyemak semula dasar dan pelaksanaan polisi berhubung agihan duit zakat agar ia ditadbir mengikut syariat.

- “Sebelum ini, dia ada terima beberapa tawaran biasiswa lain termasuk JPA tapi memilih Maidam kerana ingin pulang berkhidmat di Terengganu, tapi tidak menyangka akhirnya jadi begini,” katanya.

- Sementara itu, Mohd Rozali ( CEO MAIDAM ) ketika ditemui mengesahkan ada bertemu dengan ibu bapa yang terlibat dengan penamatan perjanjian biasiswa Maidam namun tidak mahu mengulas panjang.
“Apa yang boleh saya katakan, kita akan bincangkan perkara ini semula dan segala keputusan bakal dimaklumkan nanti,” katanya
.


Bayangkan tu ... TENGAH pembelajaran tiba-tiba biasiswa boleh ditamatkan tanpa notis ? Tak ke KEJAM namanya tu ?

Dan ini bukan satu-satunya kes sebab dari HARAKAH semalam melapurkan - Harakahdaily dimaklumkan, hampir 50 orang pelajar cemerlang ke Timur Tengah yang sebelum ini menerima tawaran itu dihentikan secara tiba-tiba serta ditukar kepada ‘pinjaman’.

MAIDAM juga yang tawarkan biasiswa kepada pelajar2 pilihan dan para pelajar pula ada yang telah menolak tawaran pihak lain kerana memilih tawaran MAIDAM. Alih2 tengah jalan MAIDAM nak tamatkan perjanjian ?

Sebab itu saya bertanya - MAIDAM tak ada duit ker ? 

MUSTAHIL ! HOTEL berharga RM41.69 juta baru dibuka 3 bulan lepas.- KLiK. ( anggap ini sebagai satu promosi hotel , ok !)

Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu
Bangunan pejabat BESAR ! Entah berapa banyak juta lagi dilaburkan dalam projek2 pembangunan di Terengganu .... kemudian baru ni bulan puasa siap buat kaunter bergerak bagi memudahkan orang Islam bayar Zakat.

Kan MAIDAM banyak duit tuh ! ?

PS - Hmmm ... baru ni saya tulis tentang rungutan ramai rakyat Terengganu yang masih belum menerima dana Raya walaupun sudah masuk tengah bulan Syawal ..... Kerajaan Terengganu pun takder duit ?

Mustahil juga ! Sebab baru minggu lepas kerajaan negeri menerima salah satu dari dua bot Catamaran 100 seater berharga RM2juta untuk diletakkan di Tasik Kenyir untuk bawa orangramai ke Kompleks Bebas Cukai tengah tasik- KLiK.

Projek yang kononnya dijangka siap awal tahun ini bagi memeriahkan Tahun Melawat Terengganu 2013 kini dikatakan dijangka siap tahun depan pulak.... ( entah2 ditunda lagi ), tapi bot juta2 dah diterima.

Sekali lagi, MUSTAHIL Terengganu takder duit ! ..... kan ?

Ni apa cerita nih ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2013 at 9:16 AM

SYABAS

DT beramal dedahkan penyangak tamak, hanya pentingkan diri hidup mewah tapi rakyat sengsara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2013 at 10:02 AM

rakyat Ganu terlalu dimanjakan....sini duit sana duit....beginilah jadinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2013 at 10:04 AM

Pak din...
Tolong korek sama... cerita .. kelas al-quran tajwid... utk awam.. hujung minggu... khamis jumat sabtu...yang dilaksana kat institut quran.. IQ ( dlm manifesto nak jadaikan kolejUniv ) program dah berlangsung 10 tahun dah.. akan diberhentikan bulan syawal nie je..last kelas... lpstu takde lagi..

alasan... duit utk bayar tenaga pengajar tak ada.. peruntukan besar sangat...

mengapa jadi bergitu... MANA PEGI DUIT ZAKAT IBNUL SABIL...

yang sedih

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2013 at 10:39 AM

@AnonymousRakyat yang mohon dimanjakan ATAU kerajaan yang offer nak manjakan ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2013 at 10:40 AM

@AnonymousDiharap janganlah terlalu komersial dijadikan Maidam.

Kembali kepada fitrah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2013 at 12:25 PM

bro din... bukan takat maidam, yang lebih menakutkan adalah tabung haji pun dah jadi badan nak buat duit... ada pertandingan gambar kenangan di tanah suci, pastu ada promo dalam tv lagi baru baru ni....dalam zaman ztupid is stupid does ni semua benda nak ke kpi... ini la padahnya... kalau badan yang boleh buat duit, kira nak buat untung berjuta-juta, lepas tu banus ceo pun juta juta la jugak...semua benda dia nak keparatkan.....tak payah tunggu pkr memerintah untuk jahanamkan negara, umno sendiri dah buat dah...

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
August 21, 2013 at 12:56 PM

Aku tak percaya langsung badan2 yg kutip zakat atau sumbangan yg mengunakan nama agama islam. Jual beli agama semua tu.. Satu sen pun aku taknak bagi...boleh pi mampus..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 12:59 PM

Salam Pak Din,

Sila rujuk -- https://www.ywm.gov.my/grand-puteri

" JAWHAR telah memperuntukkan sebanyak RM41.69 juta untuk membangunkan Hotel Grand Puteri di atas tanah milik MAIDAM. .."

Maknanya duit drp Kerajaan Persekutuan, cuma tanah jer milik Maidam...

Sekian. Tkasih.

Drp Org Kuala Teganu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2014 at 3:14 PM

Saya rasa fitnah ni..hotel tu bukan duit MAIDAM pun, tu duit yayasan wakaf kalau x silap..maidam x keluar satu sen pun

Post a Comment