........... MAIDAM Batal Biasiswa Pelajar - Jawapan MAIDAM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MAIDAM Batal Biasiswa Pelajar - Jawapan MAIDAM

Monday, August 26, 20132comments


TAHNIAH kepada CEO MAIDAM Datuk Mohd Rozali Saleh kerana segera tampil menjawab persoalan isu pelajar yang dibawah tajaan Maidam yang telah ditamatkan biasiswa separuh jalan. Ada saya tulis mengenai isu ini beberapa hari lalu.- KLiK.

Dari SINAR -

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) berkata status pinjaman kepada 40 daripada 95 pelajar tajaannya di Jordan kini ditukar kepada pinjaman boleh ubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, pihaknya membuat penilaian semula latar belakang pelajar tajaannya, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kepakaran ulama serta pengajian Islam di Jordan, dan mendapati 40 daripada mereka tidak layak menerima biasiswa.

"Kita hanya beri biasiswa kepada 55 pelajar yang terdiri daripada keluarga fakir dan miskin, manakala bakinya diberi pinjaman melalui Yayasan Terengganu (YT).

"Namun ia bukanlah bermaksud pelajar terpaksa membayar semula pinjaman itu kerana jika mendapat keputusan cemerlang, statusnya akan ditukar kepada biasiswa sebagai menghargai penat lelah pelajar menimba ilmu selama ini,"

Jadi apa yang saya faham, 40 pelajar yang ditamatkan kontrak biasiswa itu adalah kerana mereka tidak layak dikategorikan sebagai dari keluarga fakir miskin. Bermakna tindakan ini adalah demi memperbetulkan 'keadaan'.

BAGUS, saya setuju Baitulmal membantu golongan fakir miskin. Mereka yang berkemampuan tidak harus merampas peluang dari mereka yang sepatutnya layak. Bukannya tidak ada alternatif lain untuk menyara pengajian mereka. Memang sepatutnya itu yang diamalkan....

TAPI ...... bagaimana yang 40 pelajar yang tidak layak itu TERLEPAS semasa proses saringan dan pemilihan dulu ? Apakah wujud permainan tarik kabel dalam penganugerahan biasiswa mereka ? Atau ada penyalahgunaan kuasa ? Atau sememangnya satu oversight / kesilapan yang tidak disengajakan ?

Saya tidak tahu apakah yang terdapat dalam kontrek yang ditandatangani antara Maidam dengan 40 pelajar berkenaan jadi saya tidak mahu ulas panjang apakah Maidam boleh sewenang2nya membatalkan kontrek biasiswa mereka begitu saja dalam mereka SEDANG dalam pembelajaran.

Kalau dalam keadaan biasa, adalah amat tidak wajar Maidam menjadikan 40 pelajar itu sebagai mangsa dek kerana kesilapan yang mungkin saja berlaku dipihak Maidam sendiri ( sewaktu proses pemilihan ).  Pihak2 yang terlibat saja yang tahu isu sebenarnya.
 
Apapun dengan ketegasan yang ditunjukkan, pasti kesilapan sebegini tidak akan berulang lagi dimasa depan dengan MAIDAM akan lebih telus dan perihatin dalam membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.

Satu  lagi artikel berkaitan adalah tentang Hotel Grand Puteri milik Maidam yang saya juga ada sebut dalam artikel sebelum ini ( tetapi tidak disebut oleh Harakah atau Sinar hehehehe )

Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu
Datuk Rozali menjelaskan kos RM41juta adalah dibiaya menerusi peruntukan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).

"Hotel Grand Puteri tidak langsung menggunakan wang zakat mahupun wang kerajaan negeri Terengganu,"

 Selain hotel wakaf, beberapa projek yang dibiaya Jawhar di Terengganutermasuk Akademi Kulinari di Pulau Kerengga, Marang; asrama pelajar dan bangunan perniagaan di Jertih, Besut.- SINAR.

TERIMAKASIH kepada Datuk Mohd Rozali kerana segera memberi pencerahan.

                                         ********************************

PS : Sekadar nota sampingan - Banyak isu yang ditimbulkan adalah kerana kurangnya maklumat. Jika maklumat dapat disalurkan cepat, apa jua isu mampu ditangani jika kita dipihak yang benar.

Saya sendiri sebelum menulis sebarang isu lokal (yang bukan politik), saya seberapa boleh akan cuba dapatkan kepastian / jawapan dari pihak terlibat. SELALUNYA pertanyaan2 dan panggilan2 saya tidak dilayan dan dalam isu Maidam ini tidak terkecuali..... tapi samada saya dapat kerjasama atau tidak, TULIS TETAP TULIS ( kalau saya dah set dari awal hendak tulis ) ! 

Makanya isu2 yang tidak dijawab akan saya tulis dalam bentuk persoalan. Niat saya adalah untuk tolong sampaikan maklumat di alam siber terutamanya isu2 yang terlebih dahulu dimainkan oleh media pembangkang.

Satu lagi, saya bukan wartawan yang hanya melapurkan .... saya blogger !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
August 26, 2013 at 11:15 AM

Bagus Pak Din. Itulah tujuan Blogger yang sebenarnya. Mecari kebenaran. Syabas.

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2013 at 11:26 AM

duit zakat pun dipilih pilih.

Post a Comment