........... Kesetiaan Ahli Bukan Lagi Pada Perjuangan Umno Tapi Pada Individu - Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kesetiaan Ahli Bukan Lagi Pada Perjuangan Umno Tapi Pada Individu - Tun Mahathir

Sunday, August 18, 20137comments




Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO yang bertanding bukan seperti UMNO yang ditubuhkan pada 1946. Sebenarnya UMNO 2013 amat berbeza daripada UMNO dahulu.

UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.

Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa yang boleh disalah guna oleh mereka; menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang Amat Berhormat (YAB).

Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar negara dan mengerjakan umrah. Dengan ini seluruh ahli UMNO terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi mereka dengan duit.

Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Dan siapa juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO semua akan kalah termasuk yang winnable, kononnya boleh menang pun akan kalah juga.

Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.

Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.

Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan.

Sementara itu apabila ketua cawangan atau bahagian sakit atau meninggal dunia, penggantinya tentulah kurang kelayakan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Ahli dan pemimpin UMNO di mana-mana sering mengeluh bahawa sudah begitu lama mereka berada dalam UMNO, berpuluh-puluh tahun tetapi tidak dapat apa-apa pun, tidak dapat jadi calon, tidak jadi YB atau YAB, tidak dapat kontrak dan bermacam-macam lagi yang mereka idamkan bagi diri sendiri.

Apakah UMNO ditubuh untuk memberi sesuatu secara langsung kepada setiap seorang daripada ahlinya? Jika Perlembagaan UMNO disemak pemberian kepada setiap seorang ahli tidak dijanjikan. UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air; untuk menebus maruah orang Melayu, maruah bangsa, kesucian Islam dan kehormatan terhadap negara oleh dunia.

Dan dunia akui bahawa semua ini telah dilaksanakan oleh UMNO apabila dipilih untuk mengetuai kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lebih setengah abad dahulu. UMNO telah menunaikan lebih daripada janjinya kepada bangsa, agama dan negara.

Dalam proses pemerintahan terpaksalah diadakan jawatan-jawatan bagi sebilangan daripada ahli. Tak mungkin UMNO bergerak untuk menjayakan janji-janjinya jika ia tidak memiliki pemimpin dan pegawai yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa.

Untuk ini diadakan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan seterusnya sehingga ke ketua bahagian dan cawangan. Tugas mereka ialah bagi menguruskan UMNO sebagai parti politik, supaya menjayakan matlamat UMNO ditubuh.

Dan di antara mereka pula ada yang menjadi calon dalam pilihan raya. Yang menang di antara calon ini mungkin dilantik menjadi ahli Exco DUN, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Semua mereka ini tentulah dibayar gaji iaitu mendapat habuan daripada penyertaan mereka dalam UMNO.

Mereka lebih bernasib baik daripada ahli-ahli biasa UMNO. Tetapi ini tidak bermakna ahli biasa tidak dapat apa-apa langsung. Kejayaan pemerintahan yang diterajui UMNO tetap memberi nikmat kepada semua ahli. Nikmat ini termasuk khidmat kerajaan yang cekap, khidmat kesihatan, pelajaran, biasiswa untuk belajar di dalam dan di luar negara, pembinaan jalan kampung, pelbagai jenis latihan, Mara, saham PNB, tabung-tabung pinjaman, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, kontrak dan berpuluh lagi nikmat yang diterima oleh setiap ahli UMNO.

Tidak ada siapa yang boleh berkata dia tidak dapat apa pun bagi diri sendiri. Sedikit sebanyak setiap ahli UMNO, setiap penyokong UMNO yang bukan ahli mendapat sesuatu. Benar yang tidak sokong UMNO pun dapat, tetapi mereka Melayu dan janji UMNO ialah untuk bangsa Melayu, tidak untuk ahli UMNO sahaja.

Katakanlah UMNO tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli UMNO, bolehkan kita rasai nikmat-nikmat ini? Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah maka nasib orang Melayu sama baik atau lebih baik. Kita lihat di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh UMNO, keadaan orang Melayu lebih daif. Sedikit nikmat yang mereka kecapi datang dari Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.

Jika Kerajaan Pusat tidak diterajui oleh UMNO walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain yang bukan Melayu kerana sokongan mereka dalam pilihan raya. Pengalaman orang Perak semasa diperintah oleh parti lawan boleh jadi contoh. Juga di Pulau Pinang, bahkan di Kelantan.

Jelas sekali bahawa setiap orang Melayu dan sudah tentu setiap orang UMNO mendapat sesuatu bagi diri mereka. Mereka mendapat bekalan api elektrik, bekalan air, jalan kampung dan jalan raya, rawatan apabila sakit, sekolah bagi anak, biasiswa ke universiti dalam dan luar negara, pekerjaan, peluang perniagaan, bantuan wang dan aneka jenis subsidi dan bermacam lagi nikmat. Jangan fikir ini memang begitu.

Benarkah mana-mana kerajaan pun akan mengadakan semua ini? Saya fikir tidak. Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dahulu, yang sama dijajah dan sekarang merdeka, untuk melihat keadaan. Rakyat negara-negara ini masih miskin, masih tidak bersekolah, tidak berkemudahan, bahkan terpaksa berhijrah ke negara lain, termasuk ke Malaysia untuk mencari makan kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara mereka dan membantu rakyat setelah merdeka.

Terimalah kenyataan yang sebenar dan bersyukurlah. Janganlah mengeluh kerana kononnya tak dapat apa-apa pun setelah menyokong UMNO begitu lama. Sesungguhnya mereka yang tahu bersyukur, Allah berjanji akan memberi lebih banyak nikmat. Insya-Allah, masa depan akan memperlihatkan giliran orang lain pula, mungkin giliran anak cucu kita jika pemerintahan oleh UMNO dapat diteruskan.
 
Copypaste UTUSAN

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 2:10 AM

MASALAHNYE PEMIMPIN PERTENGAHAN N TINGGI SEMUA AH JIB GOR DAH BELA DGN DUIT N JAWATAN HINGGA AH JIB GOR KENTUT PUN DIAORANG CAKAP WANGI

U SEE UMNO IS REALLY FUCKED UP NOW PEMIMPIN MOSTLY MORON BRAINLESS TAKDE JIWA PERJUANGAN MELAYU

AH JIB GOR TUNDUK KAT ROSMAH BANTUT SO NAZRI PUN IKUTLAH LANTIK ANAK BOHJAN DIA TU

MUDAH BAHASA MAJORITY PEMIMPIN UMNO ARE BRAINLESS BODOH BENGAP KERANA APA? KERANA KEPALA SUDAH ROSAK SO TOLONG TUMBANGKAN NAJIB BANGSAWAN IF NOT GE14 DUN VOTE UMNO AKU TENGOK ISMA BETTER KUAT ISLAM KUAT MELAYUNYE

PADA BRO DIN TURTLE TOLONG PUBLISH NI JGN SEKAT KITA KENA FRANK TERUS TERANG JE THAT ITS INDEED NAJIB PATUT DIHUMBAN DEMI AGAMA N BANGSA OK BRO DIN YE

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 2:19 AM

@AnonymousSaya sekat sebelum ini bukan sebab mesej yang ingin disampaikan tapi sebab kandungan bahasanya yang terlalu kasar. :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 3:01 AM

Kesetiaan kpd individual juga Ada di keseluruhan semua parti ... di umno tidaklah seteruk itu tetapi bukanlah alasan untuk membiarkan ia terus menjadi budaya. Tentangan semaksima kena diberikan oleh ahli2 umno yg sayangkan ugama Dan bangsa.

Dalam keadaan najib sendiri bukan seorang pemimpin yg berani, tidak tinggi keyakinan, tidak telus, akhlak Dan moral yg diragukan adalah sukar untuk membendung semua ini malah karaktornya mampu menggalakan budaya yg tidak sihat ini.

Umno sudah tidak relevant, bila2 masa akan gugur jika muncul sebuah lagi parti atau seorang pemimpin yg lebih berakhlak...sementara menunggu masa ketika itulah, umno adalah selipar buruk yg boleh terus kita gunakan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 3:19 AM

@kluangmanSatu pandangan yang menarik dan saya setuju

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2013 at 9:45 AM

Sokong keluangman, dah tawar hati dengan UMNO sehinggakan tidak hadir mesyuarat agung dan mesyuarat ajk cawangan malam tadi dan minggu lepas. Biar la Umno dan Najib terjun dengan labu labunya. Sedang menanti kan sebuah parti yang betul2 berjuang demi agama dan bangsa melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 12:26 PM

@anak melayuAdakah dikalangan pemimpin malaysia berbangsa melayu yang cukup berkalibar dan bijak, sayang bangsanya, tinggi budinya, berani berhadapan risiko, berpandangan jauh? Tinggi sangat spec ni? klu boleh dpt separuh dari ciri2 ini pun kira oklah.
Mungkin TDM boleh tolong cari dan TDM sebagai mentor untuk mengenalpasti individu tersebut. Saya akan turut apa kata TDM... beliau adalah harapan kpd org2 melayu yang sekarang sedang dinodai maruahnya oleh kepimpinan umno.
TDM, kami menunggu arahan tuan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 2:05 PM

salam,

sy pernah komen dahulu berkenaan kerja dgn jujur, amanah, dan ikhlas. tapi kita tak nampak perkara ini berlaku sekarang. kita boleh tukar arah kepada pas, pkr dan dap. tapi parti tersebut tidak sesuai dan pemimpinnya kelihatan lebih teruk daripada pemimpin umno. apabila kepimpinan diambil oleh peniaga, kontraktor, maka minat hanya pada wang. sekarang bila cikgu pun pimpin umno, dia lihat wang besar juga. wang besar dah jadi impian pemimpin umno. bila dah dapat, sukar la nak lepaskan, dah syok dan lupa diri. tak mau bagi kat orang lain, kalu boleh nak anak beranak jadi pemimpin.

tak betul ker? kalu tak betul, apasal jawatan opis boy, tapi anak menteri boleh naik ferari. kalu kita opis boy, tak makan minum , duit gaji simpan sampai pencen pun tak mampu nak beli ferari. tengok la anak menteri joli sakan dengan artis. ingat artis nak ke lelaki yg tak berduit melimpah. kalu nak belanja baju harga seribu pun berpeluh-peluh, artis pun tak lalu. ni artis berebut lagi nak ke anak vvip. apasal, sebab duit melambak la. mana dapat duit, gaji menteri banyak ker? banyak la kot, pasal mampu nak beli harta kat luar negara. ada anak ahli parlimen umno cakap, bapak dia beli rumah kat luar negara. cuti, pi luar negara. hebat tu, ada hartanah kat luar negara.bukan ahli perniagaan pun dulu. mak bapak dia pun bukannya orang kaya dulu. jadi, sapa la yg tak berebut nak jadi pemimpin umno. kayo copek, duit bertingkat-tingkat. cucu mati pun masih ada lagi cucu kepada cucu untuk jadi kaya raya.

kalu kita pilih pas sebagai pilihan, mampus la kita sakit kapla. cakap sokmo tak ikut buku. buku cakap lain, mulut pemimpin cakap lain. asyik kena menderma, duit pi entah ke mana. tak cukup ajer. kalu pilih pkr, dah sah bukan berjuang untuk agama dan bangsa. main ikut sendiri la. berjuang untuk diri pemimpin. kita pun dapat juga kalu kuat bodek. kalu dap, lagi la. dah sah setakat pengikut ajer dan tukang pangkah. nak berjuang untuk agama, dah sah salah line, berjuang untuk bangsa, rasanya kena tukar bangsa dulu la. so apa lagi yg kita ada. moga akan datang pemimpin yg benar ikhlas, amanah, jujur, untuk agama , bangsa dan negara akan muncul.

Post a Comment