........... Kenapa Umno Tidak Pernah Mahu Mengiktiraf Sumbangan Najib Ini ? Ayuh Sokong ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Umno Tidak Pernah Mahu Mengiktiraf Sumbangan Najib Ini ? Ayuh Sokong !

Wednesday, August 28, 201321comments

( Artikel untuk tajuk post ini saya letakkan dibawah sekali .... )


Tuntutan RAKYAT MALAYSIA yang mahukan pendidikan SATU SEKOLAH dan dihapuskan pendidikan Vernakular semakin lantang kedengaran.

Terbaru adalah Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC  yang dalam resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.

- Kerajaan tidak seharusnya meluluskan penubuhan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan mengiktiraf sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam usaha mewujudkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.

- "Tiada negara lain, contohnya Singapura, Indonesia dan Thailand yang mempunyai sekolah vernakular,"


- "Kita perlu tegas dan akur dalam mempertahankan perundangan serta Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),"

- kongres berkenaan menyokong usaha kerajaan membina negara bangsa yang bersatu padu dengan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing.


- Kongres turut mendesak Kementerian Pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala pemberian dana penyelidikan serta syarat-syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu,"

Ini bukan sebarang perhimpunan yang dihadiri oleh sebarang NGO. Dihadiri oleh 1800 peserta daripada pelbagai latar belakang serta 77 pakar pelbagai bidang  dan diresmikan oleh Tun Mahathir. Dan semua sepakat menyokong Konsep Pendidikan Satu Sekolah !

Sumber -Utusan KLiK dan KLiK.

                                        *******************************

Yang sebenarnya SIAPA yang menjadi penghalang kepada usaha murni kearah Satu Sekolah  ni ? 

SIAPA yang menjadi JUARA SEKOLAH VERNAKULAR yang terus mempertahankan kewujudannya dan terus memperkasakan kewujudan sekolah vernakular ?

SIAPA yang telah menyukarkan proses untuk menukar sekolah vernakular kepada sistem lain ie menghapuskan kuasa mutlak Menteri Pendidikan keatas Sekolah Vernakular  ..... dan berbangga pula dengan tindakannya itu ?

PM Najib BERBANGGA dengan segala usaha dan pengiktirafan yang telah beliau berikan kepada Sekolah Vernakular ..... malangnya segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Najib TIDAK PERNAH mendapat sebarang pengiktirafan dari Umno.

Umno tidak pernah mahu memuji Najib dalam isu Sekolah Vernakular ...... KENAPA ? 

Tidakkah Umno mahu ikut sama menumpang nama Najib yang telah bersungguh2 menabur jasa kepada Sekolah Vernakular ? Kenapa dibiarkan Najib berseorangan memperjuangkan Sekolah Vernakular ? Kenapa ? Kenapa ?

Sudah tiba masanya untuk Umno berbuat demikian.  Dengan rendah hati saya ingin mengesyorkan kepada Umno supaya dapat memberi pengiktirafan tertinggi kepada Najib dengan membuat usul pada Perhimpunan Agung Umno nanti untuk diserahkan kepada kerajaan supaya dapat Najib dinobatkan dan diabadikan namanya sebagai BAPA VERNAKULAR NEGARA.

Tidak layakkah Najib ? Saya katakan NAJIB LAYAK ! Ada sesiapa yang berani menentang ? Sila berikan hujah anda... Saya akan pertahankan Najib.

Syor ini saya berikan dengan ikhlas hati tanpa sebarang prejudis. Dan saya harap anda semua dapat turut sama menyokong. Najib pasti akan merasa terharu dan berterimakasih kerana akhirnya .... segala usaha beliau bakal menerima pengiktirafan sewajarnya. He deserve this !

NAJIB FOR BAPA VERNAKULAR MALAYSIA !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 4:36 PM

BAPA MENCINAKAN MALAYSIA!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 4:47 PM

ahh jibb gorrr ... bapa tsunami cina

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 5:14 PM

aku takut nak berhujah dengan ko din, ko ganas ! lagipun memang tidak dapat disangkal lagi Najib memang layak sebagai BAPA VERNAKULAR MALAYSIA.

dan aku nak tambah lagi. aku nak DT dilantik menjadi BLOGGER SEJATI NAJIB ! yang lain semua hipokrit kerana ko sorang je yang berani mengiktiraf najib !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 5:25 PM

Tuan Pengerusi...

Saya mencadangkan supaya cadangan ditutup. Ada sokongan tak ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 5:58 PM

pedasnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 6:01 PM

Salam,
kat phg yg nak wujudkan sekolah menengah cina ni p*** m** ah jib gor la.( tiru buku shit) dah lama pm ah jib gor mak memartabatkan sekolah vernakular ni

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 6:40 PM

@AnonymousNi betul2 ke sindir ni ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
tungkaran hati
August 28, 2013 at 7:15 PM

Bahasa jiwa bangsa.....kita sedang kehilangan jiwa bahasa dan maruah bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 8:11 PM

Yang sebenarnya SIAPA yang menjadi penghalang kepada usaha murni kearah Satu Sekolah ni ?

NAJIB

SIAPA yang menjadi JUARA SEKOLAH VERNAKULAR yang terus mempertahankan kewujudannya dan terus memperkasakan kewujudan sekolah vernakular ?

NAJIB

SIAPA yang telah menyukarkan proses untuk menukar sekolah vernakular kepada sistem lain ie menghapuskan kuasa mutlak Menteri Pendidikan keatas Sekolah Vernakular ..... dan berbangga pula dengan tindakannya itu ?

NAJIB

Eleh Din, bila nak hujah, kamu pulak nak jadi penyokong atas tajuk nih. Pandai kamu nih. Kamu benar benar dah pasang perangkap. Siapa pulak yang boleh manafikan Najib Bapa Vernakular? Dah memang betul pun. Budak sekolah tadika pun dah tau. Najib nak suruh orang Melayu ikut cara dia. Bukan kah Najib mampu memberikan pendidikan Cina pada anak dia, siap berbangga pulak tuh. Kalau dia tiada masaalah, takkanlah pulak orang Melayu lain punyai masaalah. Bukan kah dia pun orang Melayu juga. Kalau dia boleh mengatakan betapa pentingnya kaum Cina dinegara ini, takkanlah pulak orang Melayu lain tak boleh menyokong. Bukan kah Najib pemimpin yang dilantik oleh Melayu. Kalau orang Melayu sendiri tolak Najib bermakna orang Melayulah yang bodoh, pilih pemimpin yang menyisirkan kaum sendiri. Kalau orang Melayu yang menjadi perwakilan diPAU akan datang benar benar tolak vernacular, maka mereka sepatutnya sepakat untuk menolak Najib. Kalau mereka masih lagi sayangkan Najib, bermakna mereka rela agama, bangsa dan Negara di serahkan kepada kaum Cina untuk menentukanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 8:13 PM

@Anonymous

bolehlah. dua orang tanam jagung, aku sokong.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 8:20 PM

@AnonymousSokong kepada pengiktirafan bukan sokong tindakan :)

Heran jer ... mereka yang mendabik dada sebagai penyokong Najib, kenapa mereka tidak sokong sekolah cina sebagaimana Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 8:59 PM

Dalam perlembagaan negara TIADA peruntukan untuk SJKC & SJKT MENGAPA kerajaan buat ?
Hapus kan saja. Kenapa orang melayu suka berlembut dalam hal ini. Ianya pendidikan awal supaya BENDERA negara TIDAK diterbalikkan macam di Taiwan....?

....................
Reply To This Comment ...................
MeorUsa
August 28, 2013 at 9:18 PM

Najib missed an opportunity to be assertive in the fight ( I SAID FIGHT) against gun related crimes.He cannot remain in back burner when the police are trying to engage.
The police need Najib to be engage as he has done in during the Sulu intrusion.
Najib got to defend the police.
Instead, it seems, do nothing Najib is part of the problem.He has to take on the criminals...the color of their skin should not stop us.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 9:31 PM

Yang tidak menyokong cadangan supaya Najib dinobatkan sebagai Bapa Vernakular Malaysia adalah mereka yang tidak ada telor.

Aku, keluarga dan sahabat handai aku semua menyokong. Kami ikhlas.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 9:40 PM

@AnonymousTanpa was-was lagi, andalah penyokong sejati Najib !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 9:55 PM

AH Gib Gor Pak Angkat dan angkut DOng Zhuan... ceh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 10:10 PM

Kalau Pakatan yang cadangkan penghapusan sek vernacular, Ah Jib mesti follow punya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 10:56 PM

usah diharap pada ah jib gor presiden MCA... die tidak bertindak sbg presiden umno pun.. tidak mewakili kesuluruhan rakyat malaysia pun..



-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 11:34 PM

Sdra din,amba nak masuk ,blh,

KJ ADALAH PROXY KAPADA AH JIB GONG GOR dan JURUCAKAP Peribadi Kapada AH JIB GOR GONG.
Ah Jib Gor Gong adalah elegant silence Ver.2.0.
Agar tidak di malukan di khalayak umno,saya usulkan Ah Jib Gor Gong letak jawatan sebelum PAU.
Kalau tak mau ,pasti kan PRU 14 ,Ah Jib kalah.
Ah Jib sudah tak ada aspirasi melayu, dan hanya aspirasi ikutan kepala otak Dong Zhong .
Ah Jib Gor Gong adalah bapak kucing bapak sekolah vernakular. Tun Dol KLONE ,juga suami FLOM.
Ah Jib gong Gor.
UMNO akan untung dengan ketiaaadan Ah jib gong,penyokong tegar Foon Yew High school. .
Dalam kabinet,ada orang macam KJ --- semua jawatan wannabe pandai semua serba bolih,termasuk KLONE Ah JIB GOR GONG.
KJ,baru 125 hari makan duit rakyat, lagak sombong takabur lagak angkuh, pem wannabe,ikut ah Jib bapak sekolah vernakular.
Ah Jib Gong Gor,masih tak sedar lagi dan masih umbang ambing kemelayuan nya setakat halwa maskat dan rendang…
Ah Jib pandai main main politik:

Suruh KJ bidas Utusan Melayu kerana Ah jib tak pernah bidas Utusan.
KJ menjadi proxy agar Ah JIb look GOOD.
KJ jadi jurucakap peribadi Ah Jib gor Gong, aka anglophile aka 1M engage LIBEral dan 1M4U new politik,Malu nak mengaku melayu.
Ah Jib jenis suka main Devils advocate, arah budak suruhan try test trial lab….campak isu ketengah dan sendiri pandai ulas…lihat
1. isu MAS,suruh idris jala.
2 Isu disel suruh malik ayam,.
3.isu gabung parti, suruh t adnan…pandai devil s advocate ah jib gong.. .
4. Isu apa lagi cina mau-Kj jadi ayam sabung bagi pihak Ah Jib.
Amalan Devils advocate di pelupori olih Idris jala,dan dah muncul serpihan nya dalah Endless Possibilities.
ENDLESS POSSIBILITIES memberi chek kosong kapada Ah Jib
Gong,sebagai subset mind games.

maksud Endless Possibiilties:
1.Tiada sempadan,batasan
2.Tiada komitmen
3.Tiada undang undang
4.Tiada sekatan.
5.Tiada check and balance.
6.Tiada accountability
7.Tiada pengawasan,tiada oversight.
8.Tiada halangan
9.Tiada panduan
10.Tiada matlamat ,hanya cara saja.ideologi open ended
11.Kebebasan tanpa had saperti lgbt dan kesamarataan agama dll…….
bolih di evolve kapada legalised anarchy dan social disharmony dan civil disorder……..
12.Tiada kesudahan.
13.Tiada adat resam.
14.Tiada siapa bendung.
tiada beza dengan PR …..sama aja…
Endless possibillties perlu di bendung,kerana lebih superkiasu liberal dari liberal.
Contoh terbaik KJ. Tak peduli apa siapa di mana ,asal kan dapat,itu nafsu .
Atas dasar kepentingan keselamatan negara,,ENDLESS POSSIBILITIES yang sudah mula di Pemuda UMNO,mesti di bendung.
arjuna waspada
changkat lobak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2013 at 8:51 AM

The PM is on the wrong track for Malaysia to go forward. Perdana Menteri mesti adakan satu sekolah aliran perdana nasional. Lepas tu baru bagi kepada tiap2 kewakilan puak2 yang mahu tambah mata pelajarannya .... seumpama sekolah kebangsaan agama kite.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2013 at 9:45 AM

Apakah secara tersiratnya ENDLESS POSSIBILITIES bila diperhalusi adalah untuk cina; ALL CHINESE CLAIMS ARE POSSIBLE AND NEVER ENDINGLY ENTERTAINED?

Post a Comment