........... Kalimah Allah : Pengajaran Dari Episod Mahkamah Tadi - UNDI Bukan Segala-galanya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah : Pengajaran Dari Episod Mahkamah Tadi - UNDI Bukan Segala-galanya !

Thursday, August 22, 201312comments



Apa yang saya nak tulis ni adalah sensitif SENSITIF, jadi tolong baca dengan fikiran terbuka.

Anda dah baca artikel YB Zul mengenai prosiding Mahkamah Rayuan isu kalimah Allah tadi ? - KLiK. Ada kronologi mengenai apa yang berlaku mengenai kes ini dan YB Zul turut beri sedikit pencerahan mengenai apa yang berlaku dalam kamar mahkamah.

Kerajaan telah memfailkan rayuan yang septutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Rayuan itu telahpun ditetapkan pada 10 Sept 2013. Sementara menunggu rayuan, kesemua pihak bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi itu.

Bagaimanapun, sementara menanti rayuan didengar, pihak Gereja Kristian telah memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan. Alasan mereka ialah kerana selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu surat mengandungi 10-Point Resolution bertarikh 11.04.2011 yang antara lain membenarkan kristian mengimpot masuk Bible dalam semua bahasa.

Peguam pihak Gereja, Porries Ryan menhujahkan bahawa surat tersebut memberi kesan membatalkan pelarangan KDN tersebut, maka isu rayuan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH adalah tidak relevan dan hanya bersifat akademik.

Barisan peguam Kerajaan dan Majlis Agama Negeri-Negeri termasuk Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) menghujah balas dengan menyatakan bahawa surat tersebut tidak relevan kerana ianya tidak menyentuh tentang kebenaran menggunakan kalimah ALLAH, sebaliknya hanya mengenai soal kemasukan Bible ke dalam negara ini. Selanjutnya, surat tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang kerana ia tidak boleh membatalkan budibicara Menteri Dalam Negeri yang dibuat menurut Seksyen 6 Akta Percetakan & Penerbitan.

- Dengan keputusan 3-0, Mahkamah menolak permohonan Titular Archbishop Gereja KL atas alasan surat PM itu tidak relevan dalam menentukan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH.

Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti.

Pihak gereja berniat mahu menggagalkan usaha KDN dalam membuat rayuan terhadap keputusan yang tidak memihak kepada kita. Sekiranya pihak gereja berjaya tadi, tidak akan ada proses Rayuan dan tercatatlah dalam undang2 bahawa kalimah Allah itu boleh dipakai oleh agama manapun untuk merujuk kepada Tuhan2 mereka. Bermakna tidak ada lagi esklusiviti kepada umat Islam atas kalimah Allah.

Alhamdulillah, para peguam kita berjaya menggagalkan usaha mereka, maka perjuangan kita akan diteruskan dalam Mahkamah Rayuan pada 10 September nanti. We just won a battle, not the war yet.

Soalan saya - Apakah hujah yang pihak gereja gunakan dalam usaha jelik mereka itu ? Peluru apa yang mereka gunakan ? SIAPA yang bekalkan peluru itu ?

Pihak gereja menggunakan hujah Logik Berkait.

alKitab mengandungi kalimah Allah, jika alKitab dibenarkan tidakkah bermakna secara tidak langsung kalimah Allah juga dibenarkan ? Itu logik yang pihak gereja gunakan ( mengikut pemahaman saya )

MUJUR tindakan Najib semasa cuba meraih undi pilihanraya Sarawak dulu dilihat sebagai tidak mengubah undang2 !

Dan MUJUR pihak peguam kita mampu mematahkan hujah pihak gereja ! 

Dan MUJUR ketiga2 hakim kali ini adalah mereka yang beragama Islam. Saya tidak pasti apakah ada relevannya tapi saya tetap bersyukur.

TUJUAN ARTIKEL ini - Supaya menjadi pengajaran kepada para pemimpin. Jangan digadaikan segalanya hanya kerana UNDI !

PS - Ramai blogger yang pada pandangan saya SALAH FAHAM tentang maksud prosiding mahkamah tadi. Hakim BUKAN memutuskan gereja tidak boleh pakai Allah. Hakim cuma memutuskan KDN punya kes untuk terus dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Keputusan awal Mahkamah Tinggi yang memihak kepada gereja tidak berubah lagi. Tapi ramai yang menulis seolah umat Islam sudah mendapat semula hak kalimah Allah itu semula.

PERJUANGAN BELUM SELESAI !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2013 at 10:57 PM

Mereka masih berasa boleh menang dan memandang sinis terhadap perjuangan kita kerana harapan besar bak rezab sokongan pas masih bersama mereka. Kalau kita kalah, maka pas akan menanggung kesalahan yang amat serius. Kafir mengambil kesempatan keatas islam kerana sokongan pas terhadap dap dan gereja. Kalau tak kerana pas, maka suara islam akan satu dan kuat.
Pas adalah punca segala2 nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2013 at 11:39 PM

Islam Liberal mesti ditentang habis-habisan. Sama seperti kita menentang Melayu Liberal. Jika Melayu Liberal sanggup menjual bangsanya sendiri. Islam Liberal adalah lebih dasyat dari itu iaitu sehingga sanggup menggadai dan menjual agama Islam demi meraih sokongan politik.

Islam telah menetapkan halal haram sesuatu perkara. Tapi Islam Liberal sanggup menukar fatwa sesukahati demi tuntutan nafsu. Yang haram boleh "dihalalkan dalam keadaan tertentu". Fatwa dikeluarkan mengikut musim, keadaan dan suasana politik semasa.

Contoh yang paling jelas ialah Isu Kalimah Allah. Sebuah parti politik yang menggunakan label Islam, boleh berubah-ubah pendirian dan seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 12:03 AM

Walau kita bersatu, namun apa yang berlaku di asia barat amat membimbangkan kerana ianya pasti melanda negara kita..

....................
Reply To This Comment ...................
MeorUsa
August 23, 2013 at 12:27 AM

So are we back to the constitutionality track.?We know obviously the perfect constitution is still in the oven.Why is religiosity not relevant.? The kalimah are used by Muslims (not just Arak - terak (cakap teranu sikit )) continuously and unabridged.
Again this is not about history.Its about our Malaysian constitution and its institution, right.?
Can we rely on our constitution.?
Can somebody explain.?

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 12:34 AM

@MeorUsasaudara boleh baca di satdthinks.blogsot.com

he has done extensive research on this subject before. check out the most read/popular posts

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 12:41 AM

bersiaplah benteng diri dan keluarga keturunan kita, kerna lambat laun perkara ini pasti akan terjadi. sementara kita pertahankan kita juga kene perkuatkan ukhwah. mungkin ini dapat menyedarkan dikalangan kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 1:20 AM

AH JIB GOR ADALAH PETUALANG NEGARA DGN KEPUTUSAN CABINET BOLEH IMPORT BIBLE ALLAH WORD

TNB..TUMBANGKAN NAJIB BANGSAWAN
TNB.TUMBANGKAN NAJIB BODOH BEBAL BAHLOL BONGOK BANGANG

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 1:29 AM

Jika orang-orang Melayu Islam gagal mempertahankan kes kalimah Allah ini, maka kemungkinan lain yang lebih memeritkan akan menyusul. Musuh Melayu akan terus berusaha :-

1. Mencabar peruntukan ( berkenaan melayu, Islam, bumiputera ) yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan berkaitan.

2. Kedudukan Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama akan segera di cabar kerana pihak kristian malaysia sudah di benarkan mengguna kalimah Allah secara rasmi

3. Keistimewaan Melayu Islam tidak boleh lagi di ketengahkan kerana seorang melayu tidak semesti beragama Islam setelah kalimah Allah di miliki bersama

4. Penyuburan gereja dan pusat-pusat dakwah gereja seperti nya, menyaingi masjid - masjid di mana sahaja. Mereka miliki dana besar dari dalam dan luar "endless possibilities".

5. Akan mula nya kekuatan lgbt, liberal dan sekular meresapi jiwa-jiwa anak melayu yang dahagakan keenakan dunia. Setakat ini anak-anak pemimpin-pemimpin melayu sudah di gambarkan menjadi idola kepada kehidupan mereka sekian rupa. Jika ini satu kebebasan, bagaimana pula kehidupan ibu bapa mereka !

Maaf dinturtle. Ini pandangan peribadi saya setelah kalimah Allah gagal di pertahankan. Kafirun ini bijak merencana. Bijak dalam tipu muslihat. Semua sudah di gambarkan dalam Al Quran. Mereka boleh sebaik-baik ny bergaul dan pada waktu yang sama atau lain nya, menjadi musuh yang amat nyata apabila mereka berpadu yakni kristian katholik, evangelists, orthodox berserta fahaman lain seperti buddha, hindu, komunis, zion dan juga yang tanpa anutan apa-apa. Mereka semua tidak pernah redho dengan Islam.

Nanti kita akan lihat kalimah Allah, diterangi lilin dan lampu ibadat mereka, kemudian di kiri dan kanan nya di nyalakan colok dan setanggi..... mungkin di tepi-tepi jalan, kerana sesiapa sahaja sudah berhak menggunakan nya. Satu lagi keterangkuman "endless possibilities". Mungkin.

Bersediakah kita ? Natijah nya, penghinaan yang kita terima sekarang, tiada pembelaan sepenuh nya dari Pihak Berwajib yang konon nya kuat menjunjung Perlembagaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 8:02 AM

Saya setuju dengan posting kamu Pak Din. Kes ini memang belum selesai lagi.

Keputusan mahkamah semalam adalah hanya membenarkan kerajaan membuat rayuan bukan kemenangan. kita kena menunggu 10 September apabila perbicaraan dimulakan. The battle is on 10 Sept. Jadi blogger2 jangan merayainya terlalu awal. Peguam2 kena memperkukuhkan hujah2. Lagi pun kita tak tahu siapa hakim2nya nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 9:18 AM

@maaeMasalah utama kita adalah POLITIK.

Semua isu dipolitikkan dan naturally, politikus akan mengambilkira sudut politik dalam membuat keputusan waima dalam isu agama.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 12:44 PM

Yes ! Mufti-Mufti kita bagi pihak Sultan/Raja untuk kita semua sudah tidak relevan dan menjadi jumud.

Sebenar Islam itu memberi kesejahteraan politik di Malaysia. Sekarang terbalik dan sudah gerenti kita bakal menjadi bahan dagangan. Di jual dan di beli.

Kita mohon PM Najib "put a stop" ke atas semua kekalutan ini. Kita berpijak semula di bumi nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 4:36 PM

Oleh keana KDN@kerajaan Malaysia vs Gereja... maka parti dan juga blog2 yg mendakwa perjuangkan Islam senyap tupah... hatta harakah pun xsiar keputusan mahkamah.. dan akhbar sinar yg dikatakan telus hanya dimukasurat 14.... huhuhu... apa nak jadi puak2 nke... isu mesir... solat hajat... demo lps kumaat.. demo pdg merbuk.. isu kalimah.. tak disambut... bijakknye mrreka bertahalul siyasi...

Zzz

Post a Comment