........... Kalimah Allah - Mohon Ustaz Nasha Perjelaskan Pendirian 2 Tahun dulu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Mohon Ustaz Nasha Perjelaskan Pendirian 2 Tahun dulu

Friday, August 23, 201311comments


Saya tertarik membaca tajuk rakan blogger Melayumaju yang menyebut ada video temuramah Ustaz Nasha semalam berkenaan isu kalimah Allah. Beliau turut ada sama dipersekitaran Mahkamah Rayuan.

Suaranya tidak berapa jelas tapi mengambilkira keadaan, saya percaya Ustaz Nasha turut memberi sokongan kepada pasukan peguam KDN dalam isu yang diperjuangkan. KLiK untuk video.

Saya teringat waktu Pilihanraya Sarawak 2011, Ustaz Nasha yang ketika itu masih memegang jawatan No.2 dalam Pas ada memberi komen mengenai tuntutan pihak gereja agar dilepaskan 35 ribu naskah alKitab yang ditahan oleh pihak Kastam.

Perlu diingat juga, pihak gereja begitu licik dalam mempergunakan kesempatan Pilihanraya dalam membangkitkan isu ini.

Seperti juga pendirian pemimpin2 Pas lain waktu itu, Ustaz Nasha turut menggunakan hujah AHLI KITAB bagi menyokong tuntutan gereja ........ pendirian yang bagi saya, juga punya kepentingan POLITIK.

Merujuk kepada artikel saya 2 tahun lalu - KLiK -

1 - Beliau mengiktiraf penganut Kristian sebagai 'ahli kitab' - "This is just a matter of a book and we should respect the Bible because in Islam, we consider the Christians to be the people of the book" MI 14/3

Bagi saya  bila Nasharudin cakap tentang 'ahli kitab' itu beliau rujuk kepada penganut Kristian yang ada di Malaysia sekarang ini. Maksud saya, tak naklah nanti beliau main politik pula, konon kenyataannya adalah secara umum, merujuk kepada alQuran dan BUKANNYA kepada penganut Kristian SEKARANG. Fakta ni kena pastikan dulu.


ADAKAH PAS ANGGAP PENGANUT KRISTIAN SEKARANG SEBAGAI AHLI KITAB ?

dan ADAKAH PAS ANGGAP BIBLE DAN ALKITAB YANG MENJADI ISU INI SEBAGAI KITAB INJIL YANG DIMAKSUDKAN DALAM ALQURAN , YANG ORIGINAL HINGGA NASHARUDIN MENGANGGAP PENGANUT KRISTIAN SEKARANG SEBAGAI AHLI KITAB ?


2- “Kemungkinan ia adalah disebabkan tafsiran yang terlalu rigid mengenai kalimah Allah yang menyebabkan isu ini. Tetapi, penahanan satu buku hanya kerana ia dalam Bahasa Malaysia, beranggapan bahawa ia mungkin menyebabkan penyebaran agama Kristian,” ( Perhaps it is because of the very rigid interpretation of the word Allah that caused this issue. But then to detain a book just because it is in the Malay language .... )

Ayat ni saya keliru. Untuk pengetahuan Nasharudin, alKitab itu bukan ditahan tapi dilarang bawa masuk BUKAN kerana ia didalam Bahasa Malaysia tapi kerana adanya perkataan Allah yang digunakan sebagai merujuk Tuhan Kristian. Jadi pendirian Pas macamana ?



Mohon Ustaz Nasha mahu perjelaskan pendirian beliau dahulu ...... apakah masih sama atau sudah berubah ?

Inilah masalahnya bila isu2 agama dipolitikkan. Pertimbangan politik menjadi keutamaan dalam mengeluarkan kenyataan/pendirian. Perkara yang jelas sengaja dikaburkan dalam bentuk tafsiran umum.

Kita rakyat biasa pula yang menjadi keliru ..... mana yang BENAR dan mana yang POLITIK.

Seperti juga pendirian Haji Hadi dalam soal kalimah Allah, jawapan yang diberi ketika beliau meminta 1jam siaran langsung TV hujung tahun lalu - KLiK

Secara dasarnya zaman Nabi dulu .. Perjanjian Hudaibiah antara Nabi dengan orang bukan Islam, orang bukan Islam guna kalimah Allah.

Kenapa orang Islam boleh makan sembelihan orang Yahudi dengan Kristian ? Sebab dia nak sembelih dia sebut Allah.



PS - Baca juga artikel sebelum ini -

Kalimah Allah : Pengajaran Dari Episod Mahkamah Tadi - UNDI Bukan Segala-galanya !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 9:57 AM

Ustaz Hadi, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din, Ustaz Mahfuz, Ustaz Mat Sabu, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Najib, Ustaz Muhyidin dan Ustaz Nasha, semuanya adalah Ustaz Politik. Pendirian mereka adalah pendirian bersandarkan politik. Kenyataan mereka seolah-olah nampak keras tapi ada masa-masanya mereka menjadi lembut demi menjaga hati kawan bukan Islam. PAS kena jaga hati DAP-PKR, manakala UMNO pula kena jaga hati MCA-GERAKAN-MIC-. Amat sukar sekali nak mencari ustaz yang benar-benar natural selagi kita berpegang kepada politik untuk berpaut dan berteduh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 11:13 AM

Ana setuju dgn ente Din, yg tak ngaji agama keliru mana yg Islam sebenar, mana yg politik Islam, mana yg Islam dipolitikkan. Begitu juga dgn bnyk isu isu lain yg berbangkit berkaitan Islam.
Sentuh sikit bab Ahli Kitab. Kristian - Nasara dan Yahudi skrg yg mengamalkan ajaran dlm kitab mrk dipanggil Ahli Kitab juga, dulu zaman Nabi saw pun Kitab mrk dah terseleweng. Sembelihan mrk yg ikut kaedah agama mrk walau tak sebut nama Allah swt, halal dimkn (fatwa 2005)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 11:33 AM

Sebenarnya saorang muslim yang menganggap CHRISTIAN dan BIBLE itu adalah AL KITAB DAN AHLI KITAB ,jelas lebih JAHIL Tiada terdapat perkataan2 tersebut dan keterangannya dalam Al Quran,Yang mereka merubah ayat2 Al Quran dalam terjemahan supaya omat ISLAM yakin bahwa antara keduanya adalah sama.Inilah muslihat yang dimaksudkan oleh satu ayat aurah AL BAQARAH,,,,agar kita mengikut kehendak dan pemahaman mereka.Yang ada diterangkan hanya perihal AHLI KITAB dan KAUM NASARAH je...takkan hari2 belek AQ masih tak TERANG LAGI.
Mereka mengharapkan PENGIKTIRAFAN dari orang ISLAM je...KERJA syirik TU

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 12:24 PM

@Anonymous'hukum' yang saudara berikan itu saya harap disertakan bukti

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 23, 2013 at 12:45 PM

@dinturtle
namapun ZAMAN NABI, maksudnya Nabi Muhammad SAW masih hidup....maka tentulah Nabi tahu siapa Kristian & Yahudi yg mengamalkan ajaran SEBENAR kitab terdahulu.

sekarang ni sapa boleh confirm, pihak Kristian/Yahudi mana yg amalkan ajaran kitab TULEN... terdahulu?

takkan sbb KAFIR guna nama Allah masa penyembelihan, maka dagignya jd HALAL?...kalau sembeli babi baca bismillah, adakah HALAL daging tu?....mustail kalau takda perasaan was2.....kalau takda cuba suruh kawan bukan Islam sembelihkan ayam & minta mrk yg KONONnya OK kafir sembelih asal baca bismillah makan ayam tu....nak tgk selera mana mereka makan

acu try dulu....jgn yg mencadangkanpun tak makan tp nak hasut org lain makan dulu....suruh Haji Hadi & org2 PAS makan dulu.....kita nak tgk

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 1:04 PM

@Otak geligaya. minta khalifah Umar Joseph Lim Guan Eng sembelih ayam dan pemimpin2 Pas makan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anon 11:13 am
August 23, 2013 at 2:15 PM

Cer ente ente google fatwa sembelihan kristian/yahudi sekarang, dan nilaikan sendiri. Tp klu was was jgn mkn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 4:14 PM

Salam,
sy terfikir, ulama kita dahulu tak cukup belajar atau ulama sekarang lebih belajar. Kalu nak kaji, yg dulu lebih dekat dgn ulama yg lama, tapi kenapa sekarang salah. Tak tepat dan guna tafsiran yg salah. ramai la ulama lama yg masuk neraka krn ajar yg salah.

ustaz nasa tu ustaz politik. Sekarang dia jatuh, tak ada pangkat, tafsiran berbeza semasa berpangkat. Masa jadi jeneral, serang lawan, guna apa saja asalkan lwn tu kalah. La ni prebet, tak cukup pengaruh, maka guna cara utk naik atas balik. Bila berjawatan, tengok aje la ckp dia, berputar-putar. Macam zul nordin, masa dlm pas, kutuk india. La ni, jadi kamcing pulak. Politik boleh ubah pendirian org yg tak kuat dan ingin kekuasaan. Lihat tdm, tak berubah dr dulu krn mengamalkan apa yg dicakap. Bukan ckp tak serupa bikin macam ahli politik la ni.

sepatutnya, semua pemimpin islam memastikan umat islam bersatu apabila islam diserang. Tapi apa yg mereka buat ialah membenarkan serangan itu asalkan satu pihak lagi lemah. Mereka sangka mereka akan kuat bila buat begitu. Tapi mereka telah melemahkan perpaduan umat kerana undi nak kuasa bukannya krn allah swt. Cakap macam mereka buat sesuatu krn allah, tapi mereka berbohong. Allah pun mereka tipu seperti mana org cina menipu tuhan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2013 at 5:16 PM

@AnonymousPerjuangan dan Kebenaran sudah menjadi satu BY-PRODUK dimana UNDI adalah produk utama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2013 at 7:51 PM

salam tn tanah kedarong,
AQ alBaqarah ayat 75-79 adalah mengenai manusia2 yg mengubah2 ayat2 Allah utuk kepentingan diri. ramai para tafsir menghalakan ayat ini pada yahudi&nasrani. bg sya yg kurang ilmu ini, ayat ini allah swt tujukan pada semua makhluknya tak kira apa bangsa kerana hanya yg "mukmin" saja takkan buat perkara2 mcm ni. klu tak silap sya yahudi itu bermaksud 'tunjuk jalan' dan nasrani tu bermaksud 'beri bantuan'. adakah ini Allah tujukan pada kaum2 tertentu saja atau juga ditujukan pada individu yg menunjuk jalan(baca yahudi) dan manusia yg bagi bantuan (baca nasrani) tp Allah swt tahu apa di dalam hati mereka... mari kita kembali pada alQuran.wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2013 at 1:46 AM

Sy setuju. Quran utk umat islam. Apa yg ada di dlmnya berkait dgn umat islam. Kalu org bkn islam baca dan memeluk islam, itu kebesaran allah. Kalu baca tapi tak buat apa, itu pun kebesaran allah. Tp ustaz kita pandai mentaksir kebesaran allah, mereka byk berdakwah kpd umat islam, tp tak pernah atau kurang berjaya berdakwah kpd bkn islam. Byk mengajar umat islam tp gagal dlm menambah umat islam kecuali dgn beranak. Khabar ikut nabi, tp tak berjaya berdakwah utk org bkn islam mengjormati islam dan memeluk agama islam. Tp byk buat pecah belah umat islam ada la.

Post a Comment