........... Jangan Rosakkan Umno - Pesanan Najib Yang Seharusnya DiTujukan Kepada Pemimpin2 Umno Bukannya Ahli | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jangan Rosakkan Umno - Pesanan Najib Yang Seharusnya DiTujukan Kepada Pemimpin2 Umno Bukannya Ahli

Saturday, August 10, 20134comments

Laporan Utusan hari ini bertajuk Jangan Rosakkan Umno -


- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, UMNO kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, Perdana Menteri amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

- ‘‘Kita harap tujuan dan semangat itu akan dihayati oleh ahli-ahli UMNO, maknanya kita nak jadikan UMNO itu lebih inklusif, demokratik dan kedua bebas daripada rasuah wang," katanya.

Ini yang saya maksudkan melalui artikel saya minggu lepas - Yang Tidak Faham Demokrasi Itu Ahli Atau Pemimpin Umno ?   .

Yang sibuk berpakat sesama sendiri kemudian gatal mengusulkan supaya jawatan2 tertentu tidak dipertandingkan itu SIAPA ?

Calon bertanding yang kalah dan dikhuatiri akan merajuk dan keluar parti atau menyebabkan parti berpecah itu SIAPA ?

Tangan yang memberi dalam soal politik wang itu milik SIAPA ?
 
Kerja cantas mencantas ..... siapa punya kerja ?

Dan dalam konteks hubungan blogger-pemimpin pula - Yang menggaji / membayar mana2 blogger supaya dapat membantu memenangkan diri pula SIAPA ?

Bukankah jawapan kepada semua soalan diatas adalah sama iaitu - PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI !

Jadi janganlah dituding jari menyalahkan semua permasalahan parti kepada ahli2 kalau puncanya adalah golongan pemimpin. Pemimpin2 lah yang menentukan halatuju parti, Pemimpin2 jugalah yang akan merelakan / membenarkan sebarang aktiviti tidak sihat berlaku. 

Kalau dalam soal Rasuah, bila puak2 pembangkang menyalahkan orang Melayu yang kononnya suka mengamalkan cara haram itu, kita pandai pula mempertahankan diri dengan mengatakan kalau tidak ada yang memberi maka tidak akan adalah yang menerima. Tapi kenapa dalam konteks Umno kita tidak menerima konsep yang sama iaitu menyalahkan siPEMBERI ?

Sebagai contoh - Bagaimanapun Najib menegaskan, dengan saiz perwakilan yang lebih besar, kebarangkalian untuk mengubah sesuatu keadaan itu melalui politik wang akan lebih sukar berbanding sebelum ini.

Nah, kepada siapa kenyataan itu patut ditujukan ?

Mereka yang pernah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin kerana politik wang/rasuah sebelum ini, kenapa ada yang dilepaskan begitu saja ? 

Jadi janganlah ahli2 pula yang dijadikan kambing hitam kepada sebarang permasalahan parti. Yang perlu dimasukkan semula ke sekolah Moral dan Demokrasi adalah golongan Pemimpin.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 4:07 PM

betul, betul, betul...... pemimpin di ibaratkan imam. makmum akan mengikut saja. pemimpin UMNO sepatutnya sedar dan menerima hakikat merekalah yang membuat politik wang menjalar. pemimpin yang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku kerosakan kepada parti UMNO. tak usah lagi diubahkan UMNO, pemimpin yang WAJIB diubah. janganlah pulak pemimpin bersikap hipokrit. mereka yang melakukan tetapi ahli pula yang dipersalahkan.

kasi salah tapi tak kasi kalah.
http://www.youtube.com/watch?v=Bdu1goPsxCQ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 10:53 PM

YG MEROSAKKAN UMNO ADALAH PUAK BANGSAWAN SPT AH JIB GOR DIA INGAT UMNO BAPAK DIA PUNYE KE PEMIMPIN HANCUS BACUL NI BUANG JE DARI PRESIDEN UMNO BODOH BAHLOL BONGOK AH JIB GOR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 10:59 PM

untuk selamatkan umno ... buang saja ah jib gong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2013 at 11:50 AM

Salam,
Pesanan utk diri sendiri, ah jib gor dan para orang besar umno. Org kecil sepak, sikit jer tercabut, mungkin tak terjejas langsung. Tapi pemimpin jentik, gunung umno pun roboh. Jadi sapa yg kena jaga umno dan biarkan bersih. Org kecil tak terima rasuah dan rembat utk anak cucu. Pemimpin saja yg ingin kuasa dan terus berkuasa walaupun dah tak laku. Memang ah jib gor tak sedar diri. Cakap terus terang, ah jib gor pakai kondom

Post a Comment