........... Isu Surau Di Tokongkan - Kenapa DiBeri Nama Surau Kalau Agama Lain Pun Boleh Pakai ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Surau Di Tokongkan - Kenapa DiBeri Nama Surau Kalau Agama Lain Pun Boleh Pakai ?

Monday, August 12, 20139comments




Isu yang menjadi PANAZZZ dari semalam .... Surau dijadikan Tokong Sementara.

Kejadian berlaku di sebuah Resort di Kota Tinggi Johor dan pelakunya adalah sekumpulan pelancong dari Singapura. Menurut pengurusnya -

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” 

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan  - Mynewshub.




Atau KLiK untuk ke Youtube.

Terbaru, pihak polis sudah pun melakukan siasatan.

“Pihak kami telah menerima laporan dan kami akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kes tersebut diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan,” jelas Mohd Nor ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.

Saya terbaca komen di Youtube berkaitan yang pastinya mewakili pandangan segala Mat Liberal dan mereka yang tidak sensitif dengan isu perkauman/keagamaan  - Kongsi Samarata, Samarasa ...


Apa salahnya kalau betul org buddha sembahyang di surau? Mereka bukannya buat kerja maksiat, makan duit rakyat miskin, membunuh, merompak, merogol, TUHAN hanya SATU, sama seperti air dipanggil dengan nama berbeza mengikut bahasa berbeza tapi maksudnya sama! Yang kurang berpendidikan sahaja yg membezakan tuhan dan memaki agama lain!

Polis sudah pun bertindak tapi saya tidak fikir kita tidak boleh berikan pandangan bila ia melibatkan isu agama.

Saya menyalahkan pihak Resort yang memberi kebenaran untuk surau itu digunakan oleh penganut agama lain. 

Kalau dah berfikiran yang apa jua kemudahan resort ( dalam kes ini - surau ) adalah untuk kegunaan semua pelanggan tanpa mengira agama, kenapa dinamakan SURAU ?

Tidakkah SURAU itu bermakna ia khusus untuk orang Islam saja ? Lainlah kalau ia sebuah Dewan Serbaguna.

Pihak Resort disarankan supaya menukar nama kemudahan yang diberi nama SURAU itu kepada DEWAN PELBAGAI AGAMA. Dan pastikan tidak ada hiasan /poster/ frame yang kekal yang boleh dikaitkan dengan sebarang agama.

hmmmmm ... dah alang2 begitu, kenapa tidak dinamakan DEWAN saja ! Boleh digunakan untuk mesyuarat kalau tempat lain dah penuh.

Point saya - Kenapa dinamakan SURAU in the first place ?

PS 3:30pm - Saya pasti keputusan yang dibuat oleh pihak Resort adalah didorong oleh RM semata2. Kemungkinan besar mereka tidak mahu kehilangan tempahan bilik dari kumpulan berkenaan makanya diberikan kebenaran untuk Surau itu diTokongkan. 

Pemikiran LIBERAL sebegini sudah semakin menular dikalangan masyarakat kita ...... 

Baca juga pendedahan rakan blogger Wak Canang mengenai isu ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2013 at 3:47 PM

kalau pun kerana RM, takkan pulak tempat ibadah orang Islam pun nak dikomersialkan. pengurus tuh yang patut didakwa kerana membenarkan aktiviti orang kafir dijalankan disurau. bagi tokong tuh dirasakan tak salah pun kerana sudah pun dapat kebenaran walau didalam masjid sekali pun. lagi pun mereka bukanya menceroboh.

ginilah caranya leberal yang terlalu memandang ringan akan tempat ibadah. mungkin juga atau aku yakin juga pehak pengurus tidak anggapkan itu surau hingga membenarkan aktiviti orang bukan Islam dijalankan. salah tetap salah dan harap pehak pengurusan patut didakwa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2013 at 4:03 PM

Jawapan kepada persoalan Din - dibenarkan semua orang guna kerana ini adalah Surau 1 Malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2013 at 4:29 PM

@Lebah anak TebuanNi komen nak suruh cari pasal la nih ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2013 at 7:19 PM

Yang betul2 bodoh dan jahil ialah si Syed Ahmad tu... Sampai tak tahu nak jaga kesucian tempat solat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2013 at 7:37 PM

Din, tolong dedahkan nama resort tersebut dan pakat2 kita boikot!

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2013 at 8:22 PM

@Anonymousada disebut dalam link mynewshub

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2013 at 10:25 PM

Pak Sheikh ni dilanda sindrom Cognitive Dissonance ... Slip of the Mind!! Wise Man kata "Manusia membuat keputusan berdasrkan tahap keilmuannya". Tak caya...cuba Tanya Pak Sheikh tu dimana dalam Quran ada sebut Ahlus Sunnah Wal Jamaah?" Guru Bestari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2013 at 11:31 PM

Teringat kisah saidina Umar al-khatab R.A, pada hari penyerahan kota Baitulmuqadis oleh penduduk Baitulmuqadis yang diketuai oleh biskop besar Baitulmuqadis. Saat selesai penyerahan, tibanya waktu asar maka saidina umar bergegas keluar dari gereja besar yg menjadi venue penyerahan kota, untuk mendirikan solat asar. Saat itu, biskop agung yang menyedari tujuan saidina Umar bergegas keluar, lantas menjemput baginda untuk bersolat dalam gereja tersebut... Lantas di jawab oleh saidina umar dgn penuh hikmah & kesopanan bahawa baginda tidak mahu menjadi contoh untuk umat islama kemudiannya menukarkan gereja menjadi masjida dan masjid menjadi gereja, maka yg demikian jemputan biskop itu ditolak dan saidina umar bersolat asar di satu penjuru di luar geraja Al-Qiamah, Baitulmuqadis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2013 at 9:22 AM

siapa yang trabiyah pemikiran liberal dan sekular nih? takkan seklip mata dah terjajah pemikiran liberal dan sekular...

Post a Comment