........... Ibrahim Ali - Kenapalah Aku Tak Adjust Anak Perempuan PM Dulu .... Mesti Senang Sekarang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ibrahim Ali - Kenapalah Aku Tak Adjust Anak Perempuan PM Dulu .... Mesti Senang Sekarang !

Friday, August 30, 20138comments

Agaknya begitulah luahan hati Presiden Perkasa setiap kali mengenangkan nasib dirinya dalam arena politik negara yang penuh dengan ranjau ...... Kalau dapat jadi menantu PM dulu, pasti Ibrahim sekarang sebaris dengan kepimpinan tertinggi parti dan negara.

Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu.

“Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu,” demikian komen balas Ibrahim pada kecaman KJ terhadap Perkasa semalam. - KLiK.

“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“

“Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri”.

Sa ...... sa.... saya...... sayaaa...... jadi sedih la pulak, nak menitik airmata rasanya baca luahan Ibrahim ni. 




 Korang baca jelah sepenuhnya apa yang diluahkan oleh Ibrahim....

Nak marahi Irwan, kenapa hina saya? tanya Ibrahim Ali

 

PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Katanya, beliau sepatutnya menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam pilihanraya umum lalu.

Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya.

“Ia tidak kena mengena dengan Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam pilihanraya?” soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan 

“Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan”.

Khairy hari ini mengulas desakan Irwan yang menulis dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu. 

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan?

“Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya di majlis hari raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Ibrahim menambah beliau kalah di Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri.

“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya.

Namun demikian beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu.

Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya.

“Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?” katanya lagi.

Beliau berkata Khairy jangan angkuh selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia menantu Perdana Menteri.

“Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu,” jelasnya.

Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu.

Mengulas kenyataan Khairy Perkasa ada apa, Ibrahim berkata , “Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri”.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
emma49
August 30, 2013 at 5:47 PM

hahaha.. sorryyy... tergelak guling2 saya baca artikel nie... Khairy pon satu lah.. kalau hebat sangat macamane boley hilang 5 states dlm satu penggal jer... itu orang UMNO kena ingatlah....haih

emma~~~

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2013 at 5:53 PM

hehehehe...Merdeka!

....................
Reply To This Comment ...................
AYGGMW
August 30, 2013 at 5:54 PM

Aku pun sedih bro....
Kita yg tak berada dlm club ni...clan2 golongan bangsawan ni..kena duk diam2 bro..kita terima jer lah apa2 pun..jgn byk komplen. Penyu pun dah nak pupus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2013 at 6:43 PM

aku bersetuju jika dikatakan KJ angkuh dan sombong. betul jugak cakap Ibrahim Ali, kenapa pulak dia dikaitkan. yang bercakap Irwan kenapa pulak KJ kenen pada Ibrahim Ali. macam ada sesuatu yang tak puas hati KJ dengan Ibrahim Ali. aku juga nak tau bagaimana KJ jadi kaya raya selepas menikahi anak PM saperti yang didakwa Ibrahim Ali. dah terlanjur sombong dan angkuh, aku harap KJ dapat perjelaskan agar semua perwakilan UMNO tau. yang aku tengok video di YouTube KJ dilaungkan RASUAH mengiringi kemenenganya untuk jaatan KP UMNO yang lepas, masa Pak Lah jadi PM. aku pun tak paham RASUAH yang dilaungkan itu kenapa samada menerima atau memberi. takkan pulak pasal itu Ibrahim Ali dakwa KJ kaya raya. takkan pulak menjadi menantu Pak Lah dia diberikan habuan yang membolehkan KJ jadi kaya raya? ish!!! ish!!! ish!!! ish!!! ish!!! makin banyak soalan dikepala aku. betul betul aku konfius macamana KJ boleh jadi kaya raya. kalau ada jalan mudah, aku pun nak ikut jugak. tapi kalau kawin dengan anak PM aku takut tak laku pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2013 at 6:52 PM

@AnonymousBetul, KJ patut berkongsi pengalaman dan idea bagaimana orang Melayu lain boleh jadi KAYA RAYA dalam masa yang singkat, tanpa perlu mengerah tulang empat kerat berpuluh tahun bekerja ......

Kalau betul KJ mahu lihat orang Melayu maju macam dia .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2013 at 7:25 PM

salam,

betul la, sapa yg bercita2 nak jadi pm dalam usia yg muda, naik dgn cepat patut sambar anak pm atau tpm. tpm ada anak pompuan, pm pun ada juga, naib presiden pun ada juga. tapi zahid punya anak kena hati2 pasal dia boleh pukul. anwar pun ramai anak, hati2 dgn lubang jubor anda jika anda jambu, tak pasti la pulak bab hadi dan mat sabu. anak guan eng pun boleh la kalu nak kawin campur. cepat naik macam kj. tapi pastikan pak mertua ada sakit tidur tak kira masa. cara mudah untuk cepat naik bagi orang-orang kampung dan bawahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2013 at 8:51 PM

Hahaha, I love it when Melayus wave their kris at each other. Perkasa = Tahi Gigi, hahaha, I could have told you that.

LMAO!!!

Bravo KJ! Gua sokong lu sebagai VP Umno!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 30, 2013 at 9:25 PM

@dinturtle
Pak Berahim dah habaq mai dah...byk kali dia habaq....awat semua terlepaih pandang nih?

tuuuuuu.....kawin dgn ANAK PM/jadi MENANTU PM....lagu tu la Melayu boleh kaya lajuuuuu mcm KJ

Pak Berahimpun satu awat habaq lambat sgt....kalau tak, boleh ejast2....ni kita semua (bujang/kuota nak tambah) boleh la pakat2 ejast dgn anak TPM atau KDN noo...mana tau ada rezeki SELONGGOK jatuh atas kepala gemala.....:)

Post a Comment