........... HOT - Pas Dan PR Bakal KeDepan Dalam Teknologi Siber DiBantu Hantu Pulut Kuning ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT - Pas Dan PR Bakal KeDepan Dalam Teknologi Siber DiBantu Hantu Pulut Kuning !

Sunday, August 11, 20135comments

Di sebuah surau Pas di Kampung Ofsaid, sebuah kampung pendalaman di negeri Terengganu........ Malam ini jangan lupa ya, selepas solat Maghrib, kita akan adakan Tazkirah bersama Datok Mahfuz dan tepat jam 8 malam, kita akan bersama2 Ustaz Azhar dan Tuan Guru Abdul Hadi yang akan mengulas isu-isu semasa selari dengan Berita TV3..... umum tok imam pro Pas. Dan malam Jumaat nanti kita akan bersama2 dengan Tok Guru Nik Aziz yang akan menyampaikan pesanan kepada kita semua...

Pengumuman yang sama turut diberikan di Kampung Haiwei dipendalaman Sabah, di Kampung Beiwater di Sarawak, di surau Kampung Apstrem pendalaman Kedah, di surau Kampung Saidkoner dipendalaman Kelantan .... malah turut diumumkan di SEMUA kampung2 di seluruh 1Malaysia !

Malam yang sama, waktu yang sama !

Mahfuz dan Pas dibantu oleh Hantu Pulut Kuning untuk bergerak keseluruh negara pada waktu yang sama ? ? Apakah senario diatas Mustahil ?


Setiap ceramah oleh mana2 pemimpin Pas dapat diikuti oleh semua orang diseluruh negara secara serentak dan mereka tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan ceramah ....... 

Hantu Pulut Kuning yang mampu melakukannya  adalah tidak lain dan tidak bukan - BRO Z  dari PORTAL WARTA RAKYAT.



Apa yang diperlukan cuma big screen yang disambung kepada komputer dan line internet. Menggunakan peralatan yang sudah pun dimiliki dan sudah pun di laksanakan beberapa kali dengan jayanya, Bro Z mampu melakukannya !

Live Streaming yang lancar tanpa gangguan dari sebarang bentuk iklan diluar kawalan.

Bayangkan pendekatan yang sama turut digunakan oleh Anwar dan pemimpin2 Pakatan Rakyat lainnya .... bermula dari sekarang sehingga PRU14 ...... dan dalam keadaan Umno BN yang MASIH TIDAK BERUBAH dibawah team Najib ( mengencing Melayu dan dikencing Cina ) agak-agak siapalah yang akan menang nanti ?


Well .... itulah senario yang terbayang selepas membaca pendedahan Bro APA - KLiK.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2013 at 3:56 PM

Aiseyman tak kisah... Banyak lagi blogger jalanan yang UMNO boleh ditonggang. Apa ada pada jasa yang seciput dari Bro.Z maupun mana2 blogger lain yang kononnya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. UMNO dah ada semua tu, dah tak larat nak bayar gaji pun. Kalau puak yang merempat tepi jalan ni betul2 perjuangkan alif-ba-ta tu betul2 ikhlas, makan nasi dengan pucuk ibu pun cukup. Itu yang dinamakan pengorbanan.

Takkan lah blogger jalanan ni sanggup dan sampai hati nak biarkan UMNO lingkup, nak biarkan bangsa Melayu hilang kuasa di tanah tumpah darahnya sendiri, nak biarkan agama Islam dipersenda, diperlekeh dan diperkuda? Jangan tanya apa yang UMNO boleh beri kepada anda tapi apa yang anda boleh beri kepada UMNO demi alif-ba-ta itu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2013 at 4:02 PM

@QalamQabutBetul tu ... Bro Z patut cuba isi minyak diPetronas dan beritahu cashier - Masukkan dalam akaun Demi Perjuangan AlifBaTa ya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2013 at 6:36 PM

@dinturtle

betullah tuh. pergi kedai 1Malaysia pun boleh gunakan akaun yang sama juga. kalau nak berkorban pun agak agaklah. Bor Z sudah pun mengeluarkan modal, sekurang kurangnya bantulah beliau merengankan beban. kepakaran beliau patut juga diambil kira barulah dinamakan menang menang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2013 at 7:15 PM

dorang kata:

kalau tohmahan dulang-ulang beratus kali akhirnya tohmahan berkenaan akan jadi fakta benar. maksudnya, lagi meluas tohmahan dilontarkan menerusi teknologi maya makan lagi berkesanlah ia dalam menjana keuntungan politik dan sudah tentunya setelah doser & pala tolak tepi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2013 at 9:32 PM

@QalamQabut

bro, janganlah mengampu tahap membabibuta. kalau nak makan kedai mamak pun kena bayarlah, ini pula modal yang begitu tinggi dah digunakan. toksahlah cakap pasal ikhlas. kita makan nasik pun nakkan kenyang.

Post a Comment