........... Endless Problem - Siapa Tiru Siapa Bukan Isu Utamanya ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Endless Problem - Siapa Tiru Siapa Bukan Isu Utamanya ...

Sunday, August 25, 20138comments

Themalaymail ada sebut tentang isu slogan Endless Possibilities ini, kaitannya dengan slogan yang sama digunapakai oleh MOTAC Israel - "Israel. One Place. Endless Possibilities", kemudiannya dijelaskan oleh Menteri MOTAC kita -

"We've employed a PR agency, it's Farid Ridzuan from Media Prima who was tasked from the beginning to market Malaysia in [sic] the world, so the cabinet has been kept informed on this and finally, decided on 'Endless Possibilities'," Nazri said.

1Malaysia adalah untuk satukan rakyat, Endless Possibilites bertujuan memasarkan Malaysia pada dunia.
“We’ve employed a PR agency, it’s Farid Ridzuan from Media Prima who was tasked from the very beginning to market Malaysia in [sic] the world, so the Cabinet has been kept informed on this and finally, decided on ‘Endless Possibilities’,” Nazri said. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pms-office-says-malaysia-ahead-of-israel-in-endless-possibilities-but#sthash.gaoHfacy.dpuf
“We’ve employed a PR agency, it’s Farid Ridzuan from Media Prima who was tasked from the very beginning to market Malaysia in [sic] the world, so the Cabinet has been kept informed on this and finally, decided on ‘Endless Possibilities’,” Nazri said. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pms-office-says-malaysia-ahead-of-israel-in-endless-possibilities-but#sthash.gaoHfacy.dpuf

Pejabat Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Malaysia terlebih dahulu yang keluarkan slogan itu pada Januari 2013 sementara Israel pada Mei 2013, bla bla bla...

Video Endless Possibilities dari negara Mongolia pula timbul selepas Pejabat PM keluarkan kenyataan jadi kita tunggu apa pula kenyataan balas terbaru.... kalau mereka nak jawab. 

( Hmmmmm .... tapi dalam banyak2 negara kenapa Mongolia pula yang kebetulan pernah gunakan slogan yang sama jauh lebih awal dari Malaysia ? Kenapa tidak Zimbabwe ke .... Italy ke .... England ke .... tapi Mongolia juga yang kena ! hehehehe .... ni kebetulan suwey namanya hahahahaha )

Blogger JMD ( KLiK - terjemahan saya ) yang mula sekali menulis tentang kaitan slogan itu dengan Israel ada membuat satu ulasan susulan yang bernas dan seharusnya membuka mata PM Najib. 

Lebih penting JMD telah menjelaskan satu perkara penting dari apa yang cuba didedahkannya sebelum ini.

Ia bukan berkenaan siapa tiru siapa .... Ia mengenai mereka yang telah menghasilkan slogan itu dan bagaimana sambil lewanya cara kerja mereka dalam melakukan semakan latar tentang slogan yang dipilih.

Kebarangkalian dua slogan dari dua negara berbeza untuk sama adalah amat tipis sekali kecuali ianya memang dilakukan secara sedar. Pandangan popular menuding pada Konsultan yang sama. ( yang juga mencipta slogan buat Israel )

Makanya dinasihatkan pejabat PM supaya menapis dengan lebih teliti syarikat2 konsultan terutamanya latar belakang semua pelanggan mereka. Kita tidak perlu SATU LAGI KEMALUAN BESAR dimana slogan yang kita guna turut sama digunakan oleh negara2 yang majoriti rakyat tidak berkenan, dalam kes ini Israel.

Turut mengambilkira video berslogan yang sama dari Mongolia, berbaloi ke apa yang telah kita bayar kepada konsultan itu ?

Dan memetik komen Syed Akbar Ali diartikel sama -

The figure RM30.0 Million (USD10 million) has been mentioned for the roll out of the 1st stage of this brand exercise. I read on the Net that the Israelis paid USD50,000 for their One place, endless possibilities’ TV ads. That is 200 times less than RM30 million.

PS - Slogan yang SAMA akan digunakan oleh MOTAC Israel pada IMEX 2014 Expo Pelancongan Dunia di Frankfurt. Jika MOTAC Malaysia juga gunakan slogan Endless Possibilities pada majlis yang sama, apakah perlu dijelaskan kepada setiap yang bertanya kenapa slogan Negara Islam Tersohor Dunia punya slogan yang sama dengan Israel ? Atau kita biarkan saja apa jua persepsi ramai ... ketika itu penting lagikah siapa tiru siapa ?

The same tagline was also the headline of a April 22, 2013 press release by the Israel Ministry of Tourism on the website of IMEX 2014, a global exhibition for incentive travel, meetings and events that will take place in Frankfurt, Germany next year. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pms-office-says-malaysia-ahead-of-israel-in-endless-possibilities-but#sthash.NSzMthYd.dpuf
                                        ************************************

Saya ingin ajukan satu soalan - Salahkah kita yang dikategorikan sebagai pro BN mengkritik kerajaan kalau apa yang kita lihat itu, mengikut pandangan kita, wajar dikritik ?

Ada yang menuduh kami seperti memberi peluru kepada pembangkang ..... hahahaha.... macamlah pembangkang tidak akan terjumpa kelemahan2 itu sendiri. Kalau bukan sekarang mungkin nanti. Lambat laun mereka akan ketemu juga sepertimana mereka ketemu kembar 1Malaysia.

Bukankah lebih baik kita sendiri yang dedahkan secepat mungkin supaya dapat di perbaiki mana yang patut daripada diperam oleh pembangkang yang hanya akan menunggu saat dan ketika yang lebih mendatangkan mudarat lebih maksimum sebelum didedahkan ?

Ambillah sebarang teguran secara positif dan BELAJARLAH supaya jangan diulangi kesilapan yang sama BERKALI-KALI-KALI-KALI.....

PS - Lagi-lagi penasihat / konsultan juga yang dipersalahkan 100% ... seronok jadi PM Malaysia, Najib kan ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 25, 2013 at 12:46 AM

tu la pasal bro DT....kalau tgk gaya baik beri pada Tun Abdullah je jd PM semula

Tidor...Tidor dia pun 140 seat, slogan takda tiru Israel ke Mongolia ke....JILATan pd Cinabengpun kurang

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2013 at 12:47 AM

@Otak geligaSuka gelak sakan lah korang yang tak suka kat Najib, kan ....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 25, 2013 at 12:54 AM

@dinturtle
mana ada suka bro....kitorang ni SEDIH sbnrnya...KECIWA...kekeke

mana taknya, dulu sblm PRU13 PUNYALAH saya pulun BACKING dia nak jawab pencacai PR walaupun ada bbrp isu yg mmg agak sukar nak sangkal keburukan dr kebaikan....bukan apa, TAK MAU PR menang punya pasai....hancur MAS dibuatnya nnt

tup2 apa yg PM & co buat???....satu hapa pun tak ditgknya kita ni....CINABENG, KRISTIAN, PUNAHsihat....tu je la yg dipandangnya

nasib le bro...la ni tgk muka waima suara PM kat TV pun sanggup tukar channel...KECIWA punya pasal....hehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2013 at 1:36 AM

@Otak geligaKalau tak nak ubah juga, nampak gayanya banyaklah undi protes pru14 nanti ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2013 at 1:50 AM

Salam,
macam biasa, mereka hanya percaya kpd yg ada sekitar jubur shj. Jari ini lah yg mrk percaya. Kita pulak dok mkn kat kedai dgn rakyat serupa kita. Yg tak dpt apa pun bila adun dan mp menang. Dpt kepuasan diri je. Tp bila tengok dan lihat cara mrk kerja, rasa tak mau dah mengundi 5 tahun lagi. Frust sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2013 at 11:15 AM

Salam Tuang DT,
Melayu seharusnya berdikari dan tidak menyandarkan nasib kepada umno maupun kerajaan. Maksud saya jika wadah politik menguntungkan nasib melayu teruskan. tetapi harus ada wadah yg melangkaui kebegantungan melayu kpd pemain politik. masanya dah tiba dilancarkan satu lagi fasa reformasi sosial umat melayu. tujuannya melahirkan generasi yg menebal dgn citra dan keyakinan diri serta bisa beraksi waima di pentas dunia. Melayu mesti bergerrak secara strategik dan berinteraksi dgn sesiapa saja asal melayu beruntung. Tuan tlng renung2kan demi kepentingan bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2013 at 1:22 PM

Bro Din.
Tahniah, satu ulasan yang baik, bernas dan membuka mata.
Kita komen bukan kerana benci kepada Najib. Apa yang di komen adalah benda yang benar. Apa yang kita mahu dari Najib adalah - jadilah seorang Perdana Menteri yang terbaik, kalau boleh lagi baik dari Allahyarham Tun Abdul Razak, ayahandanya. Ayahandanya seorang yang bijak, tegas , berani dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kemajuan bangsanya i.e Melayu dan Bumiputra. Tetapi Najib, tak payahlah saya nak ulas, semua dah tahu - tidak ber-"idea" dan bergantung kepada penasihat dan menteri yang tidak berwibawa. Najib juga banyak menutamakan agenda kaum lain (cina) yang banyak tak jujur dan menikam bangsa melayu dari belakang. Sedih saya. Beliau kena berubah dan harus berdiri atas kaki sendiri. Dia ada minda untuk berfikir dan membuat analisa atas sesuatu agenda yang nak dilaksanakan dan pastikan agenda itu memberi kebaikan dan keuntungan kepada bangsa Melayu/Bumiputra. Kalau dia boleh berubah, kita terima dia sebagai Pemimpin No 1 yang boleh dibanggakan.

Sabbas - Ipoh

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2013 at 2:42 PM

@AnonymousDulu kita dah ada Perkasa tapi sayang pemimpin2 Perkasa pun gila kuasa politik.

Kita kena ada Dongzong versi Melayu

Post a Comment