........... Dendang Anak - Group Muzik Nusantara Terbaik ! - Layaaaaaan.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dendang Anak - Group Muzik Nusantara Terbaik ! - Layaaaaaan....

Wednesday, August 21, 20134comments


PUJA-PUJI

Dari titisan yang hina
Kita dijadikan sempurna
Hamba Tuhan di dunia
Kelak kitakan dikurnia
Hidup kekal selamanya ......

Bintang-bintang bersusunan
Bintang-bintang berkelipan
Terang benderang rembulan
Gilang-gemilangnya di awan

Cahaya memancar suci
Bergema menggegar dihati 
Menjelma lingkaran murni
Dikurnia hamparan sakti

Terhapus penghijap diri
Terlupus hisap yang baki
Maha Quddus menyerap rohani
Mengarus melenyap sepi..

Halimun menyembah sujud
Penghuni menyembah takut
Penyeri menyembah turut
Pengabdi  menyembah maujud

Keserian Malam Gemerlapan
Kesucian Malam Berkilauan
Keheningan Malam Mengasyikkan
Keriangan Malam Bercintaan ......

La... Maujud illallah...
La ila haillallah

Saya nak promote satu group muzik Nusantara, saya rasa ramai yang pernah dengar nama diorang - DENDANG ANAK. Mereka selalu menerima jemputan untuk persembahan pentas dimerata2. Pertamakali saya dengar mereka nyanyi adalah sekitar 8 tahun dulu, waktu itu mereka selalu main di pentas2 expo sekitar Terengganu.

Cuba dengar antara lagu terbaik dari Dendang Anak - Puja-Puji... Layaaaaaaan ....


Klik untuk ke Youtube

Dibawah pula versi LIVE, boleh tengok rupa anak2 muda ni buat persembahan...



 KLiK untuk ke Youtube.



KLiK untuk ke Youtube

Lagu dibawah memang terbaik !


KLiK untuk keYoutube

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2013 at 6:51 AM

PEMBETULAN PENTING:

Terimakasih Din Turtle di atas video ini - sungguh indah lagu PUSAKA Islam/Melayu kita ini dari Dendang Anak ini. Saya cadangkan lagu Puja-Puji ini dan kumpulan yg. sungguh berbakat ini di naikkan di perhimpunan UMNO dan hari Kemerdekaan. Lagipun lagu yg. penuh sastera-puisi indah ini ini bakal menarik jenerasi muda terutamanya dari Bumiputera Islam/Melayu dan Bumiputera lain, walau yg. bukan Islam. saya masih ingat ketika ke perkampungan yg. ramai, walaupun Bumiputera bukan Islam spt. kpg. Iban dan Rungus - bukan main suka mereka lagu Melayu. Sebab itu juga kaum-kaum ini fasih bahasa Melayu walau yg. tua, sungguhpun mereka juga mempergunakan bahasa Ibunda sendiri.

Lagipun Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN dan Tanah Melayu ini NEGARA ISLAM - jadi pemimpin UMNO harus berani memperjuangkan lagu pusaka Islam/Melayu bernilai spt. ini di Hari kemerdekaan. Pedulikan kalau si RASIS DAPigs/PKR nak tentang!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2013 at 7:48 AM

@AnonymousDari semalam lagi saya dah ulang dengar hampir 20kali ! Tak jemu:)

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 5:40 PM

Alhamdulillah

Terima kasih di atas sokongan din turtle pada Dendang Anak.... InsyaALLAH

"...Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia...."

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 5:50 PM

@jiqKalau ada lagu baru tu beritahulah, boleh saya promote kan :)

Post a Comment