........... Budak Tingkat 4 Bakal Kembali Mengganas ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Budak Tingkat 4 Bakal Kembali Mengganas ?

Thursday, August 15, 201325comments

Entah dimana silapnya, UMNO kelihatan lesu selepas memenangi banyak kerusi dalam PRU13 yang lalu. Bukan semua sebegitu tetapi banyak isu yang berlaku kini membuatkan rakyat sesak nafas. 

Contohnya di awal ramadhan, umat Islam amat tersinggung dengan pelakon porno Alvin dan vivian. Setakat hari ini, tindakan terakhir yang diketahui ialah reman 4 hari dan dibebaskan dgn jaminan. Apakah ini yang mahu dipertontonkan kepada rakyat? 

Ya benar negara perlu mengikut undang-undang....jadi laksanakan undang-undang dengan segera. 

Rakyat juga terkedu dengan Jamuan Aidilfitri kepala Babi, juga oleh seorang berbangsa china. Rakyat , masih menanti tindakan sewajarnya. Rakyat makin berang apabila surau resort dijadikan tokong....juga oleh bangsa China. Pakteh belum lagi sabitkan isu rakyat ditembak hampir saban hari. 

Inilah Malaysia baru...ya..Malaysia Koboi. Bagi Pakteh, tindakan untuk setiap isu mungkin hanya akan dibuat sebaik selesai Pemilihan UMNO. Buat masa ini, segenap keringat dan usaha ditumpukan kepada pemilihan UMNO dimana setiap jawatan mungkin boleh terlepas.

Inilah wajah pemimpin pejuang rakyat. Masih ingat slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 100 hari selepas pru13, Rakyat mana diutamakan dan apa yang dicapai?. 

Bukan ingin menuduh tetapi hakikat sebenar bahawa DS Najib dihimpit dari segenap penjuru perlu diakui. DS Anwar mengambil kesempatan ini untuk memanipulasi setiap isu. Apa yang lebih merisaukan ialah, wujudnya kader-kader Anwar dalam UMNO yang gagal dikesan secara lahiriah.

Ahli2 akar umbi UMNO masih mempertikaikan mengapa KJ yang perlu menyerahkan passport Anwar?. Ahli2 akar umbi UMNO masih teringat saat Zahid Hamidi membaiah Anwar sehingga ditahan barulah U Turn semula. 

Ahli2 akar umbi UMNO masih berfikir benarkan Ezam betul-betul berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar ahli2 akar umbi UMNO masih tidak percaya Lokman Nor Adam betul-betul ingin berjuang dalam UMNO.  Ahli2 akar umbi UMNO masih tertanya2 mengapa hero-hero haprak tingkat 4 tidak dilupuskan khidmatnya oleh Najib. 

Percayalah....ramai yang yakin KJ adalah Anwar II yang lahir dalam UMNO. Kehadiran KJ juga awalnya ditatang dengan jawatan Naib Ketua Pemuda. Kemudiannya menang Ketua Pemuda dengan cara paling memalukan. 

2008 - 2013 adalah zaman KJ dilihat insaf dan baik. Tindakannya dilihat mencerminkan kebijakannya setaraf berstatus Oxford. Sayang seribu kali sayang, sebaik diangkat sebagai Menteri kabinet Najib, wajah sebenarnya muncul kembali dan percayalah, Pemilihan kali ini disusun sebaik mungkin agar hanya pilihan beliau akan menduduki setiap carta dalam Pemuda. 

Sebab itulah apabila Lokman Nor Adam tanpa malu mewar-warkan ingin merebut jawatan Naib Ketua Pemuda, Pakteh terkesan akan kerosakan besar bakal berlaku dalam UMNO. KJ yang mendambakan PM sebelum umur 40 perlu berbuat apa sahaja untuk menggapai impiannya dan parasit seperti Lokman Nor Adam adalah kader terlatih yang diutuskan khas oleh Anwar untuk melaksanakan setiap tugasan. 


Apa kaitan Kj dan Anwar?.....entahlah...Nak dikatakan KJ ni memenuhi selera Anwar....jauh sekali tetapi mungkin kerana nilai kerakusan kepada darjat itu sama, mereka boleh bekerjasama. Tidak terlalu sukar untuk menilai tahap kerakusan mereka tetapi timbul persoalan disini.....SIAPA yang sanggup tampil menghentikan calon-calon perosak ini?....SIAPA?. 

Tidak adakah seorang pemuda ahli UMNO yang merasakan mereka lebih layak dari KJ?. Jika tidak ada, Pakteh perlu akui bahawa saat kehancuran UMNO seperti yang diimpikan oleh Pakatan Haram Pembangkang akan tercapai dalam sedikit waktu lagi. 

Mungkin PRU14 UMNO masih wujud namun untuk mengimpikan dalam PRU15 UMNO seperti sekarang....maaf, kita membuat pilihan yang silap pada ketika ini. Jangan menyesal pada masa depan. 

Berbalik kepada DS Najib, apa beliau ada?. Menteri kabinet yang dilantik hari ini terkena sindrom senyap dan sunyi. Segala isu ditanggani secara takut kerana bimbang pemilihan UMNO. 

Mengharapkan ahli parlimen biasa mempertahankan UMNO seperti dilakukan Pakatan Haram Pembangkang, jauh panggang dari api. Kasihan dengan DS Najib. bai'ah anda penentu kepada jatuh bangun UMNO dimasa hadapan. 

p/s: Pakteh tegur ni apa yang terasa dihati. Atas kapasiti PM, pakteh amat menghormati PM. Atas kapasiti Menteri KBS, Pakteh amat hormati jawatan itu. Teguran ini setakat parti UMNO.

                                   ******************

Diatas adalah catatan blogger Betoika yang saya kira merupakan luahan ikhlas dari hati beliau. Saya tidak kenal pun Pakteh dan ini merupakan kali pertama saya baca penulisannya. 

Tak sangka sekarang pun masih ada juga orang Umno yang tidak dapat menerima KJ .... ingatkan Melayu mudah lupa.

Begitu juga dengan kisah budak2 tingkat 4 ... masih ada yang ingat ...


Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 11:02 PM

Hati sakit melihat gelagat umno hari ini mungkin satu pembalasan Allah kpd mereka yg terlebih kutuk pas sebelum ini.

Ada sesiapa yg berani akui hakikat ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2013 at 11:06 PM

Salam,

ah jib gor telah lupa bhw org cina tak undi bn wpun dah labur byk wang kpd mereka dan menjadi bapa vernakular. Dia masih dok mengemis undi org cina dan tak kisah pun kpd pengundi yg undi bn utk terus kekalkan dia memerintah.

bg ah jib gor, segala kata pemandu dia ikut aje mungkin dia tak tau jalan atau memandu. Jadi harap kat driver la nak bawa ke mana pun. Bukannya susah nak jd pm, lantik aje kon setan dan punah sihat.

....................
Reply To This Comment ...................
emma49
August 15, 2013 at 11:22 PM

Ini pon x faham logik politik umno, dah susah payah kick out badawi last2 ke situ jugak... entah.. saya pon dah not so sure on PM Najib... terlalu banyak tolerate yg melulu... so sama ada najib adalah part of badawi teamla... or macam mane?. Saya suka najib dalam part mendengar nasihat, lemah lembut, ada usaha mendekati rakyat.. tapi hasil bacaan sendiri, Najib is not tough n rough leader.... entahla...

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 11:50 PM

Salam dinturtle,

1. Kesilapan PM Najib ialah masih mengharap percaturan politik dan pentadbiran di urus selia kepada puak yang beliau sendiri tidak yakin atas kapasiti mereka. Dasar tarnsformasi tidak menyeluruh dan berlegar kepada individu-individu yang bijak memain peranan.

2. Seperti di luahkan, budak T 4 semakin melebar sayap di atas sokongan DSAI. Malah pengaruh Pak Lah juga cuba di hidupkan kembali sebelum pemilihan umno. Tujuan untuk mengimbangi Tun M yang banyak membantu PM Najib sebelum dan selepas PRU 13. Persekitaran politik PM Najib juga di penuhi puak-puak yang bukan setia sangat kepada pengisian teraju PM Najib.

3. Banyak keadaan PM Najib sendiri tersalah pilih individu yang menerajui badan berkanun kerajaan. Sama ada beliau sedar atau terpaksa di atas pengaruh sokongan politik semasa. Ini termasuk badan-badan yang di selaras dari segi transformasi ekonomi beliau. Kita tahu PM juga seorang yang bijak dan adil tetapi sebagai seorang yang berkuasa, kuasa yang ada pada beliau tidak boleh berpindah tangan.

4. Semoga pada pemilihan UMNO kali ini menjanjikan kita semua satu anjakan besar dengan harapan baru yang lebih menyakinkan. Jika tidak UMNO akan jadi kambing hitam dan seterus nya di pijak lunyai pakatan pembangkang.

Kita berharap sangat perubahan ketara. Garang dan bertaring. Begitu juga kepada penjenamaan semula Polis dan pasukan unifom lain yang ada Gelaran Di Raja.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2013 at 11:59 PM

@maaeInilah bahananya bila pemimpin jenis populis.... Nak ambil hati semua orang sekaligus.

Akhirnya bukan Respek yang dia dapat tapi ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 12:56 AM

Din, bole tak engko senaraikan nama-nama budak tingkat 4. Pastu, bole tak engko jelaskan apa yang budak tingkat 4 ni dah buat sehingga dianggap mampu menggugat kestabilan parti serta dikhuatiri boleh menghancurkan umno dari dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 4:02 AM

bodoh admin. KJ bukan seperti Anuwar. KJ seorang berprinsip serta ikhlas. Anuwar seorang makluk cakap tak serupa bikin dan pelbagai aram. Jauh bezanya mereka berdua. Tengok tarikh lahir mereka berdua pun tak sama.

Macam mana lain2 pemuda, mt, timbalan presiden yang lain membisu juga kan? Jangan ada sikap mahu letak kroni2 sahaja dalam Umno. Umno bukan untuk kroni. Umno adalah untuk semua orang Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 4:08 AM

baca ini dan tengok page KJ. Admin jangan tuduhan liar tanpa melulu

http://networkedblogs.com/O6Bcy

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 8:42 AM

aku tidak heran jika ah jib gong ... pm berotak down sindrom dipergunakan dan diperkotak-katikan oleh budak tingkat 4. maklumlah budak down sindrom mana buleh lawan kebijaksanaan budak oxford ... lulusan sarjana sains politik lagi ... apakah yang dipelajari semasa belajar sains politik ... tentulah bagaimana mahu memanipulasikan manusia agar mereka yang tidak menyokong kita akan menjadi penyokong kita tanpa mereka sedar walaupun kelihatannya mereka melawan musuh atau sahabat kita ... tetapi mereka tidak melawan kita ... kemudian melalui rangkaian yang ada di dalam team sendiri sengaja dimasukan musuh politik parti kerana ada strategi tersendiri ... iaitu mempromosikan kehebatan berdebat dan berhujah dengan pihak lawan ... apa tak hebatnya ... segala peluru dari pihak lawan telah diberikan oleh musuh politik yang dibenarkan berlindung di dalam team sendiri ... tetapi pasti ada "give and take" atau ada jual beli yang kita tidak tahu dalam lakonan ini. itu tidak penting bahkan perlu diselindungkan sebaik mungkin ... selagi ah jib gong ... pemimpin down sindrom menjadi presiden umno ... semuanya boleh dilakukan ... walaupun dengan terang ataupun berselindung disebalik sehelai daun ...

dalam PAAU ini apa yang penting ialah ah jib gong mesti digugurkan ... dia tidak layak memimpin umno ... kerana membiarkan ular di dalam parti terus membelit parti ...

dalam PAU ini apa yang utama ialah membuang ular yang sedang membelit UMNO dan mengganas bersama teamnya ditingkat 4 ... yang diketuai oleh Si Kitol Jahanam

dalam PAu ini apa yang mustahak ialah menyingkirkan melayu liberal yang mendapat bantuan dari gangster petaling street dan jonker walk ... nah zhe li ah jis

aku tidak heran jika ah jib gong menerima nwar berahi kembali sebagai ahli umno ... kita lihat usahanya menghulurkan tangan salam perpaduan kepada pas walaupun ditepis dan dihina oleh pas ... tetap diusahakannya ... dihulurkan salam perpaduan kepada dhong zhong ... dikurangkan semua hak istimewa melayu demi menjaga hati dhong zhong ... didakap hindraf kemas-kemas dan diberi pangkat kemulian kepada hindraf ... walaupun sebelum ini hindraf menghina umno semahunya ... apalah sangat dengan nwar berahi ... yang pada pendapatnya hanyalah merupakan musuh tun m tetapi sahabat tun dolah bodohwi yang sama taraf pemikiran keduanya ... apatah lagi dia mengetahu bahawa walaupun nwar berahi berada di luar umno ... tetapi orang2 nwar berahi samada yang bersembunyi ... yang terang dan nyata masih ramai di dalam umno ... menyedari juga kekuatan nwar berahi di luar umno adalah kuat ... maka jangan heran jika nwar berahi kata bahawa ah jib gong menghulur salam kerajaan perpaduan dengan nwar berahi ... dalam perkelahian adakah engkau lihat orang yang menghidap penyakit down sindrom akan menang dengan orang gila ... apa yang kerap aku lihat ... orang gila pasti mengalahkan penghidap down sindrom ...

bagi aku muhyideen mesti menjadi presiden ... siapakah teamnya ... terpulanglah ... asalkan bukan dari kalangan melayu liberal ...

selepas muhyiden menang presiden umno ... pemandu hendaklah dipencenkan ... punahsihat hendaklah direhatkan ... kerana angkara mereka inilah ah jib gong menjadi bodoh dan diperbodohkan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 9:02 AM

@kluangman

aku tidaklah berfikiran begitu. kepada aku segalanya adalah semata mata untuk KUASA. setiap pertandingan adalah untuk menentukan kemenangan. kemenangan pulak akan menentukan KUASA. bila dah berKUASA segalanya dapat dirasa. begitu jugalah dengan PAS. mereka sanggup bersekongkol dengan DAP semata mata untuk berKUASA.

pembalasan boleh dilihat sendiri dengan bermuhasabah. orang akan dapat mengandaikan saja.

bgaimana pun aku tersangat tersentuh dengan artikel ini. aku senantiasa memikirkan masa hadapan generasi yang akan datang. disebabkan kegelojohan pemimpin hari ini, kemusnahan agama, bangsa dan raja raja tidak dapat hendak dibendung lagi. yang mampun untuk aku lakukan ialah berdoa agar SEMUA ahli UMNO, perwakilan yang aku maksudkan, sedar untuk memilih pemimpin yang benar benar dapat memperjuangkan bangsa. ditngan merekalah penentu masa depan agama, bangsa dan raja raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 9:07 AM

@emma49

inilah yang dikatakan perbuatan yang tidak ikhlas. Najib mendekati untuk mendapatkan undi saja. segala apa yang ditaburkan kepada rakyat khususnya kaum Cina adalah semata mata untuk mendapatkan undi.

orang yang ikhlas akan melakukan kerja tanpa mengharapkan faedah. Allah telah berjanji bahawa setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 11:01 AM

Sbenarnya jarum dlm bantal ni ada dimana2, dlm PKR dan PAS pun ada, tapi dlm DAP hmpir tiada, klu ada pun mreka masih fokus pd pjuangan(bangsa cina), adakalanya kita kena jadikan cara pjuangan musuh utk dijadikan contoh, kita lihat survival bangsa yahudi, xsampai pun 20juta dlm dunia tp kesatuan dan psefahaman mreka ckup kuat, kita lihat juga pjuangan DAP(cina), mreka tetap bsatu sehingga mbolehkan mreka hampir2 mjadi majoriti(akibat ppecahan dlm Melayu), sehingga kalau dperhatikan ada psamaan antara pjuangan Yahudi dan Dap.

Bangsa Melayu xramai mana pun jika dipecahkaumkan pnduduk asal nusantara, ditambah lg dgn kemelut bongkak, hipokrit dan tamak(sifat asal sebahgian Melayu) mbuat Melayu smakin lemah.

Hanya ada 1 jalan yang menyatukan Melayu, iaitu Islam.

Tapi bukan dgn berpolitik ya, dh terbukti mmbawa Islam dlm kancah politik hanya mmecah belahkan umat, cntoh depan mata ialah PAS dan bumi anbiya Mesir.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2013 at 11:28 AM

Ye. Moga apa kita sampaikan ada natijah nya di sini.

Kita sayang orang Melayu, Agama Islam dan Negara tumpah darah kita. Kita sayang Pemimpin Melayu kita yang berusaha meninggikan mertabat nya.

Semangat " Di Raja...."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 12:01 PM

Boleh sesiapa crita kisah tingkat 4? Maklum la baru ja nak berjinak2 dlm politik masa pru23 hri tu kalau siap link pun cantik jgak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 12:25 PM

Salam Din,

Keadaan politik dan pentadbiran ah jib gor sejak pru13 sudah menjadi dari teruk kepada beruk! Semua beruk2 dan kera2 dihutan dan ditepi2 jalan kenyang sampai termuntah disusukan! Budak2 perasan IQ188 tingkat 4 konon dan konsultan2 kesayangan ah jib gor tu semua bukan kekenyangan lagi, dah muntah darah terlebih mencekik!

Tinggallah orang Melayu belacan tempoyak petai kerdas ni terkial2 memikirkan apa yg patut dibuat dan siapa yang patut diangkat menjadi pemimpin untuk membetulkan keadaan yg tak betul dan caca marba sekarang ni.

Apa nak jadi ni , Din negara kita? Raya tahun ni sama ke rasanya macam 5 tahun lepas atau 10 tahun lepas atau 20 tahun lepas? Tak sama,Din...

Semua benda dah jadi tonggang terbalik, Din. Takde satu pun yang duduk letaknya ditempat yang sepatut dan sewajarnya. Kemana perginya adat adab dan keharmonian cara hidup kita orang Melayu yang nampak adab dan budayanya sekurang-kurangnya 10 tahun lepas masih boleh kita rasai keMelayuan masyarakat kita, tapi sekarang dah pupus , Din... dah pupus.

Sedih sangat lah Din raya tahun ni. Lepas pru 13, hampir setiap hari kita orang Melayu dihina, dicaci, diperbudak2kan dari semua sudut kehidupan kita, Din...dari agama kita, tempat solat kita, pakaian kita, makanan kita dan ibadat puasa kita pun dah terang2 dihina dicaci diperbodohkan diludahkan diberakkan dikencingkan. Apa yg mereka kapir harbi dan pemakan babi tak buat kepada kita , Din lepas pru 13. Semua yang melampaui batas dah mereka buat, Din..

Apa si ah jib gor tu buat? Apa dia kata? Ada dia nak membela kita orang Melayu? Yang dikesahkan dia, kata2 dan pandangan2 konsultan kuda trojan dan pemakan rasuah yang dikeliling dia menempek dari muda sampai tua bangka!

Apa nak jadi ni, Din? Keadaan bukan bertambah baik tapi bertambah buruk dan akan jadi lebih buruk lagi nampaknya yang kemudian2 ni memandangkan trend mood dan mindset pemilihan PAU akan datang tak jelas duduk pendirian ahli UMNOnya..

Saya rindukan keadaan bulan puasa dan hari raya semasa saya dizaman remaja dan usia 20an dulu2 ditahun2 70an dan 80an.

Negara kita tanah air yang tercinta ini sudah berubah wajahnya, Din. Kemana hilangnya TANAH MELAYU ku...?

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2013 at 12:54 PM

@Anonymousitu KJ sekarang sebagai orang politik..... bagaimana KJ dulu masa baru mula nak bertapak ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2013 at 12:58 PM

@AnonymousDah jadi Tanah Melayu Liberal ..... :(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 1:00 PM

KJ jauh bezanya dengan Anuwar. Kalau mahu tahu KJ seorang berprinsip dan ikhlas. Manakala Anuwar seorang cakap tak serupa bikin dan makhluk perlbagai aram. Tengok tarikh lahir mereka berdua pun jauh bezanya.

Kpd admin jangan hanya pentingkan kroni sahaja. Macam mana Timbalan Presiden, MT, Naib Presiden, SU Agong mereka lebih banyak membisu juga. Umno untuk semua orang Melayu dan Umno bukan untuk kroni sahaja

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2013 at 1:02 PM

@AnonymousSaudara puji KJ sebagai ikhlas kemudian kaitkan dengan kenyataan Umno bukan untuk kroni .... hmmmmm ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 1:32 PM

Umno ramai pemimpin tetapi banyak yang korup , tipu , temberang .Orang bawahan pula jadi peghawa dingin , conmen .
Orang PAS , tiada pemimpin berkaliber , tetapi ramai penyokong totok . Mereka takut memikul tanggungjawab .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 3:11 PM

@Anonymous KJ memang tak saperti Anuar yang kamu katakan tuh. KJ sama dengan Anuar yang mempunyai citrasa yang sama. Kedua duanya nak jadi pemimpin No 1.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 3:14 PM

@Anonymous

takperlah. kamu sokong KJ takper. biasanya orang yang punyai minat dan cara yang sama jer yang boleh bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 3:16 PM

@Anonymous

paling senang buat carian google.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 3:21 PM

@Anonymous

baca yang mana tersurat dan buat kajian apa yang tersirat. ini langsung tidak dianggap kroni. saperti saudara, juga bebas mengatakan pandangan.

pada tabi'e rasa cili sememang pedas. ada kah rasanya akan tetap pedas bilamana disapu kemata?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 3:25 PM

@Anonymous
walau pun tiada berkaliber tapi mereka berjiwa besar. nampak sangat dengan besarnya jiwa itu langsung tak dapat ditanggung dek tubuh yang kecil.

penyokongnya walau pun totok, semangat juang tinggi. tingginya semangat juang tuh langsung tidak dapat dipandukan akal yang waras.

Post a Comment