........... Benarkah Tidak Ada Siapa Yang Layak Gantikan Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Tidak Ada Siapa Yang Layak Gantikan Najib ?

Saturday, August 3, 20139comments

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.

"Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," 

Demikian kata Muhyiddin sepertimana dilapor Sinar.

Apa yang saya nak tulis sebenarnya isu lain tapi ada sipi2 dengan apa yang disebut oleh Muhyiddin iaitu mengenai memilih calon yang benar2 boleh memimpin .... Saya setuju cuma nak tambah lagi perkataan BANGSA MELAYU PRIBUMI. 

Kita bercakap tentang pemimpin Umno, parti yang mendabik dada sebagai pejuang bangsa Melayu tapi kenapa perkataan MELAYU tidak disebut ? Takut dicop Rasis ?

Well .....kenapa tidak tukar saja akronim UMNO dimana M mewakili Malaysian bukan lagi Malay / Melayu ?

                                               *****************************

OK, Benarkah tidak ada pemimpin lain yang layak untuk menggantikan Najib sebagai Presiden Umno merangkap PM kita ?

Jangan salah faham ya, ini satu perbincangan akademik bukannya saya ingin mempromosikan sesiapa bagi menggantikan Najib. Dan artikel ini juga TIDAK menyatakan yang Najib perlu diganti. Ia seperti yang disebut tajuknya, cuma satu perbincangan tentang apa yang banyak diperkatakan orang sekarang bila sebut tentang Najib selaku PM - Saya tak nampak siapapun yang layak untuk ganti tempat Najib sekarang.... begitu yang ramai orang kata.


Cuba ingat kembali masa zaman Tun Mahathir ....semua orang pun kata yang sama. Tapi masa dan keadaan telah memilih PakLah sebagai penggantinya. Waktu itu, ada tak sesiapa yang menjangkakan yang Paklah akhirnya menjadi sepertimana PakLah yang telah kita saksikan ? Tak siapa sangka kan ?

Semasa PakLah diakhir pemerintahannya, siapa sangka Najib akan menjadi PM sepertimana yang telah kita saksikan selama 4 tahun ini ? Takde siapa yang menduga.... kan ?

Point saya, selagi PM itu masih berkuasa, tak usah mimpilah nak tengok mana2 pemimpin dibawahnya untuk menunjukkan belangnya yang sebenar !

Maknanya, jika hendak diukur kebolehan dan kepimpinan sebenar seseorang pemimpin itu samada beliau layak atau tidak untuk menjadi PM yang lebih baik, ia hanya boleh dilihat SETELAH orang itu menjadi PM. 

Selama bekerja dibawah PM yang sedia ada, masing2 akan ikut rentak beliau. Saya tak kata itu tidak bagus, memang pun kita perlukan kerjasama dan persefahaman yang baik dikalangan kepimpinan tertinggi negara.

Cuma apa yang ingin saya katakan, tak perlulah kita nak nilaikan siapa yang layak atau lebih layak untuk menggantikan Najib jika kita sudah tidak mahu lagi dipimpin oleh Najib. 

Persoalan utama yang perlu kita tanya adalah - Apakah kita masih mahu Najib terus jadi PM ?

Ramai yang tak puas hati dengan cara Najib. Dalam ramai2 tu pula, ramai juga yang mempersoalkan siapa yang lebih layak. Jadi bagi saya senang jer - Jika kita masih mahu beri peluang kepada Najib dan percaya beliau mampu ubah .... teruslah sokong.

Tapi bukan sokong kerana tidak ada pilihan lain yang lebih baik. 

Sebab cara Umno seperti yang saya lihat, siapapun yang jadi PM, beliau pasti akan punya caranya yang tersendiri yang lain dari orang yang digantikannya dan cara itu biasanya kita semua tidak mampu menduga selagi beliau tidak menjadi PM.

Kalau dah tak boleh tahan dah dengan cara Najib dan tidak nampak yang beliau akan ubah caranya  .......well ...... tunggu apa lagi -  KASI TUKARLAH !


Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2013 at 6:15 AM

Mati hidup balik pun aku rasa tidak Ada sesiapa yg lebih layak Dan hebat seperti najib.
Bukankah najib telah membuktikan bahawa dia berjaya meneruskan legasi cemerlang terbilang gemilang yg di asaskan oleh paklah.
Walaupun kebelakangan ini Islam mudah Dan terbuka dipersendakan sekurang-kurangnya najib masih bersih, dia bukan syiah.
Walaupun Malaysia kini dah kembali zaman cowboy bertembak sekurang.kurangnya najib dah hantar bekas kpn sebagai duta perancis, kenapa perancis? Apa isu di sana? Zaman lebih baik masa musa hassan, apa jawatan dia dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2013 at 7:09 AM

@kluangmanpersoalan yang mampu menjadi spekulasi yang tambah menghangatkan persepsi :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2013 at 9:04 AM

Dalam sejarah umno, hanya ku li sahaja yang berani menentang presiden umno. Akibatnya umno berpecah dan diharamkan. Selepas wujud umno baru, timbalan presiden boleh menduduki kerusi no.1 seandainya presiden secara sukarela mengundurkan diri. Sehingga ke saat ini belum lagi ada tanda-tanda bahawa najib bersedia untuk berundur. Oleh itu, amat jelas dan nyata bahawa kerusi presiden dan timbalan presiden akan kekal milik najib dan muhyidin kerana mereka berdua dijangka akan menang tanpa bertanding. Lantaran ahli-ahli umno yang takutkan episod perpecahan berulang kembali.

Dalam PAU yang akan datang, pasti akan kedengaran suara-suara lantang demi mempertahankan dan membela melayu. Sehabis mungkin pemimpin-pemimpin umno akan membodek perwakilan umno kononnya mereka masih lagi mempunyai jatidiri melayu. Sebaik sahaja selesai PAU, mereka akan kembali ke tabiat lama dengan mengutamakan cinabeng dan meminggirkan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2013 at 10:15 AM

gambar yang dipaparkan itu sememangnya menunjukkan seorang yang penakut. sememangnya sesuai untuk artikel ini agar dapat dinilaikanya.

kiranya Najib benar benar memahami denyut nadi rakyat, aku kira lebih baik beliau berundur dan berikan laluan kepada mereka yang layak dan berkeyakinan diri; pemimpin Melayu yang berotak Melayu. selagi kerusi itu tak dikosongkan, selagi itulah tidak ada siapa pun yang berani menawarkan diri - dah menjadi budaya Melayu. aku rasakan tak payah lagi disokong kerana akan menjadi punahlah agama, bangsa dan negara. sudah cukup masa rasanya rakyat menilaikan dan tak payah diteruskan penilaianya lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2013 at 11:09 AM

@AnonymousSatu ketika tidak berapa lama dahulu, analisis sebegini akan ditertawakan orang Melayu, tapi kini ....hmmmmm ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2013 at 11:13 AM

@AnonymousApakah orang Melayu masih percaya yang Najib akan menangkan Umno BN pada PRU14 ?

Yang ramai dalam Umno adalah Hang Tuah bukannya Hang Jebat. Apakah nasib orang Melayu akan bertambah baik jika terus berHangTuahkan Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2013 at 11:17 AM

Biasalah orang No 2 tak akan chabar orang No 1, nanti kalah tak ada peluang jadi No.1. UMNO yang ada sekarang tak sama UMNO zaman Tun Mahathir, tegas dan berani. Pemimpin yang ada sekarang fikir yang mereka menang 88 kerusi parlimen baru-baru ini adalah kerana mereka kuat, tetapi sebenarnya kerana orang Melayu takut undi PKR dan PAS. Orang Melayu takut jika PR menang PRU13 dan tubuh kerajaan, yang dominan dalam kerajaan adalah DAP dan cina kerana PKR ramai cina yang bertanding dan menang. Oleh itu UMNO, kamu bukanlah kuat macam mana pun kalau Melayu Nasionalis tak undi kamu. Tengok jumlah undi yang kamu menang berapa banyak sangat, tak macam dulu-dulu. Semua ini kerana UMNO sejak Pak Lah telah jadi UMNO liberal, banyak murah hati kepada bangsa asing dan nasib orang Melayu kurang diberi perhatian.
Tengoklah nanti, kalau UMNO masih dipimpin oleh Melayu liberal, PRU14 nanti UMNO akan jadi pembangkang dan sekiranya PR dapat memerintah dengan baik dan Melayu dapat terima konsep sama rata dan sama rasa, maka UMNO tidak akan bermaya untuk perjuang agenda Melayu dan akan terus tidur dan lesu. Lihat lah Negeri Selangor dan Pulau Pinang sekarang, orang Melayu dah tak beri undi kepada UMNO lagi. Oleh itu UMNO perlu di pimpin orang baru supaya tempoh 4 tahun akan datang akan memboleh pemimpin ini meletakkan UMNO di landasan perjuangan yang baru untuk maruah dan kejayaan Bangsa Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2013 at 3:20 AM

Walaupun saya yakin muhyidin tak berani lawan sama ah jib,tapi kalau suara akar umbi cukup lantang mahukan perubahan pucuk pimpinan,mana tahu muhyidin berubah hati...tak salah kita mencuba walaupun sedia maklum dgn tahap kejantanan org2 umno auww

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2013 at 11:59 PM

DS Najib adalah seorang pemimpin agung. Dalam beberapa tahun pertama sahaja, kejayaan beliau sudah sama dengan 10 tahun pertama pemerintahan Dr Mahathir. DS Najib sedang menyusun semula UMNO dan sedikit demi sedikit UMNO akan mempunyai kekuatan semula. DS Anwar juga mungkin akan kembali kepada UMNO. Cuma UMNO perlu mencari pemimpin2 kaum Tionghua yang sangat berkaliber untuk merevamp MCA.

Post a Comment