........... Awakening ? - Bo layan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Awakening ? - Bo layan !

Saturday, August 10, 201311comments


Ada yang bertanya komen saya tentang buku PakLah berjudul Awakening .... mulanya saya ingatkan buku cerita hantu dengan PakLah meminjamkan mukanya sebagai model hehehehe .. ( KLiK )

Kemudian barulah timbul petikan2 dari buku tersebut seolah Pak Lah menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau bla bla bla termasuk kenapa beliau suka tidur ! ( KLiK ) Oooooo.... rupanya PakLah mengidap penyakit Apnea tidur ... hmmm barulah tahuuuuu ....  Apnea rupanya.  

Mesti banyak pahala Paklah dapat kan bila ramai yang mengutuk masalah tidur Paklah selama ini ...  Apnea rupanyaaaaaa ......

Kemudian keluar pula info mengatakan buku itu bukan ditulis oleh Paklah tapi merupakan satu kompilasi komen2 serta esei oleh pelbagai pihak mengenai situasi politik pada zaman pemerintahan PakLah. 

Hmmmm .... tapi Paklah nampaknya menyokong apa yang ditulis, kalau tidak kenapa beliau sendiri yang akan meresmikannya nanti ? 

My new edited book Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia will be launched in Kuala Lumpur by Tun Abdullah Badawi and Tun Musa Hitam on August 16th. This is a collection of essays by academicians, journalists, Malaysian leaders and analysts comprising of over 35 contributions on a range of issues. The views expressed are diverse and the collection is a serious study of the period of Malaysia’s fourth prime minister. An informal launch will be held in Singapore on August 30th. ( Bridget Welsh )


Dan ini agak kontras dengan laporan dari AntaraPos dibawah - ( saya copy dibawah )

Buku berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas perdana menteri itu tidak mempunyai kawalan mengenai kandungan mahupun pelancaran buku itu.

Tak kisahlah tu .... dan komen Tun Mahathir setakat ini -

"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Khamis.

Buku ini juga mendapat perhatian pihak media di Jakarta - JakartaPost.

OK, komen saya pula - MALAS NAK LAYAN !

Sebab apa ? 

Siapa PakLah ? Apakah kenyataan2 dari PakLah setelah bersara dari kerusi PM pernah memberi sebarang impak kepada dunia politik negara ? Apakah PakLah masih punya pengaruh ?

Dan siapa pula Tun Mahathir ? ( Bahagian kecil dari buku yang disensasikan oleh media adalah komen Paklah mengenai Tun Mahathir )

Kenapa PakLah sekarang adalah NOBODY sementara Tun Mahathir masih lagi SOMEBODY ?

Sebab unsur pengaruh. Paklah tidak ada pengaruh tapi Tun Mahathir punya pengaruh. Dan dari mana pula datangnya pengaruh itu ? - Dari RESPEK orangramai. 

Kalau orang tidak punya respek terhadap Tun Mahathir, orang tidak akan peduli apa yang Tun ucapkan. Maka Tun Mahathir tidak akan punya pengaruh ... tapi apakah itu yang berlaku sekarang ?

Apakah respek itu dipaksa atau dibayar ?

Tidaaaaak .... respek itu datang sendiri. Sepertimana juga datangnya para media berkerumun mencari Tun Mahathir untuk mendapatkan pandangan beliau atas apajua isu. Sebab Tun punya pengaruh yang besar. Dan pihak media tahu setiap pandangan Tun punya pengaruh yang besar kepada orang ramai terutamanya orang Melayu.

Jadi sebab itu saya malas nak layan buku seram Awakening Pak Lah. Malah saya tidak menolak kemungkinan pengarang buku itu juga punya motif menyindir subjeknya melalui tajuk buku yang dipilihnya !

Ooooooooh ... APNEA rupanya .....

 PS - Diharap Najib dan para penasihatnya juga sedar kenapa Tun Mahathir masih punya pengaruh yang besar walaupun selepas 10 tahun bersara. DAN KENAPA ORANG MELAYU MASIH MENCARI TUN MAHATHIR WALAUPUN DI ERA NAJIB SEBAGAI PM.

                                                   **************************

Buku berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas perdana menteri itu tidak mempunyai kawalan mengenai kandungan mahupun pelancaran buku itu.

Kecuali perbualan Abdullah dengan dua editor buku berkenaan, kandungan buku itu ditulis oleh tidak kurang 30 penulis yang berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.


Artikel turut disumbangkan oleh pemimpin Umno tidak lagi mempunyai tempat di parti itu seperti Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bendahari Umno Datuk Azim Zabidi.


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Pemimpin pembangkang yang menyumbang pula terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Liew Chin Tong dan Farish Noor.


Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.


Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.


Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.


Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).


Setakat ini, PERKASA dan Samy Vellu ternyata berang dengan laporan itu dan telah membidas Abdullah. Hanya Dr Mahtahir yang tidak mahu mengulas kerana katanya, beliau belum membaca buku itu lagi.


Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan dakwaan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.


Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini.


Buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur - Antara Pos

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2013 at 6:50 AM

DT: "Malah saya tidak menolak kemungkinan pengarang buku itu juga punya motif menyindir subjeknya melalui tajuk buku yang dipilihnya!"

hahaha! sinis giler!

btw, i'm glad to hear that TDM in his understated way did not satisfy those who wanted a knee-jerk reaction from him about this book with the unfortunate title. :D

this may be cynical too, but i think those vested in making sure the book sells more than twenty copies book know very well that bandying Dr M's name is a good way to perk up public interest as a pre-release marketing strategy.

in fact, playing up that there are some stinging attacks on TDM in the book has to be a major part of this strategy. they probably hope to get those who won't read Tun Dollah's book even if given free to also go out and buy a copy, if only to know what else he ranted against TDM and to rebut them. :D

like you, DT, i think i'll pass on this potential pill. i've other books that can give me temporary sleep-apnea if i need help in that dept.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 7:14 AM

Din, lepas ni ko abaikan jer apa jua citer pasal Tun Lah. Kita fokus kepada isu Melayu Liberal, Melayu Elit, Melayu Bangsawan dan Melayu Urban yang akan "menyamar" menjadi Ultra Melayu menjelang PAU nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 7:41 AM

what a good and truthful comment!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 8:16 AM

Salam Aidilfitri Bro Din...
Tajuk buku tu sepatutnya... "AWAT PENIN".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 10:07 AM

Menerima ketentuan Ilahi,akur kelemahan diri,memperbaiki diri tanpa menyalahkan orang lain juga adalah sifat-sifat terpuji seseorang pemimpin.

Yang lepas biarlah berlalu...doakanlah yang terbaik untuk agama ,bangsa dan negara.Janganlah mengeruhkan lagi suasana politik negara kerana selama ini pun tugas yang telah
diamanahkan gagal dilaksanakan dengan penuh jaya.

Berubahlah kearah lebih baik.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2013 at 1:35 PM

@mekyamYa, most probably part of their marketing strategy all these initial controversies.

Macamana nak dapat apnea ek ? bagi sesetengah orang, itu satu rahmat ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2013 at 1:37 PM

@AnonymousTak boleh juga kalau terlalu menumpukan pada satu isu. Orang jadi boring dan tak mahu baca lagi kalau kita dah jadi too predictable.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2013 at 1:38 PM

@Anonymoushahahahaha ...kalau Bridget tu orang utara, mungkin itu tajuk yang dipilihnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2013 at 1:40 PM

Ek eleh....KALAU DA TAU BERPENYAKIT APSAL TERIMA JAWATAN PM TU.....DASAR SUKU SAKAT BONGOK...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2013 at 11:44 AM

Salam,
Alangkah bagusnya dapat apnea. Masa mesyuarat, ceramah, sgt bernilai apnea ni. Masa memandu, jgn la dpt apnea, mau cari mati tu.. Boss tak boleh marah krn sakit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2013 at 3:58 AM

Aslmkum Din, Selamat Hari Raya.
Kalau tidur2 ni penyakit Apnea, ramai juga YB2 dan MB yang suka tertidur. Masa PC pun ada yg tertidur, mengigau pun ada. Kalau dah tak minat dengan subjek yang dibicarakan, memang boleh tertidur. Yg tak tidur tu sbb ada minat nak kerja. Entah lah. Wallahuaklam. Kalau Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail dulu, sakit teruk pun masih nak berbakti pada negara sampai ke akhir hayat mereka. Kata peribahasa, Kalau tak tahu menari jgn lah kata lantai jongkang jongket. Betul tak....

Post a Comment