........... Apakah Najib sudah sedar dan mahu berubah ? Berapa Lama Masa Nak Bagi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Najib sudah sedar dan mahu berubah ? Berapa Lama Masa Nak Bagi ?

Saturday, August 31, 201314comments

Undi cina hanya Undi TAMBAHAN. Undi Melayu LEBIH UTAMA jika mahu menang !

“Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak,  jika tidak kita tidak boleh menang,” 

Bukan kata-kata Tun Mahathir yang baru ya, tapi kenyataan yang dibuat oleh Tun hampir dua tahun lalu ketika diwawancara oleh Utusan Malaysia.

                                   
Tapi pandangan Melayu Liberal dalam kerajaan Najib waktu itu pula - Undi Melayu sudah dalam tangan, tak perlu risau. Kita cuma perlu tumpukan pada undi Cina.

Dan seperti yang kita semua sudah sedia maklum sekarang, Najib salah perkiraan. Najib tidak mengambilkira faktor yang orang cina juga manusia yang punya perasaan, yakni mereka juga mampu punya agenda sendiri.

Najib amat bernasib baik kerana orang Melayu pribumi tidak merajuk walaupun dianaktirikan oleh pemimpin sendiri. 

Semua itu kini sudah menjadi sejarah yang baru kita lalui ... masih hangat dalam ingatan sesetengah kita, walaupun cuba dilupakan oleh pemimpin2 kita.

Persoalan utama yang sering menjadi asas perdebatan kini adalah - Apakah Najib sudah sedar dan mahu berubah ? 

Membaca kembali kenyataan Naib Presiden Perkasa dalam isu  Ketua Wira Perkasa Minta Najib Berundur ( KLiK ), saya dapat rasakan yang kepimpinan Perkasa juga mempunya pandangan yang SAMA.

Kalau tidak masakan Dr Zubir sebut pada perenggan 9 - Kita Beri PM masa. Saya percaya akan ada perubahan yang ketara demi membantu orang Melayu dan Bumiputera.

Tidakkah itu menunjukkan yang Perkasa juga kecewa dengan prestasi Najib sebelum ini ?

Cuma tidak dinyatakan berapa lama masa yang diperuntukkan kepada Najib untuk membuktikan yang dirinya sudah berubah.


                       *************************
Rata-rata ramai yang bersetuju dengan pendirian diatas untuk tempoh 100 hari pertama selepas PRU13. Mungkin kerana ingatan Tsunami Cina yang masih segar. Dan Najib juga tidak banyak bercakap.


Sejak akhir2 ini terdapat usaha secara terancang untuk mengubah apa yang kita yakin sebelum ini sebagai satu 'hakikat', menjadi sesuatu yang dipanggil 'persepsi'. Dan Najib juga dah mula cakap banyak.

Semakin hari semakin nampak usaha mereka menampakkan hasil. Kesilapan Najib yang sebelum ini kita yakin sah, kini sudah dianggap sebagai satu persepsi saja. Yang sebenarnya salah adalah PARA PENASIHAT Najib bukannya Najib.

Ingat balik .... bukankah isu PENASIHAT2 Najib yang sering dimainkan media bulan lepas ? Hampir setiap hari kita disajikan dengan cerita2 tentang PENASIHAT2 Najib.

Hasilnya, hari ini ramai yang sudah tidak lagi menyalahkan Najib .... dan Najib juga sudah mula kembali aktif ....bersama para PENASIHAT yang sama !

Tak percaya ? Fikirkan ini - 100 hari pertama, apakah anda fikir Najib berani untuk kembali menggunakan semula watak Ah Jib Gor dan kembali berusaha menawan hati orang Cina secara terang2an ?

100 hari pertama, apakah anda fikir Najib berani untuk umumkan yang kerajaan akan terus dengan 1Malaysia sebagaimana yang kita lihat sebelum PRU13 ?

Sekarang .... kita boleh lihat dan nilaikan sendiri Najib dan team Liberalnya yang sudah kembali aktif dan tanyakan soalan utama diatas -

Apakah Najib sudah sedar dan mahu berubah ?

( Jangan terkejut kalau jawapan yang anda bakal terima dari pro Najib adalah - Nak sedar apanya ? Takder apa yang perlu diubah ? )


PS - oya, kembali kepada kenyataan Tun Mahathir diatas, bukanlah maksud Tun kerajaan harus meminggirkan kaum bukan Melayu -

Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta?

Bagus juga saya ingatkan kembali sekarang .... kot2 ada yang bising2 mempertikaikan soal kuota kemasukan IPTA ketika ini. 

Ada tak mana-mana pihak yang ambil serius teguran Tun dua tahun lalu itu dengan mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat tentang IPTS supaya dapat digunakan untuk membalas hujah2 mereka ? 

Untuk baca artikel lama saya berkaitan wawancara Tun dengan Utusan itu - KLiK.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2013 at 11:46 PM

Aku dah bosan dengan cerita Najib samada ingin berubah atau diberikan masa untuk berubah. Kita selalu kaitkan Najib dengan penasihat. Pada aku orang yang buta sahaja yang akan memilih barangan yang tidak baik dan orang bodoh sahaja yang akan memilih barang tiruan kerana tidak mengenali mutu. Ada kah Najib dalam kategori ini? Jika tidak kenapa pulak di salahkan barangan yang telah dipilih itu? Hakikatnya Najib tidak pandai memilih dan tidak kenal diantara yang sehat dengan yang sakit. Oleh itu siapa kah yang WAJIB dipersalahkan, ada kah Najib atau penasihatnya? Hanya jauhari jua yang mengenal manikam.

Jawabnya Najib tidak mungkin berubah selagi menyimpan barangan tiruan yang disebutkan. Berapa lama masa nak bagi? Tiada tarikh luput.

Katakanlah CUKUP!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 12:29 AM

Aku tak kisah kalau najib nak liberalkan semua benda asalkan jangan usik hak melayu. Tapi najib usik juga hak melayu seperti kuota bumi, mecd, akta-akta pencegahan dll. Kalau semua hak melayu diliberalkan, apa yang tinggal untuk melayu? Akhirnya melayu merempat di bumi sendiri.

Bagi pengundi di peringkat akar bumi. Adakah nasib mereka terbela ? Adakah berbaloi dengan undi yang diberi ? Najib kenalah fikir sikit, orang bagi undi ada sebab dan ada tujuannya. Bukan saja-saja, suka-suka bagi undi. Kita kasi undi dengan harapan keluhan dan rungutan kita didengari dan diberi perhatian serius. Dari dulu lagi kami telah diajar bahawa sesiapa jua yang menjadi presiden umno pasti akan menjaga melayu.

Oleh sebab itulah, kami pangkah bila nampak gambar dacing tanpa melihat siapa calonnya. Kami percaya bahawa presiden umno tidak akan mengecewakan kami. Terlalu besar harapan yang kami sandarkan kepada presiden umno.

TAPI akhirnya kami tetap kecewa kerana harapan kami hancur musnah. Presiden umno yang kami harapkan sebagai tempat berpaut telah berpaling tadah. Undi kami sia-sia saja. Seolah-olah tiada nilai langsung. Nasib kami sebagai rakyat bawahan tetap sama dan tidak berubah.

Sampai bila lagi nak kasi peluang ? Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Ah Jib Gor, u are fired.

Salam 1 Tanglung

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 1:12 AM

Sebenar nya aku sanjung sikap Ketua Wira Perkasa. Beliau tahu dimana dia berdiri. Ini luahan hati individu dan sebahagian yang lain. Tidak mengapa. PERKASA wujud atas kesedaran Pak Him. Maka wajah gerun PERKASA mesti dari sanubari nya ia itu peneraju dan ahli-ahli nya. Tidak guna lah jika ramai TOKOH-TOKOH tetapi hanya sedap di mata tapi MATI DI HATI.

PM Najib tidak berhak marah. Jika ini luahan, sambutlah cabaran. Ketika kuasa masih di tangan, mulakan langkah semula (gtound zero) menggapai kecermerlangan
Itu lah hakikat. Gema laungan PM Najib pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini. Semua rakyat jadi saksi !

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 1:20 AM

@maaeBila baca saudara sebut Perkasa wujud atas kesedaran Pak Him, saya teringat akan satu artikel awal tahun ini -

http://dinturtle.blogspot.com/2013/02/sejarah-awal-perkasa-yang-tak-ramai-tahu.html

....................
Reply To This Comment ...................
toktelemong
September 1, 2013 at 10:52 AM

Tuan, agenda melayu jgn diserahkan bulat2 kpd pemimpin & parti politik. apatah lagi yg tak berjiwa melayu atau yg menyimpang drpd cita2 melayu. masa dah sampai kita tunjukkan kepentingan melayu tidak tertakluk kpd sebilangan watak, samada pemimpin besar atau kecil & pecacai masing2. biarkan luncai terjun dgn labu2nya. tapi org melayu harus disatukan kembali dlm satu gerakan akar umbi bersifat non-politik ke arah menggerakan agenda melayu. melayu mesti bergerak secara strategik & jgn korbankan masadepan anak cucu kita kpd lakonan petualang & pembelot!

....................
Reply To This Comment ...................
batubersurat
September 1, 2013 at 11:13 AM

tuan, saya fikir org melayu terlalu mengagungkan pemimpin politik. sebenarnya mereka hanya sehebat yg kita gambarkan. dari segi peranan pula, selayaknya mereka membawa hasrat & impian umat melayu. amat malanglah klu cita2 besar org melayu mereka kesampingkan. maka marilah kita libatkan semua umat melayu tanpa mengira fahaman dlm satu gerakan akar umbi non-politik ke arah mengukuhkan agenda melayu. gerakan ini mesti bersifat inklusif dan positif berasaskan satu pelan tindakan yg konkrit, bkn berbentuk retorik. org melayu mesti bergerak secara strategik. malahan, kita mesti berinteraksi dgn apa & sesiapa sekalipun, asalkan kepentingan melayu dimajukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 11:32 AM

kenyataan ketua perkasa itu satu tamparan kepada ds najib yang masih leka...mungkin lepas ini dia akan tahu ramai org melayu marah pada dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 11:37 AM

Perjuangan atas dasar Melayu tidak akan membawa Melayu ke mana-mana. Kita harus memberikan lebih fokus pada pembangunan budaya dan agama kita sebagai org Muslim. Selagi laungan hidup Melayu yg kedengaran, selagi itulah golongan2 Umno koporat yg korup sentiasa memanipulasi umat. Kita sewajarnya menggalakkan dan menumpukan pembangunan ummah secara total, tidak kira bangsa Melayu atau Cina, India dll asalkan mereka seorg muslim. Dan ahli ulamak contohnya dari PAS yg benar tujuannya utk menegakkan Islam juga seharusnya menjauhkan diri dari politik dan fokus pada usaha ini. Selagi ada sifat menguasai, selagi itulah kita harus sedar tindakan kita itu tidak ikhlas. Sekadar renungan kerna kita terlalu fokus pada politik, walhal energi itu seharusnya ditumpukan pada yg lain yg lebih efektif.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 2:12 PM

tapi..pak him la ni suara ada sikit sumbang lor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 5:34 PM

din ...
dibawah kepimpinan ah jib gong ... aku tak tahu nak kata apa ...
perayaan kuih bulan ada tanglung ah jib gong percuma pulak tu ...
hari raya puasa ah jib tiada hadiah untuk meraikannya ... at least pelita ayan ah jib gong untuk sambut 7 malam likur tadak ... ataupun lampu klip2 ah jib gong pun tadak ...
tapi betapa sayangnya dia kat cibaibeng ... ada hadia istimewa .. tanglong ah jib gong tolol sungguh rasanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 5:56 PM

persoalan aku ... adakah perwakilan UMNI sedar bahawa perjuangan dalam UMNO sekarang ialah ....

1. UMNO BERUBAH MENGIKUT PLAN TINDAKAN YANG DIRANCANG OLEH AH JIB GONG ... IAITU UMNO PERLU MENJADI LIBERAL ... DENGAN ITU AH JIB GONG PERLU DISOKONG DAN DIANGKAT DIJULANG DAN BIARKAN DIA KEKAL SEBAGAI PRESIDEN UMNO ... DENGAN SEGALA DASAR DAN PERANCANGAN DIATUR DAN DISUSUN OLEH PEMANDU ...

MAKA APABILA SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT ... SEDIAKAN PIMPINAN UMNO MEMBENARKAN KUBUR MEREKA DIKENCING DAN DIBERAK OLEH ANAK CUCU BANGSA MELAYU YANG AKAN TERTINDAS DI BUMI SENDIRI ... JIKA KAMU BERSEDIA MENERIMA AKIBAT ITU TERUSKANLAH KERANA TIDAK ADA RUGINYA BUAT KAMU PADA MASA SEKARANG, TENTUNYA PROJEK JUTA2 AKAN MASUK KE DALAM KANTUNG KAMU ...

2. UMNO KEKAL DENGAN PERJUANGANNYA ... DENGAN ITU SEMUA PEMIMPIN MELAYU LIBERAL DISINGKIR DARI PERSADA POLITIK KEPIMPINAN MELAYU ... BERMULA DARI AH JIB GONG PELOPOR MELAYU LIBERAL, BAPA VERNAKULAR DAN BAPA KEHANCURAN DENGAN MEMANSUHKAN ISA DAN ORDINAN DARURAT ... DIIKUTI SIKITOL JAHANAM ... NAH ZHE LI AH JIS ... DAN BEBERAPA ORANG LAIN DARI KELOMPOK MELAYU LIBERAL ...

PERWAKILAN UMNO TIDAK ADA PILIHAN MELAINKAN DUA PILIHAN TERSEBUT MENGEKALKAN WADAH PERJUANGAN UMNO UNTUK MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN SEGALA HAK YANG ADA DAN DIPERUNTUKAN OLEH PERLEMBAGAAN DALAM MEMBELA NASIB BANGSA MELAYU ...

ATAU MERUBAH WADAH PERJUANGAN UMNO DENGAN MENYOKONG DAN PATUH DENGAN TAATNYA SEGALA DASAR DAN HALA TUJU YANG DIBAWA OLEH AH JIB GONG ... DENGAN MEROMBAK PERJUANGAN MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU ... DAN DIUBAH MENJADI PERJUANGAN 1MALAYSIA ... MELAYU DIPINGGIRKAN ... CINA DIJULANG ... INDIA DISANJUNG ... APABILA HAK MELAYU DISUARAKAN PIMPINAN MELAYU SENDIRI AKAN MENGANGGAP ORANG ITU ADALAH PEJUANG PERKAUMAN YANG PERLU DISINGKIRKAN ... DISENYAPKAN .. DIUGUT ... DIBERI AMARAN (SEPERTI NASIB WIRA PERKASA ... YANG DIHENTAM BUKAN SAHAJA OLEH UMNO BAHKAN OLEH PERKASA SENDIRI)

INGATLAH ... KITA BUKAN MENENTANG BATANG TUBUH AH JIB GONG ... TETAPI KAMI YANG MENENTANG AH JIB GONG BAHAWA KAMI MENENTANG DASAR DAN HALA TUJU YANG DIBAWA OLEH AH JIB GONG YANG KINI TELAH HILANG JIWA MELAYU DALAM HALA TUJU NEGARA YANG DIBAWANYA ...

DAN BETAPA SUKARNYA UNTUK MENYEDARKAN ORANG YANG TIDAK TAHU BAHAWA DIA SEDANG MELAKUKAN KESILAPAN BAHKAN DIA SEDANG BERANGGA DENGAN APA YANG DIPERBUATNYA KERANA DIA YAKIN DENGAN PERUBAHAN YANG SEDANG DIRANGKA OLEHNYA ...

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 2, 2013 at 8:58 AM

Kuil Haram.. Jumlah penduduk India di Malaysia adalah 7%. Tetapi kuil yg dibina samada Halal atau Haram melebihi jumlah surau dan masjid yg ada di Malaysia. Dan yg uniknya, kuil haram yg dibina selalunya berada di atas tanah rezab kerajaan mahupun tanah persendirian. Dan apabila hendak dirobohkan, mereka memberontak seolah-olah itu harta mak bapak diorg punya. Persoalannya, kenapa isu kuil haram ini dipolitikkan? Sedangkan surau pun boleh dirobohkan. Baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, akai takdak. Haram tetap haram lah.. ROBOH aja. Sedangkan di negara India kerajaannya skg menjalankan operasi meroboh kuil haram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 8:18 PM

din cuba engkau jenguk blog ini ...
http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/09/ibu-dia-setiausaha-wanita-umno-bahagian.html

dan ini komen aku ...

nampaknya keluarganya gagal mendidik dia mengenali pahit getir bangsa melayu merintih di tanah air sendiri ...
bayangkan seorang yang lahir dari darah umno gagal memahami aspirasi umno dalam memperjuangkan kelansungan bangsa melayu ...

bagaimanakah seorang melayu lain yang lahir dan jauh dari perjuangan umno .. aku rasa amat jauh untuk mereka memahami aspirasi perjuangan umno dalam memartabatkan bangsa melayu ...

dan aku jaid tidak hairan kini kenapa begitu ramai melayu liberal dalam umno yang sedang meruntuhkan asas penubuhan umno itu sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2013 at 8:37 PM

@AnonymousSaya dah baca artikel dari mkini itu, cadangnya nak komen juga semalam tapi bila fikirkan saya cuma beri publisiti pada minah tu, tak jadilah.

Kalau ramai yang tulis, baru saya komen :)

Post a Comment