........... 'Apa Lagi Cina Mahu' - Najib Tidak Pernah Sokong Pun Artikel Utusan Itu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

'Apa Lagi Cina Mahu' - Najib Tidak Pernah Sokong Pun Artikel Utusan Itu !

Monday, August 26, 201319comments



Saya percaya kenyataan KJ ini yang mewakili pandangan PM Najib sudah menjawab persoalan apakah Najib telah sedar dari lamunan sepertimana yang kebanyakan orang Melayu harapkan atau Najib masih dengan cara lama pra PRU13. 

Saya percaya ramai dikalangan kita yang menaruh harapan tinggi bila Najib terpacul perkataan Tsunami Cina sebaik saja menerima keputusan penuh PRU13, yang beliau sudah sedar dipermainkan oleh cina yang rata2 tidak menghargai segala curahan kasih sayang AhjibGor kepada mereka. 

Ramai yang mengingatkan saya kembali kepada ungkapan Tsunami Cina itu sebagai TANDA/BUKTI yang Najib telah sedar. Saya dari awal lagi konsisten mengatakan TIDAK ADA APA YANG BERUBAH PUN ! Sebab saya tidak nampak perubahan itu.

Kemudian bila Najib dianggap sebagai mempertahankan laporan Utusan - Apa Lagi Orang Cina Mahu, ramai orang Melayu bertepuk sorak kegirangan konon hero Melayu sudah kembali sedar. Tak percaya ? Cuba ingat kembali tarikh 7 Mei ....apakah yang dipaparkan hampir semua media pro Umno ?

Hari ini KJ beri anda satu penampar sulung supaya anda SEDAR DARI LAMUNAN indah - TIDAK ADA APA YANG BERUBAH PUN ! 

Macamana Najib sebelum PRU13, begitulah juga Najib selepas PRU13 dan itulah juga Najib yang akan bawa kita berdepan PRU14.

Najib tidak pernah pun kata yang beliau sokong apa yang Utusan tulis, beliau cuma kata paper Cina pun sama.... itu saja.

Pendirian Najib, kata KJ - Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza.

Ramai yang pastinya merasa tertipu selama 3 bulan ini.... tapi jangan salahkan Najib sebab Najib tak tipu pun. Najib cuma tak terangkan dengan jelas jer. 

Kita yang memandai buat persepsi mengikut apa yang hati kita harap Najib cakap. 

So apa pandangan anda sekarang ? 

PS - Perasan tak yang KJ sekarang sudah begitu rapat/intim sekali dengan Najib hingga sudah mengambilalih tempat sebagai jurucakap bagi pihak Najib. Hmmmmm ....

Khairy : Najib tak akui laporan Utusan

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

"Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.

Mengulas perkara tersebut, Khairy menegaskan bahawa Utusan bertindak dengan salah apabila menyiarkan laporan seperti itu.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia sehingga ke hari ini.

"Beliau boleh berkata yang kita tidak dapat sokongan Cina dan perlu melupakan 1Malaysia dan hanya beri tumpuan kepada mereka yang menyokong kita.

"Tetapi beliau konsisten agar kita kekal dengan dasar yang bersifat menyeluruh,"
katanya.

Khairy ditanya mengenai tindakan perdana menteri yang tidak mengambil tindakan ke atas Utusan ekoran laporan yang didakwa ramai pihak sebagai bersikap perkauman itu.

Najib sendiri ketika ditanya mengenai laporan kontroversi tersebut pada 7 Mei lalu mempertahankan laporan berkenaan.

"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib.

Najib menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2013 at 11:26 PM

Kepada PM &KJ,


Sedarlah diri siapa / kaum mana yang beri anda kuasa....

Pepata melayu kata kalau susu tidak dibalas dengan tuba...

ATAU PUN KEPIMPINAN PM BAGI TUBA KEPADA KAUM MALAYU.....

Sendiri jawab le...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2013 at 11:47 PM

dia buat seolah bangsa melayu tak da apa pada mereka.

kacangla..
senang tipula..
bodoh sokmo...

melayu ni.

Undi anda tak dipeduli, dlm kata lain hidung tak mancung pipi aku yg tersorong sorong.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 26, 2013 at 12:16 AM

Oh My God!!!.......rupa2nya MAJORITI MELAYU tersilap....ingatkan "dia" bolehla bersuara sikit2 utk Melayu, rupa2nya....Oh My God!!!!.....wakakakaka....biasalah golongan BANGSAWAN

wat..eva la Ah Jib Gorrrrrrr.....pemilihan nnt mmg KONPOM takda sapa berani nak cantas dia......jgn harap la ada perubahan buat masa ni......MAJORITI perwakilan UMNO ni KAKI KIPAS

buat golongan BANGSAWAN/ARISTOKRAT UMNO buatlah sesukahati korang sementara takda mana2 parti yg boleh challenge UMNO......insyaAllah sampai satu masa nnt, org Melayu/Bumi & Islam punyai wakil parti utk menyuarakan & mempertahankan HAK KAMI

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
August 26, 2013 at 12:24 AM

Din,

Dlm UMNO skg si kitol dah bermaharajalela.. GE 14 BN akan mampus. DIa dah hilang undi aku dan keluarga.

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
August 26, 2013 at 12:25 AM

FUC* Najib and co + KJ = UMNO mampus GE 14

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 12:27 AM

Din, bole tak engko buat satu artikel khas tentang daei Mat Liberal, siapakah mereka dan kenapa perwakilan UMNO mesti menolak mereka dalam PAU nanti. Dah tiba masanya RBA versi Dinturtle buat kempen besar-besaran untuk menjatuhkan Mat Liberal demi menyelamatkan UMNO. Kita tak mau ada parasit yang merosakkan UMNO dari dalam. Kita berjihad dan berjuang habis-habisan untuk memerangi Mat Liberal sehingga ke tarikh keramat pemilihan PAU nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 12:34 AM

Jom boikot umno pru 14

Ape nk.jadi jadilah

Kalau PAU xde perubahan kita buat ikhtiar terakhir saja. Boikot umno.

Lebih baik dr berputih mata melihat cauvinis merampas semuanya melalui najib and co.

Saya dh buat keputusan. Anda semua?

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 1:08 AM

Kita sebenarnya patut tanya "Apa najib nak sebenarnya?", apa lagi yang tak cukup? Kuasa ada, harta ada, pangkat ada; DNA cina yang takde ke?

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2013 at 1:23 AM

@Anonymoushahahaha ... sekarang ni pun rasa macam penyu yang berenang sendirian.. naik semput dah rasa :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2013 at 1:25 AM

@Anonymous5 tahun lagi tu bro ! macam2 boleh berlaku. Paklah dulu pun tewas bukan sebab pemilihan PAU.

Apq yang buat saya terus menulis adalah kerana saya tidak mahu fikirkan apakah ada impak penulisan saya itu... kalau fikirkan impak, dah lama saya bersara !

....................
Reply To This Comment ...................
Parpu Insung Matkaji
August 26, 2013 at 1:38 AM

Strategi untuk PRU14 perlu dirancang mulai sekarang. Fakta-fakta sudah diketahui. Cina dan India tidak memehak kepada BN/UMNO. Tetapi mereka mempunyai weight terhadap kedudukan kerusi.

Politik PERSEPSI dan POLEMIK akan tetap digunakan oleh PR/DAP, kerana rakyat Malaysia terutama Melayu terlalu mudah memakan umpan. Cina amat memahami Melayu adalah saperti ikan seluang yang cepat lupa mulutnya rabit terkena pancing, tetapi sesaat kemudian tetap memagut umpan yang sama.

Manakala Cina tidak pernah lupa bahawa inilah satu-satunya semenanjung tanah yang luas diluar benua China yang boleh dibeli dengan harga setahil ikan kering, kerana pribuminya adalah kaum bangsat, pemakan pucuk dan buah hutan (Cina baru pandai makan durian dan petai, tetapi mereka masih kata Melayu makan rumput dan daun, manakala air Johor dibeli dengan harga 3sen setiap 1000gelen).

Melayu hanya akan terus berkata " semuanya sudah diberi, apa lagi yang Cina mau?", seolah-olah Melayu tidak pernah faham perangai mereka. Fakta..Melayu sudah berikan Singapura, Kuala Lumpur dan terbaru P.Pinang. Dari 1965 hingga 2008,dalam masa 43 tahun, mereka telah diberikan hak memerintah 800 km persegi Tanah Melayu, dan pasti tidak akan dikembalikan. 50 tahun lagi??

Ini semua kerana Melayu mudah lupa dan mudah diperdaya dengan PERSEPSI dan ILUSI.


....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2013 at 4:03 AM

Saudara Othaman Ahmad,

Tak perlulah copy paste keseluruhan artikel blog lain dalam ruangan komen, cukup sekadar 2-3 baris dan letakkan linknya.... OK ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 8:34 AM

Saudara DT.... tolong muat naik semula beberapa isu yang melibatkan KJ, PM dan Nazri bila menghampiri PRU 14.... saya dah tekad, saya berharap mereka ini terguling kalah dan kalau umno kalah sekalipun ..... saya akan redho. Biar Allah tentukan nasib kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 11:12 AM

Salam,

kj sedang menjadi kondom utk ah jib gor terus memantat isu-isu yg merugikan melayu. Dia nsk jadi batu api agar ah jib gor terus lena kesedapan tanpa rasa bersalah. Tah kj kondom bocor utk ah jib gor. Tunggu utk terus ah jib gor menjadi lupa menjadi melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
August 26, 2013 at 11:21 AM

@dinturtle

Saya sokong tu Din. Buat satu list Mat2 libral dalam UMNO supaya ahli2 UMNO tahu siapa dia. Kalau dapat extract ungkap2 mereka ini yang lepas2.

Jangan lupa juga buat list Mat2 pembodek yang hanya tahu mengampu dan mengumpul harta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2013 at 3:07 PM

DIHARAPKAN SELEPAS PAU NOVEMBER INI UMNO AKAN PULIH...TAPI KALAU NAK PULIH KENA CANTAS PEMIMPIN2 UNMO YANG MUKA MELAYU TAPI BERHATI CINA

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2013 at 6:12 PM

Kemunculan parti alternatif Melayu (bukan PKR atau PAS) yang berwibawa sangat di nanti-nantikan.

Post a Comment