........... Akibat Tegur Keras Najib, Pendekar Kena Panggil Dek Bos ( Bawa Pisau Sekali ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akibat Tegur Keras Najib, Pendekar Kena Panggil Dek Bos ( Bawa Pisau Sekali ! )

Wednesday, August 28, 20137comments


Ingat lagi brader kita ni ? Ketua Pemuda atau Ketua Wira Perkasa, saudara Irwan Fahmi yang baru ni menulis artikel panas meminta Najib letak jawatan - KLiK, well ...... nampak gayanya artikel itu telah membuat kepimpinan Perkasa panas bontot.

Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar berkata -

"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan,"

Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu. - TMI.


Kenapa kenyataan Timbalan Presiden Perkasa itu seperti kita dah jangka pun .... sebab tu sebelum ni saya tulis - Bolehkah pandangan tegas Pemuda Perkasa ini diambil sebagai mewakili pendirian Perkasa ? Atau apakah kita bakal menerima satu kenyataan dari kepimpinan tertinggi Perkasa yang mungkin menyatakan Ketua Wiranya bercakap atas kapasiti peribadi ?

Seharian semalam senyap sunyi sepi tak ada suara pun dari kem Perkasa. Ada terima panggilan dari orang Najib ke ? 

Apakah nanti kita akan dengar permohonan maaf dari Ketua Hulubalang Perkasa ? Tak pun kenyataan dari kepimpinan yang artikel itu adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Perkasa maupun sayap WIRAnya ?

Sejak Perkasa diLIHAT sebagai punya aspirasi seolah mahu diiktiraf sebagai salah satu sayap Umno (!), reaksi sebegini SUDAH DIJANGKA.

Nasiblah Melayu .....


Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 9:50 AM

Melayu kebanyakanya yang ada kuasa sekecil kecil jawatan sampai yang di atas sekali menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 10:22 AM

Dalam politik 'tekanan' bermaksud 'where is my habuan, takkan tak Ada kot'

Apa hindraf dapat, apa sekolah cina dapat...najib menang galakkan...Dan inilah cara najib bunuh kewibawaan Dan perjuangan hindraf, coming soon 'perkasa' ....cuma sekolah Cina shj yg lebih cerdik dari najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 10:39 AM

sedih, orang melayu yang lantang bersuara dinafikan hak nya untuk bersuara.. jadilah semua pemimpim kaki ampu..

shame on them
-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 10:51 AM

betullah apa yang budak tu buat. kalau budak tu berani meletakkan pisau, patutnya pemimpin Melayu lebih berani memotongnya. saya tak nampak pun Irwan bercakap atas kapasiti peribadi sebab dihujung artikelnya beliau sendiri meletakkan:

IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

bagaimana pun sekalung tahniah saya berikan diatas keberanianya walaupun akan membuat UTurn selepas ini. sekurang kurangnya hasrat yang terkandung dilubuk hatinya telah diluahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 11:24 AM

penyakit dlm UMNO dh merebak ke PERKASA!!!! aduh sedihnya mana lg Melayu nk diperkasakan???

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2013 at 11:27 AM

Bro Din, Mintak2 janganlah Irwan tu buat macam budak dalam gambar tu. Jangan minta maaf. Setidak-tidaknya kata itu kenyataan peribadi.

Aku pun pernah berjumpa Datuk Abdul Rahman Bakar satu masa dulu. Sekali jumpa aku tahu sikap mamat ni. Mr 10%. Dia akan dengar cakap Punasihat2 Najib asal dapat projek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 1:21 PM

Bro Din,
Yang patutnya potong barang tu, Najib, bukan budak tu. Nampak sangat berlaku pemimpin-pemimpin Perkasa ni pengampu. Apa yang saudara Irwan cakap tu adalah apa yang kebanyak orang Melayu mahu, kerana pemimpin UMNO telah lari jauh dari perjuangan sebenar UMNO iaitu memertabatkan Melayu/Bumiputra sebagai bangsa yang unggul di negara in, bukan memertabatkan bangsa pendatang yang tak sedar diri dan melampau lebih-lebih lagi yang "envagalista-penganut Cina Christian" dan seketunya yang mempunyai agenda tersirat untuk menguasai pemikiran orang Melayu dengan falsafah mereka.
Saya bangga dengan saudara Irwan, beliau tidak seharusnya mengalah. Banyak lagi pentas saudara Irwan boleh berjuang jika beliau disingkirkan dari Perkasa. Sepatutnya Perkasa kena jadi jurucakap Melayu yang majority mengundi UMNO pada PRU13 lalu kerana cinta dan sayangkan UMNO. Kalau beginilah caranya , datang PRU14 nantui mari kita orang Melayu nasionalis lemaskan UMNO buat seketika sebagai pengajaran.

Sabbas - Ipoh

Post a Comment