........... 26 Ribu Ayam DiRagui Status Halal Di Edar Di KL Sehari ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

26 Ribu Ayam DiRagui Status Halal Di Edar Di KL Sehari !

Thursday, August 1, 20136comments

Tajuk artikel ni pasti bikin gempak tapi bukan niat saya nak mensensasikan sesuatu yang tidak tepat. Cuba baca artikel Bernama dibawah mengenai 3 pusat proses ayam yang diberi amaran keras oleh Jakim kerana tidak ikut SOP.

Apakah maksudnya bila dikatakan - Proses Sembelihan Tidak Mematuhi Standard Halal ? Seterusnya, apakah status ayam2 yang diproses melalui cara sebegitu ?

Bagi saya, ayam2 itu boleh diRAGUI status Halalnya dan bila sesuatu itu kita ragui samada halal atau haram, maka seharusnya kita tinggalkan / jauhi.

Apakah tindakan Jakim terhadap pusat2 proses ayam yang diragui status halal/haram itu ?

Mereka di beri AMARAN, lepas satu minggu akan dibuat pemeriksaan semula. 

Jadi dalam masa satu minggu itu, apakah ayam2 yang diproses menggunakan cara yang tidak mematuhi standard halal Jakim, akan terus diedar kepada umat Islam ?

Apa yang saya ingin timbulkan disini - Kenapa tidak TUTUP saja pusat2 proses ayam itu jika mereka tidak mahu mematuhi standard yang telah ditetapkan ? - Operasi hanya dibenarkan jika ikut standard Jakim.

Tak perlu warning atau amaran. Kena tegas !  
Tak ikut SOP - TUTUP !

Jika timbul masalah sekalipun, ia hanya diperingkat awal jer. Tapi jika ketegasan sebegini di jadikan satu kebiasaan / norma oleh pihak berkuasa ie. tiada kompromi dalam soal halal haram, saya percaya tauke2 pusat proses ayam pun tak berani nak engkar lagi.
 

Dalam kes ini, kita membicarakan tentang status Halal 26,000 ekor ayam sehari !


                                           ***************************************************
 

KUALA LUMPUR - Pemilik pusat pemprosesan ayam di Cheras, Jinjang dan Pasar Chow Kit di sini diberi amaran keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Justeru, mereka diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard itu
dipatuhi dan pegawai Jakim akan membuat pemeriksaan semula di pusat berkenaan, kata Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Yusoff.


Beliau berkata pemeriksaan di ketiga-tiga pusat itu pada 1 pagi ini mendapati pusat berkenaan juga didapati menggunakan arus elektrik kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

"Proses ini tidak mematuhi standard halal Jakim," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ayam selama empat jam di ketiga-tiga pusat itu.

Ops Ayam itu dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri bagi memastikan para pengusaha pusat penyembelihan ayam di Kuala Lumpur mematuhi standard halal.

Operasi ini turut disertai para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menahan seorang pekerja warga Indonesia kerana menyalahgunakan pas kerjanya.

Pusat penyembelihan ayam di Cheras mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor sehari, Jinjang (4,000 ekor) dan Pasar Chow Kit (2,000 ekor). - Bernama

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2013 at 8:26 PM

Salam
teringat satu waktu dahulu ayam kat dinding ditarik balik halalnya. Ada menteri yg kasi balik tak lama kemudian. Ni kasi amaran. Mungkin nak elak harga ayam halal naik harga sebab dah kurang 26 000 ekor yg tak halal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2013 at 9:17 PM

Kira betul la kata2 lebai azhar idrus pasal ayam tak halal dijual di KL yer?!

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2013 at 10:00 PM

@Anonymoushehehe ... mamat tu cakap main lepas jer, bukan ada bukti apapun. Kita bercakap mengikut apa yang dilaporkan akhbar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2013 at 1:17 AM

Amaran aje.... sebelum perayaan berapa banyak ayam dah dijual dan dimakan oleh Orang Islam ?????????????????? BB.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2013 at 8:15 AM

Kalau banyak makan benda haram hati jadi gelap. Itulah antara sebab ada segelintir Melayu hilang jati diri. Bila bercakap tentang perjuangan Islam, Melayu, raja dan negara mereka bersama-sama semangkuk pula dengan kapir harbi mengkritik orang melayu sebagai rasis.

Tak heranlah kerana ada pemimpin Syiah lebih suka makan babi bersama kapir harbi Guan Eng dari makan ayam halal dengan Najib. Semuanya kerana disuap benda haram oleh DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2013 at 11:17 PM

@AnonymousTak apa... Pengarah dan pegawai jakim yang terlibat akan tanggung segala dosa dan keharaman ayam2 yang 26,000 ekor tu.... Mereka banyak dah buat pahala, apa nak kisah kalau tanggung dosa yg mcm tu?
Malaysia atau lebih khusus Jakim adalah penguatkuasa paling pelik selepas kem kesihatan... Benda yang terangan haram, hanya diberi amaran keras? Kenapa berlembut? Takut DAP, cina kiasu? Takut menteri marah? Takut gaji ditahan? Semua ketakutan ini melebihi dari takut kpd azab Allah? Saya sarankan supaya seluruh pegawai jakim pergi semula ke sekolah atau pondok untuk belajar semula bab halal/haram supaya nanti tak disoal diakhirat.
Dulu ada premis yang guna logo halal, hanya didenda, ada restoran palsu logo pun hanya diberi amaran.... Sudah tu minta orang ramai berhati2 dan pilih mana2 restoran dan hotel yang masakannya halal saja, nama mereka tidak dihebahka.... Suruh cari sendiri. Mamposlah korang, kalau ada orang termakan makanan haram, korang tanggunglah jakim....

Post a Comment