........... TPPA - Apakebendanya ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TPPA - Apakebendanya ? ? ?

Sunday, July 14, 201315comments

Saya punya masalah mendapatkan line sepanjang 2-3 hari ni jadi agak ketinggalan dalam mengemaskini diri dalam isu2 semasa. Saya tumpukan perhatian kepada artikel Tun Mahathir mengenai isu Trans Pacific Partnership. - CheDet

Apa yang dapat saya rumuskan dari tulisan Tun, beliau sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam perjanjian dengan Amerika ini yang bakal ditandatangani oleh negara pada Oktober 2013. 

Tun memberi contoh2 perjanjian antarabangsa yang akhirnya ternyata tidak memihak atau merugikan  negara dan memberi peringatan tegas supaya pemimpin2 negara berhati2 sebelum menandatangani apajua perjanjian perdagangan dengan Amerika.

Dan persoalan yang paling penting - Kenapa butiran Perjanjian yang bakal dipersetujui itu diRAHSIAkan ? 

Tun meminta kerajaan supaya lebih telus dan jangan terikat dengan dateline Oktober 2013. Dan meminta supaya negara China, sebuah kuasa besar ekonomi dunia di jemput sama terlibat ...... mungkin sebagai langkah berjaga2 supaya negara2 kecil seperti Malaysia tidak dibuli dengan mudah oleh kuasa besar Amerika.

TPPA ni apakebendanya  ? ?

Kalau baca kenyataan resmi MITI mengenai TPPA ini pasti semuanya molek dan cantik belaka ... MITI, juga baca jawapan MITI kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Chandra Muzzafar - MITI.

Ada disebut yang kerajaan tidak lupa akan tanggungjawab merapatkan jurang sosio ekonomi negara ...

The TPPA team on GP, led by Ministry of Finance, will ensure that the Government maintains the necessary policy space to continue to adopt policies that are aimed at correcting socio-economic imbalances within the country.

Kalau dah semuanya molek dan memberi kesan positif kepada negara, kenapa diRAHSIAkan ?

Salahkah kalau ada rakyat yang skeptikal tentang apa jua perjanjian antara negara kita dengan Amerika ?

Amerika PASTInya mahu yang terbaik buat negara mereka dalam apajua keadaan .... kan ?  - KLiK. Dan waktu sama mereka juga mahukan negara2 lain yang buat perjanjian dengan mereka juga dapat manafaat yang SAMA BANYAK .....kan ? Kira macam mewujudkan situasi menang-menang lah ..... 

TAPI ....... dengan AMERIKA ? ? hmmmm .....

DAN KENAPA DIRAHSIAKAN ?

Bukankah itu contoh terbaik apa yang dikatakan sebagai Kerajaan LEBIH TAHU apa yang baik buat rakyat ? Rakyat jangan banyak soal .... ikut jer. 

Tapi bukankah pernah diwar-war kan yang era Government Knows Best itu sudah berakhir ? Yang kini kerajaan mahu telus bla bla bla .....

Entahlah ..... kalau sampai ketahap Tun Mahathir sendiri tertanya2 apakebendanya TPPA ini, apalagi rakyat biasa.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut persoalan2 yang boleh anda timbulkan mengenai TPPA ini ( ! ), anda boleh baca laman wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu - Aliff Basri.com ... cuba yang ini - ( bertarikh 4 Jun 2013 )


MAKLUMBALAS KEPADA SESI PERJUMPAAN YB MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI (MITI), BERSAMA MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSEKUTU (MTEM) BERKAITAN STATUS TERKINI RUNDINGAN PERJANJIAN TRAN-PASIFIK (TPPA)

PS - Saya alu2kan sesiapa yang dapat berikan pencerahan mengenai TPPA ini ... dengan ringkas dan padat, terutamanya pada persoalan - Kenapa di rahsiakan kalau benar ia menguntungkan negara ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2013 at 8:47 AM

TPPA = Tidak Perlu Pikir Apa

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2013 at 9:39 AM

@YYKenapa nak dikaitkan dengan Apa ? Dia tak bersalah dalam hal ini ... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 1:36 PM

bro din , dia orang ingat malaysia ni macam company bapak dia orang punyaa ( ajib go and the gang) . atau pun telor dah kena picit dek amerika..(najib turun lah, jangan gadai kan negara ini , minta nasihat pada TUN . zaman TUN ,aku rasa hidup sungguh aman bahagia,rasa selamat,tapi sejak Dol bedawi ,sambung ke najib ,hidup bagaikan tak tenteram ,lepas satu satu hal di buat dek najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 5:38 PM

Perjanjian yg tersurat,penuh kerahsiaan dan terikat pada kaki serta tangan seperti TPPA sangat bahaya,walaupun memberi pulangan yg besar dr segi pelaburan luar di dlm negara.Persoalannya, berapa lama sebuah kilang boleh bertahan akibat dr persaingan... di antara 10tahun,15tahun atau 100 tahun.Hak intelek dn perundangan yg di daftarkan di negara anggota,yg nie boleh makan ratusan tahun dn membeban kos hidup rakyat.Katakan meja kerusi kedai mamak tak di patentkan,nak daftar mahal oleh pekilang,maka di haramkan,oleh itu produk dr USA akan masuk secara total.Itu baru satu produk,belum lagi produk2 lain.Stail malaysia lambakkan produk dan bersaing utk dpt harga murah.Mcm2 ler keburukan yg boleh kita fikirkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 6:03 PM

TPPA Tak Payah Pikiaq Amerika

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2013 at 6:05 PM

Salam Ramadhan, read websites on negatives of TPPA, memang agenda dominasi kebebasan negara seperti kata Mantan PM MM. Banyak negara telah tertipu dan didakwa setelah memasuki `geng' mega-treaty ini. Penaklukan dan neo-kolonisasi era baru Amerika.
Peliknya Kjaaan Najib (dengan Tok Pa) beria-ria secara rahsia tanpa berbincang dan membentang di Parliamen suatu tindakan yang melibatkan kesusahan banyak kpd Rakyat ini!
Harap saudara lebih berkesan menepis usaha Amerika ini. Kemungkinan ini dipengaruhi oleh mereka yang dididik diAmerika utk kepentingan peribadi yg tersembunyi.
BO kini bukan membela kepentingan negara2 kecil! TK, Wassalam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 6:15 PM

Daripada hak paten dan perundangan akan mengubah gaya dan penambahan kos hidup kita.Contoh tudung yg tidak di patenkan,nak daftar sgt susah dan kos tinggi,maka kerana hak paten dan perundangan ats perjanjian TPPA,pemakaian tudung di haramkan dan melanggar perjanjian serta boleh di saman atas kerajaan malaysia.Maksudnya apa yg kita ada,kita pakai, kita miliki tanpa ada hak paten adalah salah di sisi undang2 dan boleh di saman mengikut hak perjanjian PTTA.Belum masuk bab2 lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 6:39 PM

PM kita,bekas pelajar dari negara mana? ink go land... kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 7:09 PM

TPPA ..untung bg kaum yg pandai membodek,merasuah,bg pompuan dan mabuk pada mat salleh...mat salleh adalah raja TPPA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 7:57 PM

sekiranya umno menang dalam prk ke 14 maknanya Ah Jib Gol akan membuat tafsiran bahawa rakyat sedia menerima apa sahaja yang diperbuatnya ... iaitu :-

1. rakyat menerima TPPA ... yang aku faham natijah dari perjanjian ini pelabur akan bebas membawa masuk modal (membuat pelaburan) dalam negara berkenaan dan apabila sesuatu berlaku kepada negara berkenaan pelabur dengan bebas menarik balik modal yang dilaburnya ... kerajaan tidak boleh menyekat pengaliran keluar sumber modal yang telah di bawa masuk ke dalam negara berkenaan ... ingat peristiwa hitam kejatuhan ekonomi ... bagaimana tun m telah menyekat pengaliran sumber modal dari negara malaysia bagi mengekang perompakan mata wang oleh george soros ... melihat kepada kegagalan tindakan merompak ekonomi malaysia melalui tindak bijaksana tun m yang menjalankan polisi menyekat pengaliran modal asing keluar dan menyekat pengaliran wang tunai rm 100 dan rm 500 maka ekonomi malaysia dapat diselamatkan ... inilah kekuatan luar jangka tun m ... tetapi menyedari kekuatan ini perlu dilumpuhkan bagi mengekang negara malaysia dan lain-lain negara yang akan mengambil langkah yang sama dengan apa yang diperbuat oleh tun m ... maka pelabur2 amerika yang terdiri dari puak rakus kapitalis telah merangka TPPA agar ekonomi negara berkenaan dapat dikuasai dengan mudah dan negara berkenaan terus bergantung kepada amerika ...
ingatlah bahawa negara besar tidak pernah puas dengan negara kecil malaysia ... ingat bagaimana servis s yang dipergunakan oleh anak2 sidek dalam menguasai pertandingan badminton ... akhirnya servis s itu diharamkan ...

memang pada awalnya apa yang ditawarkan oleh amerika nampak cantik ... melalui perjanjian ini pada peringkat awal pelabur amerika akan datang beramai-ramai dan membuat pelaburan ... itu yang MITI kata cantik tu ... pelabur datang beramai-ramai dan dengan ini peluang pekerjaan bertambah ... luarnya nampak cantik ... tetapi hak pelabur menarik keluar pelaburan hendaklah dibebaskan ... natijahnya jika george soros mahu memanipulasikan kewangan negara berkenaan maka dengan mudah dia membankrapkan negara tersebut ... di mana para pelabur akan bersekongkol dengannya dan mereka akan menarik pelaburan yang ada di dalam negara malaysia ... dan kerajaan tidak boleh menyekatnya ...

2. rakyat bersetuju Akta Hasutan dihapuskan sama seperti setujunya agar ISA dan Ordianan Darurat dihapuskan ... maka apabila jenayah meningkat ... barulah Zahid Hamidi mengaku kesan daripada kedua-dua undang-undang tersebut dihapuskan maka berleluasalah penjenayah melakukan jenayah ... nampaknya Ah Jib Gol tidak pernah serik untuk merosakan negara malaysia ini melalui tindakannya yang pra matang ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2013 at 10:22 PM

Din aku tidak dapat bayangkan bahaya bala bencana yang akan menimpa negara malaysia ini akibat tindakan ah jib gol menandatangani TPPA ini ...

kebebasan pengeluaran wang yang dilaburkan oleh para pelabur dan kerajaan malaysia tidak dapat menyekatnya dengan melaksanakan apa-apa undang-undang adalah ibarat menyerahkan kepala kepada puak gangster untuk disembelih tanpa ihsan.

aku akui melalui persetujuan terhadap TPPA ini kerajaan akan dapat menarik pelabur amerika (baca yahudi) masuk ke dalam negara malaysia. maka pelaburan bertambah dan perindustrian berkembang dengan pesatnya ... cukai dan pelbagai pendapatan dapat dikutip melalui keuntungan pelaburan dan perindustrian ini ... kerajaan memperolehi pendapatan yang lumayan melalui keuntungan pelaburan tersebut ... kakitangan kerajaan akan menikmati pelbagai bonus dan elaun ... rakyat yang lain mendapat manfaat melalui pelbagai sumbangan yang akan kerajaan berikan ... rakyat mendapat pekerjaan melalui perkembangan pelaburan ... kerajaan akan dilihat sebagai sangat berjasa kepada rakyat ...indah dan menarik bunyinya ...

apabila semua itu dinikmati oleh rakyat maka ah jib gol dan mustapa mamat akan heboh berbicara betapa bijaknya kerajaan dalam mengurustadbir negara ...

aduhai ... oh aduhai ... panas jangan disangka sampai ke petang ... perjanjian yang dibuat itu sebenarnya adalah perjanjian dengan iblis dan syaitan besar ... kerana di sebalik semua itu sebenarnya perjanjian itu adalah dengan puak yang dilaknat Allah ... yahudi ... dan ianya dibuat melalui kerajaan amerika ... sebenarnya kerajaan amerika tidak terlibat pun ... ianya adalah antara pelabur yang menguasai kerajaan amerika dan negara malaysia ...

apa kata jika negara israel menyerang dan membelasah rakyat palestine tanpa belas ... dan negara lain akan melihat negara malaysia ... yang suatu ketika dulu begitu perihatin membela rakyat palestine dengan bersuara di PBB ... OIC ... dan pelbagai kaedah lagi ... bagaimana suatu ketika dahulu negara malaysia begitu berani menghantar skuad putra untuk membantu memberi makanan, pakaian dan ubatan kepada rakyat palestine ...

persoalannya akan adakah akan ada keberanian seperti itu lagi selepas TPPA ditandatangani? apa kata jika tiba-tiba para pelabur mengugut mahu menarik semua pelaburan yang mereka telah perbuat sekiranya malaysia tegas mahu mempertahankan palestine ... dan pelabur mata wang yang sedang menguasai Ringgit Malaysia pun turut memberi ugutan yang sama ... iaitu menjual Ringgit Malaysia dengan harga yang rendah serendah-rendahnya ... bayangkan penguncupan yang akan berlaku akibat dua durjana ekonomi ini ... pelabur dan pedagang mata wang ... sedangkan kerajaan tidak mampu membuat apa-apa tindakan untuk mengekang penguasaan mereka ...

Akhirnya ... walaupun nwar berahi kekal sebagai pembankang dan yahudi gagal menguasai malaysia melalui nwar berahi ... tetapi melalui TPPA ini yahudi berjaya menguasai ah jib gol yang memimpin malaysia ...

alangkah bijak laksananya orang tua dulu-dulu ... teori RAHMAN rupanya bukanlah sebuah teori ... tetapi suatu ilmu laduni yang dibuka oleh Allah kepada mereka (orang tua dulu-dulu) ... maka benarlah bahawa Ah Jib Gol adalah perdana menteri malaysia yang terakhir ... kerana tidak pernah ada cerita pun selepas huruf N ... Najib alias Ah Jib Gol siapakah perdana menteri malaysia ... kerana selepas itu (selepas ah jib gol menandatangani TPPA)siapa pun perdana menteri malaysia ianya perlu merujuk dahulu segala buah fikran kepada amerika (baca yahudi) sebelum dapat dilaksanakan dan dibentang ke dalam parlimen yang mulia itu ...

Aku tidak tahu bagaimana kita mampu menyampaikan isyarat bahawa kita menolak TPPA ini melainkan Rakyat Kuala Besut yang sedang bergelut dengan PRK kali ini ... penolakan rakyat kuala besut kepada umno kali ini adalah bermakna penolakan rakyat amnya kepada TPPA dan penghapusan Akta Hasutan yang sedang diusahakan oleh ah jib gol ... biarlah ah jib gol ... gol seorang diri ... jangan rakyat malaysia seluruhnya gol sama ... renung-renungkanlah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2013 at 12:45 AM

bro din... ni modal pau ni... kalu takde apa apa memang semua jantan dalam umno setuju tukar parti umpon kehehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2013 at 1:03 AM

bro din ... tak nak komen pasal ayam ke? nasib baik mentri tu tak suruh tukar makan bak kut teh kehehehe...jemaah menteri di mlaysia semua pondan... ayam mahal, jangan makan ayam, ikan mahal, jangan makan ikan, daging mahal, jangan makan daging,..last nanti suruh rakyat makan angain kot...monopoli cina di malaysia unlimited...quran pun boleh jual kat low yat.. apa sangat la pasaran makanan... kesimpulan aku jemaah menteri dari ketua sampai timbalan dan ksu semua pondan mentekedarah duit untuk tembolok masing masing...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2013 at 8:18 AM

Pelabur-pelabur amerika akan membawa masuk modal duit dollar yang sebenarnya tidak ada nilai kerana boleh dicetak sesuka hati.

Kita pula nak melambakkan modal yang tidak mempunyai sebarang sandaran melainkan sandaran spekulatif dan kita juga nak melambakkan duit dollar sebagai modal dalam negara kita yang bagi Tun nilainya adalah seperti kertas lap jamban.

Ironinya kita mempertaruhkan negara kita untuk modal yang sebenarnya tidak wujud secara realiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2013 at 12:14 PM

salam,

kita orang kecil memang tak faham selagi org yg besar pun tak faham. hanya org yg mahir dan tajam pemikiran aje yg mampu utk berfikir ke hadapan. mungkin sekarang ni para menteri dan pengarah , ksu, tak fikir yg buruk. semua dok fikir harmoni dan budaya bersangka baik. tak macam TDM yg asyik fikir baik dan buruk. maka sekarang ni tak perlu lagi fikir buruk. yg buruk tu kalu berlaku baru fikir. dah roboh, buruk, jahanam, lingkup baru fikir. selagi tak cuba, tak ada kapal terbang ( mungkin itu yg ada dalam kapla menteri dan pengarah, ksu). harap, biarlah penjanjian itu disebarkan, biar ada yg bijak pandai mentafsir dan memberi cadangan agar lebih baik kepada malaysia dan berpihak kpd kita.

Post a Comment