........... TITAS - Komen Bernas Dari TPM Dan Dr Ridhuan Tee | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TITAS - Komen Bernas Dari TPM Dan Dr Ridhuan Tee

Friday, July 19, 20132comments

Artikel ini merupakan komen bernas dari Muhyiddin dan Ridhuan Tee mengenai subjek Tamadun Asia ( TITAS ) yang dipertikaikan oleh ahli parlimen DAP. Diharap dapat membantu kita lebih memahami isu ....


"Kita sudah mulakan (subjek Titas) di peringkat IPTA sekian lama dan ia tidak menjadi apa-apa isu walaupun yang mengikuti subjek ini juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan Islam," 

Muhyiddin berkata subjek Titas akan meningkatkan pemahaman terhadap tamadun yang utama di Asia termasuk tamadun Islam, Hindu dan China agar pelajarnya dapat menghargai nilai agama yang murni, memahami pencapaian dan kemajuan dalam membentuk satu tamadun yang hebat dalam bidang sains teknologi, astronomi, kimia serta fizik perubatan.

"Dengan memahami nilai-nilai murni setiap agama, kita dapat mengikis sebarang rasa prejudis terhadap penganut agama yang lain dan sekali gus saya yakin kita dapat meningkatkan persefahaman serta mengukuhkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini,"

"Bagi kita yang hidup dalam sebuah masyarakat majmuk, cabaran besar yang kita hadapi dari dahulu sehingga kini ialah bagaimana untuk menjadikan pendidikan sebagai satu wahana perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  
"Murid-murid yang dididik daripada latar belakang, kaum dan agama yang berbeza perlu dibimbing supaya mereka menghormati adat resam, budaya dan agama yang dianuti semua," -
SINAR.

Dibawah pula petikan dari blog Dr Ridhuan Tee

- Subjek ini bukan sahaja mengajar tamadun Islam seperti yang didakwa, tetapi juga tamadun China dan India. Kenapa tamadun Islam sahaja yang dipersoalkan? Sedarlah Melayu dalam DAP, keluarlah dari parti perkauman ini. DAP adalah musuh Islam.

- Selaku ketua program subjek teras universiti, TITAS bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi telah diadunkan tamadun dunia yang terutama tamadun China dan India. Pada ultra kiasu ini, mengajar tamadun Islam tidak boleh, tetapi mengajar tamadun China dan tamadun India tidak mengapa? Pemikiran rimba apakah ini?

- Orang Melayu tidak pernah bisingpun tamadun China dan tamadun India yang wajib diajarkan. Pelajar Melayu terima seadanya bagi menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah sifat melayu yang amat saya puji.

Peliknya bangsa lain tidak mahu cuba belajar tamadun bangsa lain, terutama tamadun Islam yang menjadi teras agama orang Melayu. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang telah berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur. Sebalik mempunyai cita-cita jahat yang terselindung.

- Untuk makluman, kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat); Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu; Tamadun China; Tamadun India; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Globalisasi; dan Islam dalam proses pembangunan negara.

Seperti subjek kenegaraan, tujuan untuk memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama. Pertama, membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban dan kedua; memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.

Selepas mengikuti kursus ini kita harapkan pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek-aspek utama tamadun, tamadun Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan. Seterusnya memahami dan mengaplikasi pengetahuan tentang ciri-ciri tamadun dalam kehidupan bermasyarakat 

TITAS amat penting kepada rakyat Malaysia yang ingin hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Negara lain, kebanyakan sebangsa, mungkin mereka tidak perlu mempelajari banyak tamadun berbanding kita di sini.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2013 at 8:47 AM

Pemikiran rimba apakah ini?

suka soalan di atas :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2013 at 11:48 AM

Lepas PRU13, mereka dah rasa kuat. Apa-apa yang ada unsur Islam aje, itu yang ditentang.

Mereka lupa mereka dapat hidup di sini, senang-lenang daripada tiada apa-apa adalah juga kerana sikap toleransi yang diajar oleh Islam

Post a Comment