........... The New Village - TAHNIAH Zahid Kerana Cepat Bertindak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

The New Village - TAHNIAH Zahid Kerana Cepat Bertindak !

Monday, July 29, 201313comments



TAHNIAH Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana SEGERA bertindak menangguhkan penayangan filem The New Village kerana perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.

Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.- Mkini.


Begitu juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini.- BERNAMA.

"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis dan perkauman, kita tidak ragu-ragu bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," tegas Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata FINAS boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.

Ahmad Shabery berkata jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.

"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online boleh dibuat
.


Betul, saya setuju. Kita belum tengok pun lagi dah tuntut ia diharamkan .... mana boleh begitu.

Makanya dalam artikel terdahulu saya mohon FINAS Segera Beri Penjelasan. Tapi tang Finas tu, saya nak minta maaf lah. Saya tak jumpa perkataan LPF atau Lembaga Penapisan Filem semalam hehehe ... Sebenarnya yang saya maksudkan adalah LPF sebagai badan yang telah meluluskan filem itu bagi penayangan umum, bermakna LPF yang sudah menontonnya terlebih dahulu pasti berpendapat TIDAK ADA sebarang unsur mengagungkan pengganas komunis dalam filem itu.

Kalau tidak, mana mungkin LPF luluskan ..... kan ? kan ?

Jadi LPF adalah pihak yang seharusnya segera tampil memberi penerangan kepada rakyat. Filem itu tidak  perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya .... sebagaimana kata Zahid.

Apakah Zahid tidak percaya kepada ketelusan dan kemampuan mereka yang terlibat dari Lembaga Penapisan Filem ?

Biar pihak LPF beri penjelasan dulu ..... kemudian baru dibuat satu tontonan KHAS kepada satu Jawatankuasa Anti Pengagungan Fahaman Komunis yang ahlinya mesti bukan saja fasih dalam bahasa cina tapi juga mampu memahami lengguk bahasa cina supaya dapat menangkap sebarang mesej halus yang tersirat disebalik apa yang tersurat .... jika ada.

Saya cadangkan Prof Dr Ridhuan Tee dan Prof Tee Kok Seong menganggotai JK ini.

Dan jika filem ini didapati mempunyai unsur2 negatif seperti yang kita ragukan, diharap ia diharamkan terus dari penayangan dan penerbitnya dibawa kemuka pengadilan dibawah tuduhan MENGHASUT , MENIMBULKAN MASALAH PERKAUMAN DAN PALING PENTING -  PEMBELOT NEGARA !

Mereka di LPF yang bertanggungjawab meluluskan filem Komunis ini juga harus diminta meletakkan jawatan mereka ! .... kerana mereka telah GAGAL dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Jika akhirnya dipersetujui filem itu bersih, well .... jom kita tonton ramai2 !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 3:30 AM

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 3:33 AM

@mellowTerimaKasih diatas link yang memberikan info baru - Tiada tapisan filem mulai 2012

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini,"


....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 3:35 AM

@dinturtleTapi..... kenapa Zahid sebut - 'Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas....' ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 4:29 AM

eleh...dalam trailer dia pun dah terang2 kutuk Najib..."u tolong i, i tolong u..."

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 4:34 AM

haramkan sahaja filem ini sbb bukan bahasa kebangsaan pun...kiasan dalam chinese mana orang kita paham

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
July 29, 2013 at 5:19 AM

Apa punya susah daaa??? HARAMkan terus apa jua filem yang tidak menggunakan 100 peratus Bahasa Malaysia kan senang? Atau nak lebih afdal, apa jua bentuk filem yang di arah kan oleh mereka yang bukan Melayu, di haramkan secara otomatik.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 5:46 AM

Ganazzzz nya korang ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2013 at 9:15 AM

Lagi satu, dah tentu filem ini memesongkan fakta sejarah berkenaan Kampung Baru. Wajar diharamkan atas fakta sejarah terpesong dikhuatiri fakta terpesong akan dijadikan kebenaran oleh generasi muda dan akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2013 at 9:32 AM

Salam,
zahid dah dpt persetujuan ah jib gor tak? Malu kang kena tarik balik statement berani tu. Mau yg kena maki oleh menteri lain. Bekerja utk bodek pm, bkn utk negara, agama dan bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 11:59 AM

Haram kan babi!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 4:32 PM

tak kemana nya cakap zahid tu...tengok la nanti

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 9:46 PM

Dah tengok "My New Village" kat Astro? Lupa chanel berapa. Dah nampak cam sejarah sedang ditulis semula. terasa ada semacam propaganda di situ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2013 at 7:59 PM

Sekarang puak DAP tengah target Zahid. Dia bakal diesnyapkan. Diharap semua menteri melayu bersuara senada dengan Zahid supaya mereka tidak mempunyai peluang. Dah fed-up dengan suasana sekarang di mana puak DAP pasti menang akhirnya. Lembik sungguh menteri menteri melayu ni. Except Zahid.

Post a Comment