........... The New Village - DiMana Silapnya ? ( Jika Benar Ada Unsur Negatif ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

The New Village - DiMana Silapnya ? ( Jika Benar Ada Unsur Negatif )

Wednesday, July 31, 20135comments




Kenyataan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek bahawa Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan meneliti filem 'The New Village' dari pelbagai perspektif terutama unsur yang boleh disalah erti dan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat sebelum memutuskan sama ada ia sesuai untuk tayangan umum, seharusnya melegakan kita .... buat sementara sehingga keluar hasil penelitian itu. - Mkini.

"Dan sekiranya filem ini tidak sesuai ditayangkan, kita yakin LPF akan menarik semula filem itu untuk tontonan umum,"

Bukan niat saya hendak memanjangkan isu tapi bila ada info yang bercanggah, terpanggil juga nak sebut. Maksud saya bila Shabery berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga akan memainkan peranan dalam memantau kandungan filem tempatan dan boleh membantu menentukan sama ada sesuatu filem itu sesuai untuk tayangan umum.

Kemudian mengambilkira kenyataan Pengerusi LPF Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap yang laporan lengkap penelitian semula terhadap filem berkenaan akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu ini.

Sebelum ini ada seorang pembaca bernama mellow yang mengirim link kepada artikel Utusan bertarikh 22/12/2011 yang melaporkan -

Tiada tapisan filem mulai 2012

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.


"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

SUDAH TUKAR KA ? Ada tapisan atau tidak ada oleh LPF bermula 2012 ? Takperlah, saya anggap yang langkah diatas tidak jadi di implementasikan dimana LPF masih melakukan tapisan, lagipun Pengerusi LPF ada menyebut 'penelitian SEMULA'.

Penerbit The New Village pula mendakwa -

"Filem berkenaan telah melalui semua proses termasuk tayangan LPF dan diberikan klasifikasi P13 tanpa sebarang potongan,” kata penerbit filem berkenaan dalam satu kenyataan di Facebook. - Mkini.

Faktanya sekarang - Filem The New Village SUDAH PUN melalui proses saringan / tapisan oleh LPF dan pihak LPF tidak mengesan sebarang masalah dengan filem itu. Ia telah diluluskan tanpa sebarang potongan.

Sekiranya saringan kedua mendapati wujud unsur2 negatif dalam filem itu, Shabery harus siasat kenapa ia diluluskan sebelum itu. Apakah pihak LPF buat kerja sambil lewa atau terdapat sebarang perkara pelik.

Takkanlah setiap perkara perlu dijadikan kontroversi baru ia hendak di ambil serius ?

TAPI kalau ternyata tidak ada apa2 masalah, jom kita tonton ramai2 ...

PS - Kalau benar LPF telus dan jujur dalam tugas, mereka seharusnya tampil memberi penjelasan kenapa filem itu telah diluluskan.... contohnya, nyatakan yang mereka telah tapis dan mendapati tidak ada sebarang unsur negatif. Kenapa perlu di tapis buat kali kedua ?

Negara kita dah terlalu banyak agensi kerajaan dan undang2 bagi memastikan rakyat dapat hidup aman makmur ..... asalkan semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing2 dengan ikhlas dan penuh komitmen.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2013 at 9:39 AM

Rasanya kerja sapa yang memandai-mandai mansuh peraturan penapisan filem ni ya?

Bantahan puak minoriti sikit jer dah takut. Walhal puak majoriti yang menyokong diketepikan. Semuanya kerana nak jilat dan ambil hati.

Jangan kata Melayu ekstrim kerana bertindak sendirian jika kerajaan sendiri lembik ambil tindakan tegas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2013 at 2:05 PM

nak bagi senang kerja tak payah tapis2, waktu kerja boleh facebook buat business sampingan.

Cissss dah le kerja 5 ari gaji tinggi tiap2 tahun naik gaji bonus lagi, waktu kerja dia buat biz tambahan......



....................
Reply To This Comment ...................
July 31, 2013 at 8:05 PM

semua boleh nampak link ni.. sinar harian pon ade dalam google. ape2 pun tindakan kerajaan untuk membuat penelitian semula adalah terbaik untuk menjaga keharmonian negara. tahniah Zahid!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2013 at 10:45 PM

LPF ni ingat cuma nk tapis bab sex dan lucah je kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2013 at 2:24 AM

@Anonymous kenapa tak diminta sprm memeriksa tembolok mana2 pegawai LPF yang buncit? Manalah tau kannnn?

Post a Comment