........... TAMAK KUASA - PAS Kejam Pada Tan Sri Azizan Dan Rakyat .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAMAK KUASA - PAS Kejam Pada Tan Sri Azizan Dan Rakyat ..

Tuesday, July 30, 20134comments


Baca saja tajuk diatas, saya pasti ramai yang dah melontar pelbagai persepsi terhadap saya -  Ni DT dah kemaruk nak Pilihanraya Kecil la ni .... kan ? kan ? Terpulanglah nak fikir apapun. Kalau takut dilambung persepsi, jangan tulis blog politik !

SERIUSLI ... Fikirkan benda ni - Kenapa nak tunggu seorang wakil rakyat itu mati dulu baru hendak dilepas dan dipertandingkan kerusinya ? ( selain dari hilang kelayakan atas dasar undang2 )

Bagaimana kalau seorang wakil rakyat itu sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas2nya sebagai seorang wakil rakyat disebabkan faktor kesihatan ...... bukankah lebih baik dilepaskan saja jawatan itu kepada orang lain ?

Mana yang lebih penting disini - Kebajikan Rakyat atau Kebajikan Wakil Rakyat  atau Kebajikan Parti Yang Wakil Rakyat wakili ?

Janganlah TAMAK dan GILA KUASA hinggakan tidak mahu melepaskan kuasa walaupun sedar keadaan diri yang sudah tidak lagi ...... sihat. 

Dan kepada parti Pas pula, Janganlah GILA KUASA memaksa wakil rakyat yang sudah tidak mampu lagi berkhidmat sebagai wakil rakyat supaya terus memegang jawatan, supaya dapat dielakkan kerusi daripada dipertandingkan semula.

Mana yang lebih penting - Parti atau Rakyat ?

Dalam kes bekas MB Kedah ini, laporan media terakhir yang saya jumpa adalah bertarikh 13 Jun dari Utusan - KLiK. Waktu itu beliau masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) namun keadaannya semakin stabil.



Laporan TERKINI yang saya terima dari sumber yang boleh saya percayai, Tan Sri Azizan masih dirawat dalam hospital, dan beliau sedang demam panas. Malah beliau juga dikatakan terlalu lemah untuk bertutur.

Difahamkan sejak kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, Tan Sri dirawat terus dalam wad.


Saya tidak percaya yang Azizan jenis yang TAMAK KUASA..... Pasti parti PAS yang tetap berkeras tidak mau  kerusi DUN Sungai Limau yang dimenangi Azizan dilepaskan.

Pas bukan saja KEJAM kepada rakyat .... tapi juga kepada Tan Sri Azizan.


                                      *******************************

Ini saya copy dari sebuah artikel mengenai syarat2 untuk menjadi seorang pemimpin dari sudut Islam

Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan
Firman Allah swt.
لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)


saya salin dari sini.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2013 at 11:47 PM

salam,

semua wakil rakyat akan bantah. biarla dapat elaun buta tanpa kerja daripada letak jawatan. masa sihat pun ponteng persidangan, apatah lagi kalu sakit. kira peluang untuk ponteng la tu. tan sri tu pilih diri sendiri untuk bertanding walaupun sedar diri tak mampu nak berkhidmat lagi. bukankah bermaksud nak makan elaun buta tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2013 at 2:33 AM

PAS nampaknya tak yakin dapat mempertahankan DUN Sungai Limau seandainya PRK diadakan. PAS nampaknya takut tragedi Kuala Besut akan berulang di Sungai Limau pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2013 at 2:17 AM

Kalaulah dikira dari segi amalan islam (bukankah itu yang selalu dimomokan kpd rakyat oleh pas?).... Ust azizan sudah boleh berundur dan menyerah jwt. Setiap saat masa bertugas adalah dihitung dimashyar. Kalau kita tidak mampu, maka adalah menjadi kewajipan untuk kita pulangkan hak rakyat? Mereka mungkin tahu, banyak ostd dlm pas.... Tapi ketamakan dunia (mungkin bukan ust Azizan) menjadikan pas membelakangkan syariat.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2013 at 2:49 PM

Kes ini sama la dengan kes Shahnon Ahmad dulu.Waktu dia totok PAS.Dia dh sakit teruk hingga ada khabar mengatakan beliau lumpuh dn sebagainya.Tp PAS tetap mempertahankan jawatan.

Sama jugak kes Uts.Azizan ni.Sebenanrnya PAS bukan takut nk PRK.Sy sebagai org Kedah amat faham kekuatan PAS di Sungai Limau yg diwakili oleh Ustaz Azizan.Kwsn itu mmg HIJAU.Susah utk umno tembus setakat nk kurangkan majority boleh kot.

Tp Pas lbh bimbang pd perpecahan parti sendiri.Siapa kata umno jer berpecah? Perpecahan mula melanda Pas malahan perpecahan Pas Kedah adalah sgt teruk.Cuma diaorg ni pndai tutup segala keburukan diaorg dgn jubah dan serban.

Bukan rahsia lagi cerita pasal Azizan vs Pahrolrazi,Azizan vs Amiruddin,Mahfuz vs Pahrolrazi.Byk mslah PAS ni din.

Post a Comment