........... TAHNIAH ! SPR Telah Buktikan Yang Ia Satu Badan Bebas Dan Bertanggungjawab ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH ! SPR Telah Buktikan Yang Ia Satu Badan Bebas Dan Bertanggungjawab !

Friday, July 5, 201311comments

Semalam Utusan melaporkan usul dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tentang mengadakan siaran langsung melalui RTM proses pengiraan undi di Prk Kuala Besut supaya rakyat boleh menyaksikan ketelusan dan keadilan pihak SPR dalam menjalankan tanggungjawabnya.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi nanti sehinggalah keputusan diumumkan, sudah pasti kita akan mencari kaedah terbaik untuk membuat liputan terbaik kepada rakyat," - Utusan.

Ramailah blogger yang menyiarkan berita ini semalam. Ramai yang beranggapan tindakan ini adalah sesuatu yang baik dan menerimanya sebagai satu perkara yang pasti. Saya sendiri suka dan menyokong akan idea tersebut.

Sebaliknya pihak SPR membuat keputusan -

Mengenai cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk SPR memberi ruang kepada RTM membuat liputan secara langsung pada proses pengiraan undi itu bagi mengelak rasa curiga rakyat seperti insiden lampu padam yang berlaku sebelum ini Abdul Aziz berkata, setelah berbincang dengan kesemua panel SPR, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRK kali ini.
 
 "Jika RTM mahu rekod pada proses pengiraan undi, SPR juga tidak dapat elak daripada pihak lain juga untuk rekod. 
 
"Jadi SPR telah buat keputusan, bahawa kalau kita inginkan rakaman proses pengiraan undi itu, akan diuruskan oleh SPR sendiri tidak dari pihak lain," katanya.
 
Tambah beliau, parti yang bertanding tidak perlu bimbang kerana seperti kebiasaan akan ada wakil calon turut sama dalam bilik pengiraan undi itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menolak pada pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan rakaman secara langsung pada proses pengiraan undi.

"SPR adalah satu badan bebas, kita harus pertimbangkan permohonan-permohonan lain.

"SPR boleh berbincang dan kita akan maklum keputusan itu kemudian," katanya. - mStar .
 
Apa yang ingin saya highlightkan disini adalah jawapan Abdul Aziz yang JELAS menunjukkan betapa BEBASnya SPR dalam membuat keputusan tanpa perlu terikat atau tidak perlu membabibuta mengikut kata Menteri. SPR juga punya perkiraan dan faktor2 lain yang perlu dipertimbangkan

Semua pihak boleh membuat cadangan dan permohonan tapi keputusan adalah ditangan SPR. 

Perkara ini kecil dan ramai yang tidak perasan tapi bagi saya, kenyataan Pengerusi SPR itu membuktikan yang SPR merupakan satu badan yang Bebas dari pengaruh kerajaan.

Seperti juga kes dakwat kekal, setelah heboh diperlekehkan oleh pihak PR dan dijadikan modal utama protes Anwar, secara logiknya kita beranggapan SPR akan menolak penggunaannya untuk Prk Kuala Besut. Ini jawapan Abdul Aziz -

"Dakwat kekal akan terus digunakan, kecuali undang-undang dipinda. Dakwat kekal adalah syarat mengesahkan undi seseorang itu.
 
"Bagaimanapun dakwat kekal yang bebeza akan digunakan,"
 
Sekali lagi keputusan itu membuktikan yang SPR tidak boleh bertindak sesuka hati, ia terikat dengan undang2. Pihak PR juga yang menuntut dakwat kekal dan hasilnya undang2 digubal untuk menjadikan dakwat kekal sesuatu yang wajib ada. 

Dalam soal ini saya berpendapat, adalah lebih bertanggungjawab sekiranya Anwar dan PR yang tidak puashati dengan dakwat yang digunakan sebelum ini, tampil memberi cadangan jenis dakwat yang lebih baik. Jangan hanya tahu komplen saja ....


 
                                       ********************************
 
Tarikh2 penting PRK KUALA BESUT seperti yang diumumkan SPR -
 

Tarikh Penamaan Calon : 12 Julai 2013

Tarikh Pengundian Awal : 20 Julai 2013

Tarikh Pengundian Sebenar : 24 Julai 2013

 

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 5, 2013 at 6:26 PM

Din, engko buat siaran langsung tak masa PRK Kuala Besut tu nanti?

PRK kali ni adalah penting kerana ianya menjadi penentu kepada siapa yang layak menubuhkan kerajaan di Ganu. Sama ada UMNO atau PAS? Satu undi adalah terlalu amat berharga sekali.

Berbalik kepada SPR, mungkin adalah lebih baik sekiranya SPR menggunakan sistem biometrik bagi menggantikan dakwat kekal. Ini kerana kita khuatir pengundi-pengundi hantu mungkin akan mengambil kesempatan. Siapa yang disyaki sebagai pengundi hantu? Bangla? Tak mungkin, sebab dari jauh pun kita boleh mengecam wajah mereka. Saya cuma risaukan kemungkinan pengundi hantu yang datang dari Tanah Besar Cina. Ini kerana, wajah mereka hampir sama dengan wajah penduduk tempatan. Sukar untiuk dibezakan.

Adakah Mat Said akan mempertahankan kubu kuat BN kat Kuala Besut? Nantikan perkembangan terkini PRK Kuala Besut dari blog Dinturtle.

P/S :
Din, aku dah tolong promo blog engko ni, Din. Engko kena belanja aku kopok leko ngan nasik dagang.

....................
Reply To This Comment ...................
July 5, 2013 at 6:42 PM

@AnonymousSaya rasa sebelum boleh diperkenalkan apa jua sistem untuk Pilihanraya, Parlimen kena luluskan dulu. Spr cuma menjalankan apa yang termaktub.

Bagi saya, Biometrik adalah lebih moden berbanding dakwat yang hanya dipraktikan dinegara2 dunia ketiga, ia mudah dimanipulasi. Mungkin sebab itu PR mahukan cara dakwat.

Lagi pun dalam isu dakwat, yang dikecohkan bukan sistemnya tapi jenis dakwat yang digunakan, Sebab itu saya minta ANwar sendiri yang berikan cadangan contoh2 dakwat yang kekal tapi waktu sama perlu ikut syarak.

Takpun adakan SATU saja pusat mengundi dan minta Anwar jaga dipintu masuk. Semua kena calit Anwar.

Sesiapa nak masuk kena lalu depan Anwar, bagi dia bau jari...dia mesti kenal milik siapakah bau itu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 5, 2013 at 6:57 PM

Bau jari ek. Baguslah engko ni din. Ini bolehlah dikatakan sebagai cadangan luar kotak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 5, 2013 at 11:20 PM

Kalau tak silap, pembangkang yang tidak bersetuju dengan sistem biometrik.Cadangan pernah dibuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2013 at 7:51 AM

Kenapa nak melayan tuntutan pembakangkang ni? Apa lagi yang tak telus di SPR? Pembangkang tak pernah dan tak akan cakap SPR adil selagi mereka tak menang. Mereka tak pernah jujur.

Kenapa kerajaan harus melayan tuntutan mereka? Kenapa kerajaan harus defensif? Siapa yang berkuasa sekarang? Kalau takut pegang kuasa, baik serahkan aja kepada orang yang berani.

UMNO perlukan pemimpin yang berani.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2013 at 12:30 PM

din ... engkau kata mahu beri signal kepada ah jib gol bahawa dasar dia sebagai bapa liberal dalam umno perlu ditentang ...aku melihat bahawa PAU tidak mungkin menyebabkan ah jib gol berundur ... bahkan dia akan kekal bertahta di singgahsana presiden umno ...
dan nampaknya tidak ada cara lain untuk menghantar signal kepada ah jib gol ... melainkan semasa prk di kuala besut ... salah sebuah daerah dalam negeri kelahiran engkau ... maka marilah kita berkempen untuk pas ... walaupun aku benci kat pas ...
tetapi demi sebuah perjuangan memartabtakan kembali umno tidak ada salahnya engkau berkempen untuk pas ... kerana apa yang aku nampak hanya melalui kaedah ini signal bahawa dasar dan tindakan ah jib gol yang mana kita tidak bersetuju itu kita tolak ...
dan secara tidak lansung engkau mampu promote kan diri engkau yang dipandang sebelah mata oleh pimpinan umno terengganu dan kurang membantu engkau ... persoalannya adakah engkau berani ...

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2013 at 1:09 PM

@AnonymousTidak semudah itu saudara .... Perlu ambilkira juga apakah mesej itu benar2 tersampai, takut disalahtafsir jer.

Paling penting, % pengundi yang celik internet, yang baca blog di Kuala Besut amat rendah. Jadi ia bakal backfire !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2013 at 3:01 PM

salah tafsir adalah satu hujah yang dangkal ...

adakah boleh dikatakan sebagai salah tafsir apabila engkau melihat bahawa perjuangan islam di persada politik malaysia semakin layu ...
jika pas dengan taat dan akurnya merunduk kepada khalifah lim ...

apa kurangnya umno ... mereka pun tidak mahu ketinggalan untuk patuh dan sujud kepada mca ...
walhal dalam pru 13 ... bn mengalami kekalahan dibanyak kerusi kerana puak kuning ini tidak undi pun bn ... tetapi kerajaan bn kekal berkuasa ... untuk apa umno merayu, taat dan patuh serta sujud kepada puak kuning ini ...
anda boleh baca ketaatan umno kepada mca dalam blog ini :- http://azlantaib.blogspot.com/2013/07/muhyiddin-tewas.html

begitu juga dengan pkr ... apabila nwar berahi menyatakan bahawa dia perlu merujuk dan mendapat nasihat dari ambigal dan khalifah lim sebelum memberi kata putus tentang undang-undang murtad tersebut ...

masing-masing pemimpin melayu baik dalam umno, pas, mahupun pkt mahu berlumba-lumba mendapat syafaat dari puak kafir harbi sebelum memutuskan bahawa sesuatu undang-undang untuk kepentingan islam dan melayu diluluskan ...

so ... jangan bicara pasal perjuangan islam dan melayu ... simpan saja dalam poket buat kenangan ... atau pemimpin umno, pas dan pkr melantik puak kafir laknattullah menjadi penasihat agama islam dalam membuat draf dan perlaksanaan undang-undang islam ...

apakah tafsiran yang dibuat oleh umno apabila puak kuning itu tidak mengundi mereka (bn) ... apakah kerana merasakan bahawa umno terlalu keras kepada puak kuning maka umno kini mahu menjadi lembut dan lembik kepada puak kuning
dengan tujuan menarik undi dari puak kuning ...

sebenarnya aku melihat bahawa untuk menarik perhatian dari pemimpin umno kita kena menentang mereka ... lihat sahaja bagaimana puak kuning menentang bn ... dan dengan lemah gemalainya umno terus merayu-rayu memohon ihsan dari puak kuning ...

jadi tidak ada salahnya engkau melawan umno / bn ... lihatlah kejayaan yang dicapai oleh puak kuning ini ... lihatlah kejayaan yang dicapai oleh nwar berahi sebagai salah satu contoh meletakan spr di bawah parlimen ... dan banyak contoh lagi kejayaan nwar berahi dan puak kuning ini capai dengan cara melawan umno / bn ...

aku yakin melalui kaedah melawan bn / umno inilah baru kita mencapai kejayaan ...

adakah kamu tidak lihat betapa pembangunan diketepikan di kawasan yang umno / bn menang dengan selesa manakala di mana umno / bn menang dengan tipis atau kalah berkali-kali ... kawasan itu diusahakan dan dimajukan ... kononnya untuk menarik undi dari mereka ... dan kawasan sendiri dibiarkan kerana yakin pengundi tidak akan lari ...

dengan berkempen dan memberi kemenangan kepada pas untuk prk kali ini ... aku yakin kuala besut akan dibangunkan pada pru 14 nanti ... kerana umno / bn akan berjuang merampas kembali kuala besut dari pas maka pada masa itulah ah jib gol akan datang ke kuala besut menawarkan pelbagai projek pembangunan ...

adakah engkau tergamak membiarkan kuala besut terus kekal mundur di bawah umno ... sekiranya pada kali ini umno berjaya mengekalkan kuasa di kuala besut ...

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2013 at 3:22 PM

@Anonymous Saya rasa lebih baik saudara emel pada saya -dinturtle@hotmail.com untuk saya berikan jawapannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2013 at 12:08 PM

@dinturtlekah kah kah!! bau jari? teringat aku kpd cerita Man Cikaro yang mahir dalam mengecam bau.... agaknya aljubb juga berkemahiran serupa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2013 at 4:15 PM

Aku malas dah nak melayan orang yang tak faham situasi sebenarnya. Bila aku benci najib, ianya sama sekali tidak bermaksud aku benci umno. I love umno, but I hate najib. Susah sangat ke nak faham?

Apa melayu akan dapat bila undi pas? Percayalah, melayu tak boleh mengharap apa-apa pun dari pas. Orang pas sendiri menyindir pakaian melayu kita seperti songkok, sampin dan baju melayu. Mereka lebih berbangga dengan pakaian berunsur kearaban seperti serban dan jubah. Apakah kalau kita tak pakai fesyen arab, kita tak cukup islam? Dalam ramai-ramai pemimpin pas, aku cuma respek mahfuz sorang jer sebab beliau merupakan satu-satunya pemimpin pas yang mampu berfikir di luar kotak.

Post a Comment