........... Semua Mangsa2 'Kerajaan Rampas Tanah Rakyat' Adalah Legasi Kerajaan Pas 99 ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Semua Mangsa2 'Kerajaan Rampas Tanah Rakyat' Adalah Legasi Kerajaan Pas 99 !

Wednesday, July 17, 20136comments

Sehari dua ini isu yang mendapat perhatian media di PRK Kuala Besut adalah mengenai nasib rakyat yang kononnya dizalimi bila rumah mereka diroboh tanpa izin dan tanah mereka di rampas oleh pihak kerajaan bagi tujuan pembinaan pangsapuri 72 unit di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut. - Husammusa.com .

MB MatSaid sudah menjawab dengan jelas bahawa tidak timbul soal 'Kerajaan Rampas Tanah Rakyat' dalam kes ini kerana tanah terlibat sememangnya milik kerajaan negeri.- Mkini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Pas cuba mempolitikkan isu seumpama ini ... boleh dikatakan hampir setiap kali diadakan Pilihanraya, isu kerajaan rampas tanah akan dimainkan. Kalau tidak ada Pilihanraya, maka tidak adalah seruan Perjuangan Membela Rakyat ini kedengaran.

Terdapat satu persamaan dalam semua isu Kerajaan Rampas Tanah yang dimainkan oleh Pas Terengganu ini iaitu SEMUANYA merujuk kepada tindakan Pas sewaktu menjadi kerajaan negeri semasa tahun 1999-2004.

Ketika itu kerajaan Pas seperti mahu melelong segala tanah2 yang ada di Terengganu kepada para penyokongnya. Maka berbondonglah orang Pas yang entah dari mana datangnya mahu menagih habuan ekoran kemenangan parti mereka menjadi kerajaan negeri.

Segala prosedur agar pemilikan tanah diakui sah oleh undang2 telah diketepikan .... umpama askar2 penakluk yang rakus merampas harta benda negeri yang baru mereka takluk. Seperti kata MB MatSaid -

"Kerajaan PAS ketika memerintah dulu, dia semua melalui JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat). Dia agih semua tanah, dengan mengeluarkan borang sendiri, tidak melalui pejabat tanah.

"Kita kutip duit untuk bayar upah ukur... Kita kerajaan ada peraturan. Setiap permohonan tanah, ia mesti melalui jadual satu, kemudian dihantar ke pejabat tanah dan sebagainya. Ini semua proses.

"Kalau bayar mesti dikeluarkan resit. Dan kalau tanah tak jadi hak dia, dia kena bayar balik. Tapi duit itu diambil (dan) diberi kepada juru ukur untuk diukur, tapi tanah tak tahu (di mana). Borang tidak pernah di isi,"


Ada cara2 dan prosedur tertentu yang harus diikuti, bukannya ikut suka pandai macam mak bapak dia yang punya negeri untuk diagih2kan kepada para penyokong parti !

Sudah banyak terbongkar dimana pemohon2 bukan terdiri dari mereka yang layak juga terdapat ramai yang datang dari luar Terengganu. Mereka yang layak tapi disebabkan pelanggaran prosedur dipihak kerajaan Pas....  mereka ini juga menjadi mangsa.  Jadi sebenarnya siapa yang ZALIM ? Siapa yang sebenarnya telah menafikan hak rakyat Terengganu ?

Siapa yang telah berjanji, memberi harapan, seterusnya menggunungkan harapan dihati rakyat bila duit dikutip kononnya sebagai upah mengukur tanah dan sebagainya ... akhirnya permohonan rakyat TIDAK dipenuhi ?

Dimana GERAN TANAH sebagai BUKTI PEMILIKAN TANAH ? 

Seharusnya pertanyaan ini yang ditimbulkan oleh setiap mangsa 'Kerajaan Rampas Tanah Rakyat' ....... Kenapa parti Pas ketika menjadi kerajaan dulu TIDAK penuhi janji2 mereka ?

Kenapa sekarang pemimpin2 Pas ghairah mempolitikkan nasib para penyokong yang mereka sendiri telah hampakan dulu ?

Apakah dulu kerajaan Pas sengaja menjadikan mereka ini sebagai kambing hitam untuk dijadikan modal politik kemudian hari ? Kenapa saya katakan begitu ?

Sekiranya Pas jenis yang bertanggungjawab dan ikhlas mahu membantu rakyat yang memerlukan, segala kes2 'Kerajaan Rampas Tanah Rakyat' yang banyak kedengaran setiap kali Pilihanraya selepas era kerajaan Pas 99-04 seharusnya tidak kedengaran langsung. Tapi Pas tidak bertanggungjawab ! 

Tanpa mangsa2 hasil legasi kerajaan Pas dulu, kini Parti Pas pastinya ketandusan isu politik  !

PS - Satu lagi point - Kes di Tok Saboh TIDAK SAMA dengan kes rakyat Pangsapuri Ladang Gemilang seperti yang sering pemimpin Pas laungkan dari sudut pemilikan tanah. Isu Ladang Gemilang mungkin saya akan tulis nanti ......

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2013 at 4:10 AM

begitulah bro. yang percaya hanya penyokongnya saja. nak tutup kesalahan sendiri terpaksalah cari kesalahan orang lain. memutarbelitkan citer sememangnya kerja doranglah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2013 at 8:01 AM

Macam ini ke perangai pejuang Islam?!
Depa tak takut ke dengan Allah swt..
Ayat Quran dan hadis tak lekang dari bibir tapi fitnah seiring juga!!
Inilah akibatnya meletakkan objektif mencapai kuasa lebih utama dari kemaslahatan Islam dan ummah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2013 at 10:32 AM

Salam,
mereka dok kata mereka byk pengetahuan agama. Maka bg mereka, buat apa shj nanti taubat. Allah maha pengampun, penyayang. Segala dosa sekarang tak berparut kerana taubat kemudian. Mati bila, tu mrk tak fikir. Sekarang jihad menentang bn lebih utama. Kalu ada ulama kata naik bas, kita mati syahid. Ada dua bas, satu memerangi org kafir menegakkan hak nama Allah, satu bas lagi perangi umno. Agaknya ahli pas naik bas mana ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2013 at 11:22 AM

tapi pelik jugak la..kalu Umno tak rampas tanah n halau penduduk dijadikan isu kenapa umno hampir mampos di terengganu?Sepatutnya Umno dapat membenamkan PAS pada pru 13 dulu psl majoriti penduduk trengganu adalah Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2013 at 4:28 PM

@Anonymous17-15 saudara rujuk sebagai 'hampir mampos' ... jadi maknanya kalau KALAH, dah mampos lah ?

Adakah saudara nak kata yang Pas dah MAMPOS sebab Pas yang kalah ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2013 at 8:00 AM

di selangor pn ade perobohan rumah, rumah ibadat n premis2 di tanah kerajaan...dh mang tanah tu hak kerajaan yg ceroboh watpe???kalo bukan hak kite jgn la plak ckp tu hak kite...

Post a Comment