........... Saya Cabar Blogger Terengganu Today Buktikan Tuduhan Terhadap Saya. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya Cabar Blogger Terengganu Today Buktikan Tuduhan Terhadap Saya.

Thursday, July 11, 201332comments

KEMASKINI 1:10PM 11 /7 - Sehingga kini cabaran saya tidak berani disambut oleh blogger Terengganu Today itu. Malah artikel FITNAH beliau telah ditarik balik. Mujur saya ada printscreen sebagai bukti. 

Kenapa ek ? Padahal inilah peluang terbaik untuk malukan saya, dan kemungkinan jika beliau mampu buktikan kata2nya saya pastinya malu untuk terus menulis di sini. Bagi seorang penulis blog kalau dah hilang kredibiliti, baik tak payah tulis !

Semua orang menantikan bukti tuduhan beliau .....tapi ternyata semuanya hanya dakwaan palsu atau FITNAH semata2. Hanya nak burukkan nama saya dan alihkan isu. Macam inikah blogger yang bernaung dibawah Terengganu Today ? Jenis KAKI FITNAH ORANG ? 

Dan tak reti nak minta maaf pulak tuh. 

Dan tak malu mahu terus juga menulis walaupun sudah terbukti beliau KAKI FITNAH dan tidak ada kredibiliti....

Anda nilaikan sendiri.

                                  **********************



Ternyata artikel saya sebelum ini  -

PRK Kuala Besut - Umno Terengganu Pilih Kasih Group Blogger, Tidak Hargai Peranan Bloggers Lain !

telah mendapat reaksi segera dari group Terengganu Today. Ramailah yang meluahkan kegeraman mereka terhadap dinturtle dalam FB ... kenapa ek ? Mungkinkah group Terengganu Today merupakan Group yang diberikan kontrek Perang Siber di Prk Kuala Besut ? SUDAH PASTI !

Tapi kenapa mereka menyerang saya secara PERIBADI tapi LANGSUNG TIDAK MENJAWAB APA YANG SAYA TIMBULKAN DALAM ARTIKEL ?

Saya tanyakan - KENAPA hanya ada SATU Group blogger saja yang beroperasi di Kuala Besut sementara bloggers lain yang lebih berpengalaman dan sudah mempunyai nama DIPINGGIRKAN ?

Alih-alih mereka menyerang saya secara peribadi ..... JAWABLAH PERSOALAN DALAM ARTIKEL bro, kenapa nak main serang peribadi pulak ? Kenapa nak alih topik ?

Saya malas nak layan perangai budak2 blogger Terengganu Today ni, tapi bila mereka mula menabur FITNAH keatas saya, rasanya saya terpanggil juga nak bela diri.

Jadi disini saya nak CABAR blogger Terengganu Today dibawah yang seronok sangat menuduh saya macam2 supaya dapat kemukakan BUKTI akan tuduhan2 nya..... kalau tak dapat beri bukti pun saya tak kisah, berikan CERITA yang dia ada sehingga menyebabkan dia menuduh saya yang bukan2.

Bulan Puasa tak elok sebar FITNAH bro !

Terutama ayat ini - Di maklumkan blogger ini telah tamat kontrak dengan kumpulan berkenaan selepas kaut untung selama ini.selain duit, laptop dan kamera beliau juga di katakan telah banyak menipu pemimpin-pemimpin umno tempatan dan pusat.


APA BUKTI ATAU CERITA YANG MENYOKONG DAKWAAN ANDA ?

Pasti ada cerita kan ? Takkanlah blogger Terengganu Today jenis yang suka SEBAR FITNAH ?

Nah, saya cabar anda jelaskan tuduhan anda dalam blog anda dan saya akan copypaste sepenuhnya disini beserta dengan jawapan saya.

Oya, saya harap anda juga akan letakkan link artikel ini dalam FB Terengganu Today supaya mereka yang ramai2 baca dan ikut sama kutuk saya tu boleh sama2 sumbangkan bukti atau cerita bagi menyokong tuduhan yang dinturtle telah banyak menipu pemimpin-pemimpin umno tempatan dan pusat.

Saya heran juga sebab berapa ramai pemimpin Umno yang kenal dinturtle untuk saya tipu ? hehehehehe ....

Jawab jangan tak jawab sebab anda mewakili kredibiliti Terengganu Today !

PS - Blogger jenis POW pemimpin takkan tulis blog macam saya ok ! Cuba bandingkan dengan BOS BESAR Terengganu Today ... itu baru betul nak POW pemimpin Umno..

                          ********************* 


kulihat langit biru -

PRK Kuala Besut !!! Din Turtle adalah Blogger yang Baham Projek dan Masuk Poket Sendiri???


puiihhh...
Blogger kononnya merasakan dirinya tersohor di Terengganu dan Malaysia ini telah menyerang blogger-blogger yang ada di PRK Kuala Besut ini.. dengan andaian nya bahawa blogger yang ada ini adalah blogger cap ayam.. tak cukup ummm untuk dimainkan..

Kalau betul Din Turtle ingin berjuang dengan Umno kenapa letakkan DUIT dihadapan. DIN cuba hantar proposal kepada sebuah Agensi tetapi dengan latar belakang yang cukup menjijikkan..

Dulu beliau pernah menghentam MB Terengganu di blognya... tut-tut.. nak mintak duit dengan UMNO..kih..kih...kih.. baso muka tok malu weiii...

Boo.. la.. wei... ko telah menjadi wanted di ganu weiii...

Blogger din turtle ini cari makan cuba & serang umno terengganu..blogger ini yang di katakan menyokong umno selama ini.rupanya ada udang di sebalik batu.

Banyak artikel2 beliau sebelum ini menyerabg umno dan PM.tetapi di dalam masa yang sama cuba mencari rezeki dengan menyelinap di dalam satu kumpulan berbayar di kuala lumpur.

Di maklumkan blogger ini telah tamat kontrak dengan kumpulan berkenaan selepas kaut untung selama ini.selain duit, laptop dan kamera beliau juga di katakan telah banyak menipu pemimpin-pemimpin umno tempatan dan pusat.

Artikel-artikel beliau banyak ke arah menyokong pembangkang dan cuba menidakkan keupayaan Dato Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri .Awas dengan blogger ini..

Di katakan juga beliau sekarang cuba menyerang Umno Terengganu kerana tidak melayan karenah beliau di Kuala Besut.Beliau juga telah berjumpa seseorang baru-baru ini. 

Dengan mengatakan beliau adalah wakil yg di amanahkan oleh ketua mereka di kuala lumpur untuk menjadi kepala di kuala besut.tetapi maklumat dari kuala lumpur.kumpulan tersebut telah di tutup selepas pru13.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:14 AM

Betul tu En. Din. Blogger Terengganu Today membaham duit lagi banyak.... Ada duit ada kerja. Tapi apa yang dibuatnya entah lah.... MB sendiri perlu lihat duit yang disalurkan kepada kumpulan ini ????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:16 AM

Kita kenal setiap seorang Blogger Terengganu Today...semuanya kaki duit dan bukan sebenar-benarnya untuk membantu jentera UMNO ataupun Kerajaan Negeri Terengganu. Bak kata main wayang aje....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:18 AM

DUIT...DUIT....DUIT itulah targer Blogger Terengganu Today.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:22 AM

Salah seorang drp mereka meluahkan kesibukannya kononnya sibuk sangat lah terlibat dengan PRK Kuala Besut dg meluahkan dalam fbnya...meninggal anak bini la...dan macam2 lagi la... Macam lah nak pergi berjuang ke MESIR.....

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 2:35 AM

tengok sambil lalu pun tahu yg blogger DT adalah blogger bebas, buktinya boleh kritik semua...tapi sasaran utama tetap lawan pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 2:59 AM

Aku tak lama kenal din baru sahaja,,cuma yang akau respek dengan Din janjinya di tepati,,walaupun tak buat janji apabila meminta bantuan aku dia tahu menghargai hasil titik peluh aku,,walaubagaimanapun,,sesiapa yang kaki ampu akan terasa dengan artikel-artikel yang dikeluarkan oleh DIN,bagi aku yang tak berminat denga ampu mengaampu nihh,,cara din menulis adalah lahir dari isi hatinya sendiri,,janganlah pula apabila menyokong umno ,,tak pula mahu kritik umno jika ada sesuatu yang tidak sependapat dengan kita,,jangan rasa popularti yang ada sebagai satu wadah untuk mengampu dalam perjuangan,terang aku katakan blogger pro umno memang suka menulis yang elok-elok untuk parti sendiri walaupun tahu sesuatu yang tak betul berlaku,tak usahlah mencari populariti dengan menulis blog sehingga berbalah sama sendiri,apa yang yang blogger dapat sebenarnya seumpama rezeki harimau..syukurlah apa yang ada,,

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 3:05 AM

Cuba tengok blog ini lagi terok hentam umno,,kapaknet.blogspot.com--baru ditubuhkan,aku tak kata apa-apa dengan pendedahan yang dia buat tentang pembayaran duit ceramah semasa pru 13 dia ada komen juga tentang prk kuala besut,,sekali fikir sakit juga hati aku,,tapi itu hak dia..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 3:09 AM

Aku makin tak faham dgn UMNO ni,
Kenapa mcm mudah sangat tertipu..
Mungkin juga termakan Ampu..
Blogger Otai dan Berpengalaman disepak terajangkan..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 4:38 AM

Waduh..berat tuduhan tu Bro, Sabar ye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 5:19 AM

kau pun satu Din, sekejap hentam Umno, lepas tu Najib. Sapa nak percaya. Nak jadi blogger Umno kena bodek lah banyak-banyak.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 5:51 AM

@Media Shah AlamBagi orang jenis itu untuk diiktiraf sebagai seorang PENYOKONG haruslah KUAT BODEK dan SOKONG 100% apa jua yang pemimpin buat, baik atau salah.

Kalau bukan PENJILAT ( tuduhan yang mereka lemparkan pada saya ) tak tahulah apalagi ..... PENADAH MULUT kot.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 5:55 AM

Masalahnya bukan saya saja yang direject. Seperti yang saya tulis diartikel lalu, saya tak kisah kalau tak dijemput sebab saya tak pandai bodek. Tapi puluhan bloggers otai lain juga direject.

Kenapa saya sorang jer yang dihentam ? Ada bloggers luar yang turut hentam juga.... Adakah bloggers Terengganu Today TAKUT nak cuit bloggers luar ? Hanya berani dengan orang kampung saja ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 8:06 AM

Din jgn kamu tukar pendirian. just be a man with principle. jgn dimulakan dgn bodek membodek. lama kelamaan org kan tau bila bodek dah besar dan tokleh pakai sluar. dorang nak lakukan character assination. mereka anggap kamu sprt duri dlm daging mereka. kamu hentak tak kira bulu lagi dah. mereka tuh sumer nak jadi tuan penasihat 3Abdul. bagus tuh mintak bukti. jgn main sedap cakap jer. patut dorang letakkan link macam yg kamu buat nih.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 8:34 AM

@cikgu detBetul tu... sebab itulah DT menjadi muka pertama bila saya melayari internet. Satu lagi yang saya sangat suka ialah TFK (The Fliying Kick). Mereka ini bukanlah (nampaknya) hanya membodek semata-mata... mereka mempunyai pendirian. malangnya kebijakkan orang seperti mereka tidak dimanfaatkan oleh UBN. Yang hanya membodek 24 jam jugak yang mereka pilih... maka jadilah mereka seperti kebanyakan pemimpin Umno sekarang... faham-fahamlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 8:39 AM

Biasanya orang kalau dah malu akan mengalihkan tajuk. Mereka tidak akan memberikan penerangan tentang apa yang dipersoal. Disebaliknya mereka akan mencari kesalahan lain pulak. Tak kiralah betul ke atau tak betul asalkan dapat alihkan pemerhatian. Nak mintak maaf lagilah terasa malu. Mereka akan gantungkan cerita asal dan harapkan orang lain lupa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 8:56 AM

Kita berjuang ini demi agama, bangsa, negara dan raja. Kalau ikhlas insya Allah dikurniakan Allah ganjaran pahala tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni. Ganjaran tak semestinya berbentuk kewangan, tapi kalau sihat tubuh badan, sihat anak bini dan keluarga, terhindar dari sebarang kesusahan itupun dah kira cukup ok dan syukur.

Hidup UMNO Barisan Nasional!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 9:07 AM

Salam bro... saya amat respect pada Bro Din kerana menjadi blogger Melayu yang benar-benar berprinsip... bebas... berani dan BUKAN KAKI BODEK! Saya dapat merasakan keikhlasan dan ketelusan dalam penulisan Bro Din... BUKAN KAKI SPIN dan mempunyai kredibiliti yang tinggi berbanding kebanyakan bloggers yang lain. Sedih melihat bloggers Melayu yang sanggup manabur fitnah dan menidakkan kebenaran untuk kepentingan peribadi. Teruskan perjuanganmu Bro Din... jangan sekali-sekali jadi bloggers YES BOSS!

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 10:18 AM

Sabar abg Din..kita bukan tak kenal siapa dibelakang Terengganu Today..memang jenis macam tu.. aku sokong abg Din.. kalau setakat pendapat manis je memanjang bosan jugak..kadang2 kena la hentam kerajaan ni bagi sedar..siapa nak bayarkan..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 10:29 AM

dah delete pun artikel tu braa, nasib baik ko copy&paste. jelas menunjukkan tu blogger poser yg xde pendirian... blogger yg rasa nak cari duit cara senang dengan membodek, jangan tegur apa2 pasal pemimpin kita. makhluk macam blogger tu yg sepatutnya di puiiii!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 11:15 AM

Sabar bro.. Din Turtle blogger kaki paw? Sapa yang kata tu memang bodoh la. Din ni dok kena tipu dengan orang ada la.

Nasib kita sama Din.. negeri menang, orang lain kenyang.. kita sengsara..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:30 PM

@RRdiharap artikel ini dapat pulang paku buah keras .... antara fitnah dan kebenaran dapat dibuktikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 12:30 PM

Bang, betul ker link yang kamu berikan itu? saya cuba nak kesana tapi apa yang saya dapat :

"Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist".

betul ker bro. biasalah saya sememangnya suka dan nak tahu betul ker apa yang depa tulis.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:31 PM

@McTheorysaya rasa bloggers lain yang baca DT kaki Pow pemimpin UMno mesti gelak guling2 !

saya kena kutuk sebab tak pandai Pow adalah ..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:34 PM

@Anonymousdia dah padam lah tuh ... tapi saya ada printscreen diatas sebagai bukti. Klik gambar untuk besarkan dan banding dengan apa yang saya copy diatas - sama tak ?

BScreenshot bahagian bawah ada saya simpan kalau perlu untuk dijadikan bukti

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:44 PM

Bersabarlah bro. Tidak ada perjuangan yang punyai jalan mudah. Sekurang kurangnya ianya dapat menambahkan semangat. Teruskanlah penulisan dan anggapkanlah ianya saperti satu mimpi ngeri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:04 PM

salam,

bila dah hilang maruah diri, patutnya tutup la blog tu. kalu pakat tulis juga, nampak gayanya, macam tu orang bawahan umno, serupa jer dengan orang atasan umno. kalu org atas sapu besar, org bawah sapu yg kecil. pantang lintas, kena sapu. pijak kepala ke, kena pijak ke, kena maki ke apa ke, tak kira. aku nak juga duittt.

kalu macam tu punya perangai, memang patut la mr presiden umno, ah jib gor akan jadi pm yg terakhir untuk bn. cakap besar la sekarang ni, dato kadir dah bagi tau, ada ubi ada batas, 5 tahun lagi kami balas. gamaknya tu yg nak sapu habis pasal dah tau 5 tahun lagi tinggal abu.

kalu nak berjuang, berjuang la pasal ada yg bela dengan duit. tapi kalu nak buat fitnah, tu dah masuk dalam geng pakatan. tak boleh dipercayai. ni dah kepung mat said dengan idris jusoh ni. makan keliling belaka ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:11 PM

Apa-apa pun blog dinturte paling pertama yang akan aku kunjung dulu baru la aku akan tengok blog2 lain dengan ada nya bloglistdinturle terbaik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:45 PM

antara faktor utama BN hampir tumbang pada pru 13 adalah perbalahan sesama blogger pro kerajaan...dulu umb dengan papagomo..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 7:28 PM

kalau tengok semua artikel sebelum ni memang pasti duit bukan persoalan bagi din...yang penting agenda melayu islam...bukan nya agenda najib dan UMNO. Kalau nak duit baik ampu dari hentam.. BODOH sangat orang yang menuduh.

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2013 at 9:51 AM

tergelak dengar...kalau setakat duit laptop dengan kamera...umur berapa yang buat tuduhan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 12, 2013 at 5:38 PM

Assalamualaikum bro DT,

lama menyepi ni sekali tgk blog DT makin MALATOP!...hahahaha...tahniah

walaupun letupan tu NEGATIF, tapi sesiapa yg dah lama baca artikel bro, insyaAllah tau bro dipihak mana.....bro teruskan tulis artikel bernas, nak HENTAM, nak PUJI, terpulang yg penting keBENARan

negatif2pun dah makin popular la blog ni.....gunakan kepopularan ni sebaik mungkin bro!

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2013 at 3:41 AM

@Otak geligaPOPULAR ? Hahahaha ...

Post a Comment