........... PRK Kuala Besut - Umno Terengganu Pilih Kasih Group Blogger, Tidak Hargai Peranan Bloggers Lain ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRK Kuala Besut - Umno Terengganu Pilih Kasih Group Blogger, Tidak Hargai Peranan Bloggers Lain !

Wednesday, July 10, 201317comments

Saya terkejut bila baca artikel 1peluru dimana didakwa telah ada 30 blogger sedia berkampung di Besut dalam berdepan perang siber sempena Prk Kuala Besut.

30 BLOGGERS ? Dari mana ? Dari Terengganu ke ? Terengganu ada 30 bloggers ke ?

Group mana yang telah diamanahkan oleh Umno Terengganu bagi membarisi batalion siber mereka ?

Sebelum ini ada saya bertanyakan beberapa pihak tertentu akan persiapan Umno Negeri dalam berdepan perang siber di Prk ini tapi semua pertanyaan saya temui jalan buntu. Semua BLUR atau buat2 BLUR.

2 hari lepas masa pengumuman calon adalah hamba Allah ni beritahu saya sudah ada satu kumpulan blogger berkampung di Resort xxx sejak beberapa hari lalu. Macam biasalah, orang yang TAK PANDAI BODEK macam saya ni memang tak usah haraplah nak dipanggil. Tapi kalau nama2 BESAR lain pun turut dipinggirkan dari terlibat sama, itu dah kira SATU KESILAPAN.

Kenapa Umno Terengganu main pilih group tertentu saja ? Apakah Umno Terengganu sengaja mahu pecah belahkan komuniti blogger pro Umno ?

Maksud saya, tidakkah dengan tindakan memilih SATU GROUP blogger saja akan membuat bloggers lain TERASA DIPINGGIRKAN ? Apatah lagi mereka yang dipinggirkan itu merupakan askar2 veteran yang sudah mahir dalam peperangan berbentuk PRK.

Point Utama saya - KENAPA tidak panggil SEMUA group yang ada supaya tidak timbul soal pilih kasih ? Jika tidak tahu dunia bloggers macamana, kenapa tidak tanya ? Secara logik pun, jika tidak bersikap adil kepada SEMUA, pastinya akan ada hati yang terguris.

Itu yang saya cuba beritahu 2-3 pihak yang saya temui sebelum ini. Saya nak cuba usahakan agar SEMUA pihak bloggers terlibat BUKANNYA main pilih kasih.

Saya kira matlamat itu sudah hampir tercapai awal tahun lepas semasa dikumpulkan para pengamal media dari semua pihak untuk sesi bertemu bersama pemimpin Negeri. TIDAK ADA PILIH KASIH.

Malangnya ada pihak yang hanya pentingkan diri dan groupnya saja yang terlebih dahulu SAIKO dan BOLOT projek PRK Kuala Besut dari pemimpin Umno Terengganu yang kebanyakannya BLUR tentang perang siber.

Apakah Umno Terengganu TIDAK MENGHARGAI peranan bloggers selain dari SATU GROUP TERPILIH itu semasa PRU13 baru ni ? Atau menghargai bloggers yang telah membantu menaikkan nama MB MatSaid selama ini ketika beliau kelihatannya berseorangan berdepan cabaran depan dan belakang ?

Ingat, kita masih perlukan sokongan SEMUA bloggers pro Umno bukan setakat PRK Kuala Besut saja !

Saya tak reti nak komen luahan geram 1Peluru ini -

Jadi gua menyeru kepada semua blogger/cybertroopers membisukan terus isu PRK Kuala Besut sehinggalah selepas keputusan PRK tersebut - kita tengok penangannya, biar Ahmad Maslan belajar untuk belajar dari kesilapan!

Sayang .... hasrat mahu melihat PRK Kuala Besut menjadi satu benchmark kepada Perpaduan Bloggers dalam berdepan misi PRK hancur.....

Oya, luahan sebegini adalah lebih baik ditulis sekarang sementara masih ada masa untuk diperbaiki. BUKAN lepas PRK baru nak bising. Kalau Umno Terengganu mahu perbaiki la ......

PS - Ada sambungan menarik episod ini bila saya diserang fitnah oleh blogger Terengganu Today bagi mengalih isu diatas. - KLiK

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2013 at 10:23 PM

Xpasti le smada diorang sedar atau x peranan korang, ntah2 kwujudan korang pun diorang x perasan, sabo je la beb.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:01 AM

no more bang..sy pun jadi kayu jelaaaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 12:12 AM

@Keris Tujuh LokGroup Terengganu Today teruja malam ni, semua duk balun saya kaw-kaw dlm FB, ada yang siap tulis artikel dalam blog hentam dinturtle. Cara mereka - bunuh karektor saya.

Tapi bukti - Yilek !

Geleng kepala je lah dengan perangai diorang..

Bloggers luar tak berani pula mereka nak sentuh hahahahaha ...

Nasib baiklah tak ramai pengundi Kuala Besut yang mesra internet,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 12:58 AM

Group Terengganu Today hanya kejar kos..bukan nya kerja... siapa tak kenal mereka-mereka ini?? Berat na..na...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 1:00 AM

Income baik.. itu sebabla.... cuba lihat semasa PRU 13, apa yang dia orang semua lakukan.???? Tak ada apa-apa pun.....hanya duit-duit-duit....bukannya kualiti artikel. Pihak berkenaan perlu ambil perhatian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 1:18 AM

Sememangnya betul apa yang telah mereka memperkatakan itu En. Din. Mereka semua menggunakan nama MB, tapi tiada apa sumbangan yang benar-benar berkualiti telah dibuat oleh group mereka ini. Hanya mengejar populariti dan isinya KOSONG....KOSONG....KOSONG...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 1:28 AM

Perjumpaan demi perjumpaan telah dibuat oleh puak-puak blogger ini, tapi tiada memberikan satu impak yang benar-benar berkesan kepada pihak menaja. Sikap ego dan kesombongan mereka akan memakan diri sendiri. Tak pe lah En. Din.... kita lihat apa yang boleh mereka lakukan...

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 2:21 AM

siapa perlukan siapa?kita atau mereka?mereka tak pandang sebelah mata,kita peduli apa?mereka sedang menghitung nasib mereka.kekal berkuasa atau hilang kuasa.DUN tergantung mereka yang rasa.kita peduli apa?kita tiada di mata mereka!!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 2:51 AM

UMNO mana tahu sangat hal blogger yg support mereka, memang ada peringkat nasional n negeri tapi jauh beza dgn gerak kerja dap dan pr. Jika prk ni satu percubaan diperingkat bahagian/negeri memang baguslah dan jika ada perlantikan ambil syarat je, tak perlulah digembar-gemburkan sebagai gerakan blogger2 negeri. UMNO pusat tak boleh dipersalahkan dlm hal ini dan cuma beberapa negeri mungkin ada beri perhatian...meraikan dlm majlis2 makan biasanya. UMNO patut berubah dan peka bahawa cyber trooper merupakan komuniti yg banyak mmbantu dan komuniti itu semakin berkembang dan perlu diberi perhatian( wujud` persatuan peringkat negeri misalnya). Blogger tajaan pemimpin tertentu biasanya akan bersara bila tuannya dah tak bersaing lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 2:57 AM

Mereka kena ingat jika ada 100 blogger/ facebooker aktif diterengganumisalnya...katakan mereka ada 100000 pengikut aktif juga...bilangan itu biasanya tidak mudah utk digugat pihak lawan walaupun daripada jumlah itu hanya 10000 folowwer terengganu. 10 K yg bermaklumat itu mungkin dapat mmpengaruhi 50000 rakyat yg lain...dan perak misalnya BN ditentukan tak sampai 200 undi di 2 dun paling sedikit majoritinya.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 5:52 AM

Yang baham duit buat senyap pun ada...tepuk dada..lihat dlm poket...shitt

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 5:56 AM

Ramai blogger Terengganu yg tdk disenaraikan kali ini..kerana mereka2 semua tlh dibayar pd pru yg lepas...ada yg jenis berpuak2..ada peruntukkan diberi pd kumpulan dia shj.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 5:59 AM

@adi jaggatIya ke, maaf kalau terasa sebab saya tidak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 11:10 AM

test

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 2:47 PM

ahmad maslan gagal jaga blogger pro kerajaan dengan baik..x sistematik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2013 at 6:32 PM

Umno Perhubungan trg memalukan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2013 at 6:35 PM

Lu kasi kencing laaaa brooo... wa bkn tk knal sapa lu adi jagat.. usoh duk tebing laaaa nk menegakkn benang yg basah..

Post a Comment