........... PRK Kuala Besut - Tarikh Pengundian Beri Kelebihan Pada BN ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRK Kuala Besut - Tarikh Pengundian Beri Kelebihan Pada BN ?

Sunday, July 7, 20134comments


Dalam soal TARIKH PRK Kuala Besut yang telah ditetapkan oleh SPR pada 24 Julai, yang jatuh pada hari Rabu, secara peribadi saya akui yang ia MUNGKIN memberi sedikit kelebihan kepada BN.

Difahamkan terdapat kira2 3 ribu pengundi muda di luar Terengganu dan keputusan mengadakan pilihanraya pada hari bekerja ( Rabu ) pastinya menyulitkan mereka untuk pulang membuang undi. Paling tidak mereka perlu ambil 2 hari cuti untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Saya kata MUNGKIN sebab walaupun dipercayai majoriti pengundi luar mengundi pembangkang semasa PRU13 yang baru lalu, tidak ada bukti kukuh bagi menyokong fakta itu.

Ketua Pemuda Umno Besut ( yang gambarnya tersenyum menggoda dalam Sinar ) berkata - Kita melihat tiada masalah apa-apa pun mengenai tarikh pengundian dan ini mungkin topik yang akan dibangkitkan Pas sekiranya mereka kalah pada PRK Dun Kuala Besut ...


Well ..... secara jujur, saya tidak bersetuju jika dikatakan hari Pengundian pada hari bekerja ( Rabu ) tidak menimbulkan masalah kepada pengundi luar. 

Cuma untuk mendakwa secara sahih yang majoriti pengundi luar menyokong pembangkang, itu susah sikit hendak dibuktikan.

Apapun menarik bila pemimpin Umno begitu YAKIN GILER akan kemenangan hingga meletakkan angka 4ribu sebagai majoriti yang bakal dimenangi.

PS - Setakat ini saya belum mendapat sebarang jemputan untuk cover PRK Kuala Besut, jadi disebabkan faktor masa dan kos, saya mungkin boleh cover 2-3 hari saja sepanjang kempen.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 3:18 AM

who r u... klu u betul2 pejuang... perlu ada org jemput ke..

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 3:32 AM

@AnonymousJangan salah faham maksud jemput itu. Banyak yang terlibat - penyaluran maklumat, kos, kerjasama dll.

OK saya tanya satu jer .... group blogger/media sosial yang ada di sana sekarang ini bertugas sendiri atau ada jemputan ? hahahahahaha ....

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 10:40 AM

Salam Din,

Secara peribadi sy MENYOKONG PENUH tarikh PRK ni.Kita kena jelas maksud dan objective PILIHAN RAYA(PR)

PR adalah platform bagi kita memilih WAKIL RAKYAT yang akan BERKHIDMAT UNTUK KITA DI KAWASAN KITA MENETAP.

Oleh kerana itu priority harus diberi kepada penduduk yg TINGGAL & MENETAP di Besut kerana YB yg dipilih nanti akan berkhidmat untuk mereka bukan untk budak2 yg duduk di KL menikmati segala keselesaan yg disediakan oleh KERAJAAN ZALIM dan kemudian balik kampung kononnya untuk MENGUNDI KERAJAAN ISLAM.Diaorg sedap2 duduk di bandar2 spt KL,JB,Penang dll,time PRU balik ngundi lepas tu terus cabut.Org local yag terseksa.

Tak payah la kita buat PILIHAN RAYA ini spt HARI RAYA yg bila tiba masa berjuta org akan berpusu balik kampung.

Budaya BALIK KAMPUNG terutama pengundi Melayu di Kedah,Kelantan & Terengganu ini lah yg menyebabkan bandar2 besar dikuasai oleh pengundi dan YB Cina yg maana pertembungangan melibatkan MCA VS DAP?

Padahal beratus ribu malahan menghampiri 1juta org melayu yg berhijrah di bandar2 besar terutama KL.Buktinya cukup jelas bila hari raya lebih 1juta kenderaan berada di atas jalan raya utk pulg ke kampung.

Fenomena ini sgt merugikan org Melayu baik umno atau Pas.Seolah-olah umno atau Pas sekalipun hnya layak memerintah di kwsn2 kmpg spt Kuala Besut ini.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2013 at 3:30 PM

@To Live Again

Good point... en Din... r u sure UMNO letak target majoriti 4k, cukup orang ke... kan angka tu tak logik... dua kali ganda dr majoriti sebelum ini... walaupun anda bloggers jgn buat spekulasi sesuka hati... bloggers lah yg mencemar nama baik industri media negara... sajer jer sebut...

Post a Comment