........... PRK Kuala Besut - Piagam Pas Memperbodohkan Pengundi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRK Kuala Besut - Piagam Pas Memperbodohkan Pengundi !

Sunday, July 21, 20132comments



Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata pembangkang akan mengeluarkan piagam khas yang menyerupai manifesto untuk rakyat Terengganu jika misi 16-16 tercapai.- SINAR

PIAGAM pulak dah ....  PIAGAM bila saya semak, membawa maksud IKRAR macam Piagam Jabatan / Kementerian yang banyak dapat dilihat dipejabat2 kerajaan.

Bila Husam guna perkataan Piagam yang menyerupai Manifesto, tertanya pula saya .... kenapa tak guna saja perkataan Manifesto ( yang menyerupai Piagam ) ? Mungkin untuk mengelak sindiran Manifesto Bukan Janji yang sinonim dengan PR.

Takpelah .... Piagam pun Piagam lah.

Antara yang terkandung dalam Piagam PR di Kuala Besut adalah -

1 - "Kalau kita menang di sini, kita akan suruh wakil-wakil PR buatkan rancangan untuk menghapuskan kemiskinan Terengganu serta-merta, membina rumah kepada rakyat dalam masa sepuluh tahun, membina kompleks perikanan antarabangsana di sini dan Tok Bali sekali."

KALAU Pas menang ...... KALAU Pas kalah ? Habis tu selama ni wakil2 rakyat PR yang ada di Terengganu tidak ada buat sebarang rancangan untuk menghapuskan kemiskinan di Terengganu ?

Satu lagi, dimana logiknya dua buah kompleks perikanan bertaraf antarabangsa kalau jarak antara keduanya tidak sampai 20 minit perjalanan ?

Husam dah ketandusan idea untuk Piagam Pas ?

2 - "Selain itu, kita juga merancang untuk membuka lapangan terbang kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian di Kuala Besut dan mengagihkan tanah-tanah kepada rakyat jelata termasuk Pulau Perhatian,"

Memang SAH Husam dah takde idea nak buat Piagam ! Agak-agak lah kalau nak reka Piagam pun.... Nak bina lapangan terbang hanya untuk pelancong yang mahu ke Pulau Perhentian ? Kos yang tak berbaloi tu satu hal, berapa banyak penerbangan pula yang mampu dijana oleh Pulau Perhentian untk menjustifikasikan pembinaan lapangan terbang ?

Apa nak jadi dengan lapangan terbang antarabangsa di Kuala Terengganu ( yang jaraknya cuma satu jam setengah saja dari Kuala Besut ) yang baru di besarkan, yang heboh dijaja oleh Pas sebagai satu projek pembaziran ?

Kalau yang itu dikatakan pembaziran kerana tidak dimanafaatkan sepenuhnya, apa keperluan untuk dibina satu lagi lapangan terbang ? Tidakkah itu LEBIH TERUK pembazirannya ?

Apakah Husam serius dengan Piagamnya itu atau Husam main sebut jer apa yang terlintas difikiran ? Kalau serius, dimana KAJIAN TERPERINCI yang telah dilakukan oleh Pas atau Husam sendiri bagi menyokong keperluan diwujudkan kedua prasarana kos tinggi yang disebut diatas itu ?

Kemudian Husam tambah lagi -

"Senario 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang,"

TAPI yang saya lihat,  mengikut Piagam Pas diatas kalau calon Pas menang di Kuala Besut, senario 16-16 lah bakal menambahkan projek yang membazir, menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan menggalakkan ketidakadilan !

Piagam Pas langsung TIDAK ".... gunakan teknik untuk rakyat berfikir melalui maklumat yang disampaikan," malahan ia lebih memBODOHkan rakyat !

LAGI memperbodohkan pengundi, kalau dikaitkan Piagam Pas diatas dengan kenyataan Timbalan MB Kelantan Datuk Nik Amar minggu lepas dalam kempen ceramah Pas di Prk Kuala Besut - 

Tanggungjawab untuk membangunkan negeri Terengganu adalah dibawah Kerajaan Pusat ! - KLiK

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2013 at 4:13 PM

Th lah... sejak dihinggapi kenceng manis ni, nampak melalut benar si husam nih.... macam jugak bekas MB kami dulu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2013 at 2:51 PM

Banyak sgt cuba sedut minyak kat KB dgn straw dia niiii..

Post a Comment