........... Prk K. Besut - Sengkeknya Pas DiMata Dap dan Pkr | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk K. Besut - Sengkeknya Pas DiMata Dap dan Pkr

Tuesday, July 2, 20130 comments

Mula-mula Lim Guan Eng cadangkan Pas boikot Prk Kuala Besut, kemudian Pengarah Pilihanraya Wanita Pkr Haniza Talha pula menawarkan calon dari Pkr sekiranya Pas tidak punya calon yang diperlukan .....

"Jadi kita tawarkan diri sekiranya calon yang diperlukan tidak ada di pihak PAS, maka kita sedia menghadapi cabaran," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini. - Mkini.

Alahai , kenapalah SENGKEKNYA Pas dimata rakan2 Dap dan Pkr ....... Nampak sangat yang kedua Dap dan Pkr memandang rendah keupayaan Pas untuk merampas kerusi Kuala Besut dari Umno.

Kalaulah Kuala Besut merupakan kubu kuat yang dimenangi Pas berkali2, apakah Lim Guan Eng tergamak mahu menyarankan Pas supaya boikot Prk ? Pastinya tidak ! Jadi kenapa Guan Eng sebut juga ? Sebab daripada kalah bodoh begitu saja dek kerana ketidakupayaan Pas, lebih baik dimanafaatkan kerusi Kuala Besut sebagai modal politik Blackout 505.... kan ?

Kalah dah tentu...... jadi tak perlulah dibuang masa, tenaga dan wang dengan segala persiapan Prk ... agaknya begitulah yang difikirkan Guan Eng. Sekurang2nya jika diboikot, PR akan beroleh laba dalam bentuk kredibiliti, kononnya sanggup berkorban kerusi Kuala Besut demi memperjuangkan Blackout

Malangnya mesej itu tidak kesampaian pada orang Pas ......

Si Haniza pun lebihkurang sama jer ..... tidak percaya kepada kemampuan Pas. Tapi untuk menyarankan supaya Pas boikot, terasa rugi pulak sebab Pkr juga teringin nak bertanding ! Kalau boikot dah tentunya melepas .... jadi secara halus ( namun kasar bagi yang mampu menafsir ), Haniza sokong Pas tanding kerusi Kuala Besut dengan menyelitkan mesej - agak2 kalau tak mampu nak menang tu, berikanlah pada Pkr !

Baik punya jenis rakan yang Pas ada dalam PR. Masing2 punya agenda sendiri walaupun bersama berjuang dalam PR.

Perkembangan dalam Pas pula, Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut menafikan Ustaz Azhar akan dipilih jadi calon ....  siapalah yang mula sebut2 nama Ustaz Azhar tuh ! hahahahaha .... tak pasal2 boleh terbabit. - SINAR

Cuma saya hairan ...... dimana suara Presiden Pas Haji Hadi ? Kenapa Hadi senyap sejak suaranya terang2 di bantah penyokong Pas semasa siri himpunan haram Blackout hebat digerakkan baru ni ? Hadi merajuk ?

Share this article :

Post a Comment