........... Perbuatan BIADAB Yang DiTerima Kerajaan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perbuatan BIADAB Yang DiTerima Kerajaan ?

Wednesday, July 3, 201311comments

KEBIADABAN adalah satu dakwaan yang berdasarkan penilaian individu, bergantung kepada nilai moral yang kita letakkan pada sesuatu perkara itu. 

Satu tindakan yang dilihat sebagai biadab oleh satu pihak tidak semestinya sama biadab oleh pihak lain.

Orang Melayu yang bercakap tentang mempertahankan hak bangsa akan dilihat sebagai biadab ( Rasis ) oleh majoriti orang Cina, tapi kepada kebanyakan orang Melayu, ia adalah satu perjuangan mulia yang bukan saja demi maruah bangsanya tapi secara tak langsung demi PERPADUAN antara kaum dan KEAMANAN negara juga ..... mana mungkin perpaduan dan kemakmuran negara dapat dipertahankan jika terdapat jurang pemisah yang begitu luas antara kaum di negara kita.

Begitu juga bila kita mempertikaikan kewujudan sekolah vernakular, orang Cina akan menganggap orang Melayu sebagai biadab kerana bagi mereka, sekolah vernakular adalah nadi yang memastikan budaya  dan bahasa Cina terus dipelihara dibumi bukan Cina ini. 

Kita pula melihat kewujudan sekolah vernakular sebagai satu manifestasi RASIS yang terang nyata didepan mata - berasaskan kaum, dan menghalang intergrasi kanak2 berbilang kaum. Ia tidak ada kaitan dengan isu kaum tapi berasaskan semangat muhibbah mahu HIDUP BERSAMA antara kaum. Tapi hasrat murni ini diTENTANG habis2an oleh orang Cina !

Sementara pembelaan yang tidak berbelah bahagi oleh BAPAK VERNAKULAR MALAYSIA tidak membantu langsung hasrat orang Melayu yang mahu melihat masyarakat berbilang kaum dinegara ini hidup aman damai secara bersama.

Malah Bapa Vernakular kita sanggup menuduh mereka yang menentang kewujudan sekolah vernakular sebagai INGRATES atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud mereka yang tidak tahu berterimakasih, tidak mengenang budi - kerana tidak menghormati keputusan pemimpin2 lama yang memulakan sekolah vernakular sehingga menghasilkan pelbagai sistem sekolah yang wujud ketika ini ( ! ) 

"Do not be blind to history and be an ingrate. We need to always be thankful to our forefathers through Perikatan (the Alliance, now Barisan Nasional) who had the foresight to agree to have different types of school system.

"Otherwise, we will not have this diverse system in the country, - Bapa Vernakular Malaysia, 28 Julai 2011

 Dengan kata lain, Bapa Vernakular Malaysia menuduh mereka yang menentang kewujudan sekolah vernakular sebagai BIADAB !

TAPI waktu sama, beliau turut mahu rakyat  Malaysians must break down all walls that seperate and differentiate them from each other, merobohkan semua tembok yang memisahkan atau yang membezakan antara kaum ? ? ?

Jadi BIADAB ini tidak semestinya perbuatan yang ditujukan kepada seseorang atau kaum secara khusus, ia juga termasuk reaksi kita kepada satu2 SISTEM.

Sekarang persoalan utama artikel ini - Bagaimana pula tindakan / reaksi negatif kepada sesuatu yang bersifat KEBANGSAAN atau NEGARA, tidakkah itu juga boleh disifatkan sebagai BIADAB ?

Rakyat yang sengaja menolak / tidak mahu fasih dalam Bahasa Kebangsaan negara mereka sendiri, tidakkah itu menunjukkan satu sikap BIADAB kepada Negara ? 

“Sedih saya melihat kebanyakan warga Malaysia berbangsa Cina apabila bertemu mereka, sukar sekali mereka untuk berinteraksi dalam BM, tergagap-gagap akhirnya cakap dalam bahasa Inggeris. Kenapa orang Malaysia tetapi bertahun-tahun tinggal di Malaysia, cakap pun tak reti. 

Sedih melihat fenomena ini di Malaysia. Sampai bila masalah ini akan berterusan.  Kesemua kawan saya dari Indonesia, yang berbangsa Cina fasih berbahasa Indonesia, sehinggakan saya tidak tahu yang dia berbangsa Cina. Malahan di Indonesia sendiri, bahasa Cina tidak diajar di sekolah kebangsaan cuma dapat dipelajari di kelas-kelas bahasa. Saya dapat lihat hubungan orang Indonesia ini sangat kuat tidak kira apa bangsa sekalipun. 

Rasanya, sudah sampai masanya kerajaan merombak perkara-perkara yang menjauhkan jurang antara kaum di malaysia. PERLU kita utamakan kebolehan berbahasa Malaysia sebagai syarat utama untuk layak menjadi Malaysian. Saya dapat lihat jurang yang besar antara rakyat berbilang kaum di Malaysia, orang Cina cakap Cina, orang India cakap bahasa India. Kerajaan harus mencontohi kerajaan Indonesia, bersikap tegas. - Ridhuan Tee

Tidakkah kerajaan melihat situasi ini sebagai kritikal dan memerlukan satu tindakan proaktif bagi menanganinya dengan segera supaya negara tidak menuju kehancuran akibat jurang yang semakin luas wujud antara kaum ?

Kerajaan tidak mahukah menubuhkan MAKMAL bagi mengkaji masalah ini ? Bukankah penubuhan MAKMAL KEFASIHAN BAHASA KEBANGSAAN ini LEBIH PENTING dan LEBIH MENDESAK berbanding penubuhan Makmal 1BN ?

 Apa lagi bukti yang kita mahu? Semua sudah terang lagi bersuluh. Jika pihak Kementerian Pendidikan masih ragu-ragu, buat kajian dan audit yang menyeluruh ke atas SJK. Saya dan pasukan bersedia untuk melakukannya. Dengan syarat, sediakan budget yang mencukupi. Kita akan buktikan sama ada apa dakwaan MCA dan persatuan Zong yang lain benar atau tidak? Bertindaklah sebelum terlambat. 

Para penyelidik, pengkaji dan pembantu makmal sudah tersedia .... cuma atas kerajaan saja samada mahu menerima hakikat dan seterusnya bertindak atau tidak. 

Soal Bajet, bagi saya adalah lebih baik digunakan bajet tahunan bagi Bulan Bahasa Kebangsaan itu digunakan bagi tujuan penubuhan Makmal ini - LEBIH BERFAEDAH !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2013 at 7:16 PM

Selagi bahasa kebangsaan tidak diperkasakan penggunaannya dalam semua urusan termasuk ekonomi, selagi itulah bangsa lain tidak nampak kepentingan bagi mereka hendak menguasai bahasa kebangsaan. hypotheses yang boleh diuji ialah ujudnya hubungan positive antara penguasaan bahasa melayu dengan penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua bidang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2013 at 7:30 PM

Memandangkan tindakan kerajaan nampak macam samar-samar jer, saya cadangkan supaya NGO Melayu saman kerajaan Malaysia kerana didapati telah melanggar akta-akta yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mana ada negara dalam dunia ni yang menyediakan sekolah khas untuk pendatang-pendatang dari luar. Tapi janganlah pulak kerana ianya tiada di negara lain, kita boleh berbangga pulak bahawa kita adalah satu-satunya negara yang mengamalkannya. Ini ker yang dinamakan sebagai 1Malaysia? 3Bangsa, 3Sekolah, 3Bahasa. Kita tunjuk jari telunjuk ke atas, lepastu ramai-ramai kita sebut satuuuuuuu Malaysia. Sekadar bersorak 1Malaysia ramai-ramai adakah cukup membuktikan bahawa kita telah besatupadu?

Hari ini kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri anak-anak Melayu, Cina dan India tiada sifat kekitaan dan saling bermesra-mesraan. Mereka berkawanvmengikut kelompok masing-masing. Kita meraikan perbezaan warna kulit, bahasa dan budaya melalui sekolah vernakular. Kita bangga kerana kita memperkukuhkan dan mengekalkan perbezaan antara kaum. Kita menggalakkan perbezaan itu supaya terus wujud dari sekolah, universiti hingga ke alam pekerjaan.

Saya dapat rasakan bibit-bibit ke arah berulangnya tragedi 13 Mei pasti akan berlaku suatu masa akan datang. Bangsa kiasu dah mula bersikap biadap dan kurang ajar secara terbuka. Antara provokasi yang mereka lakukan ialah menterbalikkan bendera Malaysia, menghina YDPA dan membuat tuntutan yang melampau. Sampai bila kita harus bersabar dengan karenah mereka?

Sudah tiba masanya Tuan Rumah mengambil balik haknya yang dipinjam selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2013 at 9:02 PM

Salam,
bapa vernakular bina tembok lain, runtuh tembok lain, ganti tembok lain dan salah org lain. Yg betulnya, undi pun dpt kat org lain walaupun dah beli jiwa lain, dan jiwa lain yg beri sokongan. Bab ni memang nak carut jer. Bawa bersabar dan berdoa agar. ALLAH memelihara kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2013 at 11:14 PM

najib berani kerana semua ahli majlis tertinggi UMNO hanya angok je apa dia kat dan apa dia buat,tak ada siapa berani membantah dan maeberi nasihat(semua nak jaga pantat dan perut).

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
July 3, 2013 at 11:34 PM

Maaflah Pakcu mencelah sikit, lama tak menulis. Apa yang Pakcu nak kata ialah kita orang Melayu ni terlalu lembut dan terlalu bertolak ansur hinggakan kelembutan dan tolak ansur yang kita dianggap sebagai masa yang sesuai untuk orang lain mula pijak kepala kita. Apa lagi bila orang kita sendiri nampak menagih undi dari "mereka"

Apa tidaknya bila orang yang asalnya menumpang sudah berlagak jadi tuan rumah atau dah mula mengada-ngada. Dan secara terang-terangan menimbul isu sensitif hingga berani masuk terlalu jauh kedalam untuk menduga kesabaran tuan rumah.

Tapi sayangnya tuan rumah sendiri masih lagi tidak faham-faham atau sengaja buat tak mahu faham apa tujuan si penumpang berbuat demikian ?. Apapun yang Pakcu bimbang si penumpang jadi tuan kita pula jadi penumpang di Bumi sendiri..ko guano ?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2013 at 12:04 AM

betul2 biar ada ngo saman kementrian pelajaran kerana membenarkan sekolah ini yg jelas melanggar perlembagaan persekutuan.macamana pulak belanja yg kerajaan bagi pada sekolah ni.ini pun menyalahi juga.biar cinabeng ni rasa sikit.ah jib patut pandang 50 thn ke hadapan.apa akan jadi kepada perpaduan sesama rakyat msia?yg nyata aku selepas pru hari tu,tak pernah dah aku jejak kedai cinabeng.jiran aku yg cinabeng pun aku dh tak tegur~so ah jib gor!!!apa mau buat lu manyak sayang sama mata sepet.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 12:17 AM

@putrarahmanPendekatan berlembut dan berharap mereka akan belajar sendiri sudah tak boleh dipakai. Kena TEGAS.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 12:19 AM

@AnonymousTEORI perpaduan yang diamalkan selama ini tidak berjaya dan ia kekal sebagai TEORI.

TEORI tidak mengambilkira perasaan dan sifat kiasu sesetengah manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 12:21 AM

@Pakcu Rantau PanjangKita sebagai tuanrumah tidak punya masalah mahu berkongsi hak milik rumah ASALKAN penumpang sanggup menerima cara kita.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2013 at 2:15 AM

Salaams saudara,
Maafkanlah hamba andai ada terkurang adatnya. Begini suara hasrat hati ingin bersama. Hamba mengerti hasrat yang murni. Kayakan lagi adat sendiri ..... lagu zaman kenal diri.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=T9iODL9K1ZQ

....................
Reply To This Comment ...................
k
September 4, 2013 at 12:43 AM

Makan saja kamu tau cina mau berkuasa kamu tidak tau

Post a Comment