........... Pangsapuri Ladang Gemilang - MB MatSaid ATAU YB Azan Yang Menipu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pangsapuri Ladang Gemilang - MB MatSaid ATAU YB Azan Yang Menipu ?

Saturday, July 20, 20130 comments

Pangsapuri Ladang Gemilang
Isu Pangsapuri Ladang Gemilang menjadi antara isu utama yang dimainkan pembangkang semasa kempen PRU13 baru ini dan beberapa pemimpin Pas turut menyebut tentang isu ini secara sepintas lalu dalam kempen PRK Kuala Besut ketika ini dalam mereka memainkan isu tanah di Kampong Tok Saboh.

Persoalan utama artikel ini adalah untuk meminta kepastian tentang status penyewa2 di Pangsapuri Ladang Gemilang. Hampir semua penyewa menerima dan percaya yang kerajaan Negeri Terengganu akan menawarkan pilihan untuk SEWA BELI unit yang mereka diami selepas mereka menyewa selama 3 tahun. 

Itulah JANJI pihak MB/Kerajaan yang dipegang oleh rakyat dan perkara ini telah dilaporkan secara meluas dalam media, contohnya pada bulan Februari baru ini -

"Sama seperti pangsapuri Ladang Gemilang, bagi tiga tahun pertama mereka bayar sewa dan selepas itu jika tiada aduan, bantahan serta tiada penyelewengan, mereka boleh membeli rumah tersebut kerana kerajaan menetapkan tiga tahun pertama sebagai bayaran permulaan kepada sewa beli rumah itu sebagaimana yang telah dijelaskan,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat tapak perumahan rumah pangsa mampu milik di Kampung Batin, kelmarin. KLiK .

Tapi baru2 ini Adun Bandar, Kuala Terengganu YB Azan menyatakan -




Atau KLiK untuk ke Youtube.

Beliau merujuk kepada kes Pangsapuri Ladang Gemilang - .... pastu janji SEWABELI, duduk situ bayar sewa lama-lama boleh milik. ....... lepas dua tahun dia kata 'Dok! , kita tak kata sewa beli, kita kata sewa saja ..  '.


YB Azan dan pemimpin2 Pas lain menjaja cerita kononnya MB MatSaid telah MENIPU rakyat Terengganu khususnya mereka yang menyewa di Pangsapuri Ladang Gemilang. Janji yang kononnya para penyewa akan diberi pilihan untuk Perjanjian Sewa Beli unit yang didiami selepas tiga tahun telah di ENGKARI.

Untuk pengetahuan, tempoh tiga tahun itu akan tamat pada bulan Oktober 2013, dan ramai penyewa sudah berniat untuk memiliki unit yang didiami melalui perjanjian Sewabeli itu.

Disini saya harap pihak MB MatSaid dapat menjelaskan status sebenar Pangsapuri Ladang Gemilang - SEWABELI atau SEWA SAJA ?

Buktikan yang YB Azan dan pemimpin2 Pas telah menfitnah MB dan kerajaan Terengganu melalui penipuan yang mereka sebarkan.

Share this article :

Post a Comment