........... Nik Aziz - Pas Kalah Di Kuala Besut Kerana Pengundinya Tidak Berilmu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz - Pas Kalah Di Kuala Besut Kerana Pengundinya Tidak Berilmu !

Saturday, July 27, 20136comments

Usai Prk Kuala Besut dengan kemenangan dipihak BN, saya agak lambat sedikit nak dapatkan semula ritma politik semasa. Kesukaran mendapat line internet di markas UMB Kuala Besut membuat saya banyak ketinggalan dalam mengikuti isu2 semasa. 

Jadi agak lambat sedikit nak dapatkan semula mood untuk menulis. Bukan boleh komen sebarangan kalau tidak faham sesuatu itu.

Kebetulan terbaca analisis Nik Aziz mengenai keputusan Prk Kuala Besut di SINAR..... menarik untuk di komen sebab Nik Aziz seperti MERAJUK dengan pengundi Melayu Islam disana yang jelas telah menolak Pas. Saya copy sepenuhnya dibawah.


Walaupun Nik Aziz kata - Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini., tapi dalam komen seterusnya, Nik Aziz seperti melepaskan geram akibat kekalahan kepada orang Kuala Besut yang beliau sifatkan sebagai KEKURANGAN ILMU !

Nik Aziz bandingkan dengan pengundi di daerah bersebelahan iaitu Pasir Puteh yang lebih berilmu dalam mengenal dosa dan pahala hanya kerana mereka telah mengundi Pas !

Tak percaya ? Baca yang saya highlightkan dibawah. 

Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.

Apakah Nik Aziz juga mahu mengatakan yang jiwa orang Kuala Besut penuh sampah sarap ? ? Payahlah kalau jenis yang tidak dapat menerima kekalahan secara Gentleman !

Nak bertanding sangat .... tapi bila kalah, dituduhnya pengundi pula yang bodoh kerana tidak memilih Pas. Tidakkah itu menunjukkan satu bentuk sikap BODOH SOMBONG ?

Nik Aziz juga dengan bongkak mendabik dada kononnya pengundi2 di kawasan bandar yang rata2 memilih PR adalah kerana mereka lebih berilmu .... kerana dibandar2 lah berkumpulnya mereka yang cerdik pandai .... 

Mungkin Nik Aziz lupa ..... dikawasan bandar jugalah berkumpulnya pengundi kafir cina yang terang2 menolak Umno BN dalam apa yang ditakrifkan oleh Najib sebagai Tsunami Cina.

Mereka memilih PR bukan atas dasar ilmu atau kecerdikan akal tapi lebih kerana NAFSU RASIS ! mahu menolak kepimpinan Melayu Islam. Mungkin juga Nik Aziz buat-buat lupa yang parti Pas merupakan pihak yang paling teruk prestasinya dikalangan parti2 dalam PR.

Nah, sudah terbukti di Kuala Besut dimana  99% pengundinya Melayu, orang Melayu lebih memilih Umno Bn berbanding Pas.

Jadi untuk menutup malu dek ditolak oleh orang Melayu, Nik Aziz memilih untuk mengutuk pengundi Kuala Besut daripada mengaku kekurangan yang ada pada Pas.




                                           ****************************


SAYA membaca keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini (semalam) yang menyaksikan Pas gagal menawan Dun Kuala Besut daripada penguasaan Umno/BN.

Dalam erti kata lain, tawaran Pas kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat Dun Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini.


Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon Pas berkempen dalam PRK ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di Dun ini.


Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/BN menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.


Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno.


Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka.

Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh PR kecuali dua sahaja jatuh ke tangan BN.


Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi dan di sinilah Umno/BN gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.


Di sinilah letaknya tugas Pas selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam.


Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.


Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama.


Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.

Inilah tugas gerakan Islam.


Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.


Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu.

Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala.

Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah Pas mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat.

Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan.

Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.

Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam.

Bukan mereka menolak Umno/BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari.

Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca.

Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.


Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi.


Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.


Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’.


Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini.


Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti Pas yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.


Hakikatnya, ini bukan kali pertama Pas tewas di dalam pilihanraya.


Saya mendoakan kesemua petugas parti Pas yang berpenat lelah di bulan Ramadan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT.


Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT.


Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).


Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang.


Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa.

Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!


Salam hormat.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am Pas

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 1:49 AM

Ha ha ha!!!, islamnyalah sangattttt pas ni!!! Orang nak ajak bersatu, nak diludahnya muka orang itu..... Islam ajar lagu tu? Ha ha ha!!!
Ajaran wali selipar saja yang mau macam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 5:56 AM

Din, lambat sungguh post mung kali nie.hehehe...
berbalik pasal tok guru nie.... senang cakap dia nie masih dk dlm pemikiran utopia dia. mungkin sbb org pas terlalu menyanjungi dia sehingga terbit rasa pesona dlm diri bhw dia lebih dr semua.
Ada sesetengah berpendapat... takpala dia tue ulamak, kita nie siapa nk kritik2 dia... atau, dia tue dh tua, x payah nk sekat2 apa yg dia mk cakap sama mcm Tun M nk cakap...
Soalnya... takksnlah sbb dia tue kategori ulama @ org tua, maka suka suki dia 'dibolehkan' menghina org lain? senang2 nk menghukum kelibat manusia yg tdk selari @ mengikut ajaran pas sbg 'tidak faham islam'? ... dan ianya melarat kpd pemimpin2 pas yg lain trmasuk SU akhbar dia yg kdg2 naik tegelak tgk post fb dia.
suata yg aku lihat spnjg kempen prk k.besut nie, strstegi kempen pas delain dr beri minyak free (tur pun lps BN bg servis motor free), tiada yg berbeza... ceramah & ceramah (majlis ilmu katanya wlau sarat dgn penghinaan kpd org lain)... masuk pulak golongan NGO yg ntah ape2, buat flash mob kat simpang jalan... menimbulkan kejengkalan kpd org2 besut yg tak berilmu katanya...hehehe
apa yg padti, husam musa jetla yg bertukar kaler muka jadi hijau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 6:40 AM

Hahaha sendiri yg pratik ilmu apa tah salahkan orang. Badagol punya ustoooz...kena muhasabah diri orang tua nih. Pathetic.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2013 at 6:49 AM

@AnonymousSaya masih tercari2 ritma yang hilang :)

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2013 at 7:31 PM

@AnonymousSalam DT, saya cuma nak mintak supaya dptlah DT sediakan dua video, satu video majlis ilmu pendakwah bebas (bukan UAI tau) yang neutral dan video majlis "ilmu" mana2 ostad pas atau pemimpin pas..... Supaya kita faham ilmu yg mcm mana yang dimaksudkan oleh tok wali ni.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2013 at 12:24 PM

Member2 sy yg totok Pas pon menggunakan idea klise Pas dlm menjadikan alasan kekalahan diaorg.Alasan diaorg adalah ORANG2 CERDIK DI BANDAR2 BESAR SEMUA SOKONG PAS@PR hahhahaahha..

Pas ni mcm sesetengah org kaya baru (OKB) yg lupa diri bila dh kaya walhal sebelum ini hidup mererempat melarat.

Apa Pas lupa asal usul mereka?Apa Pas lupa berpuluh tahun(sebelum 2013) di mana kawasan dn negeri yg menjadi kekuatan Pas?? Selangor? Johor?Penang? Atau palaing kurang Melaka? Jauh panggang dari api.

Politik Pas sblm ini pon tak penah lebih dari lingkungan Kelantan,Terengganu dan Kedah. Di situ la menjadi tempat pemimpin2 Pas bertanding samada asal Kelantan atau luar Kelantan kerana di sana banyak kerusi yg dipanggil KERUSI SELAMAT tersedia untuk Pas?

Malahan di Kedah pon Pas terpaksa tunggu sehingga 2008 untuk merasa nikmat memerintah sebelum diterajang keluar oleh org Kedahselepas sepenggal.Itu pon Pas masih nak sombong.

Setakat menang beberapa kerusi Parimen atau Dun BANDAR spt di Selangor yg mendapat ihsan undi Cina,baik tak pyh bising la Nik Aziz

Post a Comment