........... Muhyiddin - Syabas ! Dah Lama Tak Dengar Pemimpin Umno Sebut MELAYU | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin - Syabas ! Dah Lama Tak Dengar Pemimpin Umno Sebut MELAYU

Tuesday, July 9, 201322comments


Agak melegakan membaca kenyataan Muhyiddin di Utusan tadi. Saya copy sepenuhnya dibawah. Mulanya saya agak skeptikal dengan cara pemimpin Umno masakini bercakap, mereka sentiasa menggunakan ayat2 playsafe yang bunyinya bombastik tapi isinya hampeh. Malah nak cari sepatah ayat yang ada perkataan BANGSA MELAYU pun payah...

Contohnya Muhyiddin yang pada awalnya bercakap ala Najib -

"Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita," 

Tapi UBAH hala kemana tidak pulak disebut. Selalunya apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin yang selalu duk sebut UBAH, UBAH adalah - Saya pun tak tahu tapi IKUT SAJALAH apa Najib cakap

Kenapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang BERANI bercakap tentang UBAH dalam konteks perjuangan bangsa Melayu ?

UBAH.... UBAH .... yang nampak cuma berUBAH dari jantan kepada PONDAN.

Tapi ayat Muhyiddin seterusnya buat saya tertarik ...

"Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,"

Now we talking ! Dah lama tak dengar pemimpin Umno bercakap begitu. Itu yang orang Melayu nak dengar !

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota UMNO supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam.

Sekarang wa dah stim ......

Sekarang kita tunggu apakah orang Umno akan sambut seruan Muhyiddin itu. 


PS - 4 tahun jadi Presiden Umno TIDAK PERNAH saya dengar Najib cakap macam tu walaupun semasa PAU. Kalau sebut hal hak Melayu yang terancam, Najib kata - Biarlah diorang nak cakap apapun ..... hak Melayu dah terkunci kemas. Waktu sama Najib akan LIBERALkan mana2 yang patut.

Sebelum bersidang lagi dah kena sound - Nak cakap apapun, kena jaga hati kaum lain ....

Ketua Pemuda pulak - Nak pastikan survival bangsa Melayu, kita kena ambil hati kaum lain !

 

UMNO perlu kekal berubah untuk relevan - TPM

PAGOH 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anggota UMNO perlu melakukan perubahan yang lebih komprehensif jika mahu parti itu terus relevan dan kekal berkuasa pada masa depan.

Menurut Muhyiddin, walau apa jua keputusan pengundi dalam pilihan raya umum lepas, anggota UMNO tidak boleh berputus asa dan perlu terus kuat semangat dan kental menghadapi persekitaran politik kini yang disifatkan lebih mencabar.

"Bila saya turun di sesetengah tempat, ahli kini kurang bersemangat... apabila ditanya mereka menyatakan keadaan ekosistem politik sudah berubah dan bimbang akan kalah.

"Penting dalam situasi sekarang, walau apa keputusan yang dibuat pengundi kita harus menghadapinya.

"Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri UMNO Bahagian Pagoh hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perubahan itu amat penting kerana jika tidak UMNO tidak akan mampu bertahan dan persoalan sama Umno relevan atau tidak akan terus berbangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyeru pemimpin UMNO supaya berada di barisan hadapan dalam memperjuang isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata, ada pihak melihat Umno terutama sayap Wanita dan Pemuda banyak berdiam diri apabila isu tentang hak Melayu dan Bumiputera diperdebatkan.

"Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota UMNO supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam. - BERNAMA

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 12:30 AM

cantikkkkkkkkkkk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 12:39 AM

Pemimpin dan yang dipimpin perlu sepakat dalam hal memperjuangkan hak melayu ditanah melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 12:42 AM

bro din... harap yang ni jantan...jangan sekerat jalan berubah jdi pondan plakk... kehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 2:41 AM

Memang betul cakap TPM,undi Tsunami sudahpun berlaku.Lepas tu, wujud pula hak2 melayu di dlm perlembagaan di pertikaikan.Maka parti umno kenalah mempertahankan.Tak kan orang atas pagar nk pertahankan,tak masuk akal.Undi popular sudahlah hilang,perlembagaan negara hendak di serang.Untung ler pembangkang,kalau ikut rentak mereka.Dulu,tiada pulak masaalah apa yg di peruntukan dlm pelembagaan negara dan akta2 yg menjamin keselamatan rakyat dlm negara.Gara2 pemikiran politik,puak2 pembangkang,abis di robek perkara yg baik dan di terima pakai selama ini, yg terbukti amat berkesan.Perkara yg baik tidak perlu penjenamaan baru malah di perkuatkan perengan2 di bawahnya atau di pulangkan semula,utk keserasian semasa lantas kita sama2 bertanggunjwb demi kesejahteraan negara.Perkembangan di mesir di jadikan asas utk kita, renung2kan bersama.Ini bukan isu perkauman,ini adalah isu kepentingan negara di masa hadapan.Jangan di layan,lawak bodoh dan sindiran ISA dgn maksud "ikut suka aku".Kalau perkara yg baik,di ikuti rentaknya, maka semuanya akan jdi jahanam.Pendekatan pengundi cina di PRU 12&13 adalah satu kegagalan.Pendekatan terbaik utk semua kaum adalah dgn langkah positif ke arah pembinaan jalan,pembaikan jalan,memasang lampu jalan,perlebaran jalan,kebersihan,kebersihan air sungai yg perlu kpd rancang utk jangka panjang seperti di swastakan utk menjana aktiviti ekonomi dll.Bagi orang melayu,perlu ada kertas cadangan berkait rapat dgn sosial ekonomi mereka,isu pendidikan,masjid,surau,perniagaan,perlembagaan negara,isu kerja di tempat non- bumiputra,GLC dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 7:28 AM

Salam,
nanti pemimpin umno yg liberal pun bantai tpm pasal apa tak ikut mr presiden umno, dato sri ah jib gor. Umno perlu jual segalanya demi survival pemimpin yg ikut cakap punaisihat. Umno dpt undi melayu, yg byk kalah parti lain, tapi pemimpin umno dok ingat, umno perlu berubah utk jadi liberal krn cina tak sokong melayu dan sokong dap yg terlalu melayu. Memang pemimpin umno ramai yg sakit mental krn tak dpt sokongan cina. Patutnya, parti yg cina la kena tarik cina dan beri maklumat yg benar. Bknnya ikut sama macam pembangkang bantai umno. Cina tak sokong bn, salah umno ke? Bkn salah pemimpin cina, ah jib gor. Oppppps salah nama, soi lek.

Parutnya yg kena byk postmortem mca dan mic. Kenapa mereka gagal tarik pengundi muda. Ketua pemuda bn pun patut salah juga krn tak pandai tarik org muda. Asyik dok perasan jer. apa la nak jadi. Asyik berpolitik jer, kerja tah ke mana, camna la nak maju . Mau terkapai ng kalu pembesar tak peduli hal negara dan serah bulat kat yg makan gaji.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 7:34 AM

anak jantan ke...jadi kambing hitam tuk hapuskan undang2 agama...tekanan terhadap kepopuleran najib yang omar ong takut jatuh merudum ke apa...

apa2pun ni macam suara anak jantan sikit...

aku suka ayat ini : Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, IA PERLU MEMBUAT PERUBAHAN. BUKAN SETAKAT BERUBAH TETAPI (PERLU MENETAPKAN) KE ARAH MANA HALA TUJU KITA," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri UMNO Bahagian Pagoh hari ini.

yang penting bab hala tuju kita...hala tuju presiden parti lagi berkuasa...tanda2...hehe...najib dah jadi tak macam lelaki sangatda dah....terpengaruh ddengan spupu dia...PM kena orang lelaki...baru boleh jaga Malaysia...jambatan bengkok tan sri bila nak mitak balik!

budakteranung

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 7:51 AM

@AnonymousRasanya yang ini belum ditransformasikan lagi kot

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 7:53 AM

@AnonymousBaca komen Tun M mengenai usul menghapuskan akta Hasutan - http://www.malaysiakini.com/news/235099

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 7:55 AM

@AnonymousSaya sengaja tak tulis diatas, tapi setelah 2-3 tahun bercakap tentang UBAH, kenapa perlu Muhyiddin sebut ayat itu ? Sepertinya orang Umno masih tidak tahu hala tuju UBAH ?

Sebab tu saya katakan, pemimpin sendiri TAK TAHU halatuju UBAH hala kemana kecuali Najib sorang je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 9:11 AM

Mendengar kata-kata Muhyiddin itu, adalah penting untuk UMNO meneruskan pemilihan di dalam PAU kali ini. Suara-suara bacul yang mengajak ahli-ahli UMNO untuk tidak mengadakan pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi adalah tindakan terdesak untuk menyelamatkan kedudukan mereka. Marilah ahli-ahli UMNO kita selamatkan UMNO daripada parasit-parasit bangsawan yang menjahanamkan bangsa kita.

Ayuh bangkit selamatkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 9:38 AM

@dinturtle

bro.gua dengan malaysiakini ni, x boleh percaya. dulu, gua ngan kawan2 gua, banyak tulis komen utk debate isu2 yg dorang post, tp end up komen2 kitorg kene delete. komen2 yg tak berpihak kat dorang, yang dorang tak boleh nak counter balik, semua kene delete. kalau komen pro-gov yg duk makin hamun tu dorang x delete la sbb nk tunjuk buruk nye pro-gov ni. kalau bro perasan, kat komen2 malaysiakini tu, majority adalah pro-PR. nampak sgt x professional kat situ bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 9:38 AM

brader, x payah nk percaya sgt la malaysiakini tu. Isu politik semasa (FB) pun same. dah byk kene bambu page tu.

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 9:53 AM

Assalam Bro

UMNO berubah dari sebuah parti yang tegas dan membela orang Melayu kepada sebuah parti yang penakut dan ikut telunjuk parti pembangkang... lagi2 kalau di sergah oleh puak cina rasis... terus jadi hantu lompat... hujung2 orang Melayu yang dijadikan mangsa... Sekarang ni halatuju UMNO... ikut aje apa yang Najib cakap... kalau masuk ke longkang... bau longkanglah AHLI UMNO... Sampai bila ahli UMNO nak ikut aje cakap orang yang tak berapa nak Melayu... Sebenarnya yang saya nampak Pemimpin UMNO itu sendiri tak mahu berubah... Pegang kuasa sampai nak ke liang LAHAT... sudah2lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 10:26 AM

dh byk kali kita kena. pemimpin kadang2 hanya tahu berckp. saya ingin percaya muhidin tp dia perlu buat lebih dr berckp.

sbb PAU lepas pn najib ckp berdegar2, tp kini kita tau sape najib sebenarnya.

ape yg melanda masyarakat melayu sekarang sudah cukup utk mengajar kita jgn terlalu percaya ape yg org2 politik melayu ckp.

saya melihat perkembangan antara karpal dan pas. kenapa begitu lemah usaha membawa pas dan umno bersama.

sepatutnya selepas tsunami cauvinis, inilah masa paling tepat utk umno dan pas bergabung. inilah hala tuju yg perlu dituju.

satu perkara yg kempimpinan umno perlu sedar bahawa kali ini bukan mudah mahu meyakinkan melayu menyokong kamu semua.

PRU lepas adalah limit kami. pergilah menagih undi cauvinis. barangkali kamu tidak akan mendapat undi kami lagi.

ingat siapa yg menyokong kamu PRU lepas. dan siapa yg menolak kamu.

selagi najib tidak berundur saya tidak akan mempercayai umno.

barangkali kepimpinan umno asyik melihat cauvinis yg mereka x sedar bahawa kami bangsa melayu amat hampa.

selanjutnya mungkin tsunami melayu pula. barangkali sejuta yg tidak mendaftar kerana mereka tidak mahu mengundi kamu. berhentilah menyalahkan pengundi melayu dan lihat kepimpinan kamu.
nama saja parti melayu tetapi pemimpin liberalnya mengalahkan mat saleh celup.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
pinhai
July 9, 2013 at 10:47 AM

Sdr Din, itulah kita orang Melayu, amat mudah untuk disenangi, baru sekali pimimpin sebut perkataan 'Melayu' kita gembira. 'A tree does not make a forest'. Kita MESTI menilai pemimpin bukan hanya dengan kata2, sebaliknya tindakan yang dipraktikkan mereka. Pemimpin UNMO mesti menjaga kepentingan Melayu dan Pribumi dulu dgn ambilkira (ingat ya, ambilkira sahaja) kepentingan national. Pemimpin bangsa lain telah dan akan dibela oleh pemimpin mereka. Kalau pemimpin UMNO tak jaga kepentingan kaum Melayu, takkan nak harap pada 'parti multiracial' DAP tuu! Lawak besar laa tuu!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 11:22 AM

@ajai62Ya, saya setuju.Kalau setakat Presiden sorang saja yang tak betul tapi ahli semua ok,dah lama Presiden kena tukar.

Presiden lemah kekal lama sebab orang2 dibawah juga turut lemah.

TAPI mungkin saja orng2 dibawah jenis yang suka ikut ketua. Lemah ketua lemahlah ahli, kuat ketua kuatlah ahli ....wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 11:24 AM

@AnonymousPerbalahan Karpal dan Pas sekarang mungkin saja ada kaitan denga Prk .... tengok Pas konsisten atau tak.

Mat Saleh Celop ? gelaran baru lagi .... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 11:25 AM

nak p'raya UMNO ni mula la kuor pkataan Melayu ni, kalau tak... hmmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 11:26 AM

@pinhaiGembira sedikit jer... belum melompat lagi.

Sekurang2nya dah ada yang bernai BERCAKAP. Ni kalau nak bercakap pun takut, apalagi bertindak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 3:15 PM

sudah tiba masanya 1Malaysia tolak najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2013 at 3:39 PM

Dahlah Singapura diberi kepada CIna,jangan ada negeri pula akan menyusul,adakah melayu bodoh atau terlalu pandai?
SEkarang pula ,ada orang yang ikuti telunjuk kaum INdia,jahanam!!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2013 at 11:46 PM

Ah jib memang confirm liberal dan lembik.Sekurang2nya muhyiddin masih ada jatidiri lagi walaupun agak diragui.Apa pun kita hampir2 tiada pilihan selain muhyiddin.Muhyiddin mungkin sedang test the water untuk tengok respon orang2 umno sebelum dia mengambil langkah besar untuk menjatuhkan najib.

Muhyiddin sudah bagi sedikit signal tapi kita(ahli+penyokong umno) perlukan signal yg lebih jelas dari muhyiddin sebelum memberi respon padu.

Ini adalah peluang terakhir muhyiddin untuk menjadi PM.Sekiranya beliau tidak mengambil peluang ini sekarang,beliau tidak mungkin akan ada peluang lagi selepas ini.

Gandingan muhyiddin-zahid menentang najib-hisham.Ada bran tan sri?Ke nak tunggu sokongan tun m jugak?

Post a Comment