........... Kementerian Mana Yang Hanya Guna 17% Bahasa Kebangsaan Dalam Urusan Harian ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kementerian Mana Yang Hanya Guna 17% Bahasa Kebangsaan Dalam Urusan Harian ?

Thursday, July 4, 20135comments

Sememangnya AMAT MENGECEWAKAN ! Dalam kita duk pertahankan maruah Bahasa Kebangsaan dan mengkritik pihak2 yang dengan sengaja memperlekehkannya termasuk di sekolah2 vernakular, rupa2nya para penjawat awam pun 2 X 5 !

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencadangkan agar semua kementerian dan jabatan kerajaan melantik juruaudit bahasa bagi memantau penggunaan bahasa Melayu dalam setiap urusan.

Ketua Pengarah DBP Datuk Dr. Awang Sariyan (berbaju hijau) ketika mengemukakan cadangan itu berkata, kajian oleh DBP menunjukkan terdapat kementerian yang menggunakan bahasa Melayu hanya 17 peratus dalam urusan harian termasuk mesyuarat. - Mkini.

Kementerian mana yang BERLAGAK NAK MAMPOS tu ?Bahasa apa yang digunakan kalau bukan Bahasa Kebangsaan ? Bahasa Cina ? Bahasa Omputeh ? Bahasa Jerman ?

Patutlah kerajaan langsung tidak bersungguh2 dalam soal menjaga maruah Bahasa Kebangsaan. Kakitangan kerajaan sendiri ramai yang tidak punya jati diri kebangsaan ! 

Apalah nasib bahasa Melayu kita ..... Kalau orang Melayu sendiri dah tak reti nak hormat, dah mengagungkan bahasa luar .... apalagi yang nak kita harapkan ?

Lebih baik hapuskan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa. Jangan digunakan lagi kerana setiap kali terbaca, ia akan mengingatkan kita betapa jiwa orang Melayu kini sudah tercemar.

Tidak hairanlah makin ramai Melayu LIBERAL sekarang ini. Melayu yang hanya pandai bercakap soal harga diri bangsa tapi langsung tidak dipraktikkan apa yang disebut. Itu pun kalau mereka masih mahu cakap tentang nasib bangsa, tidak kurang ramainya adalah Melayu yang langsung MALU dengan MELAYUnya.

Dan yang paling teruk adalah pemimpin2 Melayu LIBERAL yang hanya tahu menjual nama MELAYU demi mengekalkan kuasa tapi dari segi tindak tanduknya langsung tidak ada semangat Melayu ! Pemimpin2 Melayu sekarang lebih teruja mempertahankan hak bangsa Bukan Melayu memperjuangkan nasib bangsa mereka .... tapi nasib bangsa sendiri terabai.

Cuma masa nak mengundi saja pemimpin2 Melayu akan berebut2 mendabik dada - AKULAH PEJUANG MELAYU SEJATI, UNDILAH AKU DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU ! Lepas menang, langsung tidak kedengaran lagi ..... yang kedengaran cuma - KITA KENA BERSIKAP TERBUKA.... KITA KENA INCLUSIVE..... KITA KENA BODEK BANGSA LAIN BLA BLA BLA ..... PTUUUUIIIHHH ! !

Kepada siapa lagi bangsa Melayu harus bergantung harap demi MARUAH ?

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Ontahmano University
July 4, 2013 at 12:40 PM

Di Negeri Sembilan kita tak gelar mereka "Melayu Liberal". Kita gelar mereka Melayu Jobo atau Melayu Pak Omoh! Semakin di puji Bukan Melayu semakin menjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 1:09 PM

setuju.pantang dipuji.orang dok sokong suruh bela kita.dia dok sodap melayan pengampu

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 2:13 PM

Itu la dinturtle. Suara bloggers kita lemah. Suara media siber kita lemah. Jentera yang ada canggih, tetapi sumber tenaga nya TERHAD!

Melayu sederhana seolah-olah di ikat tangan ke belakang. Segala kemungkaran seperti salahlaku menyalahi fitrah Islam yang datang dari musuh Islam di biar bertebaran. Apa sahaja berkenaan Melayu akan di lanyak habis-habisan!

Ulama-Ulama tersohor(rasmi) yang kita kenali acapkali di perlekehkan. Ulama-ulama buih yang berada di mana-mana sahaja dalam masyarakat kita, mengaku kehebatan NAHU Islam nya melebihi tokoh Ulamak Islam terdahulu atau pembelajaran sains dan teknologi dunia nya menafikan ilmu-ilmu Islam. Mereka mendabik dada lebih hebat keprofessionalan nya! Siapa boleh lawan mereka? Malah secara terang menafi adanya KUASA Allah!

Lantaran itu MELAYU sudah jadi BAHAN menjijikkan! Lihat lah sekeliling kita. Ramai yang tidak sedar, diri nya asal usul melayu atau melayu campuran(tetap melayu), tetapi bersuara KELDAI! Bahasa Melayu/Kebangsaan di anggap jumud. Tidak boleh bawa kejayaan dunia nyata! Apa lagi di campur dengan ajaran Islam! Pendekkan, sekularisma, syiah, liberalisma, komunisma dan lain-lain ism-ism ciptaan syaitan manusia sudah meracun kehidupan kita.

Tengok RBA! Di asuh, di tarbiah, di sokong all out, kemudian di nafi kewujudan nya, telah berjaya menyatukan agenda cina dengan mudah pada PRU 13. Sebelum PRU mereka telah menguar- uarkan kejayaan di segenap ruang sehingga pengundi-pengundi mereka begitu teruja yang meraih lebih banyak sokongan dari pihak liberal melayu! Hidup dalam fitnah dan penafian walau pun apa mereka katakan sebelum nya mempunyai bukti nyata menyalahi undang-undang Malaysia. Semua kejahatan terlepas bebas begitu sahaja... Semua kebaikan tidak lagi di dengar malah di hukum seada nya!

Innalillah wainna ilaihi rojiun. Allah beri masa pada mereka. Bulan Ramadan kali ini kita semua bermunajat, OK!

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2013 at 5:04 PM

@maaeBahasa Jiwa Bangsa ... memang benar ungkapan itu. Mungkin itu juga dipegang oleh orang Cina, makanya mereka bersungguh2 mempertahankan sekolah cina.

Tapi orang Melayu nampaknya TAK KISAH pun tentang bahasanya.

Kalau seorang pemimpin itu lebih berbangga jika berbahasa omputeh, bagaimanakah rupanya jiwa Melayunya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2013 at 7:22 PM

aku tersangat sokong artikel camni. aku juga sokong pendirian DPB dalam soal ini, tapi janganlah pulak hangat hangat taik ayam jer. ada ker respon dari Kementerian yang diajukan cadangan tuh atau ada ker susulan dibuat keatas cadangan itu. janganlah pulak nak harapkan orang Cina juga yang bangkitkan dalam parlimen. memang betul kata admin, orang Cina jer yang kental menggunakan slogan itu. tu sebabnya dipertahankan bahasa dan sekolah mereka bermatian.

http://www.youtube.com/watch?v=JTBLGvwrFDQ

Post a Comment