........... HOT ! ORANG MELAYU WAJIB BACA ! Luahan Tun Mahathir ( Paper Tak Keluar Punya ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! ORANG MELAYU WAJIB BACA ! Luahan Tun Mahathir ( Paper Tak Keluar Punya ! )

Saturday, July 27, 201311comments




Ungkapan2 Tun Mahathir dibawah saya copy dari rakan blogger thechulan, merupakan kata2 yang diucap oleh Tun Mahathir DALAM SESSI TERTUTUP pada 26 Julai 2013.

1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 -  “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 -  “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 -  “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

 6 - “Pemuda UMNO sekarang  tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. 

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam”

 7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasa kan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 -  “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

 10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib”

 11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

 12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Untuk baca artikel sepenuhnya - KLiK

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 7:23 PM

Sebab itulah bila tun cakap jawatan presiden dan timb presiden tidak perlu dibuka kepada pertandingan, ianya adalah satu sindirin yang tajam menikam. Tun tau mcamana nak tackle orang cina tanpa perlu membodek, tanpa perlu tukar nama dan tanpa perlu berlakon dalam iklan.

Dasar najib banyak menguntungkan bangsa kiasu sehinggakan bangsa sendiri terabai. Sehinggakan ada sekolah kebangsaan yang kantinnya tidak mampu menampung lebihan murid tapi tiada bantuan dari kerajaan pusat. Sedangkan pada masa yang sama, sekolah vernakular yang banyak duit dan lengkap dengan pelbagai kemudahan pula yang dibantu dengan peruntukan besar.

Setakat ini saya belum nampak agenda najib terhadap orang melayu khususnya penduduk di luar bandar. Tiada langsung usaha untuk menaiktaraf ekonomi mereka yang dibebani dengan kenaikan kos sara hidup. Meskipun mereka adalah pengundi tegar bn, kerajaan nampaknya masih meminggirkan mereka.

Brim hanya mengurangkan bebanan untuk selama sehari atau seminggu sahaja. Hakikatnya rakyat marhean memerlukan bantuan khusus sehingga ke tahap mereka tidak perlu lagi mengemis kepada kerajaan. Dalam bahasa yang mudah, rakyat perlukan joran dan bukannya ikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 8:54 PM

Memang tepat kata-kata Tun, sebab beliau mampu merasai keadaan semasa dan menjangkau ke hadapan dgn nada yg berbeza.Dahulu tegurannya, bnyk double meaning dgn gaya yg terhormat,maka perlu memahami dgn lebih mendalam,demi kebaikan semua.

dr Demam tak kebah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2013 at 11:46 PM

menarik dan tertarik pada artikel ini.Berani bersuara utk orang melayu.Vote utk melayu,support utk melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 28, 2013 at 12:13 AM

apa yg Tun kata itulah pandangan, perasaan, rintihan org Melayu selama ini....masalahnya pemimpin UMNO bukannya nak dgr, kaji & memahami denyut nadi org Melayu & Islam ini....malah mrk buat spt kita ni tak wujud

jd sbg rakyat biasa...apa yg kita BOLEH BUAT??? sebelum segala2nya terlambat?....Tun beri tahu, Tun nak suruh kami buat apa, insyaAllah org Melayu akan berada di belakang Tun....kami ni dah buntu....setakat tulis komen luahkan perasaan je la

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 28, 2013 at 12:15 AM

bro DT....apa kata kita sokong kalau BN nak dijadikan satu parti?

lepas dah tertubuh, kita pilih parti lain yg lebih berjiwa Melayu & Islam...bleh gitu?...sbb rasanya mcm sukar je nak menyelamatkan UMNO ni

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2013 at 12:45 AM

@Otak geligaSaya rasa kita lebih baik tunggu dan nantikan perkembangan selanjutnya .... rasanya belum lengkap lagi tu :)

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2013 at 4:15 AM

Persoalannya apakah tun 'cukup berani' untuk menyanggah najib sebagaimana yg dilakukannya pada pak lah dulu?

Umno sedang menunggu isyarat dari tun...

Mungkin tun m sendiri was2..sekiranya najib ditentang apakah umno tidak akan berpecah?Atau puak2 yg kalah akan mensabotaj kerajaan bn dengan menyertai pembangkang atau menjadi bebas atau sebagainya?Akibatnya kerajaan bn akan tumbang,yg menang jadi arang yg kalah jadi abu..segalanya mungkin.

Yang paling penting disini adalah keberanian untuk mengambil dan mengurus risiko demi masa depan Melayu dan umno sendiri.Kalau langsung tak mahu ambil risiko mahu play safe,umno akan mati dengan agak perlahan tapi pasti,kalau ambil risiko pula umno akan sakit sekejap,kecoh sekejap,bergolak sekejap tapi akan bangkit dengan lebih kukuh dan gagah di masa depan.Orang Melayu akan gembira.

Pilih mana satu wahai tun..

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2013 at 5:39 AM

@tobengBagaimana kalau Tun sudah tiada lagi ....... ?

Maksud saya kenapa kita perlu 'tolakan' dari Tun sebelum bersuara ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2013 at 5:56 AM

@dinturtle

Suka atau tidak itulah realiti tahap kualiti orang2 umno sekarang.Kalau tak ada tolakan dari tun saya yakin 100% tidak ada siapa akan berani menentang orang no 1.Semua mahu play safe.Kalau boleh tak mahu langsung ada pertandingan,biarlah jawatan seumur hidup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2013 at 11:40 AM

Salam
nama pemimpin melayu pun dah tukar sampai geng dia hanya panggil ah jib gor. Hanya melayu jer yg masih lagi dok panggil dato sri. Mana yg lebih tinggi dan dihormati. Patutnya pm suruh org melayu panggil dia pok jib. Baru sama dgn ah jib gor. Tapi malang la kita la ni memang cina yg perintah pasal nama pm kita ah jib gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2013 at 11:56 AM

@tobengKalau Nabi bagitau bahawa umat islam akhir zaman akan ada penyakit wahan... tentu para pemimpin umno ada 2 kali ganda penyakit tersebut.
Semua nak harap pada seorang wistle blower untuk mula. Dalam contact ini Tun pulak diminta mengorbankan dirinya sebagai pencetus dan mengambil risiko. Ini agak tidak adil kepada seorang yang telah berumur 80an.
Saya amat perihatin kpd TDM yang disanjung dan dikasihi... mintalah orang lain sebagai pengganti, saya mintak sangat2, biarlah TDM menghabiskan usia dgn tenang. Kita hanya perlukan inspirasi beliau... harap beliau panjang umur.

Post a Comment