........... Baiah Menarik Oleh Che Long, Calon Pas Kuala Besut. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Baiah Menarik Oleh Che Long, Calon Pas Kuala Besut.

Thursday, July 11, 20139comments



"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

Begitulah bunyinya sumpah Baiah yang dilafazkan oleh Haji Azlan @ Endut Bin Yusof  atau lebih dikenali sebagai Che Long dihadapan orang ramai ketika diumumkan menjadi calon Pas bagi Prk Kuala Besut.

Menarik bagian pengakuan HARAM baginya untuk membelanjakan wang elaun ADUN jika menang.  Maka terjawablah kenapa Pas memilih seorang kontrektor kelas A sebagai calon dan mengetepikan 2 calon lain yang terdiri dari Ustaz2.

Saya percaya juga klausa diatas hanya KHAS buat Che Long ... kan ? Sebab sebelum ini tidak pernah saya dengar perkara ini disebut oleh mana2 pemimpin Pas lain.  Makanya Haji Hadi mahu ia dilafazkan depan orang ramai kan ........

Tapi lebih baik kalau disebut juga HARAM jika beliau menerima sebarang projek yang datang baik secara langsung atau tak langsung hasil dari kedudukannya sebagai ADUN. 
Kemudian sumpah baiah yang SAMA juga dilafazkan oleh SEMUA wakil rakyat Pas baik diperingkat Dun atau Parlimen seluruh negara ........ kalau boleh buat begitu, saya percaya Pas akan menang besar PRU14 nanti !
Jika tidak, baiah yang dilafazkan oleh Che Long tidak lebih hanyalah satu GIMIK POLITIK bagi menawan hati pengundi Kuala Besut saja.

Yalah, tak ke pelik Sumpah Baiah bagi Kuala Besut LAIN berbanding tempat2 lain .....

Errr ...... kalau boleh masukkan sekali HARAM bagi wakil rakyat menggunakan AP bagi mengimport kereta mewah Porsche baik untuk kegunaan sendiri atau anak atau jiran atau nenek atau anak sepupu kepada tokki belah mak mertua..

Kalau dah haram buat kegunaan Che Long, kepada siapa diberikan segala elaun ADUN itu kelak ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 9:26 PM

Kemah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2013 at 9:27 PM

Patutnya mat said buat baiah pada kontraktor @ kroni umno supaya buat bangunan dgn betul n jangan rasuah..kalu buat betul xde la runtuhan..

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2013 at 9:46 PM

@Anonymouserrr... rasanya semua tu projek JKR yang runtuh bumbung

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2013 at 4:17 AM

1lg org jkr ni ramai pembangkang.jgn sampai ada unsur sabotaj kerajaan dah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2013 at 9:14 AM

Din,
saya rasa part, "segala perbelanjaan saya dgn menggunakan wang elaun ADUN adalah haram" tu sbnr nya bermaksud kpd; 'apabila beliau menang,beliau melompat ke parti lawan @ beliau dipecat dari Pas, tanpa meletakkan jawatan sbg ADUN terlebih dahulu dan terus berkhidmat sbg ADUN parti lawan',saya faham mcm tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2013 at 9:15 AM

salam,

org pas yg kerja kat jkr tak mau baiah ke? tak terima duit kopi, duit sogok dan akan sentiasa bekerja memastikan bangunan di terengganu tak runtuh akibat daripada tidak tahu para jurutera dan juruteknik dalam mengawal selia sesuatu projek. bukan sahaja dapat memastikan kroni bn tak untung banyak tapi juga dapat memelihara kekuatan agama kerana semua kontraktor mematuhi arahan.

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2013 at 4:42 PM

Siap ada LAKNAT ALLAH DAN RASUL KE ATAS AKU..Aik din ini dah mcm SUMAPAH LAKNAK @ MUBAHALAH mcm Saiful buat.Tp sumapah Saiful dgn nama Allah diaorg kata tak blh terima sebab Yusof Qardhawi kata HARAM dan TAK ADA DLM ISLAM.

Yg ni benda apa pulak ni?Yg ni ada pulak dalam Islam ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2013 at 12:29 AM

@AnonymousErrr pembetulan sikit en Din... Selama ini sejak projek2 runtuh bermula, dari kem ATM kat johor, MRR2, Stadium kat tganu dan beberapa lagi projek lain bukanlah pure projek yang di design, ditender dan di selia 100% oleh JKR. JKR hanyalah sebagai pihak yang dikambing hitamkan oleh pihak2 tertentu. Ini adalah kenyataan yang amat pahit dan terpaksa ditelan oleh para pegawai JKR.... Nak tahu lebih, sila tanya mana2 pegawai JKR yang tuan kenal.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2013 at 3:43 AM

@To Live AgainKomen saudara beri idea untuk artikel terbaru saya - http://dinturtle.blogspot.com/2013/07/antara-dua-sumpah-baiah.html

Post a Comment